My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Sunday 6 May 2018

Kisah Aku dan HERBALIFE Aloe Vera Soothing Gel



Di setiap titis hujan yang aku sangka cuma membawa musibah dan kedukaan di hati,rupanya dalam aku sedar rupanya Allah mahu aku jadi lebih tabah. Kerana aku terpilih dalam genetik keluarga menghidap sakit kulit psoriasis. Aku yang paling terkesan menerima ketentuan ujian ini. Dia memilih ku kerana tahu aku mampu menghadapinya.

Sekian lama aku menghambakan diri pada dinding rumah,menyembunyi kisah duka. Setiap hari melangkah ke sekolah seluruh tubuh badan ku dr kepala hingga ke kaki berbau olive oil kulumur. Kulitku tak dapat bertahan pada cuaca panas dan cepat dilanda gatal. Akibatnya...aku hidup dengan sekeping kain batik tidak berbaju/berblouse cantik seperti surirumah lain di rumah. Aku terseksa untuk keluar pada waktu terik panas...terlalu banyak kekurangan sehingga ada hati yang terseksa.


24 April 2018 - Saat paling menduga setelah 18 tahun menghidap penyakit kulit ini. Aku dilanda demam 3 hari berturut akibat kuman telah menjangkiti ruang kulit kaki sehingga aku sakit untuk menapak. 3 bulan bertahan dengan selipar tanpa kasut sarung cantik...aku kuatkan semangat mendidik anak bangsa.


2 minggu di wad bukan episod mudah. Namun,berkat sokongan padu dari ibubapa, suami,keluarga mentua dan rakan-rakan jauh mahupun dekat / online...hati aku mula rasa kental. Terasa bagaikan kaki kanan lumpuh tidak memijak tanah.

4/5/2018 adalah pertemuan bersama Doktor Pakar Kulit Dr Hassanin .... aku telah diberi cuti sakit lanjutan sehingga betul-betul kembali sembuh.


3 hari dah pos ni tiba. Terima kasih buat rakan jauh dr Johor Ewa yang sudi menghadiahkan sample Herbalife Aloe Vera Soothing Gel untuk saya melakukan percubaan pada saat saya mula masuk wad.

Realitinya,aku tahu banyak kebaikan Aloe Vera yang bagus untuk kulit....Herbalife Aloe Vera Soothing Gel menjadi pilihan hati kerana :-



Antara kelebihan Herbal Aloe Everyday Soothing Gel adalah :

1. Ianya bagus dijadikan sebagai pelembap bagi mengatasi kulit kering.

Buat masa ni aku akan apply Aloe Soothing Gel ni melembapkan kulit...Nyaman terasa....InsyaAllah lepas ni pi kerja pun boleh pakai gel ni. Kulit kering dan berminyak dah takde lagi! Bila ada masalah kulit ni,aku memang jarang mekap. Tak boleh sebarangan mekap kena pada kulit. Tapi kalau yang jenis suka make up,nak pakai bedak compact pun bertambah yakin. Kalau dulu, confirm nampak comot , kulit kering dan nampak bedak tidak sekata pada muka. Ia juga boleh mengurangkan kesakitan dan bengkak jika terkena matahari. Aloe Soothing gel ni bertindak sebagai lapisan pelindung pada kulit dan membantu menambah kelembapan. Apabila kulit terhidrat, maka ia akan pulih lebih cepat daripada selaran matahari.
Untuk lelaki, boleh pakai sebelum bercukur, ia boleh merawat luka-luka kecil yang disebabkan oleh bercukur.


2. Bagus untuk merawat jerawat dan mengatasi kulit berminyak.

Ianya bersifat antimikrobial yang membunuh bakteria dan ciri-ciri anti-radang yang boleh mengurangkan keradangan kulit sekaligus membolehkan kulit untuk sembuh dengan cepat dan semula jadi dengan meminimumkan parut. Aloe soothing Gel adalah pelembab tetapi tidak memberi kulit rasa berminyak, jadi ia sesuai untuk sesiapa yang mempunyai kulit berminyak.

3. Lidah buaya membantu melawan masalah biasa penuaan kulit.


Vitamin C dan E hadir dalam Herbal Aloe Everyday Soothing Gel boleh memperbaiki kulit kita secara semulajadi dan menjaga kulit kita dari terhidrat.

4. Boleh mengurangkan tanda "stretch mark".


 Pengguna herbalife yang terkena soldering iron(besi pemanterian)


Pengguna herbalife yang terkena minyak panas.


So,nantikan perkembangan kulit mia ye.....mia juga menjadikan diri mia sebagai testimoni. Sudah 2 minggu lebih menggunakan gel aloe vera yang diberikan rakan. Saat ini sedang menguatkan semangat dalam proses rawatan untuk mula terapi berjalan dengan jayanya.




Testimoni produk adalah berbeza. Hasil individu mungkin berbeza.
INGIN DAPATKAN BOLEH CONTACT/SMS/WASSUP MIA (0197257960)



Pena Tinta Maya,








Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

0 comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute