Asal (58)..Terkini 10/7/2014 - 54kg

Sunday, 25 May 2014

Antara Tuntutan Berdiet & Amal Ibadah???


Semalam telah berakhir sesi Minggu 1 diet yang saya mulakan. Orang kata "permulaan pasti menyakitkan?," .Ya,memang benar....sakit untuk kesihatan atas nasihat doktor mungkin sesuatu yang bakal mendatangkan manfaat akan datang.

Dalam saya berdiet....
Saya tetap merasa bersyukur atas keprihatinan insan-insan di sisi memberikan pelbagai nasihat dan sokongan. Sememangnya dalam kte berdiet..mungkin orang lihat kte beria-ia menjaga kesihatan tetapi adakah kte tidak beria-ia melakukan amal ibadah.

Bagi saya selaku muslimah..amal ibadah tetap dimanfaatkan jua waktunya. Jika senaman dalam seminggu ada waktunya, manakan mungkin untuk membaca 3-4 potong ayat sehari tidak boleh..betul tak? solat ..apatah lagi wajib ditunaikan.
 
Pendapat saya secara peribadi....
Dalam apa saja perkara melibatkan amal ibadah,saya tidak suke mengkhabarkan kpd org ramai..bkn bermksud x nak mengajak org ke arah Islam..tetapi saya lbh suke beramal secara diam tanpa menghebahkan kpd org.


Tetapi..
Ble saya berdiet..niat saya menulis di sini adalah utk sama-sama berkongsi. Saya suka akan pengisian ilmu di FB KDO Online dan Kelab Diet Atkins. Kedua-dua group ini saya ambil positif akan segala pengisian ilmu kesihatan dan diet.

Begitu juga dgn ibadah....walaupun FB diet nampak selalu di hati..tetapi menyertai group bersifat forum islamik menjadi suatu kemestian utk mengisi ruang jiwa yang terkadang masih lumpuh ilmu keagamaan. Saya akui saya bukan muslimah terbaik..tetapi saya sedang cuba menjadi yg terbaik.

Utk mengharapkan kesempurnaan dari diri saya yg hakiki secara total memang tidak betul..krn kte insan pasti ada kekurangannya.

Pada entri hari ini....saya bermuhasabah atas nasihat seseorang. Bukan saya tidak terima nasihat beliau tetapi sy sdg menyelak mungkin ada baik buruknya....



Tima kasih shbt atas nasihat..
insyaallah sy akan tetap meneruskan diet demi kesihatan dan sakit yg sdg sy alami....semua org tak tahu masalah yg dihadapi..terkdg kte mengharapkan pd masa yg sama insan di sisi memahami kenapa kte berdiet tetapi itulah yg sy boleh katakan...sokongan amat penting utk menjayakan suatu sesi kesihatan. 

Tanpa sokongan....muslimah seperti saya yg mengidap psoriathic arthritis ini mungkin boleh jatuh..sokongan manusia tidaklah ku harap sepenuhnya tetapi semoga Allah terus memberi sokongan dan kesihatan yg kuat utk aku terus berbakti pd semua.

Semoga Allah beri ketabahn buat saya untuk berdiet & dlm masa yg sama sentiasa ingat akan diri-Nya..sentiasa berlumba-lumba membuat ibadah seiring dgn amalan berdiet.




Melarik Tinta Maya,
 


 
Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

0 comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute