My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Thursday, 31 May 2018

Berat dan Ukur Lilit Mia - Ada Progress Ka???




Telah lama berhajat nak menulis di sini. Namun kesibukan tugas selaku Setiausaha Perayaan Sekolah membuatkan diri terpaksan menangguhkan niat. Semalam baru sahaja selesai berlangsung Majlis Persaraan Guru Besar di sekolah Mia.


Tengok tajuk je....pasti yg sedang follow Mia nak tau pe progress berat dan ukur lilit Mia kan? Untuk berat, setakat ni Mia masih maintain dengan 65.2kg. Sejak minggu lepas dan minggu ni boleh dikatakan Mia agak jarang workout. Faktor keletihan di bulan puasa begitu menganggu diri. Jika diizinkan Allah kalau berlaku Red Flag di minggu akhir Ramadhan, biasanya Mia akan buat workout dengan jayanya. So stay turn bab ni...masih ada masa hingga minggu akhir Ramadhan.

Hari ini terasa bagaikan ingin menyemak semula ukur lilit Mia ketika asal berniat nak diet pada end Mac 2018. 

Ukuran pada End Mac 2018 

Dada - 40
Bahu -  16
Pinggang - 40
Punggung - 46


Ukuran pada 31 Mei 2018

Dada - 35
Bahu - 15
Pinggang - 37
Punggung - 41

 Baju kurung kuning ni size L...tapi belum fit betul...perlu bekerja keras lagi. Pepun setakat ni Mia dah buka gerobok lama mencari baju size L. Dr XL berubah ke L untuk raya ni pun suatu episod yg manis.

Realitinya begitu sukar perjuangan diet ni. Tetapi Mia tak kan berputus asa kerana semuanya mengambil masa. Sekurang-kurang ada progress walaupun sekecil cuma. Cuma sejak tak workout di bulan Ramadhan ni terasa badan tak fit. Mungkin dah biasa dok bersenam kan tetiba tak buat....pepun perlu set di mind bahawa pemakanan perlu dijaga sebaik mungkin.  


Ok pada yg sedang berdiet macam Mia, jangan putus asa tau. Mari kte teruskan perjuangan.




Melarik Tinta Maya,




 
Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

26 Mei - 30 Mei 2018 ( Mia Menu Plan)



Sabtu - 26 Mei 2018

Sahur - 4.30 am til 5.30 am


Berbuka with family mentua di Pulau Pinang - 7.30  malam til 8.00 malam






Segenggam nasi putih, 1 kepala ikan (kuah kari-1 sudu besar aje), air 0, 2 kuih apam lenggang with nyok, buah betik,buah tembikai. 


Ahad - 27 Mei 2018


Sahur - 4.30 am til 5.30 am
segenggam nasi, air milo 0, 2 ikan nyok nyok pedas


Berbuka - 7.30  malam til 8.00 malam
segenggam nasi, sup sayur sawi, dan ikan bakar, air 0, buah betik


Isnin - 28 Mei 2018


Sahur - 4.30 am til 5.30 am


Berbuka - 7.30  malam til 8.00 malam
Hari ni mia berbuka menu yg sama sbb sayangkn lauk mak bekal smlm...nasi somi masak today ala nasi arab.cuma ayam je mia goreng tepung utk somi dan ank anak. Mia juz ambil jus buah oren (no sugar),segenggam nasi,ikan bakar,1 ikan nyok nyok,sdikit acar timun









Selasa - 29 Mei 2018

Sahur - 4.30 am til 5.30 am


Berbuka - 7.30  malam til 8.00 malam


Rabu - 30 Mei 2018

Sahur - 4.30 am til 5.30 am
Shake herbalife choc + 400ml teamix



Berbuka di sekolah - 7.30  malam til 8.00 malammia bawa 400 ml jus oren (no sugar), nasi segenggam, 2 ikan kembung bakar, kuah kari (1 sudu besar), 1 potong tembikai, 1 karipap.









Palitan Tinta Maya,
 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Saturday, 26 May 2018

Rahsia Mula Mia dan HERBALIFE - Open the secret




Sekian lama Mia menyimpan cerita ini. Kini sudah sampai masanya untuk Mia mengimbas kembali detik permulaan ketika Mia terjebak dalam dunia HERBALIFE. Pada tahun 2008 ketika berumur 27 tahun, Mia mengajar di sekolah kurang murid,Rengit,Johor. Saat itu Mia sedang menjalani praktikum kpli kdc pemulihan (batch 1 SKM). 

Pelangi sememangnya tidak bersinar seperti selalu. Mendung datang disebalik pelangi memberi dugaan baru buat Mia. Mia merasakan tangan Mia yang sering menulis buku RPH menggunakan pen serta bergerak sana sini adakala membuatkan segala sendi menyucuk sakit. Satu ketika Mia pernah tidak dapat menggunakan tangan untuk menyikat rambut. Kaki kanan kejang. Berat badan ketika itu sudah mencecah 60-61kg. Mia mudah rasa penat,lesu dan banyak menangis menahan sakit ketika zaman belum berkahwin.


Justeru pada Disember 2008 Mia mengambil keputusan untuk mencuba HERBALIFE. Ketika itu Mia sedang asyik google macam macam cara akibat tertekan dengan kata-kata doktor lelaki muda pakar kulit yg seakan menghina Mia. Mia tak kan pernah lupa apa doktor lelaki muda tu cakap. Mia mendapatkan khidmat cyberslim. Ketika ini Mia hanya membeli dan tidak menjadi ahli namun dibimbing oleh coach dr cyberslim akan cara penggunaan dan workout Mia dipantau. Realitinya Mia telah menjalankan workout seminggu 4-5 kali dan mengikut saranan coach dengan jayanya.

Akhirnya pada Raya Aidilfitri 2009, syukur berat Mia telah menjangkau 49.5kg. Berat yang sememangnya Mia harapkan tercapai. Tidak sia pengorbanan Mia sepanjang berada di bawah pemantauan coach tersebut. Coach Mia ketika ini seorang lelaki (tak ingat dah namanya). Tapi banyak tips yang sentiasa coach kongsi secara emel dan sentiasa beri galakan untuk Mia lebih konsisten. Bonus daripada menyertai herbalife,keadaan kesihatan Mia dengan izin Allah kembali pulih terutama sendi apabila berat badan turun. Doktor lelaki muda yg menghina Mia itu terkejut dan hampir tak kenal Mia ketika Mia dah 49.5kg. Mungkin dia telah mengimbas kata-kata hina dia kepada Mia. Namun Mia bersyukur walaupun begitu dan berterima kasih akan teguran doktor yg mgubah Mia.


Terima kasih pada coach tersebut kerana banyak memberi panduan bagaimana minum air dengan kiraan yang betul, cara makan dan cara senaman serta pelbagai tips yg menyokong perjalanan diet Mia Disember 2008 sehingga 2009.

 Baju ketika ini size M. masa mula berkahwin.

2010 - Mia masih mengikuti diet bersama herbalife sehinggalah Mia meniti rumah tangga pada Disember 2010. Saat ini berat Mia masih maintain normal weight. Mia mula stop Herbalife ketika Mia disahkan mengandung anak pertama. 



Kesilapan besar Mia ketika ini adalah Mia makan dengan penuh selera. Kononnya sebab mengandung. Tapi selera Mia masa anak 1 ni memang sungguh selera bertambah tanpa memikirkan perjuangan lama dan saat ini juga kebahgiaan rumahtangga sedang bergelora. Mula membesar dengan jayanya sehingga 67kg


 2014 ketika Mia mohon berpindah mengajar di daerah Johor Bahru, Mia mula mengamalkan diet tanpa menggunakan HERBALIFE. Meskipun sukar tetapi Mia masih dapat menurunkan berat badan dengan amalan pemakanan dan senaman.


Saat disahkan mengandung anak kedua ketika Mia telah kembali mengajar di Kodiang,Kedah .... berat Mia mula mencanak kembali. Kesihatan Mia ketika ini merosot,namun Mia memang tidak diberi masalah untuk makan. Itu nikmat yg Alah bagi...Namun ketika itu memikirkan keselamatan bayi dan nasihat doktor jangan terlalu berdiet, Mia teruskan pemakanan macam biasa. Orang tengok Mia masa ni memang agak chubby. 

 Raya 2016 - Malu dengan sahabat Huda badan dia maintain je walhal Mia anak 2 je masa nie....Mia ketika ini menubuhkan Weight Lose Challenge di blog (masih diet tanpa herbalife)

Budaya makan seterusnya selepas bersalin anak kedua ini...Mia sentiasa order teh tarik, teh ais, coffee 3 in 1, milo 3 in 1 dan Mia adalah antar guru yang sering teruja untuk mengikuti jamuan,membeli makanan manis dll...Tabiaat ini memakan diri.Ketiak mia berpantang anak kedua,Mia pernah cuba nak berdiet dengan Shaklee tapi mungkin jodoh Mia tak kuat sebab Mia tak bertahan nak menelan pil berpantang yg macam-macam dan Mia tak berapa lalu untuk minum ESP. tetapi CHINCH shake dia sedap. 

Jodoh Mia sememangnya lebih kpd HERBALIFE. Mia secara diam tak diam mula mengikuti perkembangan coach herbalife yg Mia kenal di online walaupun tidak aktif ketika ini.

 2017 (kawan-kawan kebanyakan cakap Mia balik mengajar utara Mia kuat makan.
Selera tak macam Mia berada di Johor...hehe..Memang betul...

Oh ya  ... Bila Mia menjadi ahli herbalife? 
Mia mula start jadi ahli HERBALIFE di bawah seorang coach azierayazid pada tahun 2012. Mia mula merasakan sesuatu yang agak penting untuk Mia menjadi ahli HERBALIFE. Bila menjadi ahli, banyak kelebihan dapat dinikmati. Coach aziera memang berpengalaman kerana beliau kini sudah berada di tahap Team Bisnes yang boleh menjadi idola. Banyak pengalaman yang perlu Mia tuntut dengan beliau. Terkadang Mia rasa macam nak fly je gi rumah coach di Pahang...namun jauh sangat dengan tempat Mia di Perlis.hehehe...Tapi bak kata my coach "dunia di hujung jari..video pun boleh..hehehe"


Pepun kini End Mei 2018 i'm starting back with herbalife. Bila seorang sahabat mengirimkan sample aloe vera gel herbalife....teringat semula perkataan herbalife di hati. Kini Mia memulakan semula perjuangan dengan herbalife. Banyak tabiat amalan gaya hidup tak sihat Mia dah hentikan sejak bersama herbalife ni. Mia harap Mia dapat rakan-rakan geng diet yang akan menyokong dengan matlamat yang sama. 

Target Mia 2018 ini semoga Mia dapat mencapai normal weight semula demi menjaga kesihatan dan amalan gaya hidup sihat seperti saranan doktor kepada Mia. Jom ubah gaya hidup anda bersama Mia dan herbalife. 





Jika ada yang nak join dengan Mia dan HERBALIFE......boleh wassup Mia 019-7257960 untuk ketahui syarat penyertaan MIA WEIGHT LOSS CHALLENGE WITH HERBALIFE (GROUP FIT NUTRISI) untuk kte sama-sama mendaki kejayaan. 

"dalam hidup kte perlukan 1 sama lain untuk membina semangat dan berada di landasan yg sama. kte perlu dimotivasi untuk berjaya. kte perlu dibimbing untuk lebih maju. Pilihan di tangan anda !,"
 

 

Palitan Tinta Maya,
 

 


Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Mia Plan Menu & Workout 25 Mei 2018




4.15 - 5.30 pagi
1 mug Herbal Aloe Concentrate + Shake Herbalife Choc blend with apple&milk + 400ml Teamix Peach

7.30 malam - Berbuka Puasa

1 biji kurma + Shake Herbalife Cookies


Lepas Maghrib - 8 malam
Nasi segenggam + sup sayur ikan temenung + 1 mug air 0

9.00 malam
400ml Teamix Peach

10.30 malam
400ml Herbal Aloe

*Target air kosong 1 hari - 3 liter





Workout
Parking kereta jauh dari taman permainan sekitar Masjid Kuala Perlis - Berjalan/Berjoging hingga ke taman bersama anak-anak.





Palitan Tinta Maya,
 


Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Friday, 25 May 2018

Mia Menu Plan & Workout 20-24 Mei 2018




Ahad 20 Mei 2018 - Red Flag

5.00 pagi
1 keping roti wholegrain gardenia + 1 mug susu + ratah 1 ikan rebus & sayur

3.00 petang - 1 Buah Lai + 1 mug air 0

8.00 malam -buah mempelam (1) + sup sayur petola + ikan goreng nyok nyok (1 ketul)

*Target air kosong 1 hari - 2 liter



Isnin 21 Mei 2018 - Last Red Flag

5.00 pagi
1 keping roti wholegrain gardenia + 1 mug susu + ratah 1 ikan rebus & sayur

3.30 petang - 2 mug air 0



8.00 malam -  jus tembikai + ikan bakar + sup sayur sawi lobak putih

*Target air 0 sehari 2 liter





Selasa 22 Mei 2018 - Mula Berpuasa Ramadhan

Sahur - 4.30 pagi
1 mug air susu + 1 roti wholegrain gardenia + ratah sup sayur dan 1 ikan bakar

 menu family - mia cuma berbuka pe yg boleh je..


Berbuka Puasa - 7.30 malam 
asam rebus pedas ikan nyok nyok with hirisan timun dan nanas,segenggam nasi,buah tembikai dan air 0 sahaja, 2 karipap

*Target air 0 sehari 2 liter


Rabu 23 Mei 2018

Sahur : 1 roti wholegrain + 1 mug susu + ratah 1 ikan asam rebus





Berbuka Puasa- 7.30 malam
segenggam nasi,tom yam ikan nyok nyok,sayur campur,jus tembikai no sugar dan 1 kuih keria.


*Target air kosong sehari - 2 liter




Khamis 24 Mei 2018

Sahur : 4.30 pagi
1 mug susu + 1 roti wholegrain + ratah 2 ikan tomyam nyoknyok with carrot


Berbuka Puasa - 7.30 malam
nasi 3 sudu besar sahaja + sup sawi + 1 ikan siakap (isi) - kuah 3 rasa x amik. 

*Target air 0 sehari 2 liter



 Berat masih maintain dr 70kg kpd 65.2 kg...tunggu 2 minggu lagi ok
untuk timbangan seterusnya...hehe





JADUAL WORKOUT MIA ( 20-26 MEI 2018)

Ahad 20 Mei 2018 (aerobic dance 30 minutes)

Rabu 24 Mei 2018 (main bola dengan anak - squat 10 minutes)

Khamis 25 Mei 2018 (aerobic dance 20 minutes) 

*Minggu puasa ni mia target seminggu 2 kali utk workout.








Melarik Tinta Maya, 

 
Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Tuesday, 22 May 2018

Bahagiaku Bukan Bidaan




Hidup ini tersangatlah indah jika kita mensyukuri apa yang ada. Adakalanya yg terindah bukanlah yg terbaik.Yg sempurna tidak menjanjikan kebahagiaan tetapi ketika kita mampu dan mahu menerima semua kekurangan dan kelebihan...ternyata itulah kebahagiaan.

Bercakap tentang bahagia. Mudah untuk menutur bicara akan episod bahagia. Jika ada manusia berkata alangkah bahagianya jika aku tidak bahagia maka sudah tentu dia tidak siuman kerna bahagia itu fitrah semula jadi dimahukan setiap manusia.


Di pagi yg indah ini,aku bersyukur dapat menikmati Ramadhan pertama setelah bendera merah selesai. Sejak beberapa hari ini emosi kian tidak menentu. Stress. Ketika aku menangis...ketika aku disakiti...ketika aku tak kuat lagi...ketika doa pun seakan tak terjawab...seakan aku sendiri...aku tahu Allah sentiasa bersamaku saat ini.

Adakala aku ingin lari jauh dari semua situasi yg sedang melanda.  Sekuat manapun aku berlari masalah akan datang jua jika tak diselesaikan. Mungkin aku terlalu lemah sehingga diperkotak katikkan. Adakala aku rasa maruah aku seakan dipijak, diperlakukan bagai sesuka hati. 



Bukan aku tidak belajar ilmu kaunseling dan psikologi untuk cuba bertenang dan bertahan. Namun aku juga manusia...punya hati...punya rasa....aku ingin bahagia itu mendakap aku selalu. Namun jika bahagia itu bukan milik aku atas segala ujian yg sedang aku lalui....aku pasrah. Jika melepaskan akan membuat orang lain lebih bahagia....aku redha ya Allah.






Naluri Tinta Maya,

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute