My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Tuesday 8 May 2018

TERKINI BMI - Update Timbangan Mia Ina




Permulaan kepada sesebuah perjalanan penurunan berat badan sudah semestinya untuk kita semak BMI. Ya, itulah perkara 1 yang Mia lakukan. Sebenarnya Mia dah buat homework ni sejak minggu sebelum Mia menjejakkan ke wad. Mia dah ada follow up dengan doktor. Berat permulaan ditimbang terus dari klinik doktor pakar kulit.

"70kg,puan Mia?," kata nurse di bilik doktor.

Terlopong Mia. Sebab dah lama Mia tak check berat. Angka yang tidak disangka Mia. Mia OBESE. OBESE ok. Jarang nak menapak ke tahap ni. 

"Puan Mia ada sakit arthritis kan berkaitan sendi, seeloknya menurunkan berat badan demi menyokong tubuh badan puan selain mengelakkan kesakitan sendi ketara pada masa akan datang," jelas sekali perkara yang diperkatakan doktor menampar ruang cuping telinga.

Keras. Namun bermakna untuk direalisasikan.



Alhamdulillah, sejak masuk wad sehingga kini telah memulakan sesi, terasa lega kerana telah membuat keputusan yang tepat.

Hm, today's saja je la check penimbang yg sedia ada kan? Nak tau berapa Mia dapat..hehe. Walaupun tak banyak,tapi ok la untuk permulaan track. 




 kaki mia dlm proses pemulihan lagi....effect ubat juga...


Mia dah menukarkan perkataan OBESE kepada OVERWEIGHT. 



Sesuatu hasil sesungguhnya memerlukan usaha yang padu. pengorbanan sepahit hempedu. Mia kena bangkit. Mara untuk membuktikan bahawa Mia bukan "makcik", bukan "mengandung perut buncit", dan mcm mcm lagi gelaran Mia dapat. Terkadang bosan mendengar gelaran sedemikian rupa.

 will update track untuk seterusnya ok..stay cute my frens/followers

Now..time to change...i have to change to make a change for my good health.








Palitan Tinta Maya,

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

0 comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute