67.1kg (start diet 14.1.2017)--)time to run now until 50kg

Thursday, 30 March 2017

1st month Rawatan - Kala Ku Terjatuh dan Menangis !!!


Hening pagi menyambut kedatanganku ke sekolah dengan penuh kenikmatan meskipun diulit kepedihan selepas mandi pagi tadi. Tugasan pagi di rumah seakan longlai namun kugagahi juga. Mungkin aku bukanlah dikategorikan isteri yang terbaik,namun aku cuba jadi yang baik untuk 1 kesempurnaan rumahtagga.

Anggota badan yang diselimuti 'olive oil' bagaikan satu kebiasaan buat diri. Buat suami,ia bagaikan 1 pandangan biasa. Namun,masih aku panjatkan rasa syukur kerana Allah mengizinkan aku bernafas dan melangkah penuh yakin ke sekolah ini.

Hari-hari bergelar pesakit "psoriasis arthritis" bukan satu perkara mudah. Begitu banyak rintangan aku lalui. Doktor pernah mengatakan yang penyakit ini bisa menyebabkan aku lumpuh? Namun Allah masih sayangkan aku.....Ya,aku masih lagi dapat berjalan dan bergerak serta dapat melakukan kerja seperti insan lain. Itu jua yang aku katakan pada insan yg aku cintai

"Bersabarlah abang....isteri abang masih bisa menjalankan anggota bdn...Allah masih izinkan isteri abang melakukan gerak kerja....maafkan mia,banyak menyusahkan abang...mia jadi insan yang lemah...mia cuba jadi yg terbaik untuk suami dan anak-anak....namun mia manusia biasa...lemah bila dihimpit dugaan sementara ini,"

Kala sakit menghinggap,lidahku kian basah berzikir menyebut "Allahuakbar....Allahuakbar" dan "La ila ha illa'ah". Di ruang Dewan Seri Kemuning aku cuba untuk duduk bersandar,namun kesakitan kian terasa. Bagaikan ada air mata ingin mengalir,namun aku tabah kerana aku sudah redha.

Surat pengecualian sakit dari Doktor Pakar Kulit telah aku perolehi. Nekad...aku bersemuka dengan majikan bagi meringankan bebananku dari stress dan cahaya matahari serta aircond yang menyejukkan. Aku mengharapkan 1 pemahaman dari rakan-rakan sekerja. Prestasi? Bukan itu tujuan utamaku 2017-2019....Bagiku,kesihatan ku bagaikan permata berbanding APC yang digembar gemburkan. Bagiku, dapat mengajar separuh hari cuma sudah satu anugerah buat diri.



Siang bagaikan hidupku bernyawa....kala malam menjelma,aku dapat rasakan segalanya bagaikan lumpuh. Kala org lain lumpuh kaki,lumpuh tangan,lumpuh anggota...aku pula bagaikan lumpuh tanggungjawab. Kata orang,aku bagaikan "lembap"...itu ini semua orang perlu bantu... Dalam hati,aku merintih...aku tak minta semua ini terjadi.

Air mata aku acapkali mengalir deras bila terdengar keluh kesah dari insan tersayang. Aku tahu dia tak sengaja nak mengeluh. Aku tahu dia penat. Aku tahu dia sudah lama bersabar dengan ku yg sebegini. Ya Allah,kuatkan kesabaran insan-insan yg aku sayang untuk membantu aku menggalas tanggungjawab yang ada.

Zahirnya,aku kelihatan normal waktu malam..namun aktiviti menggaru kulit waktu malam kian menjadi jadi sehingga menganggu waktu tidurku. Meski masuk tidur jam 10.00 malam,namun aku masih lagi resah tidak dapat lena akibat aktiviti tersebut. Ia bagaikan gegata.....Pernah suatu ketika,aku merayu sambil menadah tangan berdoa 
"Ya Allah,berikan aku keringanan untuk lena dengan baik malam ini..permudahkan lenaku ya Allah."

Menangis lagi kala terdengar dengkuran suami dan anak-anak yg sudah mula lena dimamah malam. Aku cuba belajar untuk bersabar. Adakala aku bangun bertahajud. Dan aku semakin rasa sedih disebabkan keadaan ini turut menganggu ibadahku. Berdosakah aku....dalam solat pun terasa bagaikan ingin menggaru berkali-kali? !!! 

Ya Allah,sempurnakanlah ibadahku.....sempurnakanlah ya Allah.

Ramai bertanyakan keadaan aku sepanjang rawatan dari 25 Februari hingga 25 Mac ini..Ya keadaan ini sama sepertimana testimoni di bawah...


saya alami detox pada minggu ketiga memakan ubatan herba ini. Kata doktor ia normal Memang banyak keluar disebabkan banyak ama psoriasis bawah kulit. Kata doktor..pesakit yang dah lama pakai ubat steroid tu bersedialah, psoriasis anda memang banyak bawah kulit. Dalam testimoni ni,kulit saya sudah jadi seperti 3 bulan rawatan beliau.

Kalau pakcik ni jadi di tangan,saya pula? penuh di seluruh anggota badan....amat pedih. tapi masih bersabar sebab doktor cakap ia akan memakan masa. Sakit ni akan sembuh sekurang-kurangnya 7-9 bulan. 



Buat ayah dan ibuku.....terima kasih membantuku kala diulit duka,bersusah payah menjaga anak-anakku

Buat abah mertuaku dikasihi...ampunkan aku kerna sudah hampir 2 bulan tak balik bermalam di rumahmu. Terima kasih abah mertuaku kerna sanggup berkorban datang berjumpa ku. Ampunkan aku

Buat suamiku tercinta.....terima kasih sudi bertahan mencintaiku yang penuh cacat cela ini. Terima kasih melayani aku dan anak anak kala abang dihinggap kepenatan dengan tugasan yang menghimpit. 

Buat anak-anakku disayangi....maafkan mama kerana kurang memberi perhatian buat kalian....maafkan mama yang penuh daif ini kerana tidak dapat memberi ruang masa mendidik kalian dengan baik

Buat adik-adikku,sahabat-sahabatku baik maya dan realiti....
maafkan aku andai ada salah dan silap...salam kasih atas bantuan kalian ...sokongan tak terhingga

Ya Allah,ampunkan aku....ampunkan aku jika ada hati yang terasa sepanjang aku ditimpa ujian ini. 

Semoga aku tidak seperti kaduk naik junjung atau luncai yang terjun dengan labu-labunya sehingga dikatakan sebagai orang yang ‘kufur nikmat’. 

Sakit itu hanya sementara. Mungkin Allah suruh aku beringat sahaja. Bila dah beringat, Dia akan angkat penyakitnya...






Coret Tinta Maya,




Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Tuesday, 14 March 2017

Hepi Belated Besday,Zakiy


Meraikan birthday beramai-ramai utk sesi Mac di rumah abah mentua


SELAMAT HARI LAHIR !!!
❤~ Semoga di hari bahagia ini,Allah SWT sentiasa memberikan taufik,rahmat,barakah juga lindungan kesihatan,hidayah dan redhaNYA untuk anak mama....Semoga sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa..

SELAMAT HARI LAHIR !!!
❤~ Semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan kami menjaga-mu wahai sayang

SELAMAT HARI LAHIR !!!
❤~ Semoga panjang umur,murah rezeki,dilindungi Allah selalu dan sentiasa cemerlang di dunia juga akhirat.InsyaAllah..

SELAMAT HARI LAHIR !!!
❤~ Semoga dengan bertambahnya usia,menjadikan kamu insan yang mulia,sentiasa disayangi Allah dan menyayangi Allah..Semakin umurnya barakah,pahala bertambah dan segala urusan dipermudahkan..

SELAMAT HARI LAHIR !!!
❤~ Pada hari ini,apapun impian yang kamu impikan,semoga Allah SWT menjadikan itu kenyataan..Apapun rencana yang akan kamu buat,semoga semua itu tercapai..Semoga kegembiraan mengisi dirimu dalam setiap waktu.Hari ini izinkan mama berdoa sepenuh hati untuk hal yang terbaik..Semoga dirimu mendapat keberkatan dan sentiasa dalam redha Allah SWT.



SELAMAT HARI LAHIR !!!
❤~ Waktu berjalan tiada henti..Mengiringi bulan dan juga mentari,yang terbit setiap hari..Mengiringi usiamu yang terus bertambah hari ke hari ..Hingga saat ini..Selamat hari jadi !!

SELAMAT HARI LAHIR !!!
❤~ Kaulah teman mama dikala sepi..Hangatkan suasana bagaikan mentari..Ambillah hikmah dari hari yang telah kita lewati..Selamat hari lahir wahai anakku Zakiy..

SELAMAT HARI LAHIR !!!
❤~ Dari lubuk hati yang paling dalam..Tiada kata dapat mama ucapkan untuk menghiasi harimu yang penuh sejarah ini..Dan hanya doa yang mampu mama panjatkan untukmu..Semoga Allah selalu ada dan selalu menjaga dan melindungi dirimu..dengan bertambahnya usia kamu jadikanlah dirimu manusia yang berguna dan tingkatkanlah amal bakti kamu kepada kedua ibubapa..Selamat hari jadi anakku

SELAMAT HARI LAHIR !!!
❤~ Ya Allah..Abadikan kasih sayangnya,tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup,lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu,hidupkanlah dengan ma’rifat-Mu,dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.Aamin...




Ikhlas dari mama,



Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Wednesday, 8 March 2017

CHAPTER 8 : Perlu ke Berpantang Rawatan Dr N Luqman tue?


Dari hari ke hari penuh persoalan meniti....Semalam berbual dengan Kak S. Sempat dia bertanya saya

"Mia berubat ...ada pantang ye? Apa kata Dr Luqman?,"

Sebenarnya, dalam istilah perubatan moden,saya pernah dimarahi doktor pakar kulit ble mengatakan saya perlu berpantang demi mengalak sakit psoriasis ni bertambah. Doktor pakar tegas mengatakan

"Puan...saya tak pernah kata sakit psoriasis ni membuatkan puan perlu berpantang. Dari aspek perubatan moden...semua boleh dimakan. Kecuali puan sendiri alami alahan terhadap sesuatu makanan,"

Hm,malas saya nak bertekak. Hati saya gembira bila berjumpa Dr N Luqman dan doktor yang pernah buat blood taken ke atas saya baru ni. Kedua-duanya memberi pendapat bahawa ada pantang untuk sembuh psoriasis nie.

Antara pantang yang disebut doktor adalah :-

Ayam termasuk ayam organik
Binatang 2 kaki like itik,burung
Ikan bilis/ikan masin/pekasam
Terung
Bendi
Kacang panjang
Labu
All kekacang
Telur dan seafood (jika nak pantang,digalakkan.ambil sekali sekala ja)


Dr N Luqman ada bagi tips kulit Psoriasis kembali jelita tanpa parut . So....

PSORIASIS KENE ELAKKAN MAKAN BENDI DAN TERUNG???
Ramai patient Psoriasis yang datang di Luqman Herb Centre terkejut bila kene pantang bendi dan terung.
Sayur kot…sayur banyak khasiat..kene makan sayur, kenapa DrN Luqman suruh pantang bendi dan terung pula???

>>Nanti tinggal banyak ‘peta’ kat badan, klu suka boleh teruskan.
>>Nanti ada tinggal ‘batik’ kat kaki klu rasa seksi boleh makan.
>>Nanti ada ‘ole-ole’ kat tangan klu rasa nak buat pameran boleh telan.
>>Nanti lekat ‘corak’ kat muka klu rasa membahagiakan boleh jalan.

Bendi dan terung buat kulit jadi gatal-gatal nanti akan tinggal kesan parut bila selalu garu. Gatal yang teruk memang membuatkan rasa nak garu sampai berdarah-darah.
Nak kulit jelita, halus mulus semula? Elakkan sepanjang tempoh berpantang.

Bolehkah saya berpantang?
Hm..mestila boleh...Dalam 12 hari ni saya memang dah tak ambil ayam. Saya jadikan lauk ayam tu hidangan mata ja. Masak pun untuk anak dan suami je. Sayur? Bila saya ke kantin sekolah..yg ni memang susah..so benda paling mudah di kantin,saya ambil nasi putih,semua jenis ikan,sambal belacan dan ulam-ulaman. 

Telur?
Benda ni agak payah..so saya akan cuba limitkan had telur dalam seminggu. Kalau saya masak sayur pun..saya tumis guna bawang je,dah tak masuk ikan bilis. Perasa?NO ....No...NO...!!! Memang tipu kalau saya kata saya pantang penuh egg. Dalam kek,biskut adakala ada kandungan egg kan? Tu yg saya kata sekali sekala je. Kalau order roti canai pun..amik roti canai kosong je. 

Daging merah?
Memang boleh makan,tetapi tak boleh selalu. Tak elok. Doktor galakkan rajin makan buah dan sayur. Sayur seperti kacang panjang,all kekacang tue untuk elak sakit sendi/arthritis.


Bila kita makan ubat dan jaga pantang larang,kte mesti excited nak kan penyakit ni sembuh...so ini jawapan dr Dr N Luqman :-

"Ada kalangan pesakit psoriasis yang bertanya kenapa makan ubat Psora Detox kami sudah berbulan-bulan tetapi penyakit tidak juga sembuh sembuh atau terlalu lambat progress nak sembuh?

Nasihat kami 'Jangan jangka penyakit yang telah bertahun-tahun dihidapi boleh sembuh dalam jangkamasa singkat atau sekelip mata apabila menjalani rawatan dengan kami kerana tempoh penyembuhan setiap orang TIDAK SAMA'! Kalau nak penyakit 'hilang' sekelip mata, sila teruskan rawatan yang pernah dibuat selama bertahun-tahun sebelum ini,"

"Soalan kami 'kenapa selama ini boleh sabar menjalani rawatan yang dikatakan boleh 'MENGAWAL' penyakit ini selama bertahun-tahun, berbelas tahun dan juga berpuluh tahun sehinggakan ada yang sudah dapat sakit tambahan seperti arthritis, liver damage, kidney problem TETAPI kenapa tidak boleh sabar apabila menjalani rawatan dengan kami yang tidak akan memakan masa bertahun-tahun'?,"

Mungkin ada yang bertahun sebabnya pesakit TIDAK JUJUR pada diri sendiri seperti:-

Tidak makan ubat dan sapu krim dengan betul dan disiplin 

- ada juga yang sapu krim saja tidak mahu makan ubat sedangkan telah diberitahu bahawa penyakit ini perlu dirawat dari dalam badan.

Makan makanan yang diLARANG makan dan tidak sensitif terhadap sesetengah makanan yang tidak 'ngam' dengan badan.

Mencampurkan ubat kami dengan ubat lain.
- Contoh mudah; air kelapa adalah sumber alam yang sangat berkhasiat TETAPI bila dicampur gula pasir atau bahan-bahan lain maka hilanglah khasiat air kelapa tersebut. Begitu jugalah dengan ubat-ubat kami dalam set Psora Detox itu akan hilang khasiat bila dicampur-campur dengan 'ubat' lain sebab ubat-ubat kami adalah dari sumber alam - tiada STEROID!

Kawal stress sebaik mungkin kerana stress adalah sahabat kepada psoriasis.

Sebelum berundur, lihat testimoni nie....Semoga sahabat seangkatan sakit seperti saya tabah berjuang ye!




Coretan Tinta Maya?



Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Tuesday, 7 March 2017

CHAPTER 7 : Camne Rawatan bulan pertama Dr N Luqman-Ok tak?



Salam suria wahai sahabat-sahabatku,
Saat mentari pagi hadir...rasa lega menapak pada diri kerana hilang rasa gatal. Namun bila tiba petang hingga ruang waktu tidur saya diulit resah dek gatal tak terkata pada seluruh kulit. Namun semua ini sudah jadi biasa dalam kehidupan harian. Pada saya "be positif dan terus bersabar...jangan pernah mengalah untuk berjuang melawan sakit,".

Melihat tajuk,pasti sahabat dapat meneka...soalan ini sejak akhir-akhir ini kerap saya terima. Pastinya saya bersyukur kerana dikurniakan sahabat dan ahli keluarga yg amat prihatin sejak mengikuti perkembangan saya berubat di Luqman Herb Centre,Bangi.


Saat ini jiwa saya juga jadi kuat untuk melangkah ke sekolah meskipun masih lagi diulit detik mengulit tak kira waktu. 15 tahun saya bisa bertahun. 2017 suatu tunggak kekuatan untuk saya terus berusaha positif menerima segala kemungkinan.



Dalam set ubatan herba psoriatic arhritis (RM580) kegunaan sebulan ni............


pagi-pagi,saya wajib mengambil sarapan untuk mula makan 1 pil herba.2 pil herba (waktu pagi) dan 1 psora booster (hisap rasa mcm coklat manis).


Tengahari-kudapan sedikit wajib untuk makan pil herba waktu tengahari


Petang - makan 1 psora booster (hisap)




Malam - after dinner makan 1 pil herba, 2 pil herba, 1 psora booster (hisap)


Dalam set psoriatic arthritis ni, saya dikendaki buat 2 amalan. Contohnya jadual seperti berikut :


Sabtu - sapu pada sendi yang sakit (guna Vata Oil)
Ahad - sapu1 sudu  krim psora + 2 sudu olive oil. Relax dlm 40 minit,mandi air suam
Isnin - sapu pada sendi yang sakit (guna Vata Oil)
Selasa - sapu1 sudu  krim psora + 2 sudu olive oil. Relax dlm 40 minit,mandi air suam
Rabu - sapu pada sendi yang sakit (guna Vata Oil)
Khamis - sapu1 sudu  krim psora + 2 sudu olive oil.Relax dlm 40 minit,mandi air suam
Jumaat - sapu pada sendi yang sakit (guna Vata Oil)

Bila ada yg bertanyakan saya tentang progress bulan pertama...hm,saya boleh katakan positif dan ia memakan masa kerana kulit saya bukan sedikit psoriasisnya. Ia dari kepala,muka,telinga,leher,tubuh bdn depan belakang hingga ke bawah. Jadi benarlah kata doktor ia akan memakan masa 2-3 tahun untuk pulih sepenuhnya. Pepun perubatan bukan lihat pada testimoni tetapi melihat pada pergantungan tubuh badan seseorang menerima ubatan diberi.



Keadaan saya kini as bulan 1 seperti testimoni pelanggan LHC.


Keadaan saya kini as bulan 1 seperti testimoni pelanggan LHC (28 Feb-merah tapi mula berbeza dgn asal mula keadaan)

Alhamdulillah,kulit yang dahulu bercak amat merah,kini dilihat mula detoks walaupun tak menyeluruh tetapi saya dapat lihat kesannya. Keadaan saya sama seperti testimoni pada bulan pertama rawatan.

Dasarnya ikut perubatan klassik ayurveda Dr. Luqman, psoriasis terjadi disebabkan pesakit ada masalah hati. Hati adalah organ yang paling besar di dalam badan. Dan kulit adalah organ yang paling besar di luar badan. Nampak kan kaitan antara hati dan kulit untuk pesakit kulit kronik ekzema dan psoriasis? Punca utama penyakit dari hati, lepastu dibawa keluar ke kulit. Hati adalah tempat yang paling kotor dalam badan. Kenapa? Sebab hati merupakan tempat seluruh proses kimia berlaku dalam badan. 

"Bila kita makan panadol, panadol tak akan terus masuk dalam perut, tapi akan masuk dulu ke dalam hati. Bila kita makan apa-apa sahaja ubat-ubatan dia akan masuk kedalam hati dulu untuk diceraikan kepada bentuk yang lebih mudah dari bentuk yang kompleks. Hati banyak kerja nak buat,"

Metabolisma badan berlaku di dalam hati. Dr. Luqman cakap kalau hati kita berfungsi 100%, baru darah kita bersih dan kita susah nak dapat penyakit yang berkaitan dengan kulit. Bila hati tak mampu bekerja 100%, jadi toksin yang sepatutnya dineutralkan oleh hati tak dapat dinyahkan sepenuhnya dan akan bergerak masuk ke dalam darah, menjadikan darah kita kotor. Seterusnya darah kotor ini bergerak keseluruh bahagian badan dan kotoran akan disingkirkan melalui kulit. Nah..dapatlah kita ekzema atau psoriasis. 


Dr. Luqman pesan jangan makan hati ayam, hati kambing, hati lembu, hati orang hehe segala macam jenis hati, sebab samalah hati haiwan dengan hati manusia, adalah organ yang paling kotor dalam badan. Kalau ikut islam kita pun kan, tak elok makan organ dalaman haiwan. 



Sebenarnya,banyak produk oleh Dr N Luqman nie....antaranya yg saya ambil adalah neem leave oil (RM40). Neem leaves atau nama melayunya kita panggil daun semambu. Ikut petua orang tua, daun semambu memang digunakan untuk menghilangkan gatal-gatal kulit. 


Dr Luqman dah ciptakan dlm bentul oil.mudah digunakan walaupun ia berbau berbanding guna olive oil 

Daun tu tumbuk lumat lepas tu lumur dekat kulit yang bermasalah. Ataupun sebelum tumbuk, kena rebus dulu ke? rebus, tumbuk lumat dan lumur ke kulit bermasalah. Orang guna daun semambu ni jugak terutamanya untuk rawat chicken pox. Jadi untuk atasi kegatalan,saya guna ini pada waktu malam nak tidur...nanti bulan kedua rawatan saya akan bagi komen tentang kesan neem leaves ni ye.


Tadi saya ada sebutkan tentang minyak Vata Oil kan...VATA OIL ni (RM80) adalah minyak khusus formula Dr Luqman yg sesuai digunakan untuk memulihkan sakit pada sendi malah ia juga di gunakan untuk merawat pesakit yang menghadapi masalah saraf dan tulang belakang seperti SCOLIOSIS (tulang bengkok), SLIPPED DISC, SPONDYLOSIS dan yang berkaitan. Oleh kerana saya pesakit arthritis, Dr Luqman dah beritahu psoriatic arthritis pemulihannya lebih lama masa berbanding psoriasis yg mungkin dalam setahun sahaja. 




Selain itu,selepas menggunakan psora krim + olive oil,saya wajib menggunakan syampoo yg dibeli di Luqman Herbs Centre (RM40). Shampoo ni bukan keluaran dari Luqman Herbs Centre sendiri ya. Ini shampoo buatan Korea. Produk korea memang baguskan. Kenapa Dr. Luqman suggest pakai shampoo ini untuk pesakit?? Ya memang ini chemical based shampoo, tak dinafikan. Tapi kandungan bahan kimianya sedikit sahaja. Yang paling penting kandungannya ada salicylic acid, di mana asid ini sangat-sangat membantu untuk pesakit psoriasis terutamanya yang ada scalp di kepala untuk cuci bersih scalp tu. Dalam tempoh detoks dengan mengambil set psora detoks Dr. Luqman, kebanyakan pesakit akan mengalami masalah kulit kepala kering dan berkeruping yang lagi teruk dari sebelum rawatan. Jadi shampoo ni sangat-sangat membantu untuk cuci scalp yang banyak itu.  Highly recommended untuk orang yang ada masalah kelemumur juga, tak semestinya untuk pesakit kulit saja. Kita memang tak boleh nak elakkan terus bahan kimia, kita cuma boleh meminimumkan penggunaannya sahaja.




Dah 2 tahun saya tak gunakan sabun...Tahun lepas saya ada membeli GreenAArd Cleansing Bar. Ia adalah sabun yang berasaskan glycerin yang diekstrak dari minyak sayur. Glycerin adalah salah satu komponen sabun yang terbaik untuk melembapkan wajah. Penggunaan produk semulajadi dalam Cleansing Bar ini membuatkan ia sesuai untuk semua jenis kulit lebih-lebih lagi kulit yang sensitif. Ia juga boleh digunakan untuk masalah kulit seperti ekzema atau psoriasis. Ia tidak merengsakan kulit seperti sabun biasa. Sesuai digunakan oleh semua peringkat umur. Sabun yang bersifat lembut, membantu mencegah jerawat pada muka dan badan, membuang kotoran dan minyak berlebihan pada kulit tanpa mengakibatkan liang roma tersumbat. Kulit menjadi lebih selesa dan lembut. Saya saat ni akan gunakan sabun ni mula sebagai bilasan pertama selepas penggunaan psora krim. 


Selepas dah bilas,baru saya guna sabun herba keluaran Dr Luqman. Kalau untuk kita yang berpenyakit kulit memang digalakkan untuk guna sabun ini sahaja. Jangan guna dah sabun biasa yang ada di pasaran tu, sebab kandungan bahan kimia yang tinggi boleh buat kulit kita yang berpenyakit ni lagi kering. Tapi untuk mereka yang tak berpenyakit kulit pun boleh guna, boleh guna di kulit muka sahaja ke. Badan boleh guna sabun biasa. Ataupun untuk yang pakai make up, bilasan pertama boleh cuci muka guna sabun biasa untuk hilangkan kesan make up tu. Dan lepas tu untuk bilasan kedua, boleh sambung guna sabun herba Dr. Luqman ini. Sabun ini berharga RM36 untuk 3 buku sabun (tak termasuk kos penghantaran).


Oh ya,sebagai supplemen, saya dicadangkan Dr Luqman untuk amalkan Omega 3 Fish Oil. Ini memang disyorkan juga oleh pakar dermatology. Buat masa ni kulit saya memang agak sensitif pada aloe vera dan aircond yg cepat mengeringkan kulit lantas buat saya menggaru gatal. 

Olive oil (beli yg boleh dimakan saja,bukan dimasak ye). Saya beli di 
kedai makanan sunnah.

Penggunaan olive oil sudah jadi kemestian buat saya setiap kali lepas mandi. Keadaan saya selepas mandi,agak teruk..jika saya tak meletakkan olive oil,saya akan jadi gatal teruk dan pedih bagaikan terbakar. Kemana saja saya pergi,olive oil wajib saya bawa. 2017 inilah yg menampakkan saya perlu wajib guna olive oil. Tanpa olive oil ini,saya takkan mampu berpakaian dengan baik. Hidup di rumah bagaikan sukar nak berpakaian.Allah sahaja yang tahu. Tapi saya kuat sbb suami serta ahli keluarga sentiasa menyokong walaupun keadaan saya agak sadis.


Kesimpulannya, dalam cerita saya kali ni, saya pasti ramai yang sudah meneka berapa banyak wang saya habiskan demi untuk memulihkan kulit saya. Namun pada saya wang boleh dicari,tetapi permasalahan kulit saya perlu diatasi demi menjaga semua situasi..memudahkan saya bekerja,melakukan tanggungjawab,menjaga kerukunan rumahtangga dan semua sebab lah..

Saya pasti ada orang mengatakan saya gila bercerita tentang rawatan saya ini. Tetapi hanya pesakit segolongan saya je memahami...betapa kadang-kadang kte memerlukan antara 1 sama lain untuk menguatkan diri. Bila kte rasa kte tak berseorangan menghadapi situasi yg sama,kte akan jadi lagi tabah.



BERSAMBUNG


Palitan Tinta Maya,











Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Sunday, 5 March 2017

CHAPTER 6 : Ku Serahkan Segalanya "Positif"


Rabu, 22 Februari 2017

Alhamdulillah hari ini menarik nafas lega kerana anakanda Zakiy sudah out wad petang semalam. Hari ini aku hadir ke sekolah seperti biasa. Walaupun cuba menutup muka,tetapi aku tabahkan hati ke sekolah meneruskan pdp seperti biasa. Awal awal lagi aku telah berjumpa GPK Koko mohon kebenaran utk appointment bersama Doktor Wahab petang ini di Klinik Doktor Faizah.

Entah kenapa hati bagai tak sabar nak tahu resut complete blood taken tersebut. 

Hatiku acapkali mendoakan segalanya berjalan lancar.

Syukur, Allah mempermudahkan keadaan dan aku dapat berjumpa Doktor Wahab dengan baik penerangannya. Doktor Wahab siap bagi tips diet lagi untuk aku jaga kesihatan. Doktor Wahab bersetuju dengan hasrat aku merawat sakitku dengan secara alami tanpa guna ubatan moden.

Secara realitinya aku berterima kasih juga pada seorang blogger yang aku saja menerjah blognya ketika aku sarat dirundung duka psoriasis. Penulisan adik ini banyak memberi kekuatan dan sama-sama berkongsi ruang kisah sakit kami.Terima kasih buat Adik Syafiqah 

Kenapa aku menjalani ujian complete blood taken?
hm,ramai yg merisik tanya.

Sebenarnya ramai sahabat yg mencadangkan banyak produk kepada ku. Adik dan kawanku suruh cuba "Cellmax". Ayah mak suruh cuba "Cell Factor" dan macam macam lagi rawatan. Tetapi aku terdetik untuk memilih rawatan di Luqman Herb Centre setelah menjelajah dan membaca kisah seorang pesakit psoriasis seperti aku.



Sebelum menjalani rawatan di sini, Dr Luqman telah meletakkan syarat untuk buat liver function test/complete blood taken kepada pesakit psoriasis atau mana-mana pesakit kulit kronik yang bercadang untuk mengambil rawatan detoks psoriasis dengan beliau, dimana sebelum ini sejarah rekod perubatan pesakit menunjukkan kebergantungan sepenuhnya kepada ubat-ubatan kimia dan steroid bertahun lamanya. Tak kisahlah ubat sapu ke, makan atau inject. Dan sampai satu peringkat penyakit kulit yg semakin teruk sehingga kte buntu tak jumpa jalan keluar sebab ubat yang selama ini kte bergantung sepenuhnya akhirnya tak mampu lagi beri kelegaan kepada penyakit kulit kte dan kte baru tersedar yang rawatan kte bergantung selama ini bukanlah bersifat menyembuh yang akhirnya makan diri sendiri. 






Sudah lama aku tahu dan sedar kesan krim steroid dan ubat steroid dan ubat tahan sakit..disebabkan itu lah aku malas nak makan ubat-ubat tersebut. Seringkali aku bertahan dengan rehat sahaja bila sakit sendi datang. 





Khamis,23 Februari 2017

5.30 petang dengan menaiki ets bersama suami dan anak sulung,Md Al Fateh ke KL Sentral untuk bersedia appointment bersama Dr Luqman malam esok.Kami tiba di KL Sentral dijemput abang suami untuk bermalam di rumahnya di Kota Kemuning.






Jumaat,24 Februari 2017

Keadaan petang sekitar 6.40 petang diasak jerm. Kenderaan balik kerja kian meningkat. Hati risau juga. Temujanji pukul 8 hingga 10 malam. Doa doa semuanya berjalan lancar. 7.30 malam saya ditemani suami,anak Md Al Fateh, kak ipar S, dan abang suami H sempat bersembahyang di Masjid Al-Hasanah. Hujan turun membasahi bumi Bangi. Tenang sekali kurasakan.Sesungguhnya cuaca di selatan jauh berbeza dengan bahang kepanasan di utara.



8.00 malam memasuki ruang rawatan, ada rasa debar. Namun kuat kerana suami setia menemani.Kala itu,terdapat 2 patient bersama keluarga masing-masing sedang menanti giliran. 

Kala sedang duduk di kerusi,sempat seorang patient berusia 40an menyapa diri

"Adik dari mana. Sakit kulit juga ka?," mesra sungguh Makcik H menyapaku. Beliau dari Johor Bahru.

" Saya dari utara...aa sakit kulit juga tapi dah timpa sendi. Makcik pula?," Tanyaku ketika itu aku tahu dia dah keluar dr bilik doktor.

"Makcik ni baru 5 bulan kena psoriasis. Tapi sekejap ja dah melarat semua anggota badan," katanya sambil menyelak sisipan kain menunjukkan kepadaku.

Allahuakbar-desis hatiku mengucap pasrah atas apa menimpa makcik H. Bezanya kami...aku? 15 tahun menghadapi dan sudah di tahap kulit akhir tanpa boleh guna sabun. Tapi Makcik H?baru 5 bulan jadi dah spread semua tempat,cuma dia masih boleh kena air dan basuh guna sabun.

Masa itu aku rasakan,betapa kerdilnya diri. Tetapi 2 patient yg ku sempat jumpa baru jadi dalam setahun. Inilah yg dikatakan Allah sebaik baiknya menguji aku untuk bertahan selama 15 tahun. 15 tahun baru spread segala-galanya.

Dr N Luqman,isteri dan anak-anaknya 


9.15 malam - Bertemu dengan Dr N Luqman di biliknya ditemani suami dan anak sulung Md Al Fateh. 

"Assalamualaikum,doktor?," ucapku seraya memasuki ruang bilik.

"Waqalaikumussalam....puan sakit pe ya?,"

"psoriatic artritis..15 tahun..dan ini dokumen complete blood test serta rekod sejarah perubatan saya dr dermatology dan rheumatology," segeraku menunjukkan dokumen kubawa.


"hm..complete ujian puan buat. Bagus....berdasarkan rekod,puan darah B. Kolestrol puan bertanda tapi tak teruk kerana kesan ubat MTX yang puan ambil dalam tahun 2009-2010.effect sikit je," sambil menyelak dokumen,begitu tekun doktor membacanya.

" Meskipun baru 2 tahun je ambil.Tu pun puan cakap on off ambil,kesan pada usus menyekat kolestrol ditambah cara pemakanan harian puan.Puan tahu kan apa itu MTX..ia diberi kepada puan kerana ubat ni kononnya untuk melegakan kulit puan. Ia sejenis pil setaraf ubat kanser dan leukimia. Saya kira puan diberi pil ni seolah-olah puan ada kanser kulit walhal puan hanya ada sakit psoriasis," ulas Dr N Luqman kepadaku.


"Bagi ujian buah pinggang....creatinine puan sudah di tahap 35. Ia membimbangkan. akan tetapi eGFR puan membantu mengekalkan fungsi buah pinggang puan dlm keadaan baik..Jika puan semakin meneruskan ubatan moden like MTX dll pasti menjejaskan kidney puan,"


"Jika dilihat rheumatoid factor dlm result ni..ia normal. Tahniah..walaupun puan ada sakit sendi.puan masih boleh kawal dengan baik. puan pun buat tindakan bijak dengan tidak ambil ubat tahan sakit. Sebenarnya puan..ubat/injection diberi tu sekadar menahan rasa sakit sahaja dan byk effect buruk. Puan,saya ada patient umur 26 tahun masih muda tetapi sudah bertongkat akibat sakit arthritis ni..bersyukur pd Allah sebab Allah masih bagi puan banyak peluang," 

"Ya...saya amat bersyukur,doktor...sehingga kini..saya masih dapat melangkah dengan baik tanpa menggunakan sebarang tongkat," hatiku sesungguhnya mendesis kesyukuran pada kuasa yg Maha Esa.


"Liver function test...all ok," kata Dr N Luqman mengakhiri bicara keputusan blood taken ku.

"Puan....jangan risau..penyakit puan jika diluar sana orang mengatakan tak kan ada ubat untuk sembuh kerana kebanyak doktor pakar kulit akan kata ia sejenis penyakit autoimun dan ubat diberi sekadar bersifat pemulihan sementara dan akan tumbuh semula. Tetapi kami di Luqman Herb Centre...dengan izin Allah SWT....saya pasti puan akan pulih 2017 ini dengan syarat puan mengikut pantang yang saya beri dan puan mesti ikut rawatan kami sekurang-kurangnya setahun @ 2 tahun. Kalau 15 tahun puan mampu menghadapinya..kenapa puan tak boleh bersabar untuk sembuh jika ia memakan masa kurang dr 3 tahun," kata doktor penuh jelas dan meyakinkan.

Suamiku tersenyum. Lantas bersuara...

"Apa pantang yang doktor nak katakan tue?,"

"Oh ya...pantang di sini yg wajib bagi pesakit psoriatic arthritis nie ialah binatang 2 kaki ayam..ayam tak kira la ayam organik ka @ pe pe bersangkut dgn ayam,itik,burung,ikan bilis,ikan masin,pekasam,terung,labu, bendi,all kekacang,kacang panjang,dan labu. Selain tu puan boleh makan. Jika puan ada merasakan contohnya seafood menggatalkan..mean badan puan tak boleh terima..puan elakkan,"

"Camne dengan telur ayam,sambal belacan dan kicap..ok tak?," cepat sungguh aku bertanya akan feveret ku itu.

"ok ja..boleh ambil..takde masalah puan," ucap doktor.

Lega.


"Puan...sebagai supplemen,puan boleh amalkan omega 3,fish oil ye. Ikan memang bagus untuk kulit.pe jua ikan puan boleh makan tak kira org ckp ikan tu gatal ka bisa ka...tapi ayam...jangan ye.amik gambar dengan ayam takpe," sempat doktor berseloroh pasal ayam ye!!!


9.50 malam - Anak Doktor Luqman yg bertugas memberiku panduan akan ubat-ubatan dan krim yang perlu diguna bagi bulan pertama. sempat aku menunjukkan bahagian psoriasis yg ada pada anggota tubuhku. Meskipun set psoriatic arthritis ni mahal,tapi aku memang tekad nak mencuba. 


Sempat aku menambah belian 3 ketul sabun yg memang ada promosi sekarang serta scalp shampoo untuk aku gunakan. 


Aku memang dah lama mencari sabun dan syampoo khas untuk kulit kepalaku.

Harga?
hm...nantikan posting penuh serta details perubatan ya!!!

10.00 malam - Perjalanan pulang ke Kota Kemuning,rumah abang suami diteruskan. Oleh kerana tak boleh makan ayam...abang H sempat tapaukan roti canai telur ja utk aku makan malam mengisi perut. Mujur la dalam banyak banyak menu ayam...telur ayam boleh makan. Bila ingat cerita ayam..nak tergelak juga. Hm,lepas ni aku akan buat tak tau je la dengan menu ayam. Baru aku tahu akan effectnya ayam dalam rawatan kulit dan memang ada kajian berkaitan ayam dan kulit menurut kata Dr N Luqman.

hm,pepun pada yg membaca coretan ini...Dr N Luqman ni merawat byk jenis penyakit. Lain penyakit lain pantangnya ya!


Sabtu,25 Februari 2017

11.30 malam,aku serta suami dan anak menaiki ets train untuk balik ke Arau. Terima kasih buat ayah dan mak aku yg banyak berkorban menjaga anak keduaku,Md Zakiy. Moga Allah saja dapat membalas jasa mereka.


Kisahku bukan terhenti di sini sahaja...nantikan sambungan kisah seterusnya........................




BERSAMBUNG




Calitan Pena Maya,












Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute