My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Wednesday 16 May 2018

Mia Berpantang - "Ops Hari Guru Buat Ku"



16 Mei 2018 - Tarikh keramat buat seorang guru seperti aku. Ada apa dengan Hari Guru? Ia terlalu bermakna dalam diari seorang guru. Bukan sahaja mengenangkan kerjayaku selaku guru pemulihan. Namun menghargai jasa guru-guru yang tak kenal erti susah senang mengajar ku sejak tadika sehinggalah dewasa. Tak lupa buat pendidik utama iaitu ayah dan mak yg tak putus mengirim doa dan mengajarku di rumah. 


Selaku Setiausaha Perayaan sekolah, segala program yang berlaku di sekolah perlu aku ambil tahu bagi membantu PK Kokurikulum. Senang cerita segala program berupa perayaan sahaja adalah amanah yg harus aku galas. Org kata sukar tapi aku suka sebenarnya kerana sejak dari zaman universiti lagi sudah dibiasakan dengan berprogram. Malah jawatan demi jawatan sejak memulakan career guru di Johor segalanya perlu aku lalui. Banyak pengalaman dan pembelajaran HR bisa diaplikasikan semula. Tak sia-sia juga menyertai program peringkat U suatu ketika zaman aktif dahulu. 


Tema pakaian sekolah sempena Hari Guru 2018 adalah "GLAM"..hm,glamer kah?hihi...Biasa-biasa je buat diriku kerana aku memang jenis tak glamer..hahaha. Aku insan biasa...(korang gelak kan?) ! Tak baik tau.

Sepertimana tahun lepas, aku memang mendapat pelepasan drpd doktor pakar untuk tidak menyertai sebarang aktiviti yg boleh merengsakan kulit. Tambah cuaca panas dan keadaan kaki kananku tidak semengah dulu berkasut. Maka, terpaksa menarik diri daripada menyertai aktiviti sukaneka Hari Guru.


Selaku Guru Pemulihan, memang tak pernah mengharap sebarang hadiah daripada murid-murid. Namun hari ini Cikgu Mia nak ucapkan terima kasih pada murid-murid yg beri hadiah Hari Guru buat Cikgu Mia. Cikgu Mia akan guna sebaik mungkin hadiah tersebut.


Selesai persembahan, maka jamuan acara yg paling ditunggu oleh semua guru. Namun lain pulak dengan aku. Aik, kenapa pulak? 


Sebab? Aku seorang masih setia membawa bakul bekal setiap hari. Pantang yg bermacam - macam buat aku kena tega mengikut walhal rasa terliur juga memandang rakan-rakan makan kek secret recepies. Namun cepat cepat membuang rasa ble mengingatkan diet dan senaman yg setia dibuat. 


Hm, jadual Mia masih seperti biasa...memulakan sarapan air teh hijau no sugar dan 1 roti wholemalegrain. Utk makluman semua, pada pagi Hari Guru ini guru-guru diberi makan nasi lemak telur bilis percuma tau..Mia tak makan ok.hihi.. pantang egg,ikan bilis.


Jam 10 am,  ketika guru-guru lain ingin ke kantin, cepat-cepat out kan bekalan buah pear yg dah dipotong. Lega kerana mengikut jadual makan ditetapkan. 

 ada kek 2 kek secret recepies dan brownies...mia tak sentuh ok. pantang egg




Tepat 12.45 tengahari, Mia masuk dewan jamuan dengan bakul bekal tanpa rasa malu kerana ramai rakan dah tahu Mia berpantang. Hari ini Mia cuma ambil acar timun nenas dan nasi kenduri segenggam, selebihnya menyentuh ulam dan ikan nyok nyok rebus asam keping sahaja. 


Alhamdulillah, terasa indahnya perjalanan diet yg direncanakan. InsyaAllah Mia akan kuat meneruskan usaha penurunan berat badan ini dengan kekuatan. Doakan Mia ye.





Palitan Tinta Maya,
 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

0 comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute