My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Wednesday 3 July 2013

Episod 8 - Ilham Mia Zara Ina -> "Kerana Dia Untuk ku"


"kekecewaan dan kegagalan adalah titik tolak kejayaan yang lebih bermakna.Kekalahan adalah iftitah kemenangan yang lebih akbar,"

Sejak kalimat itu bersiponggang berulang kali di dalam diriku. Aku cuba meniupkan kata-kata azimat yang entah dari mana aku kutip setiap kali rasa duka mengharungi diri.

Sebut mengenai kekalahan pasti ada kedukaan. Sebut pula kemenangan, pasti ada kegembiraan.  


Adakah kedukaan itu sebesar zarah kelukaanku tika ini? 
Rentetan kata-kata doktor lelaki di Klinik Pakar Dermatology semalam membuatkan aku lebih kuat...lebih bersemangat....Ya, aku harus tabah melangkah menjadikan diri yg terbaik.


"Cik Mia, bagi penghidap psoriasis..saya nak cik tahu bahawa penyakit kulit ini boleh menyebabkan simptom sendi...saya rasa cik sudah maklum hal ni,kan? Kenapa cik selalu merasakan sakit di sendi...salah satu sebabnya mungkin kerana cik telah sampai tahap overweight...rasanya cik perlu turunkan berat badan," 


Pergh, selamba je doktor muda lelaki ni merenung aku dan mengatakan sedemikian rupa. 
Mungkin juga benar...
Mungkin juga aku harus mengorak langkah membuktikannya.


Hm...pe nak jadi ni,Mia??
Semalam, tika menjamah kudapan di kantin sekolah ....Masih terdengar desis kata-kata itu....


"Alahai cikgu Mia, sedapnya makan....wah, bertambah semangat la lepas ni ye? Gembira nampak selepas tunang ni.....mesti makin umph,"


Hm, teruk sangat ke aku makan ni??? 
Wake up, Mia....wake up.....


" ish...cikgu, awat akak tgk jeragat cikgu tak hilang lagi ni...teruk gak ni?," 


huhuhu......kata-kata Kak Izan, pekerja kantin di sekolah juga menambah sayu di hatiku...

What should i do....Oh God! Aku rasa lelah dengan semua ini.



Cantas lamunan ini meniti mata pada skrin sms pd telefon bimbit yang tunang aku layangkan, setia kusimpan

Sabda Nabi: “Janganlah kamu meremehkan apa jua kebaikan sekalipun sekuntum senyuman, kegembiraan yang engkau berikan kepada saudaramu”

Sekuntum senyuman pasti memberikan kesenangan hati dan jiwa orang yang memandangkannya. Senyum itu tandanya hatinya gembira. Bahagia. Itu yang dapat dilihat secara mata kasar oleh manusia dan juga haiwan. 

Memandang ke hadapan.....aku tahu sinar pembaharuan diri dan segala perubahan perlu direntas .........

Diari Maya Mia yang tersimpan saat Januari sehingga Mei ini, aku simpan sekemas mungkin. Tertancap pada 1 foto yang masih aku simpan sejak dulu lagi.....

ya, Mia yang genpal dengan 61kg.....buruk sangat aku masa tue....ups, bukan aku nk menghina diri selayaknya ciptaan Allah...cuma sedikit sebanyak aku akui kata-kata doktor itu. 


Dan .........


Kerana itulah, aku memilih HERBALIFE mengubah diriku dari permulaan January kumenapak bersama Personal Trainerku En Zul....

Tersenyum saat menerima emel dari En Zul semalam...

"Masa saya buat penerangan hari tu pun saya kata nasi kita tak boleh tinggal,
tapi sekiranya mia rasa 2 table spoon sudah mencukupi saya tiada masalah.
Yang penting mia kenyang (tak perlu kisah apa orang cakap), Sehari sekali mesti
makan nasi/mee/mihun atau kuih 2/3 ketul
 
Ini semua bergantung kepada badan kita, saya dah pernah jumpa pengguna herbalife
yang tak jamah nasi pon ada (Consentrate pada shake, ambil 5 kali sehari)
 
Bila saya tgk jadual menu Mia,
Yang lain ok, ada buah, ada makan sayur, ada makan ayam so dan ada nasi.
Siap malam ada supper lagi...
Esok makan benda lain pula (jadi kita tak rasa boring dengan pemakanan harian kita)
 
Macam saya sendiri serapan pagi saya kluar dgn member kerja,
Sepinggan Nasi Lemak/Mee Goreng + Telur Goreng (Kuning saya tinggal)
Esoknya saya makan ayam pulak, tghhari dan malam; makan shake.
 
Tq, sebab info saya pasal komen tu. Anggap jer komen membina/ so kita dapat ilmu baru setiap hari,"

Rasa diri begitu berharga.....setiap kali menerima sokongan moral dan motivation dari jurulatih peribadiku itu. Ya, benar katanya...pedulikan apa kata orang lain tentang misi dan target menurunkan berat badan ke tahap normal....
Saat sedang meniti proses 7 bulan sudah berdiet bersama herbalife, terdengar di corong telinga ini.......
" Cikgu Mia, selepas bertunang ni....saya nampak dah mula mengecik sikit la," kata salah seorang pekerja di sekolah.


Ya, jadi guru sememangnya menjadi tumpuan....
Pemakaian, cara kita bergaul, percakapan,semuanya sering diperhatikan...sehinggakan aku masih ingat anak muridku pernah menegur gara-gara aku pakai eyeshadow yg pelik sikit..hahaha....
 
macam-macam la warga sekolah ni,kadang-kadang aku boleh ketawa dengan gelagat mereka ni.

" Ooo...ye ke? takde la..saya mcm biasa Mak Tih," Aku menjawab seraya dengan  membuahkan rasa senyum.

Rahsia itu yang aku simpan dari tunang tersayang. Jua dari teman-teman saat 7 bulan berdiet dengan Herbalife....
Namun, semua melihat semudah itu saja aku bisa menurunkan berat badan....Padahal, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang telah aku buat...ia bukan semudah membina ABC.  
Ya, aku telah bekerja keras utk membuktikannya dari Januari sehingga September 2009..........tempoh keramat ini akan kekal dalam simpanan diari aku...

Petang ini, aku sengaja menyemak inbox emel yang telah aku tinggalkan sejak seminggu berkursus....

Ada 1 emel menyentuh rasa hatiku untuk membalasnya....

"Salam kak mia......saya suka baca blog kak mia ni. Alwez be ur silent reader. tapi, apa kak mia buat ya....nak capai berat normal...dengar kata tengah berdiet dengan herbalife....sori, sekali sekala terlepas juga story akak....hehehe,"

Hm, apa ye aku dah buat dari 61kg....dan setelah puasa menginjak.....i get 50kg.  Aku berdiet sakan ke???? 

Sepanjang 8 bulan bersama HL........menuju kpd 50kg, inilah antara yang aku lakukan untuk pengetahuan kalian :-

1) Ambilan air masak dlm 1 hari (berat bahagi 25 = jumlah liter air yg diperlukan bdn dlm sehari)...Cth (59.7kg/25= 2 liter lebih)...So, ms tu sy kuatkan smgt amik air hmpir 2 liter. Mmg rs nk nangis gak sbb selalu kena gi toilet, tp setelah 3 bulan sy bw air dlm bentuk bekas air ke sekolah mengajar,akhirnya sy dh terbiasa. Ble sy wat keja di rumah pun,sy letak air msk depan mata....agar sy akan minum.

2) Saya telah letakkan papan amaran selama 9 bulan dlm diet HL, saya x kan sentuh fast food like KFC,MCD,minuman bersoda, kerepek, keropok, maggie, sardin, makanan berminyak, makanan bergoreng dll. Saya telah buat & sesekali je sy sentuh dlm kdr yg sedikit. Mmg ramai yg x sgp buat, tp sy buat.

3) Ambilan nasi ketika tempoh diet HL, sy tetapkn as my coach advise...saya akan pilih 1kali je menu nasi misalnya LUNCH, so dinner & breakfast stay wit HL..But,saya hanya hadkan 1 senduk kecil je, 1 ayam,1 ikan,lbh kan sayur@buah. Oh ya, tips my coach "ble nk mkn nasi,pastikan jgn banjirkan dgn kuah,supaya elak dr rs nk tambah lg nasi dll"

4) Ambilan snek like biskut IKO@minuman bijirin, ble perlu misalnya jam 3ptg, if sy lapar....sentiasa bw di tempat keja, takut sy kunyah benda bukan2 like kerepek dll

5) ambilan minuman....sy elakkan bersoda & sy jrg minum air manis. Jika nak pun hadkan 1 hari 1 mug je...so, sy amik ANLENE tanpa gula utk kalsium. Tp,jika balik rumah family,sy akan nikmati dlm kuantity sdikit & msh berpada2x...sesekali terbabas tu lumrah pd manusia

6) Yg plg penting, kte kena buat jadual workout & menu supaya kte terdisiplin. & kte kena pilih makanan & mulakan meneliti kandungan kalori. Ble membeli, kte dah set tgk di paparan kcal pek makanan@minuman, so kte akan lbh berhati2x.

7) Senaman...yg byk membantu sy. Sy sakit, so sy x boleh buat senaman mcm org lain 1-2jam...like Jillian nye CD...tp, sy target x yah banyak2...cukupla sekadar 20minit pd setiap sesi..seminggu 3kali. mcm sy, sy wat simple workout dance only. Yg ptg,pastikan amik teamix sebelum & slps senam...ia membantu....Nsht my coach,...nk mudahkan ambilan teamix....
Cth : awk perlukan air 1hari 2 liter...amik botol 1liter ke...masukkan je la 3 scoop kecil teamix sekaligus...so awk akan minum. & selalunya apa yg memotivasikan sy nk minum air ni, adalah HASIL slps timbangan.

8) pastikan, timbang seminggu sekali je ...misalnya di hujung minggu.Jgn setiap hari, Nanti trauma.

9) Ble kte keluar makan dgn kwn2x @ mkn dgn family,sentiasa set in ur mind utk pilih menu & to achive ur target....ingat segala susah payah dulu....motivasi & sokongan dr pengguna blog yg telah berjaya membantu awk motivasikan diri.


Kegagalan dan kritikan sesungguhnya banyak mengajarku ke arah membina tembok kejayaan sebenar.....

Saat kembali ke hospital untuk appointment bersama doktor lelaki muda itu, aku rasa bagaikan ingin menjerit di luar 

"Yes..Yes....i got it....,"

Ups, kenapa ni? Apa dah jadi ya???

" Uiks...ni cikgu mia yang saya jumpa dulu tu kan?," Doktor muda lelaki itu memandang aku begitu tekun sehingga ku rasa dia bisa menelek tubuhku pulak.

"Yup, saya,' Pergh, aku nak pulangkan rasa bangga. Biar doktor tu terkejut. Geram dengan hal yang lalu.

"Erm, dah kurus ye....tak sangka saya," Tersenyum je doktor lelaki itu saat sepanjang sesi bersama di bilik rawatan itu.

Korang tahu tak kenapa???
Ya, itulah bukti kejayaan aku. Sememangnya aku geram dengan yg bernama lelaki...suka sangat menilai perempuan pada kecantikan walaupun mereka sering mengatakan di bibir

"Ala, mia...tak kisah pun kurus ke gemuk...yg penting ok," Ini kata salah seorang kawan lelaki yg akrab dengan ku satu tika dulu.

Ups...ye ke? Tapi, apa yg aku perhatikan...lelaki tetap dengan sebutan

"Eh, awak sekarang dah berisi la?,"
"Aik, makan nasi sikit je..nak jaga badan ke?,"
Ni antara sebutan dari kaum lelaki...cukup sensitif jika perempuan bertubuh gempal. Ups, not all lelaki ya..tapi kebanyakannya.. 
Yg paling aku menyampah sangat...ble ada some1 laki kata camni pd aku...

"Makcik...."  

hahaha......and not now ....telah beralih kpd....hehe

"Kak...."

hehehe...boleh aku gelak sesaat...& i wanna tell them, berapa umur ku sekarang & mereka kata nasib muke u matured, klu tak dah lama nk cakap u makcik...

Paling menghayat hati, bile one of my fren yang dah lama tak jumpa said to me

"Mia, pipi ko sekarang dah mengecik la...kagum aaa...Tak sia-sia ko berdiet kan,"

Kalian nak tahu tak .....kenapa aku jadi kuat utk semua ni?
 
1) Nak buktikan pd tunang aku bahawa aku bisa boleh berdiri sama baik dengannya
2) Nak buktikan pd orang2 yg suka kritik aku gemuk & now, mereka yg memuji & terus terdiam but msh lagi mempertikaikan....how i can live 1 senduk nasi 1 hari
3) Nak buatkan sedara mara di kampung diam & x hina aku gemuk malah suka nk bandingkan aku dgn tunang aku.
4) Nak jadikan aku comel mcm anak-anak murid aku (hehe...perasan tul!)



Kuntuman mawar merah kalungan di jambangan tiang seri kulihat nan indah. Seindah hari-hari yang bakal mendatang. Antara Maya Mia dan lelaki di bumi gersang itu, citranya hanya satu .......... cinta itu berteraskan-Nya. 


Pertemuan dan perpisahan itu pastikan hadir. 


"Mia, walaupun kte jarang berhubung, anggaplah setiap hari-hari itu saya ada setia bersama.....dan terus mengejar cinta ilahi dan mengutip setiap ganjaran pahalanya selalu di bumi Allah yang dilimpahi kenikmatan ini,"


Kala melewati ruang sesenja menghirup damainya suasana alam desa Merlong ini, aku disentak kesakitan lagi.....kian lama aku merahsiakan setiap denyutan sakit kepada lelaki itu..Aku tahu dia cuba memahami, namun aku harus kuat dan tabah mengharungi semua ini........


Kesakitan ini adakala begitu ketara hingga aku rasa ingin menjerit menangisi. 

Namun, utk apa aku tangisi? 
Tangisan ini hanya aku sahaja yang bisa mengerti. 

Lelaki itu? Ya, satu hari nanti, dia pasti tahu saat dia sudah bisa mengenggami tanganku selayaknya apabila mahligai bersatu...


Selagi aku bisa bertahan....aku akan terus bertahan. 


"Cik Mia, kena banyak-banyak bersabar ya. Cik Mia harus berterima kasih pada Tuhan kerana org di luar sana masih menanggap cik normal wp saya tahu cik mia menanggung rs sakit sendiri, namun mereka tak percaya. tak gitu?," suara doktor liu di satu pertemuan memberi satu keyakinan di kala aku pasrah dengan semua ini.


" ya, saya faham doktor...," Hanya itu yg mampu aku katakan.

Seterusnya, yg aku tahu........Doktor Liu sudah menjelaskan kata-kata akhir yang tidak aku sangka hasil keputusan darah & x ray yang diperoleh...


Namun, aku sudah lali dengan pemeriksaan berkala, ambilan darah sebanyak 3 botol cylinder, ujian x-ray .....segalanya bagaikan sudah sebati dengan maya mia ini. 


"Ya Rabbi, bukan niatku untuk merintih.....aku hanya ingin memohon dan mengadu....bantui aku ke jalan-Mu dengan redhanya," Monolog desah sayu ini berlagu lagi.


Titt....titt....sms berdesit berbunyi mematikan lamunan aku di ruang hospital kala aku melewati lorong jalan hospital ke kereta.


"Mia, watpe2? saya kat Siam ni. d rumah nenek belah mak sambil melawat sini," 


Sms lelaki itu kuterima dan kubaca.  Sayu. Tak tahu kenapa. Itu yang aku rasa. 
Ya, lelaki itu tidak tahu aku sedang MC hari ini. Sengaja aku tidak menyatakannya walaupun hati aku berlagu duka menanggung semua ini.

Namun, entah kenapa ada air mata bergenang di pipi lagi saat ni. 


"Awak, saya betul-betul boleh jatuh........saya perlukan kerusi untuk berdiri,"Aku masih bermonolog dalam sepi menerjah kalbu sesayu.

Hanya suara doktor di bait akhir masih tersimpan kemas....
Bergenang air mata kala pemanduan yang perlu aku gagahi selama 1 jam setengah ke desa rengit. Rengsa mendesit, srikandi maya mia perlu menjelajahi utk sampai ke destinasi yang dituju.


Ya Allah, berikan kekuatan kepada aku untuk menerima ujian-mu ini...
 
 
-BERSAMBUNG EPISOD 9-
 
 
 
Memintal Pena Tinta Realiti,
 


Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

0 comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute