Asal (58)..Terkini 10/7/2014 - 54kg

Tuesday, 3 September 2013

Berjauhan -> "Abang terasa nak kahwin lagi je?,"

 
Bila sebut HONEY.
Tak seram langsung.

Bila sebut MADU.
Pun tak cukup seram.

Bila sebut BERMADU.
Terus paling serammmmmsssss tahap terlolong-lolong mintak tolong. 

Tanya je mana-mana pompuan, mesti semua setuju bahawa
Keseraman bermadu adalah lebihhhhhh dari keseraman Kak Limah.
Mahupon keseraman hantu kopek.
Setakut-takut kepada Kak Limah pon, masih boleh tergelak.
Setakut-takut kepada hantu kopek pon, masih boleh gelak terbaring sambil tendang-tendang kerusi orang depan dalam panggung.
 
Tapi setakut-takut untuk bermadu??
Gelak pon dah tak mampu. 
Zikrullah je lah peneman diri.   *tetiba Dr.Muhaya sangat haha!*

Memang.
Memang poligami tu diizin Allah. Dibenarkan lelaki kahwin 4.
Dah Allah yang ciptakan orang lelaki, Dia pasti kenal dan tahu fitrah orang lelaki ni macam mana dan kenapa lelaki dibenarkan kahwin 4.
Jangan disoal. Sebab Allah tu sebaik-baik pencipta.

Saat berjauhan begini lah paling menguji. Pernah baru ni suami berkata:-
 
"kadang2x abang rasa isteri takde depan mata....mcm nak
 kahwin lagi pun ada,"
 
Terpana aku yg mendengar. Terasa hati ke?ntah
 
"Allah nak duga kita dalam ujian berjauhan ni,abang...ada orang Allah duga 
bertahun2x tak dapat anak langsung...ada orang kahwin pula Allah duga berjauhan 
lebih jauh dr kte..5 bulan baru jumpa pun ada,abang....kte ni baru diuji
sedikit cuma...poligami ni jika abang mampu & adil,boleh je,"
 
Ups, betul ke ni jawapan aku? sekadar bermuhasabah diri
Monolog hati penuh berlagu kala melayan suami ketika kami 
dalam perjalanan pulang balik cuti raya baru ni. 

Peliknya..lepas aku cakap gitu..terus suami diam.
 
"Aik,diam tu tanda apa ye abang?,"
 


Tapi.....MANUSIA tetap MANUSIA kannnn..who knows. 
Jawapan boleh berubah mengikut keadaan. Kannnn..
Sekarang jawapan begitu mungkin sebab hidup baru bermula.
Kang esok-esok dah veteran, bini pon dah kedut sana sini, duit pon dah banyak,
kita try tanya dia lagi sekali. Sambil standby parang kat tangan. Kompom jawapan dah lain masa tu. Haha!

Mak aku dulu pon pernah ditanya soal plagiarism. Ehh poligami.
Apakah plagiarism pulak tetiba. Ni banyak sangat copypaste la nih kahkah.

Jawapan Mak cool je, 
 
"Kalau dah Allah pon izinkan poligami, siapa kita untuk marah atau menghalang atau kata tidak. Apa yang ditentukan Allah tu, adalah yang terbaik."

Kalau aku....
Kompom dah melatah terus.
Tapi ibu boleh cool gitu je..

-________-


Bebaru ni aku ada tengok beberapa ceramah ustaz Azhar Idrus kat youtube.
So ada lah beberapa soalan ustaz tu jawab tentang poligami.
 Tapi disebabkan banyakkkkk sangat lah pulak videonya yang pasal poligami kan.
So aku amik beberapa point penting je la yang ustaz tu cakap dalam 
video-video tu ye.
"Para isteri kena tahu, semua lelaki pasti ada cita-cita untuk kahwin banyak. Jadi jangan marah laki kita. Kerana itu fitrah namanya."
 
"Para suami pula kena tahu, kalau isteri tak suka suami nak kahwin lagi, isteri tu tak bersalah. Kalau isteri tak seronok, memberontak sebab suami nak nikah lagi, si isteri tu memang berhak bertindak begitu. Kerana itu juga fitrah namanya. Tapi kalau si isteri tadi menyalahkan hukum Allah yang membenarkan poligami, boleh batal akidahnya."
 
"Nak kahwin dua, suami kena mampu. Mampu tu maksudnya, isteri pertama kita hidup macam permaisuri. Mewah. Bini mintak RM1000, kita bagi RM2000. Bini mintak handbag baru 2, kita bagi 4. Bini mintak tukar kereta myvi, nak beli kereta waja, kita beli BMW 7series. Haaa...suami macam ni, baru boleh kahwin 2."
 
Keh keh keh..
Terbaiklah part mintak waja bagi BMW. Haha!
Kalau mintak BMW bagi apa lah agaknya kan??


"Camane taknak bagi suami kita kawen lain? Cukup senang. Sayangi suami cukup-cukup. Layan dia sungguh-sungguh sampai dia dah tak nampak lagi wanita lain di dunia selain isterinya. Bangun pagi, kejut suami, pakaikan selipar toilet di kaki suami, pimpim suami masuk toilet, letak ubat gigi di berus gigi suami, tonyoh gigi suami, bentangkan sejadah untuk suami solat subuh, pakaikan serban suami. Pimpin suami ke meja makan, siapkan breakfast suami. Wahhh kalau beginilah layanan isteri, suami tengok Rozita Che Wan pon akan terbayang wajah isterinya."
 
Amboiiiiii...siap nak berpimpin ke toilet. Berpimpin ke meja makan.
Macam orang buta pulak nak berpimpin-pimpin kannnnnn...hehe


"Isteri yang merelakan suaminya kahwin lain, adalah wanita yang hebat. Wanita ahli syurga. Kerana wanita yang dijumpai di dalam syurga adalah wanita yang susah dijumpai di dunia. Seperti wanita yang merelakan suaminya kahwin lain. Justeru, wanita yang rela dimadukan, syurga lah tempatnya."
 
"Saya (Ustaz Azhar Idrus) dah pernah jumpa beberapa orang wanita yang meminta saya mencari calon isteri untuk suaminya. Kerana? Bagi wanita itu, bila suami dia kahwin lain, dia boleh bergilir-gilir melayan suami dan dia akan mempunyai lebih masa untuk rehat dan lebih masa untuk ibadah."
 
Hmm..betul jugak kan?
Terus off day tak payah masak, tak payah basuh pinggan,
tak payah mandi wajib. Ehh? 


"Poligami ada hikmah untuk isteri pertama sebenarnya. Kerana bila suaminya kahwin lain, automatik dia akan jadi lebih muda dan cantik. Kerana? Dia akan bersaing dengan madunya, siapa lebih cantik di pandangan mata suami. Masing-masing berlumba-lumba untuk tambat hati suami."
 
Pulak dahhhhhh...
Macam tak best je kena berlumba-lumba kan>??
 Dah kalau bini pertama macam Kak Limah, bini kedua macam Megan Fox.
Camane nak berlumba?
Kesiannnn Kak Limah. Terpaksa pergi grooming class. Haha! 
 
 

Jadi kesimpulannya, daripada semua-semua point yang aku dapat dari video Ustaz Azhar Idrus ni, marilah kita sama-sama memimpin tangan suami ke bilik air dan ke meja makan bagi mengelakkan suami kahwin lain.
Keh keh keh. (ups,gurau je..amik yg positif k)

 
Sekian terima kasih. 
 
 
 
 
 
Titipan maya,
 
 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

1 comments:

Nafira usof said...

hahahahahaahha.. tergelak2 zura baca n3 nih. hahahaha.
pimpim tangan macam orang buta plak.. mauahahahahaha.. adoiiilah~

tapi tetap ade yang betolnye kan~
isteri kena layan suami dengan baik.
tak kira lah camner caranya. ikut kemampuan kita lah kan~

tapi zura tetap anti poligami.. hahahahaha

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute