My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Monday 26 May 2014

Menu Diet Mia (26/5/2014)


Sarapan (8.20 am)
Hl Shake (no milk-lebihkan air 400ml H20)

10.10am
1 bowl laksam (lbh kurang gini kuantitinya) + 1 glass air bandung + 1 cawan air 0

11.40 am till 2.30 pm
400ml H20

Petang (3.00 petang)
Green Tea with 1 red apple

Dinner (6.00 petang)
Ratah lauk & sayur (tapau..hehe) - no rice 


Workout
Hari ni berehat dr workout setelah 3 hari berturut2x buat..bagi bdn rehat jap..t sambung semula.




Melarik Tinta Maya,
 
 
 

 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

"Senam ku Sekadar 30 minit saja,"


Untuk melakukan senaman pada permulaan sesi agak sukar buat saya. Bayangkan sudah lama saya tak amal kan sesi senaman. Jadi pada kali ini saya target utk katakan "i must do it once in a week".

Begitu berkobar-kobar smgt sy rasakan. Risau juga khuatir saya tak mampu. Namun,saya kuatkan semangat ble sering membaca coretan rakan-rakan yg berdiet.

Kali ni tekad saya untuk be a normal weight woman bukan krn ingin nak pakai cantik ka @ pe2x..tapi sy kena turunkan berat krn kesakitan sendi saya ketara sejak kenaikan berat badan muncul. Saya tak marah akan teguan doktor pkr..memang benar ketika saya kurus dulu, sakit saya berkurangan..



Kini di sekolah setiap hari menaiki aras 3 tangga pun bagaikan semput. Tapi ada bagus juga ia melatih kaki & sendi kaki saya bergerak setiap pagi..denyut saraf akan berjalan jika ada pergerakan di awal pagi.

Berikut adalah sesi senaman yg telah saya lakukan pada week ke-2 (bermula semalam). Ketika menulis, saya baru saja selesai bersenam selama 30 minit. 

Jangan ditanya kenapa 30 minit saja..Itu saja had kemampuan bagi pesakit arthritis seperti saya. But i've enjoy it.

My Workout (25/5/2014)-DONE


squat

Senam regangan + 3 x sit up + 5x squat (petang)


burpees

Aerobic dance + 3x sit up + 3x burpees (30 minutes tonight)

So, let's start  with better healthy life style..



Hm..hari ni saya ada tea time rehat di kantin.
Let see how i manage to diet ok fren. Next workout before i'm going back to my hometown..hehe

Till meet u all again..

salam





Palitan Tinta Maya,



Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Sunday 25 May 2014

Menu Mia (25/5/2014)



Week 2 Diet bermula...

Sarapan - HL Shake (no milk)

Lunch
nasi putih 3 sudu besar + 3 ketul labu kecil (kuah lemak x amik) + 1 ayam goreng kecil + 1 ikan gelama kecil goreng + 1 gelas air H20

Petang 
400ml green tea with lemon + 1 pinggan kecil hirisan mempelam

Dinner
1 roti wholemail grain + 1 telur rebus + sup sayur + 1 gelas air 0

8.30 - 10.00 malam
400ml h20





 
 
Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Antara Tuntutan Berdiet & Amal Ibadah???


Semalam telah berakhir sesi Minggu 1 diet yang saya mulakan. Orang kata "permulaan pasti menyakitkan?," .Ya,memang benar....sakit untuk kesihatan atas nasihat doktor mungkin sesuatu yang bakal mendatangkan manfaat akan datang.

Dalam saya berdiet....
Saya tetap merasa bersyukur atas keprihatinan insan-insan di sisi memberikan pelbagai nasihat dan sokongan. Sememangnya dalam kte berdiet..mungkin orang lihat kte beria-ia menjaga kesihatan tetapi adakah kte tidak beria-ia melakukan amal ibadah.

Bagi saya selaku muslimah..amal ibadah tetap dimanfaatkan jua waktunya. Jika senaman dalam seminggu ada waktunya, manakan mungkin untuk membaca 3-4 potong ayat sehari tidak boleh..betul tak? solat ..apatah lagi wajib ditunaikan.
 
Pendapat saya secara peribadi....
Dalam apa saja perkara melibatkan amal ibadah,saya tidak suke mengkhabarkan kpd org ramai..bkn bermksud x nak mengajak org ke arah Islam..tetapi saya lbh suke beramal secara diam tanpa menghebahkan kpd org.


Tetapi..
Ble saya berdiet..niat saya menulis di sini adalah utk sama-sama berkongsi. Saya suka akan pengisian ilmu di FB KDO Online dan Kelab Diet Atkins. Kedua-dua group ini saya ambil positif akan segala pengisian ilmu kesihatan dan diet.

Begitu juga dgn ibadah....walaupun FB diet nampak selalu di hati..tetapi menyertai group bersifat forum islamik menjadi suatu kemestian utk mengisi ruang jiwa yang terkadang masih lumpuh ilmu keagamaan. Saya akui saya bukan muslimah terbaik..tetapi saya sedang cuba menjadi yg terbaik.

Utk mengharapkan kesempurnaan dari diri saya yg hakiki secara total memang tidak betul..krn kte insan pasti ada kekurangannya.

Pada entri hari ini....saya bermuhasabah atas nasihat seseorang. Bukan saya tidak terima nasihat beliau tetapi sy sdg menyelak mungkin ada baik buruknya....



Tima kasih shbt atas nasihat..
insyaallah sy akan tetap meneruskan diet demi kesihatan dan sakit yg sdg sy alami....semua org tak tahu masalah yg dihadapi..terkdg kte mengharapkan pd masa yg sama insan di sisi memahami kenapa kte berdiet tetapi itulah yg sy boleh katakan...sokongan amat penting utk menjayakan suatu sesi kesihatan. 

Tanpa sokongan....muslimah seperti saya yg mengidap psoriathic arthritis ini mungkin boleh jatuh..sokongan manusia tidaklah ku harap sepenuhnya tetapi semoga Allah terus memberi sokongan dan kesihatan yg kuat utk aku terus berbakti pd semua.

Semoga Allah beri ketabahn buat saya untuk berdiet & dlm masa yg sama sentiasa ingat akan diri-Nya..sentiasa berlumba-lumba membuat ibadah seiring dgn amalan berdiet.




Melarik Tinta Maya,
 


 
Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Saturday 24 May 2014

Mia Mengandung Tapi Berdiet?Ye ka?hm,



Salam maya untuk rakan-rakan yang masih ikuti perkembangan Mia.

Alhamdulillah perjalanan diet minggu 1 berjalan lancar. Sesungguhnya kesusahan utama memang akan dirasakan pada minggu 1 ini. Namun Mia kuatkan semangat. Berat mia sememangnya kian naik selepas berjumpa dengan doktor pakar Mac lalu. Pada ketika itu still 58kg....

Tapi semalam Mia dh menetapkan syarat pada diri akan timbang setiap weekend sahaja. Tak sangka pula dh jadi 56.5kg. Sampai 3x Mia naik penimbang. Takut tersilap ka apa kan. Mia punye tinggi (152cm)..


Jika ada yg bertanya...saya mengandung @ tak kini? 
NO..saya sedang berdiet dlm keadaan normal ...

Ini adalah menu 23/5/2014.....workout minggu 1 ni mia target seminggu 1x pun dh memadai bagi yg ada komitmen anak kecil...kalau dpt 2x..it's good dr tak buat langsung,kan?



Sarapan (7.40am)
HL Shake (kurangkan susu,lebihkan air 0)
 
Lunch (12.30 tengahari)

(seperti dlm gambar) - nasi segenggam saja + 1 gelas air msk

2.00 hingga 4.00 petang
500ml H20 + 2 roti wholemail grain



Workout Time (mia bersenam atas nasihat doktor ikut kemampuan..x leh over)
-senam regangan +aerobic dance + 5x sit up 
(4.30 pm till 5.00 pm)

5.15 Petang (lepas workout)

3 hiris mempelam + 400ml green tea with lemon

Dinner
1 bowl tomyam + ratah sayur kacang panjang with chicken




Melarik Tinta Maya,



 
Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Thursday 22 May 2014

Menu & Workout (22/5/2014)


Sarapan
HL Shake (lebihkan air 0)
  
10.15 pagi
3 keping roti jala (kecil) - gulai amik 2 sudu besar sahaja + 1 gelas air masak

12.00 hingga 2.30 petang
500 ml air 0


3.00 petang (tapau ja dr sekolah..hehe)
hidangan seperti ditunjukkan gambar (lebihkan sayur..nasi 1 senduk kecil saja).

5.30 hingga 7.00 malam
400 ml green tea + 1 limau kasturi (diperah) + 1 roti wholemail grain





Workout (petang ) - 30 minutes DONE
senaman regangan + sit up + squat +aerobic dance




Melarik Tinta Maya,


Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Bila Berdiet (Reality Vs Ambil Hati)


Sebut sahaja soal "DIET"...pastinya bukan semua orang akan memberi reaksi berbeza. Adat hidup..ada yg mengkeji..ada yg mencaci..ada yg memerli..ada yg menokongi..ada juga yang mengasihani.

Hm anda dalam golongan mana?
Saat saya sedang menapak memulakan sesi diet ini....reality tak seindah fantasi. Hari ini sudah masuk hari ketiga berdiet...terkadang ada rasa ingin patah hati. Namun benar kata orang diet yg tlh berjaya "jika x kental hati,masakan jaya dapat didaki".

Ble diri berdiet....ada omongan sering menusuk..versi ambil hati mula meracuni..Tipu la jika tak terasa,,hehe. Tapi mia pekak kan telinga ja. Macam mia as guru...sarapan sekarang ni mia tetap teruskan demi menghabiskan stok HL. HL ni mia selalu guna utk breakfast ja...mia ni jenis tak straight sangat nak ikut produk sejak zaman jadi ibu. Janji sekarang mia cuba kira kalori..



Sebagai guru, rehat di sekolah selalunya bermula jam 10.00 pagi..hm time ni la nak makan berat tau...susah juga terkadang dibuatnya..Jika tak turun kantin kang,dikatakan kte ni x bergaul dgn org. Ble sdg berdiet ni, cara kte amik pemakanan pn org suke perhati. Ada yg kata

"cikgu,kenapa amik nasi macam terpaksa ja..sikit tu..kenyang ka?,"

"aduhai, nak kira camne ni cikgu..amik nasi sikit ja?,"

Semua org salah faham..diaorang ingat saya diet nasi walhal dlm 1 hari sy akan pasti makan nasi lunch & dinner (setiap time ni - target 3 senduk besar pun jadi la / 1 senduk kecil). Sekarang dh boleh belajar TIDAK MENAMBAH NASI...Syukur 3 hari berdiet ni sudah boleh mengurangkan nasi. Kalau dahulu 3 pinggan sehari..kini itulah matlamat saya.

Lantaran itu..ble org rehat,saya bungkus ja makanan..klu lapar sangat..saya tgk la lauk sayur ka atau sup boleh diratah..hehe. Janji perut di isi.

Ble kita kurus orang memuji..ble kte gemuk org mengeji. Sape setuju kenyataan saya ni? hm..ni pun fenomena biasa...Masa kte gemuk..aduhai,dugaan org sekeliling ....tambah klu lps bersalin...ada je yg nk up kata2x kat kte..bkn nk membakar smgt...tp tanpa kata semua org jenis begini...kte x kan capai matlamat....tul tak?

Di saat ini, saya sdg menguatkan diri..alhamdulillah keluarga trs beri sokongan wp ada yg msh krg percaya 

"hi,betul ka mia nak diet ni..ka separuh jln?,"

"jangan hangat2 tahi ayam sudah !!,"


Ble dgr gini, boleh down..tp mental kena dikuatkan. Cabaran bsr saya adalah masakan sedap ibu dan persekitaran di rumah yg penuh makanan. Kalau tak kuat kawal nafsu makan..memang boleh terlajak.

Pepun sbg insan yg sdg mula nak berdiet...mari kte tetapkan hati....kuatkan diri...tolak ketepi rs ambil hati pd kata2x org. Kte mampu..mungkin berapa lama masa diambil untuk loss weight & inch mmg berbeza...kerna bdn kte x sama kan?

Tepuk dada & berfikir "hendak menuju puncak @ hendak jatuh tersungkur?,"


 “ukur badan kita bukan hanya melalui timbangan, tetapi ukurlah badan kita mengikut apa yang kita rasa, jika kita rasa selesa dengan badan kita itulah yang terbaik”. Jangan hanya berharap pada timbang semata- mata. Dan ingatlah jika kita kuatkan hati, disiplin.. insyaAllah semua akan berjalan dengan lancar. Percayalah.





Melarik Tinta Maya,
 




 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Wednesday 21 May 2014

Menu Diet Mia - 21/5/2014



Sarapan(7.15am)
Shake Herbalife (saya ltk dlm botol besar & lebihkan air 0)

















Lunch (1.00 ptg )


(seperti gambar ditunjukkan) - kuah gulai x amik,kuah sup sikit ja - nasi 3 sudu besar ja - lebihkan sayur - 1 ikan tongkol - 1 ayam goreng 

(1.15 petang till 2.30 petang)
 500ml air kosong


Petang (4.00 ptg)

400ml green tea (no sugar) + 1 limau kasturi diperah 
-Dah cuba semalam (berjaya habiskan)...saya guna 1 teabags sahaja 

Dinner (7.00 malam)
3 sudu besar nasi (ratah sayur & lauk sahaja)

7.30 malam - 9.00 malam
400ml air kosong


p/s : jadual senaman akan berlangsung seminggu 1x 
(mia akan pilih jumaat/sabtu sahaja atas komitmen dan perhatian terhadap anak)






Melarik Tinta Maya,




Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

"Al Fateh" Oh "Al Fateh"


Ble dikenang-kenangkan sekejap ja masa berlalu...
Begitu lah juga dengan usia satu-satunya anak tunggal ku (lelaki)..
Muhammad Al Fateh.


Ble sebut ja nama Muhammad Al Fateh...terbyg Sejarah Islam akan Sultan Muhammad Al Fateh yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Sejarah hgidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam Hadis 


Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq:
"... Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera ..." 

(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel.


Ups..dah mengarut dah...nak cite psl anakandaku sorang ni..sejak hampir nak masuk ke angka 2 tahun ni...makin bijak dia...sekarang dh mula bercakap dlm bahasa yg kami kurang faham (org tua kata...bkl nak boleh ckp la tu..hehe)..Ni la satu-satunya cucu sulung belah mak ayah aku...satu2xnya cucu kesayangan wat masa ni..haha...lps ni tunggu next cucu lak ye....hahaha...

aik, ibu Fateh dah mengandung ka?Ups....tak ngaku pun !!!


Pepun, sebagai ibu yg berjauhan (suami di Perlis)..insyaallah semoga aku tabah membesarkan al fateh di samping parent..Parent la yg byk membantu. Sekurang-kurangnya aku perlu bersyukur..kerna..di luar sana begitu ramai lg ibu tunggal yg membesarkan anak dgn kudrat mereka.

Namun bagi sesiapa yg ada pasangan di sisi..ia suatu nikmat..Gunakanlah kesempatan bersama mencipta bahagia.





Coret Tinta Maya,
 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Tuesday 20 May 2014

Menu Mia - Hari 1 Diet - 20 Mei 2014 (Selasa)


Sarapan (7.30 am)
- Shake Herbalife (habiskan stok)...susu low fat dikurangkan,lebihkan air


Lunch (12.00 tengahari)
- Nasi (as pic) + bendi + 1 ketul ayam goreng

Air mineral 500ml 
(9.00 am to 2.30pm)

Petang (4.00 petang)
-1 gelas Green Tea (no sugar) + 1 piring kecil cucur ikan bilis + 1 gelas air suam

Dinner (sebelum 8.00 malam)
-3 sudu besar nasi (ratah lauk + sayur sahaja) + 1 gelas air suam




 
Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Diet Makin Tenggelam..Perlu Bangkit

 aku yg semakin tembam (gambar membuktikan)

Apabila mengingatkan tentang perkataan "DIET",teringat segala perjuangan dahulu. Entah kenapa bagaikan ingin rasa menangis mengenangkan zaman dahulu boleh berdiet,kenapa sekarang asyik jatuh ja dari berdiet.

Mungkinkah aku tidak sekuat dahulu?
Realitinya...aku selalu kalah dgn hawa nafsu makan.. Bertambah berselera sejak dapat balik JB..tinggal dengan parent...ble mak masak..aduhai sedap saja...Kini dgn ada anak,anak terkadang ada juga waktu selera makan kurang...ibu nya..aduhai mengalahkan anak bertambah. Nasi boleh kata sehari 3 pinggan.

Saat ini diri terasa perlu bangkit memulakan...
Memang banyak sungguh ranjau dalam berdiet. Kadang kala ble nak berdiet sahaja mulalah berkeluh kesah

"lapar..lapar....nak jaga anak yg so aktif perlukan tenaga,"

Tah bermacam-macam alasan lagi.Terkadang cemburu juga tgk orang mengandung pn maintain je badan apatah lagi dah lps bersalin..bdn lagu tu juga..huhu..Aku?masih tak berubah...dr saiz M dah meningkat XL...

 berat terkini : 58kg (overweight)


Sehinggakan...
Doktor pakar sendiri telah menasihatkan agar aku menurunkan berat sebanyak 10kg.Fuh..1 angka yg besar.

Doakan aku wahai sahabat.
Aku sedang bangkit semula untuk berjuang.




Melarik Tinta Maya,
 

 
Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Kelas Pemulihan SKM verse Kelas Pemulihan SKTBK



Dah 4 bulan di SKTBK, segala memori Kelas Pemulihan di SKM tetap singgah di ingatan. teringat perjalanan merangka keceriaan Bilik Pemulihan SKM. Begitu banyak yang digembeleng di situ termasuk edisi mural yang dilakukan baru-baru ini. Segalanya meninggalkan nostalgia.



Namun apabila berada di SKTBK...segalanya memerlukan perubahan. Aku sebagai guru pemulihan harus merencanakan yang baru agar mata yg melihat nampak baru. Namun permasalahan yg utama adalah kewangan.Dari dulu lagi mmg guru pemulihan byk keluarkan duit sendiri. Sebab itu aku kata kan perubahan ini perlu ambil masa.

 Insyallah..segalanya masih dalam proses bertatih lagi menceriakan kelas di SKTBK. Semoga aku memiliki masa yg banyak untuk touch up.




Palitan Tinta Maya,


Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute