67.1kg (start diet 14.1.2017)--)time to run now until 50kg

Monday, 27 January 2014

10 hari lagi...."Syukur Pada Allah"


Salam maya untuk semua...

Alhamdulillah hari ini Allah masih lanjutkan usia saya untuk terus menulis di sini.Pagi yang dingin..cuaca dirasakan agak mendung di desa rengit ini. Kesejukan yg menggigit diri membuatkan saya menekan suis kipas No 1 sahaja. 

Memandang desa rengit ini bagaikan aku sedang menghitung hari...Menghitung masa untuk berada di sini lagi..menikmati suasana sekolah di desa seperti ini. Segala kenangan pasti akan menggamit di hati kerana di sini lah segalanya bermula..dari arena mula menginjak sebagai guru selepas setahun setengah dgn pengalaman GSTT. Di sini jualah aku menghabiskan zaman bujang ku dengan roomate-roomateku sekalian hinggalah mereka berpindah meninggalkan aku. 


Alhamdulillah permohonan pindah untuk balik ke pangkuan suami meski gagal..namun rayuan pindahku balik ke JB bagi bersama keluarga ku & anak tunggal berjaya. Bukan 1 kejayaan yang 1 namun ia sebagai langkah permulaan buat diri...Namun perjuangan menapak ke JPN & PPD x kan aku lupe..bagaimana mendengar caci maki..dan sebagainya..aku harus redha inilah suratan di sebalik perjuangan untuk berpindah.

Tinggal 10 hari saja lagi aku bakal menghabiskan masa di Rengit ini..entah kenapa..aku masih belum packing pe jua brg di bilik pemulihan ini. Mungkin merasakan bagaikan lama lagi di sini..Sayang nak tinggalkan Bilik Pemulihan yg telah sekian lama menjadi rumah kedua ku..

Saat ini wp hati ingin menangis...namun hati aku tak putus mensyukuri...denyutan rengsa tangan bagaikan terasa.....kesakitan sebelah anggota kanan begitu terasa sekali.Jika org melihat aku sihat....itu mungkin kerana kekuatan diri untuk menyembunyikan rasa sakit dan penangan ubat thn sakit  serta ubat saraf yg diberi doktor.

Memang sudah tertulis dalam usia muda sek menengah lagi aku harus berdepan dengan sakit. 1 saja pinta aku pada illahi "berikan aku kesempatan menggerakkan segala anggota bdn selagi ada waktu terutama dlm beribadah".

Tetapi kerana sakit ini lah mengajar aku utk bangkit. Memandang anak tunggal itu bagaikan menghapus rasa sakit. Meski terkadang tujahan emosi meletus bagaikan gunung berapi melahar bila melihat gelagat aktif anak teruna ku itu. Itu 1 ujian buat ku sebagai bapa jua sebagai ibu...


Berjauhan mengajar aku erti kesabaran...
Dalam kita menghitung derita...ada lagi org yg susah perit lebih dr kte kan.

Ujian..
Mengajarkan kita erti ketabahan
Mengajarkan kita erti kekuatan
Mengajarkan kita erti tunduk kepada-Nya
Mengajarkan kita bahawa mati itu bila-bila masa
Mengajarkan kita mengingati selalu diri-Nya
Mengajarkan kita merenung qada & qadar dr -Nya

Pepun yg terjadi....hidup harus diteruskan dengan senyuman...Org lain mungkin tak mampu menyelami susah senang ujian kita....kerana "berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul"....

Semoga Allah terus bersama kita.
Amin




Melarik Tinta Maya,


Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Wednesday, 8 January 2014

Episod 22 "Kerana Dia Untuk Ku"


Kelip-kelip bintang bertaburan bagai jatuh dari angkasa. Hempasan batu bagai menghempap sebuah kehidupan. Destinasi bahtera ku dayungi kala 14 hari sudah segala walimah selesai terpatri. Cinta maya telah mencecah ruang realiti. Ia seakan kisah novel cinta yang sering aku tatapi. Namun akan kah pengakhirannya ada kebahagiaan yang akan meniti atau apakah derita bakal menyelit singgah teratak istana.

Ada suatu saat ketika aku bersendirian melewati pantai atau tempat-tempat indah, segala kenangan hinggap di dasar memori. Aku cuba melemparkan jauh-jauh kepahitan...menggamit sebuah kebahagian yang aku harap dari dasar hati.

"Ya Allah, kenapa saat indah ini tega jadi sebegini?," 


Cincin perkahwinan masih terselit kemas di jari manis ku. Aku ingin pegang sekuat mungkin agar ia tidak jatuh atau terlepas dari celahan jari. Kilasan utuh sebuah makna cincin memalit kini.


"Cantik kan awak cincin batu nie?," Lama aku merenung pada cincin permata putih yang indah ketika sesi memilih cincin. Ada senyuman penuh terukir kepuasan diraut wajahku.


Lelaki itu di sisiku tersenyum.

"hi, renung cincin lagi lama ni dari orang kat sebelah ni Mia," Mengusik lagi lelaki itu.
Seraya aku menjeling. 


hm, lelaki itu jeles la tu !!! :-)

Saat itu aku ditemani sedara membeli cincin perkahwinan. Mujur lelaki itu punya masa juga datang memilih bersama. Istilah berdua ketika ikatan pertunangan memang dicegah. Sebaiknya kami menjaga adab. Sentuh-jauh sekali. Aku ingin hadir dengan kesucian seorang wanita, bukan datang dengan palitan dosa buat seorang suami.
"Mia, cincin tue lambang kasih untuk Mia meski kita tak pernah jumpa realiti dulu," 

Titipan sms dari lelaki yang kukenali dari bumi gersang itu jelas saat seminggu lagi majlis pernikahan bakal berjalan.


Angin sepoi-sepoi bahasa menyapu liuk lentuk tudung kuning yang ku pakai petang saat bersendirian di laman taman tasik itu. Entah kenapa, petang itu aku ingin lari dari keadaan. Lari dari kejutan yang entah muncul lagi.

Ada tangisan kini saat memandang cincin putih itu. 

"Betul ke lelaki itu mencintai aku atau .............?," 
 

Ada suara di sisi yang menghembus kata :-

"Mia, ada dia kata sayang,cinta? ??,"

"Pernah ke dia lafazkan...Sedarlah,Mia.." 


Sedaya mungkin aku cuba usir ke laut pertanyaan sebegitu. Ingin menafikan. Tapi, ada kebenaran terselit.Bibir lelaki itu jauh sekali untuk ku dengar kata 'sayang' 'kasih' 'rindu'.....hm,...


Lubuk hati kian meronta-ronta kan jawapan. Kejadian itu telah berlaku meski inai masih tersisa di jemari ku pandang sepi. Sesepi kalbu yang cuba mengusir kedukaan ..namun kelopak mata jerih dengan kolam air mata yang menghuni sanubari.

*********************************************************

Gelisah di hati seakan Dia sahaja yang Maha Mengetahui. Sosok bayangnya entah kemana. Baru sebentar tadi aku seraya meminta diri cepat-cepat pulang sejurus Fahmi rakan baik ku meminta aku membantu sedikit gerak kerja. 
Entah kenapa, dari pagi tadi melewati ke rumah Fahmi, ada sesuatu yang datang seolah-olah bagaikan hal tidak baik bakal berlaku hari ini....

Seboleh mungkin, aku mencegah hal-hal buruk melewati ruang benak.

"Hm, fikiran je kot.....," desis hati.

Akhirnya tersenyum jua mengingati keletah manja Mia semalam saat aku mengajaknya jalan-jalan pusing di desa permai ini.

Ketawa bila mengenangkan saat mula Mia kekok duduk di belakangku menaiki motor. Sampai terpaksa aku yang menolongnya ikat kan tali helmet dan bawa tangannya memeluk aku. lawak..lawak dengan puan Mia, bidadari hati ku yang sorang ini.hehe

Namun syukur aku panjatkan kerana memiliki isteri yang tak pernah membonceng motor dengan lelaki bukan muhrim. Itu yang aku puji. Kerna sukar kini nak cari isteri yang jaga adab sedemikian.


Palitan senyum kian terlintas di wajah bila Mia mengatakan dengan gembira :-

"Abang, next time datang lagi tau tempat-tempat camni...Mia suke," 
 
Menjerit-jerit bagai ingin memeluk ku pun ada isteri ku ini.

Mengimbas gelagat isteri tercinta terkadang membingkis geli hati. Meski Mia anak sulung, tapi aku tahu dia sensitif dan suka nak bermanja. Mungkin benar kata kawan.

"Woi, ko jangan tak tau anak sulung ni ...nampak je tegas Adin oi....tapi, manja mengalahkan anak bongsu...tambah kalau dok jauh2x nie," kata sahabatku Amirul ketika itu aku masih bertunang dengan Mia.

"ye ke? tak caye la..setau aku anak bongsu yang selalu macam tue," 

"takpe..takpe..tengok aa nanti ko kahwin," Amirul rakan yang sudah berkahwin serta punya anak 1 itu seakan mencabar pulak.



Akhirnya, kami gelak sama-sama. Terkadang aku jadi tidak faham watak dan kelakukan seorang wanita. Bengong dibuatnya bila sesekali Mia asyik nak merajuk je. Bila Mia diam, aku tertanya pula walaupun terselit ego untuk buat-buat tak tahu je. hm, kalau dah wanita..wanita juga !!!

"Hi, Adin..kat sini rupanya..puas mak cari...ko buat pe pulak kat belakang ni?," 

Sergahan emak mengejutkan aku.

"Ha, takde la mak....saje Adin ambil angin," Aku bersuara menyedapkan hati. 

"eh, tadi Mia cakap nak keluar jap...dia ada bagitau Adin,kan?," kata-kata emak membuatkan aku berpaling. 

Kaget. Terkejut seketika.

"aaa...ada...ada hal sikit kot...," Sengaja mengelak dari emak bertanya lanjut. Namun hati tidak tahu kemana isteri ku itu menghilang.

"Adin masuk bilik dulu,mak....penat aaa," kata ku beransur ke kamar sederhana yang masih dikemas rapi.

"hm, mia ....oh mia....aku huru hara kan bilik, mujur dia rajin mengemas..nasib ada isteri....kalau tak.....," gesis hati tersenyum.

Duduk di hujung katil berdekatan almari solek mengingatkan aku pada Mia dan cermin bagai tidak boleh dipisah. 

"Kalau sehari tak tengok cermin lama-lama, x boleh ke?," kataku suatu ketika aku lihat Mia asyik memandang cermin lama-lama bagai tak sedar aku di kamar.

"kejap ye abang.....," Itu lah yang selalu keluar dari bibir Mia. 
Menyikat rambut bagai membelai di spa pula. ish..ish..!!!

Bagi aku sebagai lelaki...terkadang pelik dengan wanita ni. kalau bab berhias & cermin memang boleh bagi penghargaan kat mereka ni.

Aku? 
No la ....malas nak mencermin-cermin nie..

Secara tiba-tiba, aku teringat sesuatu di laci. Hadiah itu dah lama aku simpan untuk seseorang. Dah lama aku ingin serahkannya. Dah lama juga aku nak menyatakannya bila tiba masa. 
"harap Mia akan suka nanti," Berulang aku meyakinkan diri dalam gamitan hati.

"Ouch," Ada desis kesakitan hinggap di kaki. 
Seakan tersepak sesuatu di balik sisi bawah katil. Menyeringai raut wajah.

Kotak bersaiz peti A4 yang mengena kaki itu ku ambil dan buka. Seraya minda menapak jelas maksud. Fikiran sudah tercapai apa yang tersirat. Pasti ada sesuatu yang dah terjadi.

"Ya Allah,Mia.....aduh, habislah aku....," Tangan ku sudah menepuk dahi.

Kesal. Tapi, yang pasti sukar untuk berpatah balik lagi.

"Maafkan abang, sayang.....Mia kena dengar dulu apa abang nak cakap,"
Hanya itu sahaja suara hati yang jelas membingkis di ruang jiwa.
Segalanya sudah terlambat. Itu sudah pasti. Kejadian yang menjawab sebuah kehilangan dan pertanyaan tadi.

Yang pasti, aku tak ingin sebuah kehilangan terjadi lagi.....permata kasih yang aku tunggu-tunggu meski berat untuk aku lafazkannya. 

"Mia....tunggu abang ye,Mia....abang tak berniat. Mia tak pergi mana-mana kan sayang....Mia kena dengar dulu apa abang nak cakap,"

Hati kesal. Tapi, masihkah ada harapan. Saat indah hari-hari perkahwinan yang baru berputik terpalit pahit kerana aku.

Aku terlewat untuk menyatakannya. Aku takut untuk mengakuinya. Aku lupa dia selalu ada di sisi. Aku perlukan ruang waktu dan aku tidak minta ini semua terjadi saat ini. Dilema kisah istana cinta kita bukan sampai di sini sahaja, tetapi ada persoalan yang akan menjengah. Tuhan sahaja yang bakal menyatukan kejernihan di sebaliknya.

"Mia, abang cintakan Mia....abang sayangkan Mia...abang kasihkan Mia.....abang........................,"

Terlewatkah aku untuk segalanya???


Berjalan Melintasi waktu...
berharap waktu kan datang menemani...
kembalikan waktu yang dulu, penah datang dengan keindahan...
berganti dengan keinginan hati....
menutupi segala keinginan untuk dapat kembali
 
 
 
 
 
Mengggarap Tinta Ilham Maya,
 
 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Muhasabah "Muslimah Menuju Gerbang Kebaikan"


Kawan-kawan, dibandingkan cinta Allah dengan cinta manusia, cinta Allah itu lebih kekal. Cinta Allah tidak bersyarat, cinta Allah tidak ada tarikh luput, cinta Allah juga tidak menyakitkan. Dari berebutkan cinta manusia, apakata kita rebut cinta Allah? Kerana dunia hanya sementara. Mari sama-sama kita merubah diri. Bukan untuk siapa-siapa. Change to a better us, for ourselves.

Pertama, berubah dari segi solat. Solat itu tiang agama. Rumah tanpa tiang itu kan rumah yang berbahaya untuk didiami? Rumah tanpa tiang itu bila-bila akan roboh menyembah bumi ditiup angin nafsu dan taufan syaitan. Untuk solat, mula-mula kita cuba cukupkan solat. Cuba untuk tak tinggal solat walau sesibuk mana hari kita. Solat itu paling ringan, tapi paling berat nak dilaksanakan. Perlahan-lahanlah. Paksa diri. Lepas paksa lama-lama kita akan ikhlas. Bila solat dah cukup lima waktu, kita cuba solat di awal waktu. Bila solat dah cukup, bila kita dah istiqomah solat di awal waktu, kita indahkan lagi solat kita dengan solat-solat sunat. Perlahan-lahanlah. Didik diri sendiri. Solat itukan mencegah kita dari kemungkaran? Oleh itu, jagalah solat kita. Insya-Allah hati kita akan terdidik dengan sendirinya.
Kedua, berubah dari segi pemakaian. Kalau nak ubah sesuatu, kena mula dari bawah. Oleh itu, mula-mula kena sarung stoking dulu. Pakai stoking tak susah pun kawan-kawan. Kalau tak dapat, mula-mula cakaplah kat diri sendiri yang kita nak lindungi kaki dari debu dan habuk. Heh. Lepas tu dah lama-lama kita akan biasa. Lepas tu, labuhkan tudung ke paras dada. Walau apapun tudung kita, selendang ke, pashmina ke, tudung bawal ke, tudung adijuma ke, tudung ton dua warna ke, cuba labuhkan tutup dada. Perlahan-lahan. Tak semestinya bertudung labuh, tak semestinya berjubah 24/7. Yang penting, apa yang Allah suruh tutup, kita tutup. Yang boleh tunjuk cuma muka dan tapak tangan saja. Yang lain-lain, semua kita tutup. Kalau nak berubah ke bertudung labuh terus pun takpe. Allah lagi suka.

Allah tak suka manusia yang berbuat dosa. Tapi Allah suka manusia yang setelah berbuat dosa dia bertaubat. Berubah itu tak pernah terlalu awal dan tak pernah terlalu lambat, kawan-kawan. Benda yang baik jangan dilambat-lambatkan (ini selalunya orang pakai untuk kahwin je kan padahal boleh guna untuk semua benda baik). Perlahan-lahanlah. Selalu ingat, kita tak pernah dijanjikan esok. Kita taktau bila ajal akan datang menjemput. Selagi masih punya waktu, mari beribadat seolah-olah tiada lagi hari esok. Dan lagi, semua perkara yang kita lakukan kalau niat asasnya kerana Allah, semuanya adalah ibadah. Semuanya akan terasa lebih bermakna.

Kepada yang mempunyai kawan yang sedang berubah ke arah yang lebih baik, jangan jatuhkan semangat mereka dengan kata-kata sinis yang melemahkan semangat. Tapi sokonglah mereka kerana ini salah satu usaha hijrah dan jihad mereka untuk mencapai redha Allah. Kalau kita ikut sama, lagi bagus!



Melarik Tinta Maya,
 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Tuesday, 7 January 2014

Dia Yang Maha Menyembuhkan Aku


Angin bagai liang lentuk bermain di luar sana. Hujan turun renyai membasahi bumbung kereta. 5.10 pagi seperti biasa aku akan bertolak ke sekolah. Namun hari ini..melihat kad appointment rawatan pakar...aku menarik nafas lega. Hari ini bakal bertandang lagi ke Pakar Kulit. Sudah lali keadaan sedemikian sejak 1999. Masa tu usia aku baru mencecah 18 tahun -usia di ambang masuk universiti. Sudah suratan yang Allah tulis untuk aku berulang-alik. Kejap ke klinik itu ini..menagih sakit apa yg aku alami.Sehinggalah pakar mengesahkan aku mengidap psorisis.
 
Hari ini di Klinik Pakar Kulit HSA,JB jam 8.45 pagi...aku bertemu dengan Doktor Latha Pakar Perubatan Dermatologi. Senyuman manis doktor muda wanita ini hari ini benar2x memberikan aku ketenangan. Selalunya aku rimas nak jumpa doktor..tapi tidak seperti hari ini. 

2014 bagai memberikan aku satu titik kesabaran. Mungkin setelah sekian lama dihimpit 2 penyakit...2 pakar...namun aku sudah tiada air mata apabila soalan pertama yang muncul dari bibir doktor muda ini

"eh...awak keja di Batu Pahat?habis di Jb tinggal dengan sape?Kenapa tak tinggal di Batu Pahat ja,"

Sudah ku agak itu pertanyaan mula. Doktor incharge aku hari ini doktor baru ambil alih.hehe..lawak,tapi tu soalan biasa buat aku.

"ye..tiap hari seawal jam 5.10am saya akan bertolak.smpai sekolah dlm 7am," terangku bersahaja.

"kat sini saya tinggal dengan ibu bapa saya dan satu2nya anak lelaki berusia setahun 4 bulan..tapi suami di Perlis,"

Ada muka terkejut pada raut wajah doktor wanita muda itu. Tapi itu normal buat aku. Mungkin dia terkejut pesakit seperti aku masih mampu memandu jauh dan bertahan.

"camne ye psoriasis di kepala awak..teruk lagi ka?," tanya doktor.

"ada perubahan...makin ok..tapi kena rajin letak ubat la doktor," jelasku.

Doktor Latha sempat memeriksa aku dari kepala ku & anggota badan yg ada psoriasis..Tapi saat ini tak seteruk dulu. Syukur pada Yg Maha Esa.



"eh...dalam rekod awak ada ke pakar satu lagi kan?,"

"aaa..pakar rheumatology utk sakit psoriatic arthritis," aku dapat rasakan ada sesuatu soalan yg doktor itu masih ingin tanyakan.

"sakit sendi tu kan..bertahan juga awak drive setiap hari dengan keadaan sakit ni?," 

Tak sangka itu soalan yang bermain di minda doktor rupanya.

"Saya tahu doktor terkejut...Dengan izin-Nya...saya masih mampu bertahan wp acapkali dimomok oleh doktor bahwa saya mgkin akan lumpuh. Namun siapa tahu ...di sebalik melihat saya setiap hari di sekolah...berjalan & lari sekuatnya...ble tiba perjalanan sampai ke rumah (JB)..sakit saya datang. Tapi saya harus bertahan demi anak. Ada masa saya terpaksa usahakan diri untuk rebah seketika agar kurang rasa sakit.Sakit saya ni doktor klu dilihat mcm xde pe2x...tapi kte yg menanggung je yg rasa ble kita membuat kerja...kalau x bekerja.rest..sakit ok ja," Begitu tenang aku menjawab soalan doktor muda itu.

Doktor mengangguk kepala tanda faham. Mujur tidak berpanjangan soalan lain. Penutupnya doktor mengatakan
 
"saya lupa nak ckp dengan awak..saya tak pasti awak tahu @ tak...ubat-ubat yg awak sapu ni semuanya ada steroid...saya harap awak tidak meletakkan ubat ini setiap hari buat masa ni..," pesan doktor.

"oooo....patut la rambut saya banyak gugur..mcm sakit kanser pulak effectnya," kataku

"itu kesan penggunaan steroid...kategori awak ni saya berikan ubat sekuat ini sebab ubat biasa dulu saya beri tak bawa kesan.....semoga awak bertahan ye. Kuatkan semangat,"

Tersenyum kerana ada kata galakan di akhir bicara aku dan doktor itu.


"Ya Allah, Tuhan semua manusia yang dapat melenyapkan penyakit.
Sembuhkanlah, Engkau sahajalah yang dapat menyembuhkan.
Tiada yang berkuasa menyembuhkan kecuali Engkau, 
suatu kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit."

(HR al-Bukhari)





Melarik tinta maya, 



Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Monday, 6 January 2014

Kesibukan Namun Rindu Blogging....


Assalamualaikum...

Salam tautan maya untuk semua rakan blog & realiti,

Sudah 2 minggu tidak mencoret sebarang kata...Bukan tidak wujud penulis...tapi kesibukan seorang guru menjelang 2014 ini makin mencabar. Baru-baru ni sebelum bermulanya persekolahan...mcm biasa,kami guru2x memulakan mesyuarat pertama.


Kemudian bermulalah sesi LDP bagi semua guru...Pecah kepada mengambil ilmu dalam sesi ni..hehe..tapi enjoy sebab dapat benda baru...semoga kami guru semangat mengajar 2014.Moga kejayaan upsr 2013 dengan 9 anugerah terus cemerlang bagi upsr 2014..amin.

perbentangan LDP oleh diri....

Setiap hari disapa kesibukan.... yang kadang kala diciptakan sendiri..ada masa terpaksa memberi priority pada kerjaya & anak. Itulah arus kehidupan.


Alhamdulillah perhimpunan pertama telah berjaya dilaksanakan dengan baik. Tugasan pengawas juga berjalan seperti yang dikehendaki. Pelbagai gelagat murid dihadapi dengan baik. Namun berada di sek kurang murid ..murid sedikit....ia memberi ruang kepada kami guru-guru mengenali murid dengan sebaik mungkin.

Saat ini Mia sedang lagi berjauhan. Rayuan untuk pertukaran belum rasmi keputusannya. Keputusan rayuan negeri pun akan diumumkan pada 10 januari ini. Namun diri terus menguatkan semangat setiap hari ulang alik hmpir 2 jam ke sekolah. Terkadang diri terasa ingin rebah menangis akibat keletihan...namun pengharapan ini terus ku gantung pada illahi.


Al Fateh kini menginjak setahun 4 bulan...pelbagai karenah bersama ibu bapa ku di JB ku hadapi dengan tabah walaupun berjauhan dengan suami nun di perlis.
Tanggungjawab sebagai ibu harus aku galas dengan baik meskipun PJJ tertulis lagi buat kami.

Saat ini diri sedang memintal langkah untuk berhijrah. 2014 - ku harap membawa 1000 kebaikan..Mana hal lepas usah diingati..seharusnya sbg insan kte teruskan destinasi untuk berubah menjadi insan yg lebih baik..lebih bersemangat menambah amalan.

Aku tahu diri masih kekurangan..dahagakan ilmu.Justeru..ruangan usrah muslimat wassup menjadi pilihan sbg medan ilmu....Untuk berubah,memang benar begitu byk cbrn...seharusnya aku mencari sahabat yg membawa aku ke jln dakwah yg benar...membawa & terus menunjuk aku ke jln ilmu-Nya.

Manusia mana tidak membuat kesilapan....Ku mengharapkan insan sekeliling menegur dan membantu aku manambahbaik amal diri...Semoga cahaya itu yang ku ingini akan terus gemilap 2014. 

Salam kemaafan atas kekhilafan diri.





Melarik Tinta Maya,




 

 
Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute