My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Friday 18 May 2018

Timbangan Terkini --> "Oh...Ku Tak Percaya!!"




Alhamdulillah syukur pada Allah di saat Mia menulis tinta ini..Mia telah kembali dari Klinik Doktor Pakar Kulit berjumpa Dr Hassanin di Hospital Besar Kangar. Ujian Blood Taken semalam masih belum dapat keputusan.. So terpaksa tunggu 3 minggu dari sekarang...


Dah masuk 2 Ramadhan,tapi Mia masih on Red Flag. Kepada yg sedang berpuasa,selamat berpuasa dan menjalani ibadah Ramadhan dengan sempurna. Hari ini terasa kepenatan berada di dapur. Memasak di awal waktu pagi untuk anak dan siap sedia untuk bekal diri untuk bawa ke rumah mertua. Sesi petang selepas kembali ke pasar,siap sedia lagi memasak untuk juadah family mertua. Demi menjayakan sesi diet dengan baik,Mia harus kental melakukan 1000 pengorbanan sebab Mia sorang je kena pantang demi penyakit. So haruslah Mia siap sedia dgn makanan sendiri tanpa menyusahkan semua pihak.

Teringat tadi pertemuan dengan doktor. Sejurus nak duduk di depan doktor...

"Puan Mia...tolong timbang berat terkini?," kata Dr Hassanin

"aa...nak kena timbang ke doctor?," aduh aku sebenarnya tak nak amik tahu lagi berapa berat terkini...hm terpaksa lah follow.

"So far so good.....berat Puan Mia turun..ingat lagi tak kte bertemu masa end Mac 2018 berat puan kan 70kg," nada doktor sambil melihat aku atas bawah macam ada yg tak kena pada pakaian blouse oren aku..

"Wajib la ingat dlm catatan kepala saya..," aku tersenyum

"65kg now....well done Puan Mia...teruskan turun berat untuk normal weight. Baik untuk perjalanan sendi puan," ulas Dr Hassanin memandangku senyum.

 BERAT ASAL : 70 KG (END MAC 2018)- OBESE CLAS 1


TERKINI TODAY : 65KG - OVERWEIGHT


Entah..selepas itu yg aku tahu..aku juga tersenyum sendiri. Tetapi memandang ke atas aku tahu ia bukan semudah disangka...perjalanan ku panjang lagi.

Untuk makluman semua,setakat ini Mia belum memulakan sesi dengan herbalife lagi...berat terkini adalah penurunan Mia dengan mengawal pemakanan dan senaman. Prinsip ni sungguh Mia jaga. Membawa bekal dan memasak sendiri mmg jalan paling selamat. Ditambah lagi dengan pantang akibat sakit kulit Mia banyak membantu perjalanan diet Mia dari menghadiri pot luck dan jamuan hampir setiap masa di sekolah. Saat ini Mia hanya hidup di kantin sekolah waktu lunch 1 petang. Kalau dulu pagi rehat petang wajah Mia sampai dah dikenali oleh orang kantin...sampaikan makcik kantin tegur

"cikgu mia tak nak order teh ais ka apa ke?,"

Oh no no..kali ni Mia kena kekal dgn prinsip yang telah Mia letakkan matlamat. Kini Mia mula membuka almari lama mencari baju kurung lama untuk disarung semula...Mia perlu meletakkan sasaran target fitness untuk lebih kepada senaman perut dan pinggul. Ni part paling sukar buat Mia.


Buat sahabat..buat geng diet..buat followers......doakan Mia ya. Sakit kulit yg Allah beri saat ini buat Mia banyak muhasabah diri. Mia kena selalu positif dan tak boleh stress.

So...yang sedang berdiet dan ubah gaya hidup sihat...mari kte kawal nafsu makan melantak terutama time berbuka puasa....Tahun ni azam Mia tidak akan ke bazar ramadhan. Semuanya wajib home cooking.

Ha...korang mesti dah tekad nak makan itu ini ble bayangkan bazar ramadhan kan? hihi.....Ingat ye....

"untuk mendapatkan hasil sempurna,perlukan juga pengorbanan yg sempurna bermula dr diri...u must push urself first to achieve ur dream. Jangan cakap sahaja tapi tak buat!," 





Palitan Tinta Maya,
 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

0 comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute