My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Monday 14 May 2018

Ceritera "Bakul Bekal Cikgu Mia"




"Hargai sesuatu yg sederhana kadang kala itulah yang membuatkan kita bahagia"

Menjejakkan langkah ke bumi SK Kodiang hari ini bagaikan satu semangat baru meskipun jejak kaki kanan belum kukuh sepenuhnya. Namun aku akur. Aku harus bijak untuk belajar menjaga diri sebaik mungkin.

" Hm....hi cikgu...dah sihat?," sapa rakan-rakan guru.

"Nampak dah cerah muka ye?," tegur Cikgu S

"Eh...macam dah kurus sikit kan...sakit kot," teka Cikgu H.



Macam-macam telahan muncul. Realitinya hari ini berbaju kurung ungu yang kusarung terasa tidak ketat seperti dahulu. Semakin semangat untuk meneruskan gaya hidup sihat dan senaman yg dilakukan. Semuanya begitu bermakna.
 
Kelelahan mula dirasa saat mendatangi tempat duduk di Bilik Guru. Bila duduk sahaja di situ, banyak amanah perlu digalas. RPH cepat-cepat kusedia setelah sekian lama bercuti dan kemudian segera ke pejabat menghantarnya. Sedar dalam tak sedar, hari ini diminta menggalas tanggungjawab Setiausah Perayaan kerana sambutan Hari Guru 16 Mei akan menjelang pada Rabu ini. Kesibukan bagaikan mula dirasai. Namun aku cuba juga mengambil masa menukilkan bicara di blog maya ini.


Hari ini bukan 1 episod baru buat Cikgu Mia kerana istilah membawa bekal makanan tu sudah sebati dek kerana terlalu banyak pantang makanan tak boleh dimakan. Bagi yg follow Mia pasti anda dah tahu kan yg Mia hanya boleh makan ikan dan sayur je, no belacan & seafood dan banyak lagi lah....

"Cikgu Mia...jemput makan kek besday," kata Kak S,cleaner yg setia di bilik guru berbual dengan ku.

"Sori kak, saya tak makan telur...maaf ye kak...selamat hari lahir ye kak.semoga dirahmati allah," cepat-cepat aku meminta maaf kerana khuatir ada yg kecil hati.

"Esok ada buat makan-makan skit...jemput ye cikgu...cikgu tak boleh makan itu ini..nanti kak masak ikan asam,boleh kot dan sayur?," pelawa Kak S lagi.

"Allahuakbar...terima kasih kak..tak yah susah k...sayur saya masak sebab tak leh campur ikan bilis...tapi klu masak asam ikan tu insyaalah saya boleh makan," Aku memujuk Kak S dan akhirnya dia tersenyum.


Bekal di sebelah ku pandang dengan rasa tenang. Sebab terjaga diet ku. Ada hikmah juga di sebalik aku ikut pantang demi sakit kulit ku ini. Banyak makanan dan minuman yg aku boleh cegah kerana rakan-rakan sudah tahu aku hanya makan ikan dan sayur sahaja.


Meskipun aku sudah selalu melakukan tabiaat makan jam 10 pagi waktu rehat tahap 1...tapi kali ini aku ubah style untuk bawa bekal buah. Ada bagusnya membawa buah dan stand by roti wholegrain dalam bakul bekal. Ia menyelamatkan diri aku dari menjamah makanan yg penuh kalori. Air 0 tetap setia di sisi. Jimat duit di kantin kerana tak perlu order lagi. Cuma..aku perlu rajin memasak seawal jam 5 pagi.

Dasarnya membawa bakul bekal 1 amalan yg sihat....ayuh mari amalkan gaya hidup sihat. Sebagai ibu,aku mengharapkan aku akan jadi ibu yg rajin berikan anak bekal ke sekolah bermula tahun 2019 nanti. Anak kedua ku pun dah rajin makan ikan drpd makan ayam. 

So...jangan rasa susah tau bawa bakul bekal.Di pasaran banyak pilihan. Ada yg suka bawa mangkuk tingkat. Buat masa kini, Mia jimat. Guna je pe yg ada. Janji jaga makan dan pasti workout tetap dibuat dalam seminggu.








Palitan Tinta Maya,
 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

0 comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute