My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Thursday 3 May 2018

Mia Going To Weight Loss? Change to A New One 2018


Kekok juga pena jari Mia untuk menaip setelah sekian lama meninggalkan kerjaya 'blogger' @ "penulis sepi"..hehe. Dah namanya Mia cikgu BM kan,pasti tak lari dari jiwa "mengarang". Satu tika dulu memulakan blog since 2008 lagi,penuh cerita ceriti tentang kisah diri,kisah di sekolah dan suka duka hidup Mia. Sape yang ikuti blog mia dr asal pasti tahu. Kan? hehehe...ada ke yg follow dan ingat Mia lagi?

Namun kali ini,  Mia lebih menfokuskan blogging bagi menjayakan misi menurunkan berat badan mia. Azam Mia bagi tahun 2018 ini begitu besar. Hm,mesti korang tertanya kan..kenapa Mia tekad sungguh nak turunkan berat nie? Biar gambar sahaja yang berbicara. Apa yang sedang orang sekeliling perkatakan saat ni,cukuplah Mia sahaja yang tahu. Pandang sudut positif. Jika tiada kritikan,manakan langkah untuk hidup sihat akan Mia ambil. Faktor utama adalah kesihatan kerana Mia adalah pesakit kulit psoriasis (pakar kulit since 1999) dan pesakit arhtritis (pakar rheumatology since 2009)




Jom check kenapa Mia beria-ia nak lose weight ya?

Jadi, sebelum memulakan track menurunkan berat badan ni, mia perlu list down pe yang Mia akan gerakkan. Bila kita menyenaraikan,ia akan jadi lebih mudah dilihat kerana kte mencatat dan kte bertindak. Check my mission k.


Banyak lagi perkongsian yang Mia akan tinta hari demi hari. Bagi yang sedang bersama-sama selaras dengan misi Mia, jangan lupa follow ye. Mari kita mula langkah..tekad berubah.

 Ups...sape sentap???? hehehe......!!!




Lakaran Tinta Maya,
 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

2 comments:

Kak Sue said...

Hakak pun diet mia.misi untuk sihat dan senang untuk beribadat. Moga sama2 istiqomah (^_^)

DIARI MAYA MIA said...

kita pasti boleh jayakan misi ni...misi sihat dan ubah cara hidup dengan siha..rindu kak sue

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute