67.1kg (start diet 14.1.2017)--)time to run now until 50kg

Wednesday, 31 July 2013

Dari 71kg - 65kg - 59.8 - 57.5kg => Ku Menuju Impian 49.5kg


Hi,kawan-kawan

Tinggal seminggu lagi detik akhir Ramadhan.Terasa bagaikan hati sayu bakal meninggalkan bulan penuh mulia ini. Seindah Ramadhan ini menghadirkan anugerah Syawal yang bakal tiba tak lama lagi.

Semalam adalah sesi timbangan (1) bagi 90 DAYS WEIGHT LOSS CHALLENGE. 

Entah kenapa hati pada mulanya kecut juga ble melihat prestasi para peserta lain ketika saya memulakan gerak kerja update semua timbangan yang diberi. Saat ini saya masih menanti jawapan timbangan 1 yang masih tak diperoleh dr Kak Yusnany Yusop & Anna Shaidi. Seorang peserta Wani telah menarik diri atas sebab-sebab tertentu. Kini tinggal 15 peserta sahaja.

How's my weight progress?
Pasti ada yang nak tahu,kan? Ups, ada ka yg mengikuti perkembangan diet Mia?

Alhamdulillah selepas bersalin Raya kedua 2012 (Ogos 2012)..memang mia mengaku tidak pantang sebetulnya. Makan ikut suka..sesedap rasa ja..sebab tu berat mia susah nak turun ..masih 71kg (November 2012) dengan BMI (30.7-OBES)....anda boleh saksikan my progress seperti di bawah :-


TINGGI : 152CM (JENIS RENDAH)    

PERTENGAHAN DISEMBER 2012
BERAT : 65KG          BMI : 28.1 (OVERWEIGHT)

PINGGANG : 42 inchi
PEHA : 23 inchi
LENGAN : 13 inchi
PINGGUL : 42 inchi

* NO WORKOUT + DIET TAK IKUT RULES (NOVEMBER-APRIL 2013)


TIMBANGAN 31 JANUARI 2013
BERAT : 61.9KG          BMI : 26.7 (OVERWEIGHT)

PINGGANG : 40.5 inchi
PEHA : 21.5 inchi
LENGAN : 12.2 inchi
PINGGUL : 40.5 inchi

* NO WORKOUT + DIET TAK IKUT RULES (NOVEMBER-APRIL 2013)




TIMBANGAN 30 JULY 2013
BERAT : 57.5 KG          BMI : 24.3 (NORMAL WEIGHT)

PINGGANG : 33 inchi
PEHA : 19.5 inchi
LENGAN : 11 inchi
PINGGUL : 38.5 inchi

* WORKOUT BERMULA PADA AWAL JULAI + DIET DILAKUKAN BERMULA MEI 2013


hm..itu cite dr aspek inchi badan....alhamdulillah dr 71kg kini mia berjaya ke kemuncak normal weight. That's mean mia dh berjaya menurunkan sebanyak 13.5 kg.Walaupun ia bukanlah 1 penurunan yg boleh dibanggakan.Namun mia mengucap syukur..sekurangnya setiap bulan,mia hanya target turun 1kg saja + ada penurunan inchi badan.

So,let's see my picture lak...

BERAT : 71 KG (OBES)

 BERAT :  65KG (OBES)...baju ketat masa ni..huhu



BERAT : 59.8KG (OVERWEIGHT)



BERAT : 57.5 KG (NORMAL WEIGHT )

Kesimpulannya...

masih terlalu panjang lagi masa untuk mia mengejar ideal weight.Mia mesti dapatkan berat ke angka 49-48kg....Sekarang ni mia masih belum sepenuhnya boleh pakai kurung cotton (cotton ni jenis ikut bentuk bdn size M)...lani banyak mia pakai size M yg besar sikit ...

Jika mia berjaya menyarung semula baju cotton size M...
maka Mia akan bagi ganjaran untuk myself. Ia dikira bonus kejayaan :-)


So,let's fight untuk sesi timbangan seterusnya pada 30 Ogos 2013.

hm..Bagaimana perjalanan progress diet kawan-kawan?
Hope segalanya sukses dr awal hingga ke akhir meniti waktu Hari Raya k.
Raya..raya juga..tapi misi jangan sesekali lupa k.






Melarik Tinta Maya,
 


 

 






















 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Tuesday, 30 July 2013

Timbangan (1) -30 JULY 90 DAYS WLC WITH MIA ZARA


Untuk para peserta 90 DAYS WEIGHT LOSS CHALLENGE WITH MIA ZARA...sila ambil perhatian.

Hari ni anda wajib nyatakan timbangan 1 dalam pertandingan ini pada 30 Julai 2013.


Boleh pilih mana-mana cara di bawah :-

a) Nak buat entri post di blog & nyatakan berat timbangan 30 Julai 2013

b) Message my Fb Mia Zara Ina (tak perlu sebarang photo). Kalau nak bagi pic penimbang,lagi bagus.. :-)

c) Email saya di miazaraina@gmail.com

d) Post comment di entri ini...bagi nama dan berat terkini 30 julai
 

Ha, banyak pilihan diberi........so, sila ambil tindakan!!!



WAJIB NYATAKAN BERAT SELEWAT-LEWATNYA 
12.30 MALAM INI




Melarik Tinta Maya,


Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Monday, 29 July 2013

Menu Diet Mia 28 Julai 2013 - 19 Ramadhan


*RED FLAG

Sahur (as usual even red flag) at 5.20am
HL Shakes + 1 kurma + 2 gelas air

Berbuka Puasa (as usual even red flag)




1 senduk nasi + ikan siakap 3 rasa + sotong goreng tepung + kailan goreng masin + 1 kurma

8.00 - 9.00 malam
2 mug air masak

Workout session 20-30 minutes
-sit up 8x
-warm up
-simple aerobic dance

10.00 malam
400ml H2o + teamix





Palitan Tinta Maya,

 
 


 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

DIET??? It's About EFFORT. NO MORE EXCUSES !


Melihat mentari indah hari ini, hari dipupuk rasa gembira meskipun di luar sana ada gerimis mendung dek hujan pagi tadi. 

Hari ini entah kenapa...
Aku merenung semula perjuangan mula diet dalam sesi 90 Days Weight Loss Challenge..

Berjayakah ku harungi?
Esok 30 Julai penentu timbangan (1)...
Ia seakan penentu kejayaan mula...
Bukan semudah disangka dengan asal berat lepas bersalin 71kg nk turun ke angka normal weight.
BERJAYAKAH AKU???


Namun....aku bangga pada diri.
Kerana sesibuk aku selaku guru...sesibuk aku sebagai ibu tanpa suami yang jauh dr sisi ...menjaga anak seorang ...aku tetap mengharungi sesi workout.

Meski dihimpit rasa sakit akibat pemanduan 1 jam setengah setiap hari waktu pergi & balik....dihantui kesakitan arthritis yg kini sedikit pulih....keletihan bukan dijadikan alasan untuk tidak workout..at least seminggu 2x wajib workout

YA, MISI WORKOUT AT LEAST 20-30 MINUTES SAYA TELAH TERCAPAI DARI MINGGU 1 CHALLENGE SEHINGGA KE KEMUNCAK KEPUTUSAN TIMBANGAN 1 ESOK.SAYA BERJAYA PENUHI TARGET SEMINGGU 2 KALI (SESUAI DGN SITUASI SAKIT KAN?)


Ada yang bertanya pada saya

"apa rahsia mia berdiet...?,"

"Saya malu nak kongsi sebab i'm not so perfect..ada banyak otai2x diet yg lebih giat berdiet dari saya. Insyaallah jika misi normal weight tercapai...akan saya kongsikan bersama anda,"

Saat ini dalam minda saya sedang merangka MISI DIET DI HARI RAYA. Perlu rangka ka?

MESTI...MESTI..
APA2X KEMUNGKINAN WAJIB BERLAKU PADA BERAT JIKA TAK DIPANTAU.

Sekarang ni tengok biskut raya & kek pun dah terliur....
Memang orang kata untuk berjaya diet,kena thn pandangan...takat nak rasa 1 ja xpe, tp jangan berlebihan.


Pepun kawan-kawan se geng diet.....
Mari mulakan sikit2x workout even simple pemanasan badan,joging setempat,berjalan-jalan ke bazar/taman,aerobic at least 20 minutes dll.

Take action.

p/s: "eh dah ada yg kantoi ka di saat2 minggu akhir Ramadhan....like berat dah naik ka?Ups...harap tidak la ya,kawan-kawan,"






Melarik Tinta Maya,


Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Sudah Terjawab : Pregnant Or Not Pregnant Mia???


Hi,kawan-kawan....

Setelah sekian lama menanti dan berwaspada ketakutan gara2x pregnant or not pregnant..ku menemui juga jawapan.

Lega kerana...misi 90 DAYS WEIGHT LOSS CHALLENGE tetap bisa diharungi.

Rupa-rupanya...
hormon period saya telah berubah...setiap bulan date yg sama. tetiba menginjak perubahn...hari ni dah hari ke-3 period....THAT'S MEAN I'M NOT PREGNANT.


Yahoo...
Rasa gembira sebab masih dapat bermanja dengan Al Fateh. 
Biarlah Al Fateh membesar dahulu...

Realitinya..kami suami isteri tidak pernah merancang ..Aku sendiri pun tak pernah amik apa2x suntikan/pil perancang..Kami lebih berserah pada ketentuan Allah bagi zuriat kedua...Jika Al Fateh dah masuk umur 3-4 tahun, haruslah berusaha untuk cari jalan anak ke-2 kan.

Ada hikmah mungkin Allah tak bagi lagi zuriat kedua untuk aku.

Natijahnya :

"apa saja yang dikurniakan Allah baik lambat atau cepat,semua ada reason....bagi yg mudah to get pregnant..usah dirungut,terima rezki ..bg yg belum ada cahaya mata..teruskan usaha & berdoa k,"





Melarik Tinta Maya,


Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Saturday, 27 July 2013

REMINDER !!! 30.7.2013-Timbangan (1) 90 Days WLC


Hi,kawan-kawan...

Akhirnya kini kte sudah sampai ke 18 Ramadhan. Amacam diet kawan-kawan? Berjaya ka tidak?

Dalam berpuasa ni jangan sampai asyik dok ingat diet je...tapi ibadah yg perlu diberi priority ya! peringatan utk diri juga..:-)

hm....dengar2x 
Ada yg diet sakan,tapi statik ja..
Ada juga yg tak puas hati turun takat 1 kg ja.
Ada pula yg menjerit suka ble berjaya turun lebih 3kg.

Ha,anda dalam kategori mana 1 ya pada bulan Ramadhan ni?hehe


So...hari ni hari peringatan untuk semua peserta 90 DAYS WEIGHT LOSS CHALLENGGE WITH MIA ZARA INA....



Ha,jangan lupa sms mia di FB Mia Zara Ina pada 30.7.2013. Wajib bagi gambar penimbang dengan timbangan yg dinyatakan..BUKTI .....

Gambar??
tak perlu..tak perlu....sape nk buat banding beza nk letak di blog sendiri/fb group kmkk,...terpulang..lg bgs..bagi up smgt semua geng diet k.

So...tinggal 2-3 hari lagi ya..Siap sedia.




Lakaran Tinta Maya,


Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Thursday, 25 July 2013

Mengidam nak makan LAKSA@LAKSAM


Hari ini sudah 16 Ramadhan...
Betapa kejapnya masa berlalu....Bulan ni juga aku merasakan hujung2 minggu aku dihiasi dengan jejak ke sekolah.

Semakin hari memandu juga...
Semakin aku merasakan keletihan. Ibadah tetap diteruskan wp pe jua dugaan.
Namun letih kali ni terasa lain sangat..Mungkin ni thn 1 aku memandu jauh. 

Menu Sahur masih lagi sama dgn HL Shake + 1 kurma + any fruit (1 only).
Namun Menu Berbuka......semuanya aku nak yg masakan jenis masam2x..

Dah masuk hari ke-3 menu semua masakan asam..aku la yg request to mum.

"apa kena dengan diri aku pn aku tak pasti," desis hati.



Tentang ujian kehamilan..?
Ntah la..aku mcm x semangat nak buat.....Mungkin aku perlu tunggu Raya ke-8 baru menjejak kaki ke klinik (tunggu next either aku period @ tidak). If not juga...something must be wrong.

Ada org tanya :-

"ke ko amik pil perancang mia?,"

Pastinya jawapan aku :

"tak langsung selepas bersalin pertama & period regular.so mudah aku nak kira pada calendar,"




hm..biar lah....pepun aku akan jaga diri sebaik mungkin. Apa yg pasti minggu ni aku harap dapat makan laksam@laksa...KES WAJIB CARI....




Melarik Tinta Maya,
 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Wednesday, 24 July 2013

Wanita Rajin Berdiet Tapiii....Nape Berat Statik Je???


Anda dah kawal pemakanan anda, mengira kalori makanan yang anda ambil, mengikuti weight loss program, dan buat exercise hampir setiap hari. Tetapi bila anda naik ke atas penimbang, jumlah berat badan anda tetap sama. Pada masa itu anda terfikir apa lagi yang anda perlu lakukan. Di mana silapnya? Dan macam-macam lagi persoalan yang timbul.

Sebenarnya, walaupun dengan pengambilan makanan yang sihat, amalam bersenam, anda mungkin membuat beberapa kesilapan kecil yang menyebabkannya tiada hasil atau penurunan berat badan. 

Di sini akan dikongsikan bagaimana untuk meningkatkan kualiti amalan sihat yang sedang anda amalkan supaya anda dapat mencapai target untuk mendapatkan tubuh badan yang fit dan langsing.


1. Jika anda mengira kalori yang anda ambil:

Pastikan pengambilan makanan yang betul.
- Anda sudahpun maklum perkara ini:

Ambil jumlah makanan yang mempunyai kalori lebih rendah dari apa yang tubuh anda perlukan untuk maintain berat badan anda sekarang, dan mengurangkan berat badan anda. Berdasarkan dari satu survey yang dilakukan, kebanyakan daripada kita masih lagi tidak tahu atau salah dalam mengira keperluan kalori harian yang ideal.

Sebagai contoh :-

"anda menganggarkan sebanyak 2000 kalori diperlukan sehari untuk mencapai berat target anda, tetapi sebenarnya anda hanya memerlukan sebanyak 1800 kalori. 200 kalori extra yang anda ambil setiap hari itu cukup untuk menambah berat badan anda sehingga 10 kg,"
Apa yang anda boleh lakukan?
Anda boleh melawat website http://cekodok.com/ untuk mendapatkan cara yang betul untuk mengira kalori yang anda perlukan dalam sehari. Kemudian, set kan limit ke atas makanan dan snek yang anda ambil. Jika 1800 kalori adalah kalori maksimum yang anda perlu ambil setiap hari, cuba bahagikannya kepada tiga hidangan 500 kalori dan satu hidangan snek 300 kalori.

2. Jika anda memilih makanan berkhasiat:

Periksa jumlah makanan yang anda ambil. Apa yang ada dalam pinggan ada memang sangat penting, bukan sahaja jenis makanan, malah jumlah makanan tersebut.

Sebagai contoh :-

"semasa anda bersarapan di rumah, suami anda bersarapan pancake dengan mentega dan syrup, anak anda bersarapan donat, manakala anda mengambil secawan quaker oat bersama sejumlah kekacang, sepotong pisang, dan satu gelas besar jus kiwi. Ya, anda mungkin menang dari segi nutrien makanan yang diambil, tetapi dari segi kalori, andalah di tempat yang tercorot sekali. Makanan yang anda ambil memang kedengaran seperti yang paling berkhasiat, tetapi ia boleh menyumbang sebanyak 700 kalori iaitu lebih 1/3 daripada kalori yang anda perlukan dalam sehari,"

Apa yang anda boleh lakukan? 
Langkah terbaik adalah dengan mencatat jumlah makanan yang anda ambil.Sekalipun anda menulisnya di atas tisu dan kemudian  membuang tisu tersebut selepas makan pun tidak mengapa. Sekurang-kurangnya anda aware dengan jumlah makanan yang anda ambil. Anda juga boleh menukar makanan berkhasiat yang tinggi kalori kepada makanan yang tinggi serat seperti:
  • Sayur-sayuran:  Setiap cawan bayam mengandungi 7 kalori dan terung rebus sebanyak 35 kalori. Manakala mash potato adalah sebanyak 249 kalori!
  • Buah-buahan: Setengah cawan buah strawberi mengandungi 23 kalori dan buah pisang mengandungi lebih dari 100 kalori. Sebiji buah oren pula mengandungi hampir separuh kalori yang terdapat dalam segelas jus oren. Buah-buahan lain yang rendah kalori seperti tembikai dan bluberi.
 

3. Jika anda memesan makanan yang PALING berkhasiat di dalam menu di sesebuah restoran:

Buat research dahulu sebelum anda ke restoran tersebut. 

Contoh: 

"Anda memilih untuk makan sandwich istimewa berbanding pizza. Anda mungkin fikir yang anda sudah membuat pilihan yang bijak untuk diet anda. Tetapi cuba anda fikir semula.Sandwich istimewa itu sudah tentu mempunyai keju dan mayonis untuk menambah kesedapannya,"

Tetapi tahukah anda sandwich yang anda pilih itu mengandungi hampir 900 kalori? Manakala 2 keping Peperoni Pizza di Pizza Hut sebagai contoh mengandungi 520 kalori. Sekalipun anda menukar roti sandwich kepada roti yang berkhasiat, jumlah kalorinya tetap sama.
Apa yang anda boleh lakukan: Cuba cari maklumat tentang nutrisi makanan yang terdapat di restoran tersebut sebelum anda ke sana. Kebanyakan restoran makanan segera menyediakan informasi ini samada di restoran mahupun ni website mereka. Dan jangan terkejut apabila anda melihat jumlah kalori makanan mereka!

 

4. Jika anda teringin hendak makan makanan kegemaran semasa anda diet

Anda boleh makan, tetapi anda perlu mengurangkan jumlahnya. Jika anda mahukan sesuatu yang manis, makanan rendah lemak dan kurang gula seakan-akan makanan terbaik yang anda boleh ambil untuk diet anda. 

Tetapi, penyelidik di Cornell University menyatakan bahawa mereka yang overweight yang memilih makanan atau snek yang dikatakan rendah lemak menyumbang kalori sebanyak dua kali ganda dari kebiasaan! Istilah ‘rendah lemak’ dan ‘kurang gula’ ini seolah-olah memberi ‘green light’ kepada pengguna untuk makan dengan lebih banyak. 

Tetapi kebanyakan daripada kita tidak sedar bahawa makanan yang dikatakan ‘rendah lemak’ ini sebenarnya mempunya jumlah kalori yang hampir sama dengan makanan yang lain

Sebagai contoh: 

"Biskut kismit oatmeal biasa mengandungi sebanyak 107 kalori dan 4 gram gula. Manakala biskut yang sama tetapi versi ‘rendah lemak’ ini mengandungi 106 kalori dan 9 gram gula,"
Apa yang anda boleh lakukan:
Makan dengan jumlah portion yang berpatutan. Jika anda sukakan aiskrim, anda boleh makan satu scoop kecil aiskrim tersebut untuk melepaskan keinginan anda itu. Seperti kata David Grotto, seorang penulis buku kesihatan, “You won’t stick to a diet that doesn’t include you favourites”. Life is too short.

 

5. Jika anda ‘Ratu Sit-Up’.

Jangan lupakan latihan kardio. Salah satu kesilapan besar bagi wanita yang ingin mendapatkan perut yang kempis, mereka melakukan terlalu banyak sit-up dan melupakan latihan kardio. Perut anda tidak akan flat sehingga anda membuang lapisan lemak yang terdapat pada perut anda. Oleh itu, anda tidak boleh meninggalkan latihan kardio.
Apa yang anda boleh lakukan:
Setiap minggu, cuba lakukan tiga sesi latihan kardio bersama latihan untuk perut kira-kira 30-60 minit.

 

6. Jika anda makan snek untuk menghilangkan lapar:

Awasi pengambilan makanan tersebut. Anda mungkin fikir yang anda sudah cukup mengawasi pengambilan makanan anda. Tetapi kajian mendapati, mereka yang makan ‘tanpa sedar’ seperti mengambil segenggam popcorn rakan semasa menonton wayang atau merasa doh biskut yang anda buat boleh menyumbang beratus kalori seterusnya menambah berat badan anda tanpa anda sedari.

Makan semasa minda anda tidak fokus terhadap apa yang anda suap seperti semasa menonton televisyen, mendengar berita dan sebagainya akan menyebabkan anda makan dengan banyak daripada kebiasaan. Biasanya anda boleh makan sehingga lebih 15% dari kebiasaan iaitu kira-kira sebanyak 72 kalori!
Apa yang anda boleh lakukan:
Elakkan makan semasa anda sedang melakukan sesuatu seperti menghadap komputer atau berbual-bual. Anda boleh mengelakkannya dengan menutup komputer anda untuk seketika semasa anda hendak makan. Sekiranya anda ingin masak, cuba kunyah gula getah atau chewing gum. Jadi, setiap kali anda ingin rasa masakan anda, anda perlu mengeluarkan chewing gum itu dan ini boleh membuatkan anda aware dengan berapa banyak biskut atau kek yang telah anda rasa.





Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Menu Diet Mia Zara 23 Julai 2013 (14 Ramadhan)


Sahur
HL Shake + 1 kurma+ 1 small banana
 
Berbuka Puasa
1 senduk nasi + ikan kembung masak asam + sup sayur kobis + 1 ayam kecil (rendang-kuah sikit je amik) + 1 kuih tako + 1 glass air mata kucing (no ice) + 1 glass H20

Selepas tarawih
400ml H2o + teamix (light saja)
 
Workout (20 minutes only)
-sit up seperti dalam teknik yang dirujuk di sini http://primosense.wordpress.com/2011/07/04/tips-kempiskan-perut-tanpa-bersenam/
-senaman panaskan badan
-joging setempat perlahan2x saja 10 minit 





Palitan Tinta Maya,
 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Tuesday, 23 July 2013

Bagaimana Elak Lemak Tepu Dalam Badan


Walaupun badan anda memang memerlukan lemak di dalam badan untuk berfungsi dengan baik, anda seharusnya mengelakkan dari pengambilan lemak tepu yang banyak. 

Lemak tepu berpunca dari makanan seperti lemak pada daging, mentega, susu, keju, dan pelbagai lagi jenis makanan yang lain. Walaupun sesetengah lemak tepu itu boleh dimakan, tetapi terlalu banyak lemak tepu boleh meningkatkan kadar kolesterol yang mana akan menyebabkan saluran darah tersumbat, strok, dan serangan jantung.

Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan pengambilan lemak tepu ke dalam badan dan seterusnya membantu meningkatkan kesihatan anda dengan lebih baik untuk jangkamasa yang panjang.


Kurangkan makan daging merah. Daging terutamanya bahagian berlemak seperti tulang rusuk dan bacon mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi. Gantikan daging, bacon dan sosej dengan ayam tanpa lemak. Berhati-hati dengan bahagian ayam yang anda makan. Daging ayam seperti di bahagian peha dan kepak adalah lebih banyak kandungan lemak berbanding dengan daging putih di bahagian dada ayam
 


Gunakan lebih banyak minyak zaitun di dalam masakan. Minyak zaitun mengandungi lemak tak tepu – polyunsaturated and monounsaturated; yang mana boleh membantu menurunkan kadar kolesterol serta boleh menggantikan lemak tepu dalam masakan anda. 

Ketahui berapa jumlah lemak yang anda perlukan setiap hari. Bagi mereka yang mengamalkan 2000 kalori diet, wanita tidak boleh mengambil melebihi 18 gram lemak tepu manakala bagi lelaki tidak boleh melebihi 20 gram lemak tepu. Anda digalakkan makan separuh dada ayam tanpa kulit yang hanya menyumbang 2 gram lemak tepu ke dalam tubuh badan anda.


Elakkan makanan beku. Kebanyakan makanan yang dibekukan ini mengandungi kandungan lemak tepu yang sangat tinggi.



Panggang daging yang anda ingin makan. Jika anda menggoreng sepotong daging, daging itu akan digoreng dengan lemaknya sendiri. Daging tersebut akan menyerap semula lemak dan minyak yang digunakan untuk menggoreng. Sebaliknya, apabila anda memanggang daging, lemak pada daging tersebut akan mengalir keluar dan tidak akan diserap semula. 



Tambahkan suplemen Omega-3 ke dalam diet harian anda. Omega-3 adalah sejenis asid lemak yang baik untuk tubuh badan anda yang membantu ‘melawan’ lemak tepu dan kolesterol yang ‘jahat’. Selain itu, Omega-3 ini juga membantu mengawal keradangan di dalam badan, menguatkan jantung, membantu penglihatan yang baik, serta boleh meningkatkan mood anda. Omega-3 ini boleh didapatkan dari sumber beberapa jenis ikan seperti salmon, ikan kembung, tuna, dan sardin. Anda juga boleh membeli kapsul supplemen Omega-3 di pelbagai farmasi dan klinik. 

Kurangkan pengambilan harian produk tenusu. Keju mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi, sama seperti susu lemak penuh. Apabila anda ingin menggunakan keju dalam makanan, pilih keju yang berasaskan susu rendah lemak. Kepada penggemar air susu pula, cuba beralih kepada susu tepung dari susu lemak penuh. 


Nota: Jangan sekali-kali membuang semua lemak dari pemakanan harian anda. Otak dan beberapa organ di dalam badan anda memerlukan sejumlah lemak untuk berfungsi dengan baik.


Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Monday, 22 July 2013

Menu Diet Mia Zara 21 Julai 2013 (12 Ramadhan)


Sahur
HL Shake + 1 kurma + 1 apple merah (blend ja semua)


Berbuka Puasa
1 senduk nasi + sayur bayam merah msk lemak (kuah x amik), 2 ikan kembung goreng,sambal belacan,ulam-ulaman,sotong masak asam kunyit + 1 mug air cincau (no ice)

8.00-10.00malam
500ml H2o + teamix (bancuh light tea ja) + 1 hiris kecil puding roti coklat



 

Palitan Tinta Maya,


Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute