My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Monday 7 May 2018

Hm...Takde Masa Nak Bersenam !



Sibuk? Tak ada masa untuk bersenam? Cubalah senaman ringkas ini.

Kesibukan di tempat kerja membuatkan ramai yang tidak mempunyai waktu untuk bersenam. Kesibukan juga turut menjadi alasan mengapa ramai orang tidak mempedulikan kepentingan bersenam, sekalipun melakukan senaman ringkas!

Senaman seperti bersukan, bersenam robik, berjalan kaki dan sebagainya membuatkan tubuh seseorang itu menjadi lebih cergas, segar dan sistem perjalanan darah juga menjadi lebih teratur. Bahkan, amalan gaya hidup sihat ini juga turut mengurangkan risiko menghadapi penyakit-penyakit berbahaya.
Sebenarnya mengabaikan waktu bersenam bukanlah perkara yang bagus. Sekalipun anda terlalu sibuk dengan kegiatan harian, itu tidak bermakna adna tidak boleh melakukan senaman. Ada beberapa jenis senaman ringkas yang boleh anda lakukan setelah selesai melakukan sebarang aktiviti, sama ada tugas di pejabat mahupun di rumah.

Biarpun sekadar senaman ringkas dan dilakukan secara teratur itu adalah lebih baik daripada anda langsung tidak bersenam! Sebaiknya, jangan jadikan kesibukan sebagai alasan untuk anda mendapatkan tubuh yang ‘fit’ dan sihat.


Anda boleh memilih satu daripada lima jenis senaman ringkas berikut;



1.Berjalan Kaki
Berjalan kaki merupakan salah satu senaman ringkas yang cukup sederhana yang boleh anda lakkan pada setiap hari. Luangkan waktu anda seketika setiap pagi untuk berjalan kaki. Biasakan diri untuk bangun pagi dan berjalan di sekitar kawasan kediaman anda.
Jika jarak ke tempat kerja/kampus cukup dekat, tidak ada salahnya jika anda berjalan kaki sahaja. Selain itu, anda juga boleh menggunakan waktu ketika berbual di telefon bimbit untuk menggerakkan kaki anda daripada hanya duduk berdiam diri di kerusi. Percayalah, senaman klasik ini mampu memberikan manfaat yang luar biasa buat anda.




2. Squat
Senaman ini sangat bagus untuk membentuk otot punggung dan paha anda.Gerakan squat cukup mudah sehingga anda boleh melakukan squat pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Caranya : berdiri, duduk di kerusi atau bangku, kemudian berdiri lagi. Ulangi gerakan tersebut sebanyak 15-20 kali.




3. Jogging
Jogging tidak semestinya perlu dilakukan di luar rumah jika anda tidak mempunyai banyak waktu untuk melakukannya. Senaman ringkas ini tidak sukar untuk anda lakukan. Anda boleh meluangkan waktu di pagi hari untuk melakukannya. Memadai jika anda lakukannya, paling minimum 10 minit pada setiap hari. Malahan, anda boleh melakukannya sambil menoton televisyen ataupun mendengar muzik. Senaman ringkas ini baik untuk membentuk massa otot dan juga membakar kalori dalam tubuh anda.



4. Push Up & Sit Up
Senaman ringkas yang ke-empat adalah push up dan sit up. Senaman ringkas ini tidak memerlukan waktu yang banyak dan boleh anda lakukan di pada waktu-waktu terluang pada setiap hari. Cuba lakukannya 10-15 kali dan anda juga boleh melakukan push up to the wall sebagai alternatif jika push up konvensional itu masih sukar untuk anda lakukan.
Caranya, push up dalam posisi berdiri dengan tangan yang melekat di dinding. Senaman ringkas ini mampu membakar kalori tubuh anda dan membuat tubuh anda menjadi segar serta boleh membentuk otot tubuh anda.



5. Abdominal Exercise
Anda hanya memerlukan 5 minit setiap hari untuk melakukan senaman ringkas yang menguatkan otot perut. Senaman tersebut seperti bicycle crunch, plank, dan mountain climber. Tiga senaman ini sangat cepat untuk membakar kalori tubuh serta menjaga kesegaran tubuh anda sepanjang hari.






SELAMAT BERAMAL


 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

0 comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute