67.1kg (start diet 14.1.2017)--)time to run now until 50kg

Saturday, 21 December 2013

Dah nak buka sekolah 2014. Yahoo :-)


Salam buat semua pengunjung blog

Tajuk?hm...kena la dengan penulis selaku guru. Eh,bukan murid je tau buat persiapan..cikgu pun kena siap siaga...ye tak?hehe. 


Rasanya bukan aku sorang je sibuk shopping..haha...shoping la ko cik puan mia...ala shopping pun akibat terkena amukan year end sale..tapi logik la..aku setahun sekali baru nak beli kasut,beg & dh bertahun x ganti kotak pensel..



maka aku kena la rembat juga 1.haha...eh korang pun same kan. angkat tangan sape yg kata tak????
 
Ni pun baru selesai edisi mengemas bilik cik puan mia bersama Al Fateh. Siap rembat cadar baru cotton di UO Angsana...mesti la sbb tgh hot sale now...haha. 



Sejak suami dah kembali ke Perlis ni...semuanya harus dilaksana sendiri termasuk service kereta...Cik Puan Mia ni dah jadi ibu serba boleh...harus la kan sebab bakal berdepan pahit getir lagi tahun 2014 ulang alik sek & rumah jauh. Ups...mau redha ye cik puan mia...kuatkan smgt.senyum3x

Persiapan back to school ni sbg guru bkn atas dasar sedia kelengkapan...syukur adik aku yg dh balik mesir tu sempat aku upah buat mural luar class aku..thumbs up to him...




sekarang ni dlm preparation buat hiasan dalaman...Langsir?of course wajib beli di jakel..cikgu pemulihan khas ni korang x yah tanya la..pakai duit sape...


sbg guru,sekarang ni sukar la nk ada istilah dpt duit dr sekolah..so sedekah & ikhlas kan hati utk sebahagian kelengkapan utk keselesaan diri & murid.But for me kelengkapan asas kelas wajib la mintak peruntukan sekolah..hehe.Itu memang dlm terma.

Semalam juga sempat membeli kertas fancy warna bagi design carta bilik pemulihanku....tahun 2014 ni tekad utk mengubah carta hadapan & belakang perlahan-lahan...Ups..ni cakap2 & azam..harap2 menjadi la wp listing gerak kerja dh nak busy ja..haha

Ok kawan-kawan...jumpa lagi.selamat buat persiapan naik ke sekolah 2014.





Melarik tinta maya, 


 

 
Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Thursday, 19 December 2013

Episod 21 "Kerana Dia Untuk Ku"


Ada raut senyuman mekar di jiwa ku saat menatap matanya. Pagi mentari yang hadir kian membingkis jiwa. Hadirnya lelaki itu di sisiku saat mata terbuka melewati Subuh yang menginjak lalu.....sanubari mengusik gempita ria.

Perlahan-lahan menguis rambut lelaki itu seraya manja. Kucupan di pipi tanda kasih....menyorot pergerakan sedar. Enaknya lelaki itu tidur usai solat jemaah subuh & membaca Alquran bersama tadi.


"ooo...kejutkan abang ye,"

Seraya dia mengucup dua tanganku. Lali akan kebiasaan lelaki tersayang di jiwa. Mungkin itu tanda sayang yang tak pernah putus buat ku.

"hm...today is the day k......abang, emak & sedara kat rumah abang tak call ke tanya abang kat mana semalam?,"


Ada nada gelak pada lelaki itu yang memandang aku di sebelahnya.

"relaks la sayang. pandai2x la abang kelentong diaorang nanti.....tak sangka today majlis kenduri rumah abang ye.....macam tak percaya dah seminggu kita nikah ye,Mia..tp baru semalam jumpa berdua lama,"


"Tau pun abang.....tapi kan Mia tak akan henti ketawa...tak sabar nk tau apa abang nak kelentong diaorg kat sana..Mesti gempak pengantin lelaki hilang pagi ari kenduri...kena usik la nanti abang oii," Sempat aku menguis manja hidung lelaki itu.


Melabuhkan kepala di bahu lelaki itu membuatkan aku aman seketika. Hari ini detik hari pertama bakal aku di rumah mentua....melalui kenduri di rumah suamiku.Ada debar di jiwa mengenangkan apa yang bakal aku lalui. Namun minda sedar membisikkan kata-kata positif belaka.


Denting jam sememangnya cepat kurasakan kala lelaki itu melambai tangan pulang kala masa menunjukkan 7.10 pagi.


*******************************************************************

Destinasi ke Desa Kg Baru sesungguhnya begitu lama ku rasakan. Lantaran menanti juga 1 pasangan lagi yang bakal muncul seiringan dengan kami. Adik kepada suami juga turut diraikan dalam majlis 2 mempelai ini. 

Pegangan tangan suami sepanjang perjalanan di dalam kereta mengurangkan resah ku kala detik demi detik tiba di sisir jalan rumahnya.

Entah kenapa hari bahgia ini,aku suka melihat suami tersenyum segak. Mungkin acara di rumahnya begitu bermakna dan dia sudah tidak kekok lagi denganku. Itu yang menjadikan momen indah saat berjalan bersama.

"Oi,cepat..cepat..pimpin pengantin perempuan tue...dia nak pitam aa,"

Terdengar jeritan dari satu suara saat aku berdiri di sisi suami. Rupa-rupanya isteri kepada adik suami hampir jatuh pitam saat indah ini sedang terlaksana.

Namun, erat senyuman diteruskan dengan majlis bersama di rumah itu.

Penuhan lensa kamera menghuni suasana majlis kala permulaan melangkah ke rumah mentua ku itu. Majlis rancak berseri kala dihidangkan santapan majlis yang enak. 


Juadah gulai batang pisang & daging masak hitam khas dari Baling,Kedah begitu membuatkan aku selera. Namun sebagai pengantin, sewajarnya aku menjaga kesopanan diri untuk suami.

Kian tersenyum panjang kala diminta bergambar 2 mempelai ketika sesi memotong kek. 

Acara petang hingga ke pertengahan malam dipenuhi tetamu tidak henti-henti menjadikan aku begitu letih. Berpakaian baju blouse kedah dan kain batik saat malam pertama di rumah mentua membuatkan aku ibarat seorang gadis kampung.

Kata suami :-

"hm, bagus isteri abang boleh pakai kain batik. abang suka,"

Senyum hingga ke telinga bila diberi pujian begitu oleh suami kerana dia seakan tidak percaya aku berkemampuan sementelah berada di bandar JB. 

"hi,awal dah nak balik....mai pekena kopi lak?," 

Suara suami berbual-bual dengan rakan-rakan yang masih hadir jemputan kala malam menginjak terdengar di corong telingaku. Sejak tiba petang tadi,aku berusaha membantu gerak kerja di dapur. Ini lah yang ibu ku titik beratkan kala ada di rumah mentua.

Ada sendu bila teringat pesanan emak sebelum aku melangkah ke rumah mentua petang tadi :-

"Mia,jadi menantu yang baik,isteri yang solehah...duduk rumah mentua nanti,jaga akhlak elok-elok....rajin-rajin tolong mak mentua tau......,"

Itu yang ibu ajari aku. Tak sia-sia segala teguran emak. Ia seakan berlegar di ruang mindaku. Kesedihan tercalit jua di jiwa. Kerana kini aku di samping suami tanpa ibu & bapa lagi. Namun, ada gembira menyaksikan suasana & acara membuka hadiah-hadiah kahwin dipenuhi sanak saudara dan ahli keluarga suami.

Ia begitu meriah padaku yang punya keluarga 4 adik-beradik cuma jika dibanding dengan keluarga suami yang punya 10 beradik. Ia sesuatu pengalaman yang berbeza.


"Mia, menung pe tu sayang. tak tidur-tidur lagi ni..sayang tak penat ke?," Tersedar ada insan yang memeluk ku di belakang kala aku berdiri di sisi tingkap bilik pengantin yang dihias indah adik suami khas untuk pengantin.

"Abang...lain kali jangan kejutkan Mia camtu la...sakit jantung terkejut kang,"

Tersentak jua dengan tindakan suami secara tiba-tiba datang dari belakang.

"mai sini sikit nak rasa hati isteri abang ni?," Lelaki itu mula meletakkan kepala nya seakan ingin mendengar denyut jantungku.....

Ha, dia mula dah !!! Ada debaran menimpa jiwa.

"Hi, dup dap sakan ni Mia.....abang tak buat pepun,"

"Abang...." aku mula menjerit kecil...menampar manja lengan suami

Lelaki itu kalau bab mengusik no 1. Itu memang boleh diberi piala kemenangan. Berbanding aku yang sering menunduk malu kala dia cuba bertentang mata denganku.

"Mia, terima kasih terima abang ....suami Mia seadanya. Kita jaga hubungan ni baik-baik ye,sayang," 

Begitu luhur terpancar menusuk jiwa kala lelaki itu bertentang mata mengucap kata-kata itu dengan romantisnya.

"Terima kasih juga kerana abang pilih Mia sebagai suri hidup abang...malah abang tetap setia untuk jadikan Mia sebahagian dari kisah cinta kita...sama-sama lah kita suburkan istana cinta  ini sebaik mungkin meski saat-saat berjauhan akan muncul....kte akan hadapinya kan?," 

Setitis air mata mengalir menuruni liang pipi. Ada kalbu sendu mengusik jiwa raga mengenangkan ranjau ikatan yang cuba dibina sejak tahun-tahun lalu.

"eh, jangan la nangis sayang.....comot tau muka...dah tak seri,"

Gelak aku dengan usikan lelaki itu.

Sedarnya diriku ditarik dalam pelukan. Ada kucupan manja di dahi oleh suami tercinta.

Tersorot sebuah makna dalam mekar mencantum benih-benih cinta agar tersemai indah selalu. Seindah bunga-bunga yang segar menghiasai lautan taman firdausi......


"Waktu yang memisahkan kita...
waktu yang akan mempertemukan indahnya 2 jiwa.....
sebuah kenangan dalam sebuah kisah cinta
terukir dan tumbuh bersemi dalam taman hati bebunga...,"


BERSAMBUNG KE EPISOD 22



Arca Tinta Ilham Maya,
 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Mia Kembali Ke Alam Maya (END HOLIDAY)


Salam untuk semua...

Sekian lama tidak menggarap kata..tidak menaip ..malah tidak langsung membuka labtop...asyik tekan smartphone tgk internet,fb dll...trasa kaku semula..baru sedang bertatih kini..kerana gerak kerja sekolah 2014 & segala jawatan bakal mendatang dlm hidup.

Pertukaran seperti biasa gagal.Permulaannya rasa sedih tp langsung xde air mata..hehe. Sebab dah lali..malah terasa bersyukur atas hikmahnya sebab memberikan kami indahnya hidup berjauhan..ditambah dengan kehadiran Al Fateh kini sudah mencecah umur 1 tahun 4 bulan. cepat sungguh masa berlalu.


Minggu hadapan bakal mengorak langkah semula memandu dgn perjalanan selama hmpir 2 jam ke sekolah..Moga Allah beri ketabahan untukku. Tahun 2014 destinasi penghijrahan yg perlu aku raih....permulaan untuk aku terus menguatkan hati...menambah keimanan.

Salam ukhuwah kembali di saat penghujung 2013.






Melarik tinta maya,


Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Sunday, 10 November 2013

Hadiah Weight Loss DIANA & Lot of Sorry,NISA


Salam hujung minggu untuk semua rakan yang sudi menjenguk blog ini.

Bermula End September hingga kini kesibukan makin melampau buat diri di sekolah. Kepenatan memandu DARI RUMAH KE SEKOLAH terkadang telah hampir ke 2 jam pergi 2 jam balik..Dengan kursusnya, pemantauan dr PPD,JPN dan bermacam2 gerak kerja menjadikan saya smpai ke tahap akhir ...rasa bagai nak demam.


Pertamanya saya ingin memohon maaf pada Adik Nisa Haryanti http://duniakecilniesaa.blogspot.com/....Tima kasih memaklumkan tentang timbangan. Hari ni saya baru dapat membaca komen2x anda semua.

Begitu sibuknya saya?ini pun baru selesai camping murid-murid.

 CLICK UTK BESARKAN IMAGE

Saya paparkan semula keputusan termasuk Adik Nisa Haryanti.Harap adik tak berkecil hati. Terkadang ada masa mungkin sy dh tengok tp terlupa..sebab tu yg mana privately mesej terus FB saya mudah dikesan. Maaf ya



Untuk pemenang ...Diana,
Saya telah poskan hadiah. Itu ja yg saya mampu,Diana. 

"Saya bukan penganjur yang mampu memuaskan hati semua orang tetapi saya cuba yang terbaik.Saya cuma harap anda semua terus memberi sokongan untuk penganjuran seterusnya. & jadikan sesuatu pertandingan weight loss bukan utk mengejar hadiah semata2x tapi matlamat weight loss anda yg harus diberi priority,"

Realitinya .....
Sebagai penganjur.baru saya sedar bukan mudah nak memantau semua perkembangan & update timbangan. Bila kita jadi penganjur baru kita akan sedar hal ni berbnding menjadi peserta. Terkadang urusan diri,kerjaya,peribadi,anak dan lain-lain kena dimonitor..Itu pengalaman saya....Nak tahu anda kena rasa.

Akhirnya..

"salam kemaafan dan good luck utk semua rakan yg sedang berdiet..saat ni saya sedang bersedih bukan atas sakit tetapi berat saya naik 1kg disebabkan keletihan dan kepenatan yang hampir kemuncak membuatkan saya hampir down dgn airmata. Saat ini sedang menanti keputusan pertukaran sekolah. Ada rezeki adalah...huhu,"




 

Memakna Rasa Hati Tinta,

 

 
Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Tuesday, 5 November 2013

Result Akhir WLC with Mia (Tahniah DIANA)


Salam maya untuk semua. Dah lama Mia tak bersiaran maya kan? Kesibukan makin melampau-lampau sejak persekolahan menginjak akhir minggu. Tinggal 8 hari je lagi untuk cikgu2x dan murid2x bersekolah..lepas tu kami raya sakan cuti till end disember...Best kan?

Sebanyak 16 peserta telah menyertai Weight Loss Challenge yg Mia anjurkan ni. Ia menjadi 15 peserta setelah 1 peserta menarik diri pada minggu 1 pertandingan bermula..


Timbangan pertama (30.7.2013)



Timbangan ke-2 (30.8.2013) - 1 peserta terkeluar




Timbangan ke-3 (30.9.2013) - 3 peserta terkeluar



Mengumumkan keputusan akhir bagi Timbangan 30.10.2013.......Weight Loss Challenge yg mia anjurkan bermula dari 1 July hingga 30 Oktober 2013.

Inilah hasilnya.........(KELABU : ADA PESERTA GAGAL BAGI BERAT TIMBANGAN).

  


Kenapa Mia siarkan semua Jadual Timbangan & Keputusan?
Mungkin ada antara peserta bisa muhasabahkan diri sejauhmana perjalanan diet yg telah ditempuhi dalam tempoh yang ditetapkan. Pepun Mia ucapkan terima kasih pada yang sudi masuk ya.

Mia pun sedang dalam rangka memuhasabahkan diri juga..diet hampir ke laut semula..huhu


Ups..sape pemenang nya??????

Tak lain tak bukan...

 

CONGRATULATIONS TO DIANA  DENGAN 
TOTAL LWP = 22.89%

TIMA KASIH DIANA KRN IKUTI SYARAT BAGI BERAT TIMBANGAN AKHIR.

GAMBAR?HEHE..
TU KENA TANYA TUAN EMPUNYA DIRI (JIKA DIA NAK SHARE)..



HADIAH?

TO DIANA,
->SILA SMS NAMA & ALAMAT YE UNTUK PENGHANTARAN HADIAH DR MIA. 





Palitan Tinta Maya,




Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Wednesday, 30 October 2013

Timbangan Akhir (30.10.2013) Weight Lose Challenge


Hi...selamat pagi kawan-kawan.

Mesej hari ini khas ditujukan untuk para peserta Weight Lose Challenge with Mia.

Nampaknya sedar tak sedar hari ini sesi terakhir kte bersama.

Jangan lupa update timbangan anda di wall FB KMKK atau terus mesej my FB dan wajib bagi gambar timbangan.

WARNING
-peserta yg tak bagi gmbr timbangan sbg bukti...tidak akan dikira dalam penentuan pemenang.


p/s : keputusan pemenang akan dibuat selewatnya 7 November. Hadiah akan diberi dalam bentuk barangan mengikut nilai dinyatakan.
 




Palitan Tinta Maya,
 

 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Tuesday, 29 October 2013

Isteri Kedua Ashraff Muslim Wan Sakinah Hamil 3 bulan


NAMA Ashraf Muslim, 29, dan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, sekali lagi menjadi perhatian apabila isteri kedua pelakon itu dipercayai sudah hamil tiga bulan. 

Menguatkan lagi dakwaan itu apabila Sakinah memuat naik foto ubat-ubatan yang diterima dari sebuah klinik di Putrajaya. Paling ketara apabila ubat jenis 'asid folik' yang sememangnya diperlukan oleh ibu hamil turut dimuat naik menerusi Instagramnya.



Malah gambar itu telah menarik perhatian kebanyakan pengikut Sakinah di Instaram hingga ada yang mengucapkan tahniah kepadanya. 

Bagaimanapun, Ashraf sebelum ini menerusi kenyataan di sebuah portal menafikannya dan usaha Zass untuk mendapat komen Ashraf berhubung berita gembira ini tidak berhasil apabila Ashraf tidak menjawab panggilan telefon dan juga sistem pesanan ringkas (SMS). - Sinar Harian

Seterusnya timbul spekulasi di forum-forum bahawa Wan Sakinah telah mengandung. Kalau benar, tahniah diucapkan. Baru saja Ashraf menafikannya, nampaknya spekulasi Wan Sakinah telah mengandung menjadi kuat semula.

Buat pengetahuan anda, ubat-ubat seperti yang dimuat naik oleh Wan Sakinah juga digunakan oleh wanita yang ingin mengandung, jadi mungkin juga dia masih belum hamil seperti yang didakwa, sebaliknya sedang berusaha untuk mengandung.

Apa pun, selamat maju jaya diucapkan.








Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Dari Handphone Ku Telah Bertukar Smartphone :-)


Hi,kawan-kawan...

Salam suria ..senyum2x selalu dr Mia.

Apa khabar?ha..pecite diet korang?Hope semuanya sukses..Mia ni terkadang ke laut juga dietnya..huhu...

Realitinya saat ni Mia begitu busy dengan gerak kerja akhir persekolahan. Baru ni baru je selesai mengisi Borang Prestasi PPPS DG41 (Pemulihan Khas)...Baru tersedar bahawa pada tahun inilah Mia memegang jawatan paling banyak sepanjang rekod Mia bertugas di sekolah ini bermula Nov 2007....20 jawatan? Sekolah Kurang Murid (SKM)...fenomena biasa...Kena teguh..kena kuat semangat..Dalam mengejar kecemerlangan dunia..akhirat juga perlu ada,kan?hehe

Dah habis Penilaian Pretasi..menyusul pula Pemantauan SPSK (Filing Kualiti)..sekarang sedang menanti pihak pemantau datang ke sekolah. Harap segalanya berjalan lancar. Gerak kerja untuk pemilihan Pengawas juga sedang direncanakan. Begitu juga persiapan ke Majlis Anugerah Cemerlang...yang paling dinantikan penuh debaran adalah keputusan UPSR 2013.


Ha..dalam dok busy ni.mia sempat pasang niat tukar handphone asal mia ke smartphone...Mia telah memilih S4 mini..survey punye survey...mia dapat harga yg ok ....klu di pasaran RM1400 lebih ..tp mia dapatkan harga RM1100 lebih samsung waranty..mia x pilih yg AP warranty...Ini je yg termampu...pepun smile sbb dapat guna dgn baik devices ni...

Bertukar ni pun org2x sekeliling dh guna application whatsapp,viber dll..paling mudah,terus surf fb,blog melalui data/wifi through smartphone.

Untuk plan data Mia memilih celcompostpaid ...Plan data 3gb rm58+executive 40...Boleh rujuk pada link ni


dan juga..


Mia pilih pelan ni setelah memeriksa rekod panggilan & sms mia tak sampai pun melebihi rm30..lagipun dah ada perisian free call/voice...guna je la..hehe.ye tak?mudah nak berurusan & keep communiation with hubby...
 
 casing ni jadi pilihan Mia...




Tapi..part paling susah nak cari casing smartphone nie..Mungkin masih baru lagi di pasaran...so at last mia amik warna oren je la..ok gak,kan?hehe..janji tutup.

Ok la..setakat ni cite hari ni..Jumpa lagi.





Melarik Tinta Maya, 



Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Wednesday, 23 October 2013

Diet Oh Diet "Berkongsi pun Salah Ka?"


Hi,frens...salam ukhuwah maya dari Mia.
Tidak kira baru masuk @ sekali sekala masuk @ selalu jengah sini...

Diharapkan semuanya sedang berusaha ke arah matlamat & pelan diet masing2x. Teringat entry saya semalam berkenaan25-oktober-misi-diet-ku-diubah-natural . Niat asal saya hanyalah untuk berkongsi.

Tapi...apakan daya. Ada pihak-pihak yang mungkin marah terutama bagi geng Diet Atkins....Mungkin silap saya juga pi jengah masuk FB KDA. Sepanjang saya berdiet...saya kawan dengan semua golongan dengan pelan diet masing-masing.Saya tak pernah pun kata di sini 

"korang wat diet itu ini salah...Bagi saya tidak kira apa jenis diet pun...guna produk ka..x guna produk ka.diet jenis itu ini ka..saya menyokong semua,"

Matlamat kte sama....
MENCAPAI ANGKA NORMAL WEIGHT & IDEAL WEIGHT.


Susah nak puaskan hati semua orang. Bila saya tak tulis bab diet...ada orang tanya

"kenapa senyap ja,"

Tentang Kevin Zahri tu & apa jua pandangan tentang diet...ia hanyalah sekadar rujukan yg saya share. 



Kepada Geng-geng Diet ATKINS,

"mohon maaf...jika ada kenyataan saya yang salah pada entri semalam...tapi secara asasnya saya tidak pernah condem pepun..malah saya tabik pada apa yg anda lakukan...cara pemakanan anda pun still saya ikut mana yg terbaik..entri saya semalam hanya sekadar plan & sharing only. Saya juga ada kawan yang diet atkins & berjaya buat..tapi kami still berkongsi pelan...tak pernah saya nak tarik kawan saya ke arah diet lain...yg penting,pada saya kami tetap menuju target kg idaman kami. Begitu juga penganjuran weight loss..saya tak pernah membezakan org tu diet itu x leh masuk..it's not fair...alangkah bagus klu kita sama-sama mengukuhkan kekuatan untuk capai matlamat diet dr bertekak itu ini,"



Dasarnya

"Buat la pe jua diet yang kte pegang....janji kte mencorakkan ke arah matlamat kte kehendaki...Bila kte plan...x smestinya yg kte rancang menjadi 100%..pasti ada compang campingnya. Ibarat kehidupan kte....x lari dari kesilapan...mana ada manusia 100% hebat...setiap hari kte dituntut menuntut ilmu dan ilmu perlu dikongsi..tak kira dari sumber mana-mana,"


Pilihannya :-

1) Terletak pada diri masing-masing akan cara diet yg mampu kte wat
2) Lain orang lain situasi hidupnya






Melarik Tinta Maya,
 


Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Tuesday, 22 October 2013

25 Oktober "Misi Diet Ku Diubah 'NATURAL' - NO PRODUK"


Salam terindah untuk semua...

Sekian lama menyepikan diri dari dunia maya...kesibukan Kejohanan Sukan, Ujian Linus dan gerak kerja Penilaian Prestasi 2013 serta terkini Peperiksaan Akhir Tahun...membuatkan saya kurang menulis bab diet diri. Namun blogwalking fren's blog & FB Group Diet wajib tiap hari ditatap.

Bagi pengikut blog saya sejak dari blog pertama diwujudkan..saya berdiet menggunakan produk HERBALIFE...dan kini saya campurkan dengan SUPREMIX biodex. Hajat untuk stop sikit-sikit dgn produk dh lama ada di hati..walaupun sayang juga dengan rasa coklat herbalife yg every time melekat di hati..hehe. 

Begitu juga teamix..maka selepas ini,saya bakal merancang 1 plan diari makanan secara natural....Dalam banyak-banyak pilihan dan jenis diet...saya memilih ingin mengikuti diet EN SUSUSEJAT.COM..

Bukan hati tak ingin melakukan diet ATKINS...yg makin popular kini..Tapi,saya tak mampu...saya ada sebab tersendiri....

"Dengan perjalanan jarak jauh dr rumah ke tempat kerja (1 jam setengah)....persediaan breakfast pun kdg2x kelibut saya buat seawal jam 5am.Nampak mudah,tapi bagi saya yg ada anak..segalanya perlu diatur....kerna semua kena urus sendiri tanpa suami yg jauh di sisi...even ada family pun,tanggungjawab dan keperluan anak..tetap saya kena susun..baik dr segi masakan,baju,pampers,susu,dll lagi..Dengar mcm mudah..tapi bukan bagi saya ya,"

Apa plan diet NATURAL saya ya?

Dari aspek pemakanan,saya bahagikan kategori kepada tiga :-


BREAKFAST (antara pilihan makanan yg saya senaraikan) :-
(7am setibanya di sekolah)

- Jus Carrot (resepi dr SUSUSEJAT ... resepi karot susu rendah lemak tinggi protein )

- 2 biji telur mata (resepi dr SUSUSEJAT..http://sususejat.com/telur-mata-ala-microwave/)

- Jus Betik+ oren (letak low fat milk ( resepi di http://www.myresipi.com/top/detail/18545

- Jus Epal (no ice,add low fat milk)


Sempat google search cadangan dari blogger lain about sarapan :-
 
Semangkuk oat dan nescafe
Sekeping roti canai dan kuah dal dan secawan teh o
2 keping roti mil penuh , 4 sudu tuna dangan timun dan salad serta air soya.
Semangkuk bijirin fiber dan secawan teh o
2 ketul popia basah dan segelas teh o
2 biji karipap kentang dan secawan nescafe 0
2 keping roti bakar serta jam dan segelas susu.
2 biji telur setengah masak dan secawan kopi.

*Kesimpulannya : Breakfast plg cepat saya plan adalah ANEKA JUS



 contoh segenggam nasi bagi Kevin Zahri (harus ikut contoh ni)


LUNCH (10.15 pagi - ikut jadual guru sekolah ya!)

- Jika ada buah,..aku akan mulakan dulu dengan buah. Cth 1 hiris tembikai
- 1 genggam nasi + lauk-puak (lebihkan ulam,sayur,hidangan kukus,rebus).
- Air suam (elak ais)


Sempat google search cadangan dari blogger lain about lunch(dipadankan dengan iar suam + sebelum makan minum air suam)

1/2 senduk nasi dan 1/2 senduk kacang buncis goreng dan seketul ikan tongkol masak kuah.
1/2 senduk nasi dan 1/2 ikan kembung bakar dan ulaman dan setengah sudu sambal belacan.
Setengah senduk mee hoon goreng
1 mangkuk kecil bubur ayam/ikan dan 1/4 telur masin
Kweyteow sup
1/2 cawan makaroni goreng
1/2 senduk nasi dan 1/2 ekor ikan masak halia (kukus) dan 1/2 senduk sayur campur.
1/2 senduk nasi dan seketul ayam dada masak sup
1/2 senduk nasi dan ayam dada masak paprik.
1 senduk nasi satu mangkuk besar kerang rebus dan cili sos.
1 senduk nasi,tauhu goreng dan satu senduk sayur campur.
1 mangkuk  mee wantan.
1/2 mangkuk pasta
1/2 senduk nasi putih, dan seekor ikan kerisi dan 1/2 senduk sayur kubis
1/2 nasi goreng kampung dan lai chee kang
1/2 nasi putih ,sambal tempe ikan bilis dan sup bayam.

 

SNEK ( 2.00 - 4.00 petang ) 
*wajib amik time aku nak drive balik dr sek (Rengit) ke JB....1 jam setengah..!!!

-1 bread GARDENIA wholemail grain (resepi dr SUSUSEJAT  ..http://sususejat.com/snek-ketika-di-pejabat/). Boleh gak letak tuna (beli yg in water...aku mmg x kan sesekali letak mayonis)

- kacang panggang almond ( http://semutsamba.blogspot.com/2012/06/snek-sihat-kacang-almond.html)
*smlm g pasaraya,mahal almond ni..tp klu nak sihat,ikut la ye..BAKAR

-buah-buahan (epal,anggur,tembikai,oren,pear dll)




DINNER ( 6.00 petang - 7.00 malam ) 
* NO RICE (Jika nak sangat, just 2-3 tablespoon only)

- Sup Ayam 
- Ikan Kukus
- Tomyam
- Sup Sayur 


Sempat google search cadangan dari blogger lain about dinner (dipadankan dengan iar suam + sebelum makan minum air suam)

2 ketul popia basah dan jus tembikai.
1 mangkuk rojak buah
Sanwich sardin dan segelas susu rendah lemak.
Sebiji buah naga
5 keping biskut dan secawan milo panas.
1 mangkuk salad buah.
Semangkuk tau fu fa
Satu biji jagung rebus.
Segelas jus tomato.
Seketul tahu sumbat dan segelas soya.
1 ketul pau kukus dan susu rendah lemak
1 cawan yogurt asli 




Ups..ble pulak waktu ko minum air Mia oii?hehehe.
Mestilah mia dah letak 1 bottle air besar (2 liter)...anggaran 4 botol mineral 500ml.



 KESIMPULANNYA

Cuba sesuaikan makanan dengan selera anda supaya anda tidak mudah jemu! Menu diet sihat ini anda boleh ubah tetapi mengikut kalori yang sama.


p/s: Mia sedang habiskan beberapa sachet Supremix. Herbalife dah selesai. LEGA !!!


NEXT ENTRY DIET coming...WAIT OK !!!

a) My Workout
b) Update My Latest Weight
 





Palitan Tinta Maya,
 

 
 






Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute