My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Monday 1 July 2013

Gemuk sangatkah saya Doktor?? - Cabaran3x


Suasana hospital pakar tanggal Disember 2008 berlegar-legar semula di minda saya. Menanti nombor dipanggil di Kaunter Klinik Pakar Kulit itu sudah menjadi rutin buat diri.

2/3 bulan sekali pasti aku akan menemui Doktor N ..seorang doktor lelaki muda yang aku kira baru mengambil alih ke bahagian itu. Perjumpaan 1 hingga kedua masih aku rasakan biasa. 

Namun pertemuan kali ke tiga Disember 2008 itu benar-benar menyentak ruang kalbu. 

"Saya rasa cik ni perlu turunkan berat badan," spontan keluar kata-kata itu dr bibir doktor muda tersebut.

Mujur muka dia hensem..Kalau x masa tu nak ja aku lempang..hehe

Gemuk sangatkah aku?

"Cik ni gemuk tau...muda lagi usia cik ni dapat sakit psoriatic arthritis.takut melarat...cik kena turunkan sikit berat badan....tak kan tak boleh kot?," kata doktor muda itu sambil menulis di kad laporan perubatan ku. 

Doktor cabar aku kah???

Bagai tersentak ...sayu..pilu....Apa tidaknya..seorang lelaki menegur seorang perempuan single like aku bab sensitif sedemikian.

 Disember 2008 - 61kg, tinggi 152cm (overweight)

Azam menurunkan berat badan ku genggam kuat. Entah kenapa...kata-kata doktor lelaki muda itu kian berat ...bagai pisau menghiris liang hati.

"hm..memang aku gemuk kan..ko tak sedar diri ka Mia..dah size XL nak up lagi ni,"

Diam tak diam..aku menangis..
Saat itu aku mula merasa down....

Ble teringat 1 ayat lagi dr doktor ...lagi aku terkesima

"cik tau tak...penyakit ni kalau tak dijaga ..boleh lumpuh tau...,"

"Lumpuh???,"

Kala aku mendengar perkataan itu...aku makin disapa ruang duka..Kala itu aku bagai orang yang bila-bila masa sahaja bisa jatuh jika tidak disokong.

*********************************

Raya 2009 - 49.5kg (normal weight)

Itu cerita Disember 2008....saat melangkah Raya 2009....masih ingat lagi ketika aku berjumpa semula Doktor N selepas naik cuti sekolah Raya 2009

"eh, cikgu yg aritu jumpa saya tu kan?biar betul sekarang dh mcm ni,"

Terlopong pula Doktor N melihat aku masa tu...

Aku?Of course tersenyum....

Gembira kerana hasilnya menjadi bagai yang aku citakan.

**************************************


 Bersama dgn anak sedara (3 minggu sebelum disahkan mengandung)
Cuti Awal Disember 2011 ke sarawak.

Alhamdulillah berat aku maintain...tapi benar la orang kata 

"ble dah kawin (Disember 2010)...terlupa disiplin lama....masa awal perkahwinan ok lagi..berat aku..tetapi berat aku naik bagai di pam-pam ble aku disahkan mengandung (Disember 2011)..Ye la demi menjaga buah hati cinta yg dlm kandungan ...aku makan apa saja yg aku nak & idamkan..semua rule aku dh langgar,"


 sehari sebelum dimasukkan wad nak bersalin (Raya 2012)-berat 71kg

Akibatnya...ketika aku bersalin .berat aku adalah 71kg....ble aku berpantang anak sulung,semua orang menatap aku mcm terkejut melihat kegemukan aku yg tak disangka.

Yela..terkejut sebab berat aku dh naik berpam-pam. Beza dgn dahulu. Momen senyuman sinis..kata-kata celaan,sindiran yg aku dh biasa dengar pd Disember 2009-2011 dulu kembali memenuhi ruang hidup aku....

**************************************


Gambar ni masa Disember 2012 (ke Hadyai)...Obesity 
(Berat turun sikit sangat iaitu 69kg)
 
Awal Januari 2013...aku mula memasang azam semula..untuk berubah menjadi lbh baik...berubah mengatasi masalah sakit aku..berubah untuk dapat memakai size M semula...& yg penting utk kesihatan amalan hidup sihat berterusan.

Balik dr Kursus Pemulihan (25 Jun 2013) baru ni...ada teman mula menegur.

"eh..aritu masa awal mula sekolah 2013..nampak ko besar la,mia? lepas bersalin ye,"

Ha...ni sah nak ckp aku GEMUK!!!!

"ye ka?," kata aku bersahaja

"aaa la..sekarang ni nampak ko dah lain la,Mia..ok sikit ..x gemuk sangat mcm dulu,"

"Ok ka???,"

Pada aku...masih tak ok..sebab aku masih belum capai normal weight seperti zaman Raya 2009 lalu....

End Jun 2013 - 59.8kg (Overweight)

Dengan ini,aku tekad menyahut cabaran diet "90 DAYS WEIGHT LOSS CHALLENGE".

"Biar pepun orang kata....tak sanggup nak terima cabaran..yela cabaran ni kan termasuk edisi ramadhan & raya...aku sanggup terima...aku perlu mula langkah baru,"

MAMPUKAH AKU?
InsyaAllah...aku mampu jika aku kuat & cuba patuhi rule & plan yg aku buat.

KATAKAN BOLEH,MIA....PANDANG KE DEPAN...

STAY POSITIVE.



Calitan Tinta Maya,

 
 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

1 comments:

Unknown said...

Good luck Mia~

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute