My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Saturday 5 May 2018

Mia dan Senam Terapi Psoriatic Arthritis




Tengok tajuk.....ada ke yang tahu tentang Psoriatic Arthritis??? 

Pada orang yang tak pernah alami, ia mungkin 1 benda baru. Tetapi bagi kami pesakit psoriasis (sakit kulit)...potensi untuk mendapat arthritis boleh jadi sesuatu yang harus dipandang berat.

Tanggal 2009 ketika Mia mengajar di Batu Pahat,Johor.....Mia di asak kesakitan sendi yang ketara. Namun orang di sekeliling sukar menaksir bahawa kte sedang sakit kerana kte terlihat seorang yang normal. Sukar kan bergelar pesakit seperti kami?

Pepun berbalik pada cerita ceriti Mia hari ini...lanjutan pertemuan dengan Doktor Pakar Kulit, Dr Hassanin. Beliau telah mula menasihati Mia untuk mulakan senaman sebagai terapi terutama bagi menguatkan perjalanan darah dan otot kaki agar dapat bergerak untuk pulih kembali bekerja. 

Maka, Mia tidak boleh memulakan workout yang agak keras. Pendekatan mula perlu diberi perlahan-lahan sebagai terapi. Mia memulakan senaman seperti video di bawah.




Sebenarnya nak bersenam ni mudah...tapi kita ni suka sangat beri alasan dan bertangguh. Betul tak? Sape setuju. Ada yang cakap "ala,xde masa la Mia?,"

hehe...semua tu pada minda kita sahaja. Kita tidak perlukan setiap hari untuk kte bersenam ye..Macam mia ni kalau keadaan sakit, cukupla sekadar seminggu 3-4 kali senam ringan sahaja. Apabila keadaan kembali pulih, maka pertingkatkan konsistensi dan pelbagaikan video senaman agar kte rasa semangat nak buat. 


"Mia....komitmen anak kecik lagi..susah la?,"

Realitinya, tak susah....petang-petang boleh je ajak anak main di playground. Bawa bola bermain dengan si kecil sambil latih anak berjalan-jalan di sekeliling taman. Dapat 2 bonus (senaman dan perhubungan yang sihat dalam keluarga).

Bagi yang anak dah besar tu, saya tak nafikan memang dapat ke gym/fitness/menyertai acara aerobik..itu 1 kekuatan yang merancakkan lagi hidup sihat. Sesungguhnya kte jangan mengeluh dan beri peluang pada diri untuk merubah sesuatu perlahan-lahan dengan jayanya.

Ingat ye....80% pemakanan harus dijaga, 20% lagi workout.  

Doakan Mia kuat semangat untuk kembali bekerja semula ye kawan-kawan.










Melarik Tinta Maya,










Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

0 comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute