My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Thursday 31 May 2018

Berat dan Ukur Lilit Mia - Ada Progress Ka???




Telah lama berhajat nak menulis di sini. Namun kesibukan tugas selaku Setiausaha Perayaan Sekolah membuatkan diri terpaksan menangguhkan niat. Semalam baru sahaja selesai berlangsung Majlis Persaraan Guru Besar di sekolah Mia.


Tengok tajuk je....pasti yg sedang follow Mia nak tau pe progress berat dan ukur lilit Mia kan? Untuk berat, setakat ni Mia masih maintain dengan 65.2kg. Sejak minggu lepas dan minggu ni boleh dikatakan Mia agak jarang workout. Faktor keletihan di bulan puasa begitu menganggu diri. Jika diizinkan Allah kalau berlaku Red Flag di minggu akhir Ramadhan, biasanya Mia akan buat workout dengan jayanya. So stay turn bab ni...masih ada masa hingga minggu akhir Ramadhan.

Hari ini terasa bagaikan ingin menyemak semula ukur lilit Mia ketika asal berniat nak diet pada end Mac 2018. 

Ukuran pada End Mac 2018 

Dada - 40
Bahu -  16
Pinggang - 40
Punggung - 46


Ukuran pada 31 Mei 2018

Dada - 35
Bahu - 15
Pinggang - 37
Punggung - 41

 Baju kurung kuning ni size L...tapi belum fit betul...perlu bekerja keras lagi. Pepun setakat ni Mia dah buka gerobok lama mencari baju size L. Dr XL berubah ke L untuk raya ni pun suatu episod yg manis.

Realitinya begitu sukar perjuangan diet ni. Tetapi Mia tak kan berputus asa kerana semuanya mengambil masa. Sekurang-kurang ada progress walaupun sekecil cuma. Cuma sejak tak workout di bulan Ramadhan ni terasa badan tak fit. Mungkin dah biasa dok bersenam kan tetiba tak buat....pepun perlu set di mind bahawa pemakanan perlu dijaga sebaik mungkin.  


Ok pada yg sedang berdiet macam Mia, jangan putus asa tau. Mari kte teruskan perjuangan.




Melarik Tinta Maya,




 
Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

0 comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute