My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Monday 8 July 2013

Episod 10 -> Ilham Mia Zara "Kerana Dia Untuk Ku"




Mercu rasa ini bagaikan tersentap tajam kala si dia berlalu dari ruang makan. Pantas membuahkan persoalan di hatiku tentang apa yang sebenarnya maksud lelaki itu. Lirih hati seakan ingin menjerit. Namun, aku usaha bersahaja demi menjaga keharmonian perbualan seterusnya oleh kedua-dua orang tuaku dan ibubapanya. 

Dan lelaki itu.........sedang merenung sesuatu di laman rumah
Dan aku ....... entah kenapa, terasa ingin bersuara realiti di depannya. Namun, kelu. Segalanya tersekat bagaikan dikata. Sedarnya...aku belajar menahan erti sabar, dan menahan dugaan ini.

Di sebalik jendela kamar, hatiku berbisik sayu.

Oh Tuhan.........kuatkan semangat hati ini !
Kala kereta mereka sudah berlabuh pergi meninggalkan isi rumahku, aku tersenyum dalam hiba lantas melabuhkan diri di anjung buaian laman. Ayah sudah ke dalam membersihkan diri untuk bersedia solat Asar....dan ibu secara tiba berlabuh di sisiku. Mungkin..memahami gelojak hatiku saat ini.
 

"Mia, kenapa ni?," Ibu memegang tanganku dan tersenyum melihat rauh wajahku ketika saat itu. 

"Takde apa-apa. Mia ok la," Sengaja aku memujuk hatiku.

"Mia, mak nak bagitau mia ni....," 

"hm,apa dia,mak?," Terasa ada sesuatu yang ingin disampaikan ibuku.

" Tadi,kan..mak rijaluddin ada memohon maaf bagi pihak anak dia kat mia pasal tadi.Mak dan ayah dia dah cite hal sebenar. Mia janganlah sedih-sedih ya," 

Mukaku sudah sepantasnya tidak sabar mendengar penjelasan ibu tentang peristiwa yang hampir meruntun hatiku sebentar tadi. Ya, di saat Hari Raya Aidilfitri pertama.

" Sebenarnya kan,Mia..dia tak bermaksud pun nak buat anak mak ni sedih. Dalam banyak-banyak anak, mak dia kata.....anak dia nilah lain dr lain sikit........paling akrab dengan keluarga dan dia tak biasa dengan perempuan ni...mia faham kot budak agama camne kan...mia tak yah la amik hati sangat k....mak percaya...kalau dia tak ikhlas sukakan mia..dia takkan datang sini lawat mia," 


Suara ibu sedikit sebanyak menyejukkan hatiku saat itu. 
Ada aura senyuman menguntum di jiwa dan terasa ingin menelefon lelaki itu pulak.hehehe

"ha...kan dah senyum anak mak nie..kalau tak, monyok je," Ibu mencubit pipiku.
 
Ada gelak ketawa memecah suasana petang itu. 

Lagu ria. Nada gembira untuk diterjemahkan kepada seisi alam. 

...........................................................................................................

Diari kuntuman cinta itu masih terselit kemas di ruang mejaku. Ya,diari yang menyatukan satu kisah "Maya Mia dan lelaki di bumi gersang," Ketawa selalu pabila tertancap pada peristiwa dan kisah semalam.

Nada perbualan semalam mengusik hatiku sesaat. Haruman itu masih kekal berbaur di sanubari........sukar untuk dimaknakan.

" Mia, dah bersedia nak kahwin ke?," Soalan itu sudah pasti mengejutkan aku kala menginjak tahun baru 2010.

"Ha...apa dia? awak nak kahwin?," Sengaja aku menduga dia. Seakan aku pekak mendengar soalan cepu mas itu. 

"eei...buat-buat tak dengar lak mia ya. Mia, jawab la,...dah bersedia ke tak nak kahwin ni?," Ada nada serius pada soalan lelaki itu.


Dan aku..........kenapa masih ketawa???
hehehe............Geli hati kerana sepanjang aku mengenali lelaki ini. Dia susah untuk bertanyakan soalan yang seperti itu.Aku kira kalau dia berada realiti di depanku....pasti dia dan aku tak bercakap apa....hahaha...
 
Itu yg dimomentumkan rakan baikku...jika dia mendengar kisah kami.

"hm.....bersedia," Ups, betul ke aku ni?? Jawapan yang tidak disangka muncul dari bibirku.

"Eh, tapi kan.......aritu masa awak datang rumah, tengok macam nak tak nak je.. Aik, bermimpi ke apa nie awak tetiba cite pasal kawin," Masih lagi aku ingin menduga lelaki itu. 

Hatiku dipaut rasa ria germuncup di ruang sanubari.

"Mia, nak tau tak apa azam 2010 saya?," 

Tersenyum kerana tiba-tiba lelaki itu bercakap mengenai azamnya. Ya, tahun baru yang pasti menghadirkan azam dan harapan baru. 

"Apa?," 

"Nak dapat keja tetap dan kahwin dengan mia. InsyaAllah," Suara lelaki itu dengan penuh keberanian.

Pergh, beraninya jawapan dia!

Perbualan yang membawa hati kami seindah di langit......... Namun, adakah impian si cinderella akan menyatukan dengan putera idaman hatinya. Ya, memandang pada langit di atas, ku tahu Dia Maha Mendengar....Maha Menentukan....
Yang terbaik..........untuk aku dan dia. 

"Ya Allah, suburkan cinta ini, ikatan ini .........menuju ke puncaknya. Semoga kau merahmati perjalanan mahligai cinta kami ini,"

Sinar harapan.....sinar impian. Penuh terusik memandang ke arah langit lazuardi sambil memanjatkan doa dan lagu kasih.
  
Untuk mu hatiku ingin bersuara
Ingin ku lukis semua hidup ini
Dengan cinta yang terindah
Jauh di dasar hatiku
Tetapku mahu kau sebagai kasih
Hanya nama mu dihatiku
 
Denting yang berbunyi
Menyedarkan ku dari lamunan panjang
Merangkai semua tanda yang terlintas
Sayang...kau dimana
Mengapa jadi begini
Entah mengapa berpisah saat semuanya terjalin
Sepi ku rasa saat ini
 
Resah singgah bila cinta terusik benci sesaat
Ku fikirkan sukar untuk membenci dirimu
Yang terindah dalam dirimu ada di jiwaku
Mengapa tega kau lemparkan kecewa
Inginnya ku mengeluh
Mencari-cari lagi jawapan
Mungkinkah kau rasa seperti ku...
Akan hadirkah seseorang yang ku impikan?
Itukah dirimu kasih..
Mungkinkah...
 
Jangan kau menyanjung cinta
Bila tak mengerti maknanya...
Cinta itu kita yang rasa
Bila sengsara hatikan merana
Aku hanya ingin mencintai
Aku hanya ingin dicintai...
 
 
 
Ilham Tinta Maya,
 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

0 comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute