My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Tuesday 24 September 2013

SURIRUMAH "BYK KEJA RUMAH,TAPI AWAT TAK KURUS2X?,"HM....


Salam buat semua pengunjung Blog Maya Mia,

hm...persoalan di atas seringkali saya dengar dalam dialog-dialog harian...Ye la..almaklum la saya juga sebagai ibu kini..pasti kerja surirumah tetap kena buat kan?hehe

Tapi yg menjadi persoalannya ....bukan saja dalam fikiran emak-emak,malah org ppuan yg baru berumah tangga @ mungkin juga gadis2x yg bakal mendirikan rumah tangga kelak. Ye tak? Ini aku cakap berdasarkan wanita yg kategori mcm aku. Bagi yg underweight/normal weight...memang aku salute la...wp jadi surirumah badan tetap maintain..SAPE TUE..ANGKAT TANGAN SIKIT?

Ups..bukan aku k..aku pun kalah..hahaha

Bukan sedikit kerja rumah yang dilakukan, tetapi boleh dikatakan banyak juga. Daripada mengemas rumah, membasuh pinggan mangkuk, membasuh baju, memasak untuk suami, menghias laman rumah, mengurut badan suami yang berpanau, melayan kerenah anak-anak, dan berbagai lagi. Tidak tersebut aku di sini.
Tetapi mengapa masih tidak kurus? Bukankah aktiviti-aktiviti di atas membakar kalori? 


Bab ni selalu orang tanya..tambah2x lagi geng2x yg berdiet..Aku teringat pesanan seorang yg aku kira INSPIRER dalam diet.....siapa lagi ENCIK SUSUSEJAT..hehe

"setiap senaman haruslah dirombak sekali dalam 2 minggu supaya badan kita tak kan sentiasa terkejut dengan rejim senaman yang baru? Hal ini samalah dengan permasalahan di atas,"

Aktiviti-aktiviti di atas, sekiranya kita lakukan buat pertama kalinya mungkin boleh dikira sebagai senaman, dan sudah pasti berat badan akan turun beberapa kilogram dalam masa sebulan, namun percayalah selepas itu berat anda tidak akan turun lagi.

Ini kerana, kerja-kerja rumah tersebut, apabila dilakukan berulang-ulang kali, akan berubah menjadi apa yang dikenali sebagai “rutin” – badan akan sedaya upaya menyesuaikan dirinya agar jisim tubuh tidak berkurangan; ketahuilah bahawa turun berat badan sebenarnya dikira sebagai rugi oleh tubuh badan kita. Meskipun pada kita turun berat badan itu bagus untuk mendapatkan BMI yang idle, tetapi badan kita menganggap sebaliknya. 

"Analogi mudah, anggap sahaja berat badan kita seperti wang di bank, bukankah penyusutan jumlah wang itu sesuatu yang merugikan?,"

Sesuatu yang menjadi rutin, meskipun menggunakan kalori, namun ia tidak membakar lemak secara efektif. 

"Untuk membakar lemak, kita kena pandai ‘menipu’ tubuh badan kita supaya badan tidak boleh menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut, lalu akan terus ‘tertipu’ untuk membakar kalori dengan kadar yang sama seperti bersenam meskipun anda sedang tidur! Inilah resepi kejayaan “weight/fat loss” yang ramai mungkin tak nampak,"


Ha..idea ni memang bernas untuk korang lakukan untuk mengatasi masalah rutin tadi.
 
Terdapat 2 perkara yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah ‘rutin’ ini:

1 - Rajin-rajinlah bersenam (kardio + kekuatan), jangan terlalu bergantung kepada aktiviti-aktiviti yang sudah menjadi rutin untuk menurunkan berat lemak.

2 – Dengan sedikit modifikasi (kerap) ke atas aktiviti-aktiviti yang sudah menjadi rutin tersebut, anda boleh menipu tubuh anda lalu boleh menurunkan berat badan dengan konsisten. 


Kesimpulannya :-

"konsep berpeluh2x bagai kat dapur tu bukan suatu pembakaran lemak yg pasti sepertimana omongan kita,"

"tak kira pe jua permulaan workout yg kte buat.....untuk permulaan badan akan mengalami penurunan berat, tapi selepas beberapa ketika, badan akan mula menyesuaikan diri = susah nak turun berat dah.. sebab tu kena pelbagaikan rutin senaman,"

Kata-kata di atas nasihat dari INSPIRER DIET....

Ups...fikir2xkan & selamat buat kajian.
Pepun..pastikan anda pelbagaikan rentak workout anda k..Plan ur workout as u can.
 






Sharing is Caring,


Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Monday 23 September 2013

Diet Oh Diet "Pengganti Gula-Perlukah Diambil???


Artificial Sweetener/ Sugar Substitute, atau dalam bahasa melayunya, “Gula Tiruan“. Rata-rata 90% daripada laman-laman web bersetuju bahawa gula tiruan ini memudaratkan kesihatan, terutamanya aspartame. Namun benarkah begitu?

Buat mereka yang belum mengetahui apa itu gula tiruan, sebenarnya gula tiruan ini dicipta untuk meniru rasa gula sebenar sambil tidak memberi sebarang kesan dalam distribusi tenaga, atau bahasa mudahnya ‘kosong kalori‘. 



Antara produk makanan yang mengandungi gula tiruan ini termasuklah Diet Pepsi, Diet Coke dan gula-gula bebas gula (sugarfree).

Terdapat beberapa jenis/kategori gula tiruan, termasuklah saccharin, aspartame, sucralose, neotame, acesulfame potassium, dan stevia 

Di Malaysia, terdapat beberapa sebab mengapa sesetengah individu itu mengambil gula tiruan. Antaranya:

1) Menurunkan berat badan
Secara purata, kita mengambil kira-kira 20 sudu teh gula sehari (termasuk yang terkandung dalam susu pekat manis, minuman tin, dan masakan), yakni bersamaan dengan 84g karbohidrat (336kcal). Apabila gula sebenar digantikan dengan gula tiruan, ini bererti kita mungkin dapat mengelak kira-kira 336kcal sehari, atau 10,080kcal dalam masa sebulan. Secara matematik, ini bersamaan dengan penurunan berat badan sebanyak 1.5kg!

2) Menjaga gigi
Tidak seperti gula sebenar, gula tiruan tidak boleh dicernakan oleh bakteria (normal flora) yang terdapat pada gigi.

3) Mengidap penyakit Diabetes mellitus
Pengidap Diabetes sukar untuk mengawal paras gula dalam darah mereka, terutama jika gula diambil melebihi sukatan yang dibenarkan. Gula tiruan amat membantu dalam membolehkan mereka mendapat rasa manis dalam makanan.

4) Hypoglycemia
Pengidap reactive hypoglycemia menghasilkan insulin yang berlebihan selepas pengambilan makanan berunsur gula (glucose). Hal ini menyebabkan paras glukosa dalam darah mereka turun di bawah jumlah yang diperlukan. Akibatnya, mereka harus mengelakkan pengambilan makanan tinggi glisemik indeks seperti roti putih dan gula.


Setelah diteliti, terdapat juga sebenarnya kontoversi (semua berdasarkan penyelidikan di US) yang melibatkan penggunaan gula tiruan ini secara berterusan.

1 – Penggunaan gula tiruan secara berterusan boleh mengakibatkan kegemukan.

2Cyclamate dan Saccharin boleh mengakibatkan kanser pundi.

3Aspartame pernah diutarakan sebagai penyebab kepada beberapa jenis kanser 
termasuklah barah otak. Aspartame juga tidak sesuai untuk pengidap Phenylketonuria (PKU).

4 - Lead acetate mengakibatkan keracunan plumbum dalam tubuh badan, namun penggunaan lead acetate sebagai penambah makanan sudah lama diharamkan hampir di seluruh dunia.
 



KESIMPULAN

1 - Jangan jadikan gula tiruan sebagai pengganti gula dalam minuman mahupun dalam masakan. Adalah lebih baik jika pengambilan gula itu sendiri dikurangkan jika ingin turun berat badan.

2 – Fokus hanya kepada produk yang mampu meberi manfaat kepada kita, sebagai contoh gula-gula getah bebas gula (sugarfree), untuk senaman muka yang sihat.

3 – Jika perlukan pemanis tanpa kalori, gunakanlah stevia, sejenis daun yang manis rasanya.






Sharing is Caring,
 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Thursday 19 September 2013

Episod 16 "Kerana Dia Untuk Ku"



Lintasan angin meniup irama senja lalu melabuhkan tirai yang menandakan Maghrib muncul berkumandang meminta umatnya sujud kepada Yg Maha Esa. 


Suara azan yang baru sahaja selesai dari masjid berhampiran menghadirkan aku di hamparan sejadah merah ini memintal doa memohon diberkati-Nya selalu.


Debar di dada mengucup rasa kerana dari tadi, surat itu kupandang sepi begitu sahaja. Perlahan-lahan ku buka sampul surat putih itu dan ternyata warkah itu seakan berisi sesuatu bingkisan dari jauh.

Khusyuk sungguh aku membaca kalam luahan sekeping warkah yang muncul entah dari mana. 


Sekilas muncul di benak minda 
 "Dari mana alamat ku ini diketahui pengirimnya?,"
 
"Ya Allah...!,"  Monolog hati mula menerbitkan gelora kejutan saat membaca 2 perenggan cuma.


Dugaan apakah lagi ini??? Ya Allah, jauhkan hambamu ini dr musibah !!!



Ternyata sepotong isi warkah itu saja telah berjaya meruntuhkan tembok ketabahan yg ku bina selama ini. Patah ranting bagai hilang tempat bergantung.


Untuk saudari Mia-Azarina,
 

"Sudah lama saya ingin mengenali seindah nama ini. Nama yang sering disebut oleh rakan sekampus saya ketika sama-sama  sepengajian di bumi anbiya' itu. Setia sungguh maya mia selari dengan Adin. Kita mencintai nama yg sama. Namun, berbeza watak dan gayanya. 


Jika suatu ketika dahulu, saya mungkin diletakkan tempat pertama realiti di hati Adin. Kini, ketentuan-Nya yang bisa menentukan. Saya acapkali mengenali siapa saudari sebenarnya. 


Seringkali dikatakan cinta pertama bisa mengatasi segalanya. Seharusnya saudari pasrah mengetahui hal sewajarnya. Tiada niat untuk bermain senda ketika pertunangan saudari sudah termeterai. 


Sesungguhnya sisa cinta saya masih ada untuk Adin. Kini, saya sudah kembali di bumi Malaysia. Antara realiti @ fantasi, mungkinkah saudari jua saya menjadi teman yang diraih pada hakikatnya,"


- Sarah Hadeeja -


Ada sendu dan air mata sebak mengumpul di dada. Sebahagian isi surat sahaja sudah bisa buat aku kalah. Entah di mana untuk aku hamburkan segala muntahan sakitnya memikul semua ini. 
 
Ya Allah, berikan aku limpahan kesabaran.  Bukan ku merintih, namun hati kecil ini terlalu rapuh menahan kelukaan demi kelukaan, kesakitan demi kesakitan............
 
Sarah Hadeeja, kenapa saat ini kau hadir?
Adakah ini suratan yg telah tertulis dalam episod destinasi cinta ini?
Apakah ada hikmah yg tersirat bakal melatari kisah seterusnya?
 

Hanya Dia ....Hanya Dia Yang selayaknya memaklumi aku.....


3 bulan yang lalu sebaik sahaja kesembuhan sakit muncul seketika, ibu lah orang pertama yang memberitahu bahawa pernikahan bakal direncanakan bertepatan dengan tarikh yang telah diperbincangkan. Kak Liya Zafirah pastinya insan terdekat yang memelukku sungguh gembira.
 

Dan aku? 
Entah kenapa ada sesuatu yang penuh maha tanda tanya meski tarikh sudah dicanang. Persiapan mula rancak diatur. Kegembiraan dan keceriaan sedang mengisi seisi rumah. Ternyata perkahwinan yg bakal dicatu atas nama anak sulung ini benar-benar disambut ria semua pihak baik keluarga mahupun saudara-mara.
 

Namun aku????
Monolog hati sering berbisik.
 

"Benarkah aku akan bernikah? Benarkah dengan dia? ,"
 

Beberapa kali kupanjatkan persoalan ini di ruang hati.   Andai dahulu, itu yang aku tunggu-tunggu sepanjang penantian 5 tahun lebih sudah.


Teringat bicara dengan Adin ketika dua bulan yang lalu ketika bersuara:-
 

" Mia,  merajuk sampai sakit-sakit ke?,"
 
 
Itu soalan pertama yang muncul dari suara tunanganku.
 

" Tak lah...sakit biasa aja.....masih meneruskan hidup cam biasa," Aku masih tidak ingin mengakui hakikat sebenarnya sakitku itu. Ku harap dia bertanya lagi.
 
Ya, pastinya tidak.......!! Sudah diketahui seadanya. 
 

"Hm, dah boleh gi kursus perkahwinan tau, Mia," 
 

Excited sungguh aku mendengar kata-katanya. Secara tiba-tiba aku jadi tersenyum. 


Tersenyum dlm erti kata sungguh bermakna kerana lelaki itu yg menuturkan kata sedemikian. Amat sukar mendengar kalimah "sayang" dan "cinta" dari lelaki ini. Terkadang jiwa wanitaku sukar menafsir. Sendu menusuk ruang jiwa raga.
 

Hari ini, ketika aku sedang enak membuat persiapan. Lelah dengan pelbagai pertanyaan yang tak sudah dari orang-orang di sekeliling tentang persiapan yang masih belum dijalankan. Aku masih dirundung keadaan biasa. Mungkin sewajarnya aku bersyukur kerana semua sepupu memberi sokongan padu. Pilu? Sayu? semuanya melanda ruang sanubari....Ada syukur yg melatari bahgia di balik ulet dugaan.
 

Linangan air mata sesungguhnya tak terucap. Sebulan sudah tidak mendengar berita memungkin pelbagai persoalan timbul. Sakit yang tidak terucap menambah parah ketika sesekali rengsa kesakitan itu mendatang dalam diam. Perjuangan diteruskan jua meski sendirian di sebalik dinding kekuatan menghadirkan diri seceria mungkin di hadapan anak-anak muridku tersayang.
 

"Ya Rabbi...........apa lagi yang harus aku lakukan?," 
 
Itu yg mampu aku suarakan saat ini.....


Air mata makin mencurah. Terjelepuk di tepi katil....tak bermaya sungguh saat ini.
 

Segalanya kupandang sepi.
 

"Mia..............kenapa ni?," 
 
Tersentak dek lamunan dan tangisan mendengar bunyi keriuk pintu seakan dibuka. Mujur aku membelakangi pintu di tepi katil. 
 

"Aaaa.........masuk kak," Tidak aku sedari Kak Liya Zafirah di belakangku muncul dari pintu bilik.
 

"Takde pe-pe la kak...mia baca quran tadi...rasa syahdu pulak baca tafsir ayat-ayat nie," Segera ku kesat air mata. Tak ingin kuberkongsi lagi berita yang maha menggegarkan itu. 
 

"Betul ni?," Pandangan Kak Liya Zafirah sudah menusuk di bening mataku. Ku harap dia tak menafsir hatiku ketika ini.
 

"Betul.....mia ok," ku genggam tangannya sambil tersenyum agar dia percaya.
 

"Hm, nanti turun makan tau.....dah siap masak tu. Ubat nak kena makan gak," 


Terharu. Pilu.  Tima kasih Kak liya.....tima kasih krn msh ada insan yang mengambil berat akan diriku ini.


Pintu bilik yang ditutupi melegakan sarat beban di hati buat seketika. Mujur Kak Liya tidak bertanya lanjut....


Kring....kring......handphone ku berbunyi di meja kecil katil.
 

Segera kupandang nama pada skrin
 

"Wardatul Sakinah...........," Nama itu sudah kusebut dan kutunggu-tunggu selama ini.


Telefon kuangkat segera. 
 

"wassalam....," kujawab salam dari Warda,sahabat juga kenalan ku, jua teman Adin di bumi gersang itu.
 

"Hi, Mia....pekabar? so hepi to hear that news la....warda orang pertama rasa gembira tau ble dpt tau mia dah nak kahwin dengan ustaz Adin. Kalau diingatkan cite 5-6 tahun percintaan korang ni, boleh dibukukan lak....bestnya," 
 

Ya Allah, betapa gembiranya sahabatku itu. Bagaimana harus kujelaskan???
 

"Alhamdulillah,Warda. Doakan kami ya," Ada nada syahdu bermain di pelupuk hati ketika ucapan itu kulafaz. Biarlah ia menjadi rahsiaku buat masa ini.
 

"ish..nape senyap ni..Mia sakit ye? warda dah ada di Kedah lani. Mengajar di maahad tahfiz swasta....," 
 

"Syukur...warda berjaya menyambung wadah pengajian demi ilmu anak bangsa ya. Mia bangga dengan Warda....kte mmg kekurangan hafizah dan hafiz di Malaysia...lepasan graduan sebegini lah yg kte harapkan utk mendidik umat meneraju jalan ukhrawi yang satu," 
 

Sememangnya aku bangga bersahabat dengan Wardatul Sakinah. Dia selalu menjadi contoh ku...rujukanku terutama  berhubung hal-hal kerohanian dan tempat motivasi utamaku.
 

"Mia.....nanti jangan lupa jemput Warda tau. Warda nak jadi orang pertama buat kejutan untuk Mia & Adin," Ada pesanan terakhir yang dititipkan Warda sebelum dia meletakkan telefon dengan cerianya kurasa.
 

"InsyaAllah," 
 

Hanya itu yg mampu aku jawab saat ni dalam bingkisan zulmat hati :-
 
"Maafkan sahabatmu ini,Warda. Mia ingin berkongsi denganmu. Kutahu kau bisa mengerti. Hanya dirimu mengetahui segala kisah kami. Namun, belum masanya.....Warda, mia akan bertahan....semoga doa warda menjadi azimat kekuatan untuk mia terus menyusur hidup sebaiknya,"


Buntu. 
Namun, penuh prasangka dan segalanya berselirat di kepala dengan pelbagai tanda tanya. 
 

Apa yang pasti.............aku lelah saat ini.
Lelah untuk menghadapi dugaan demi dugaan.
Sakit di dada kian menusuk dalam tangisan maha syahdu. 
 

Biarkan..............
Biarkan Dia sahaja Yang Maha Mengetahui....Maha Meringankan bebananku ini.
 

"Addin.................,"  Nama itu yang tertera di folder message hp ku sekilas kupandang. Tiada sebutan lagi saat ni. Sukar untuk aku luahkan.
 

Tiada daya lagi......
setiap masa...setiap ketika.....setiap saat.....bagaikan ada saja ujian.
 

Jika ada yg bertanya .............
Apakah kesudahan kita???
 

Aku? Tiada jawapan.
Mungkinkah kau ....Adin yang bisa menamatkan episod karya ini????
Noktah. 
 
 
 
 
 
 
Titisan Ilham Maya,
 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Psoriasis Scalp Ku Under Critical

 contoh gmbr yg ditunjuk doktor semalam - psorisis kulit kepala.
Aku pun jadi mcm ni..kritikal ketebalan

Perjalanan hidup perlu diteruskan walau pepun yang terjadi. Baik & buruk semua itu telah ditakdirkan Allah.Begitu juga dengan ujian penyakit yang diberikan-Nya buat aku.

Klinik Pakar Kulit HSA,JB memang menjadi satu tempat biasa buat aku hampir 3 bulan sekali appointment. Di sekolah..aku antara salah seorang guru yang boleh dikatakan wajib setahun ada MC setiap 3 bulan sekali di 2 hospital pakar.

Psoriasis (Pakar Kulit)-HSA,JB
Psoriatic Arthritis (Pakar Rhemuatlogy)-HSI,JB

2 Klinik Pakar ini adalah rutin harian aku..Lali dengan keadaan.Semalam aku menjenguk lagi ke Ruang Klinik Pakar Kulit,HSA JB...Entah nape..aku terus tersenyum apabila Doktor Balqis mengatakan :-

"your psorisis scalp & plak is critical..kulit kepala you begitu menebal...rasanya ubat yang saya bagi aritu tak menanggalkan keping kulit tebal di kepala awak ya?," terjah Doktor Balqis.

"saya pun rasa mcm tu..kulit ni dh jadi tebal..sampai anak sedara saya sendiri pun pernah tegur...what's happen tu kepala saya,"

"arini saya akan bagi ubat krim dos tinggi yg kte perlu try dlm ms sebulan lebih ni..terpaksa la you titik waktu malam..then esok basuh rambut dgn syampoo sebitar...dh keringkan...lapis dgn krim acid,"kata Doktor Balqis sambil menunjukkan keratan cara penggunaan ubat kepada ku.

Ketika pihak farmasi menyerahkan ubat...sempat terdengar suara orang belakang yang beratur sama nak amik ubat menegur saya

"hi, banyaknya ubat...,"


Monolog dalam hati.....aku hanya mampu tersenyum.

"memang ubat krim yg diberi doktor banyak stok...tapi Allah saja tahu betapa tak tahannya aku menggunakan ubat krim tue..dgn aku bertudung....setiap pagi nak kena basahkan rambut...bau segala krim & syampu tu ibarat minyak tar jalan...mungkin ramai tak caye ble aku kata gini..tapi sape yg sakit mcm aku je tahu,"

Ada juga rakan yg bertanya :-

"eh,camne dgn suami?boleh terima ka kedaan ko ni,"

Saya tersenyum lagi...entah kenapa...ada jawapan tapi malas nak luahkan. Tapi semuanya jawapan positif :-)



Di suatu sudut.........
Saya sempat bermuhasabah diri..dan hampir menitis air mata kala melihat seorang anak kecil berusia 5 bulan keseluruhan badannya mendapat sakit kulit exema...

"Ya Allah,ada orang lebih berat ujiannya dr aku lagi..aku bersyukur..syukur atas ujian ini,"

Di ruang rumah....
Teringat pulak kata ibu...

"mak rasa sendi mak dah mencanak sakit..nak angkat Al Fateh pun tak boleh ni," 

Mendengar kata mak pun dh buat aku rasa sebak...Ye la.selama ni mak banyak membantu semasa aku sakit ....sakit psoriasis masih ok lagi. Tapi ble aku pengidap psoriatic arthritis mendengar keluhan emak..

HANYA aku mengerti apa yg dialaminya
HANYA aku tahu perit sakit arthritis berbanding psoriasis..
HANYA aku tahu bagaimana suatu ketika aku hampir tak dapat nak sikat rambut,nak cengkam barang lama-lama..nak tutup kepala paip air pun rasa nak nangis.

"Ya Allah...sihatkanlah ibu aku...jauhkanlah bencana yg doktor selalu ramalkan buat aku tue,"


Apa yg diramalkan doktor sama dgn fakta di bawah :-

Psoriatic Arthritis adalah suatu kondisi tertentu di mana seseorang menderita keduanya iaitu baik psoriasis dan arthritis. Psoriatic Arthritis adalah penyakit autoimun, yang bererti bahwa sistem kekebalan tubuh salah arah menyebabkan peradangan pada jaringannya sendiri. Jarang, seseorang dapat memiliki Psoriasis Arthritis tanpa Psoriasis pada kulit. Selain itu, arthritis dapat lebih dulu diderita dan Psoriasis menyerang beberapa bulan atau tahun kemudian, atau Arthritis menyerang setelah penderita mengalami Psoriasis bertahun-tahun. Psoriasis jenis ini juga mempengaruhi sendi. Dan harus segera diubati karena berpotensi menyebabkan kecacatan dan dan meningkatkan peluang  terjadinya jantung koroner.

Pepun yg berlaku saat ini aku redha..Tak perlu aku tangisi...Walaupun ia perit..harapan aku agar insan-insan tersayang cuba memahami dan membantu golongan pesakit seperti ini...






Melarik Tinta Maya,


Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Thursday 12 September 2013

Plan Diet Mia (9 Sept till 15 September 2013)


Dah lama x bercerita tentang menu plan pemakanan & exercise Mia.

Alhamdulillah sejak berakhirnya timbangan 30 Ogos 2013 baru ni, Mia lebih menjaga pemakanan dengan baik..

Tetapi selepas balik kursus baru ni...Mia jatuh sakit demam..tak tahan kena aircond hotel kot....

Dr 71 kg ..kini berat Mia baru mencecah 55.7kg (timbangan 30.8.2013 baru ni mia dapat berat 57.4kg...

Betapa sukar juga nak menguruskan berat badan ni,kan...

Walaupun jatuh sakit minggu ni....mia kena buat plan juga. Mia ni jenis demam tapi selera no 1..jgn x percaya...demam urat...hehe

Minggu ni oleh kerana sibuk jadi guru bertugas...Masa sarapan dah tak ada....Apa tidaknya selepas memandu hmpir 1 jam setengah dr JB ke sekolah di Rengit..smpai je ke sekolah..terus dh kena handle program pagi bersama murid...Kalau hari x bertugas..memang mia wajibkan diri sarapan..

JGN SKIP SARAPAN YA,KAWAN-KAWAN !!!



Hari ni ada orang terkejut..apa taknya mia makan 1 mangkuk mee kari yg bersamaan 530 kcal...hehe...ups, tapi dh mia tak sarapan..ok la lagi...mia cuma minum air masak ja dr pagi tadi...selalunya mkn malam mia x amik..mia akan minum HL Shake / buat jus buah ja...pepun janji dlm 1 hari x lebih dr 1600 -2000kcal (wanita)...

Sejak berdiet ni..mia kena belajar cara nak kira kalori.




Minggu ni ..ini lah plan senaman mia 

Jumaat 13/9/2013
Warm up + Aerobic Dance (40 minutes)

Sabtu 14/9/2013
Warm up + Aerobic Dance (30 minutes)

Minggu ni mia target 2x saja..memandangkan keadaan kesihatan Mia masih kurang memberansangkan...





Melarik Tinta Maya,


Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Wednesday 11 September 2013

Episod 15 "Kerana Dia Untuk Ku"


Mengulit realiti bagai istana mimpi. Namun, tak semua mimpi bisa digapai. Ibarat barang yg harus dibeli dengan harganya tersendiri. Punya kualiti dan pilihan yang bisa dijadikan koleksi peribadi yang dekat di hati.



Tidak sama akan nilai sekeping hati insan. Kurniaan sanubari milik sang pencipta yang Maha Agong. Aku bagai melayang mengikut irama muzikal. Nun jauh di sudut sana, kulihat sang jejaka menarikan biola penuh gemersik memanggil namaku.


"Mia.........sayangku,Mia," 

Ilusi atau fantasi mimpiku semata-mata. Mata bagaikan menanggung beratnya rasa. Bening air mata mengalir tak tentu punca. 

"Mia........," Aduh, sesuatu seakan menghempapku.

"Bangun, Mia," Rupanya Kak Liya dan ibu di sebelahku sambil menatang dulang. Mungkin makanan atau ubat lagi.



Oh God, aku penat menelan semua ubat-ubat itu. Aku lelah dalam situasi begini !!!


"Makan sikit, Mia......Mia demam tu. Mak dah nasihatkan Mia suruh makan ubat doktor elok2x....tengok tu ....kan dah sakit," Ibu dah mula membebel. Lali benar dengan nada ibu itu.


"Mak, janganlah risau....Mia makan la..Mia cuma pening sikit je tadi. Tu yang pitam," Hanya itu yg mampu keluar dari bibirku kepada ibu. Mengurangkan rasa risaunya walhal kesakitan itu sungguh terasa sekali.


Seketika, perasaan ku lega kala ibu sudah meninggalkan ruang bilikku itu. Selesa apabila hanya tinggal aku dan Kak Liya Zafirah sahaja.


"Kak.........maafkan Mia," 

Air mata gesit mengalir tanpa dipinta.


Entah kenapa, aku rasa bersalah memandang wajah ibu tadi. Tanganku terasa digenggam erat Kak Liya.

"Mia, jangan buat camtu lagi.........kalau Mia sakit, bagitau akak ye. Mia tahu kan...akak dah anggap Mia mcm adik akak sendiri," Spontan aku mendengar bait suara Kak Liya dengan rasa terharu.


"Kak........jangan menangis kak," Sebak melihat air mata menuruni pelupuk mata Kak Liya Zafirah. 


"Mia juga sayangkan akak. Tolong janji dengan Mia,kak 1 perkara," Sempat aku mengutuskan niat ketika dalam pelukan ukhuwah antara kakak dan seorang adik. 



" apa dia,Mia?," 


Kak Liya begitu setia menanti apa yg bakal aku ucapkan.

Mengumpul kekuatan,hanya itu yg mampu aku lakukan. 


"Plz..........jangan bagitau Adin apa jua tentang Mia ni," 

"Mia, tak baik macam tu. Adin sayangkan Mia. Dia berhak tahu,kan?," Suara Kak Liya jelas di telingaku.




"Plzzzz...kak. Mia tak nak dia simpati kat Mia. Cukuplah dia tahu sakit Mia je. Lagipun dia tak kan faham situasi sebenar," 


Zulmat hati sebak untuk dilontarkan.


"Mia yang tak cuba buat dia faham. Camne Adin nak faham pe yg Mia rasa," Spontan Kak Liya membuat hujah lagi.


" Kak, Mia nak keluar dari kepompong ni. Mia rasa Adin berhak buat pilihan. Mia ni akan jadi beban masa hadapan buat dia,kak," Air mata jatuh menitis. Syahdu sekali.


"Mia, tak baik cakap camtu tau. Akak percaya ....klu Adin benar-benar sayangkan Mia, dia akan tetap di sisi Mia," 

"Itu sekarang kak.....bagaimana 10-15 tahun akan datang, adakah Adin sanggup terima Mia jika sesuatu berlaku pada Mia?," 


Huluran tisu dari Kak Liya, ku ambil mengesat air mata bagai tak henti mengalir.


" Mia,apa kata Mia pasrah mengikut keadaan. Mungkin slps bersatu nanti, segalanya akan pulih. Itu kan urusan Allah.Jangan mengalah sebelum berjuang. Akak tahu Mia kuat. Selama ni, Mia dah jadi insan yg tabah menanggung rasa sakit ni,kan?," 

Genggaman tangan Kak Liya begitu menyerap semangatku untuk terus bertahan. 


Ya, dalam diam ku akui kata-kata itu walaupun hati pasrah untuk menerima. Layangan ingatan cantas pada mutiara nasihat pada tazkirah 2 hari lepas di masjid. 


"Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya. Jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya,"

"Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sbg hambanya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujian-Nya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya,"

************************************************************

Keinginanku untuk menaip Rancangan Pengajaran Harian di sekolah lewat jam 3 petang itu surut  seketika. Hatiku lebih diasak untuk mengetahui isi surat yang baru kuterima sebentar tadi. Pertanyaan bertalu-talu mendera minda.

"Dari siapakah itu? Tak pernah ada yang mengutusi aku surat selama ni. Adin? hm, mungkinkah dia? Tapi...........Adin tak suka menulis !,"

Ku bertasbih beberapa kali. Biar hati tenang. Biar jiwaku tenteram. Semoga warkah yang kuterima ini membawa berita yang mendamaikan jiwa. Tidak henti-henti kupanjatkan doa.
Tetapi, entah kenapa naluriku saat ini berasa kurang sedap. Selalunya tidak begini. Seperti ada perkara yang tak kena. 
Ya Allah, jauhkanlah hambamu ini dari firasat yang buruk...................



" Tali ikatan tak kan subur tanpa 2 jiwa saling bergandingan. Pimpinan iman di pelupuk hati harus seiring dalam gandingan berdua demi meraih mardhatillah,"









Ilham Tinta Maya, 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute