67.1kg (start diet 14.1.2017)--)time to run now until 50kg

Saturday, 21 December 2013

Dah nak buka sekolah 2014. Yahoo :-)


Salam buat semua pengunjung blog

Tajuk?hm...kena la dengan penulis selaku guru. Eh,bukan murid je tau buat persiapan..cikgu pun kena siap siaga...ye tak?hehe. 


Rasanya bukan aku sorang je sibuk shopping..haha...shoping la ko cik puan mia...ala shopping pun akibat terkena amukan year end sale..tapi logik la..aku setahun sekali baru nak beli kasut,beg & dh bertahun x ganti kotak pensel..



maka aku kena la rembat juga 1.haha...eh korang pun same kan. angkat tangan sape yg kata tak????
 
Ni pun baru selesai edisi mengemas bilik cik puan mia bersama Al Fateh. Siap rembat cadar baru cotton di UO Angsana...mesti la sbb tgh hot sale now...haha. 



Sejak suami dah kembali ke Perlis ni...semuanya harus dilaksana sendiri termasuk service kereta...Cik Puan Mia ni dah jadi ibu serba boleh...harus la kan sebab bakal berdepan pahit getir lagi tahun 2014 ulang alik sek & rumah jauh. Ups...mau redha ye cik puan mia...kuatkan smgt.senyum3x

Persiapan back to school ni sbg guru bkn atas dasar sedia kelengkapan...syukur adik aku yg dh balik mesir tu sempat aku upah buat mural luar class aku..thumbs up to him...




sekarang ni dlm preparation buat hiasan dalaman...Langsir?of course wajib beli di jakel..cikgu pemulihan khas ni korang x yah tanya la..pakai duit sape...


sbg guru,sekarang ni sukar la nk ada istilah dpt duit dr sekolah..so sedekah & ikhlas kan hati utk sebahagian kelengkapan utk keselesaan diri & murid.But for me kelengkapan asas kelas wajib la mintak peruntukan sekolah..hehe.Itu memang dlm terma.

Semalam juga sempat membeli kertas fancy warna bagi design carta bilik pemulihanku....tahun 2014 ni tekad utk mengubah carta hadapan & belakang perlahan-lahan...Ups..ni cakap2 & azam..harap2 menjadi la wp listing gerak kerja dh nak busy ja..haha

Ok kawan-kawan...jumpa lagi.selamat buat persiapan naik ke sekolah 2014.





Melarik tinta maya, 


 

 
Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Thursday, 19 December 2013

Episod 21 "Kerana Dia Untuk Ku"


Ada raut senyuman mekar di jiwa ku saat menatap matanya. Pagi mentari yang hadir kian membingkis jiwa. Hadirnya lelaki itu di sisiku saat mata terbuka melewati Subuh yang menginjak lalu.....sanubari mengusik gempita ria.

Perlahan-lahan menguis rambut lelaki itu seraya manja. Kucupan di pipi tanda kasih....menyorot pergerakan sedar. Enaknya lelaki itu tidur usai solat jemaah subuh & membaca Alquran bersama tadi.


"ooo...kejutkan abang ye,"

Seraya dia mengucup dua tanganku. Lali akan kebiasaan lelaki tersayang di jiwa. Mungkin itu tanda sayang yang tak pernah putus buat ku.

"hm...today is the day k......abang, emak & sedara kat rumah abang tak call ke tanya abang kat mana semalam?,"


Ada nada gelak pada lelaki itu yang memandang aku di sebelahnya.

"relaks la sayang. pandai2x la abang kelentong diaorang nanti.....tak sangka today majlis kenduri rumah abang ye.....macam tak percaya dah seminggu kita nikah ye,Mia..tp baru semalam jumpa berdua lama,"


"Tau pun abang.....tapi kan Mia tak akan henti ketawa...tak sabar nk tau apa abang nak kelentong diaorg kat sana..Mesti gempak pengantin lelaki hilang pagi ari kenduri...kena usik la nanti abang oii," Sempat aku menguis manja hidung lelaki itu.


Melabuhkan kepala di bahu lelaki itu membuatkan aku aman seketika. Hari ini detik hari pertama bakal aku di rumah mentua....melalui kenduri di rumah suamiku.Ada debar di jiwa mengenangkan apa yang bakal aku lalui. Namun minda sedar membisikkan kata-kata positif belaka.


Denting jam sememangnya cepat kurasakan kala lelaki itu melambai tangan pulang kala masa menunjukkan 7.10 pagi.


*******************************************************************

Destinasi ke Desa Kg Baru sesungguhnya begitu lama ku rasakan. Lantaran menanti juga 1 pasangan lagi yang bakal muncul seiringan dengan kami. Adik kepada suami juga turut diraikan dalam majlis 2 mempelai ini. 

Pegangan tangan suami sepanjang perjalanan di dalam kereta mengurangkan resah ku kala detik demi detik tiba di sisir jalan rumahnya.

Entah kenapa hari bahgia ini,aku suka melihat suami tersenyum segak. Mungkin acara di rumahnya begitu bermakna dan dia sudah tidak kekok lagi denganku. Itu yang menjadikan momen indah saat berjalan bersama.

"Oi,cepat..cepat..pimpin pengantin perempuan tue...dia nak pitam aa,"

Terdengar jeritan dari satu suara saat aku berdiri di sisi suami. Rupa-rupanya isteri kepada adik suami hampir jatuh pitam saat indah ini sedang terlaksana.

Namun, erat senyuman diteruskan dengan majlis bersama di rumah itu.

Penuhan lensa kamera menghuni suasana majlis kala permulaan melangkah ke rumah mentua ku itu. Majlis rancak berseri kala dihidangkan santapan majlis yang enak. 


Juadah gulai batang pisang & daging masak hitam khas dari Baling,Kedah begitu membuatkan aku selera. Namun sebagai pengantin, sewajarnya aku menjaga kesopanan diri untuk suami.

Kian tersenyum panjang kala diminta bergambar 2 mempelai ketika sesi memotong kek. 

Acara petang hingga ke pertengahan malam dipenuhi tetamu tidak henti-henti menjadikan aku begitu letih. Berpakaian baju blouse kedah dan kain batik saat malam pertama di rumah mentua membuatkan aku ibarat seorang gadis kampung.

Kata suami :-

"hm, bagus isteri abang boleh pakai kain batik. abang suka,"

Senyum hingga ke telinga bila diberi pujian begitu oleh suami kerana dia seakan tidak percaya aku berkemampuan sementelah berada di bandar JB. 

"hi,awal dah nak balik....mai pekena kopi lak?," 

Suara suami berbual-bual dengan rakan-rakan yang masih hadir jemputan kala malam menginjak terdengar di corong telingaku. Sejak tiba petang tadi,aku berusaha membantu gerak kerja di dapur. Ini lah yang ibu ku titik beratkan kala ada di rumah mentua.

Ada sendu bila teringat pesanan emak sebelum aku melangkah ke rumah mentua petang tadi :-

"Mia,jadi menantu yang baik,isteri yang solehah...duduk rumah mentua nanti,jaga akhlak elok-elok....rajin-rajin tolong mak mentua tau......,"

Itu yang ibu ajari aku. Tak sia-sia segala teguran emak. Ia seakan berlegar di ruang mindaku. Kesedihan tercalit jua di jiwa. Kerana kini aku di samping suami tanpa ibu & bapa lagi. Namun, ada gembira menyaksikan suasana & acara membuka hadiah-hadiah kahwin dipenuhi sanak saudara dan ahli keluarga suami.

Ia begitu meriah padaku yang punya keluarga 4 adik-beradik cuma jika dibanding dengan keluarga suami yang punya 10 beradik. Ia sesuatu pengalaman yang berbeza.


"Mia, menung pe tu sayang. tak tidur-tidur lagi ni..sayang tak penat ke?," Tersedar ada insan yang memeluk ku di belakang kala aku berdiri di sisi tingkap bilik pengantin yang dihias indah adik suami khas untuk pengantin.

"Abang...lain kali jangan kejutkan Mia camtu la...sakit jantung terkejut kang,"

Tersentak jua dengan tindakan suami secara tiba-tiba datang dari belakang.

"mai sini sikit nak rasa hati isteri abang ni?," Lelaki itu mula meletakkan kepala nya seakan ingin mendengar denyut jantungku.....

Ha, dia mula dah !!! Ada debaran menimpa jiwa.

"Hi, dup dap sakan ni Mia.....abang tak buat pepun,"

"Abang...." aku mula menjerit kecil...menampar manja lengan suami

Lelaki itu kalau bab mengusik no 1. Itu memang boleh diberi piala kemenangan. Berbanding aku yang sering menunduk malu kala dia cuba bertentang mata denganku.

"Mia, terima kasih terima abang ....suami Mia seadanya. Kita jaga hubungan ni baik-baik ye,sayang," 

Begitu luhur terpancar menusuk jiwa kala lelaki itu bertentang mata mengucap kata-kata itu dengan romantisnya.

"Terima kasih juga kerana abang pilih Mia sebagai suri hidup abang...malah abang tetap setia untuk jadikan Mia sebahagian dari kisah cinta kita...sama-sama lah kita suburkan istana cinta  ini sebaik mungkin meski saat-saat berjauhan akan muncul....kte akan hadapinya kan?," 

Setitis air mata mengalir menuruni liang pipi. Ada kalbu sendu mengusik jiwa raga mengenangkan ranjau ikatan yang cuba dibina sejak tahun-tahun lalu.

"eh, jangan la nangis sayang.....comot tau muka...dah tak seri,"

Gelak aku dengan usikan lelaki itu.

Sedarnya diriku ditarik dalam pelukan. Ada kucupan manja di dahi oleh suami tercinta.

Tersorot sebuah makna dalam mekar mencantum benih-benih cinta agar tersemai indah selalu. Seindah bunga-bunga yang segar menghiasai lautan taman firdausi......


"Waktu yang memisahkan kita...
waktu yang akan mempertemukan indahnya 2 jiwa.....
sebuah kenangan dalam sebuah kisah cinta
terukir dan tumbuh bersemi dalam taman hati bebunga...,"


BERSAMBUNG KE EPISOD 22



Arca Tinta Ilham Maya,
 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Mia Kembali Ke Alam Maya (END HOLIDAY)


Salam untuk semua...

Sekian lama tidak menggarap kata..tidak menaip ..malah tidak langsung membuka labtop...asyik tekan smartphone tgk internet,fb dll...trasa kaku semula..baru sedang bertatih kini..kerana gerak kerja sekolah 2014 & segala jawatan bakal mendatang dlm hidup.

Pertukaran seperti biasa gagal.Permulaannya rasa sedih tp langsung xde air mata..hehe. Sebab dah lali..malah terasa bersyukur atas hikmahnya sebab memberikan kami indahnya hidup berjauhan..ditambah dengan kehadiran Al Fateh kini sudah mencecah umur 1 tahun 4 bulan. cepat sungguh masa berlalu.


Minggu hadapan bakal mengorak langkah semula memandu dgn perjalanan selama hmpir 2 jam ke sekolah..Moga Allah beri ketabahan untukku. Tahun 2014 destinasi penghijrahan yg perlu aku raih....permulaan untuk aku terus menguatkan hati...menambah keimanan.

Salam ukhuwah kembali di saat penghujung 2013.






Melarik tinta maya,


Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute