My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Friday 4 May 2018

Mia - Ko Buat Crash Diet ka ???




Masih terlalu awal untuk Mia ceritakan ble ramai bertanya 

" Ko tetiba je nak diet ni,apsal?,"

Soalan ni rasanya saya dah jawab pada entry mula pengenalan blog 2018. Dasarnya kenapa Mia sebut tentang 'crash diet' ? crash diet tu ialah diet secara mengejut. ramai ja orang yang buat lagu ni. Bila berlakunya crash diet, memangla berat turun secara mendadak. yelah hang tak makan 2 hari pastu turun 3kg, hang gembira bukan main kepalang. Padahal berat hang turun sebab water volume dalam badan hang yang reduce bukan fat. Pastu kalau hang crash diet, metabolism badan akan rendah sebabnya badan hang pikiaq hang tgh starvation. Pastu satgi bila hang dah tak dapat tahan nafsu, hang makan macam biasa balik, badan hang akan store as much fat as possible. maka berat hang yang bertambah akan lebih dari yang hang ilang. rugi tak?


So, pelan awal Mia. Mia perlu membiasakan diri terlebih dahulu sebelum memulakan pelan pemakanan with HERBALIFE. Sudah pastinya Mia sudah ada pengalaman menggunakan set HERBALIFE sejak 2009 - 2011. Lepas tu Mia makin merudum. Hati pulak berbunga saat 2015 dapat bersama suami (bukan pjj lagi 2015)...Bukan itu sahaja berat makin bertambah ketika mengandungkan anak kedua tanggal 2016. Makan itu ini....Kulit ketika ini semakin teruk dan keadaan Mia makin serius sampai Mia merasakan perlu sembunyikan diri di rumah tak tahan panas. Pepun sebabnya, semua dalam diari duka Mia sahaja ya. 


Sejak menghuni rumah ibubapa Mia yang mengambil berat dan prihatin pada proses kesembuhan kaki Mia saat ini, masakan di rumah sememangnya ibarat makanan orang berpantang.

Pe yang pasti beberapa hari ini out dari wad. Mia telah berjaya mengurangkan tabiaat buruk makan nasi bertambah. Mia mulakan dengan target 2x meal dalam sehari (makan nasi ok), tetapi kuah kurang. Mia mulakan dengan makan buah dan lebihkan sayur (ratah sayur banyak). Mia letakkan sasaran minum air 1/2 jam selepas makan agar perut tak buncit.

Let's see pelan pemakanan Mia pada 4 Mei 2018 (Khamis)



8.00 am (air suam 2 gelas dan 1 biji pisang) + makan ubat hospital

1/2 botol air wajibkan habis sebelum 12.00 tengahari



12.00 tengahari - Lunch (menu sama)

1/2 botol air wajibkan habis sebelum 6 petang

6.30 petang - Dinner (menu sama)

1/2 botol air wajibkan habis sebelum 10 malam

Ha...mesti korang pelik kenapa xde snek dalam jadual makan Mia kan? hehehe...sebab wat masa ni dlm proses rawatan, kesan ubat amat kuat. Mia perlukan rehat (tidur). Jaga kesihatan dulu...Untuk sesuatu perubahan,ia perlu mula slow-slow..Jangan kalut sangat. Steady k



Apa yang korang perlu tahu. Mia ni pengidap sakit kulit. Mia memang dah setahun berpantang 

Ayam (boleh tengok gambar ayam ja tau!), daging, telur, ikan bilis, ikan kering, bendi, terung, kacang panjang, binatang kaki 2, belacan, sambal belacan,seafood,sos tiram, air sotong.

Tu diaaaaa..........banyaknya kan mia kena berpantang. Korang mesti terkejut dan takut kan? Eh, relax k..semua bisa di atasi. 

Ramai yang tanya " Habis mia makan pe ja? semua macam tak boleh makan?,"




Ada rasa nak gelak pun ada. Chill k...

1) Peti sejuk rumah Mia mesti ada ikan,sayur dan buah

2) Mia tumis sayur guna lebih bawang sahaja tanpa buh belacan/perasa.

3) Lauk wajib Mia hanyalah ikan kecuali ikan yang bisa like tongkol,keli,bawal hitam.

Aik, susah hati ka? hehe....Ia sebenarnya jauh lebih menyeronokkan. Percayalah. Tau tak sebab apa.

1) Di sekolah, ble ada event/pot luck/jamuan....Mia lalu je pantry bilik guru macam xde pe berlaku. Org jemput makan pun,Mia senyum je la sebab semua dh tau Mia kena pantang.

2) Di rumah pula....klu suami request nak masakan ayam/yg Mia tak makan...boleh je masak. Selalu somi x susahkan Mia. Dia pun ikut juga selera @ dia beli. Pe kan daya!

3) Di rumah orang/tempat kenduri/ pertandingan sekolah - Mia wajib bawa bekal makanan sebab Mia lain dari lain. 



Realitinya...itulah sebahagian dr perjalanan mengubah gaya hidup sihat akan Mia Ina. Allah sememangnya telah memilih Mia insan teristimewa untuk siap siaga berdepan dengan semua dugaan yang terselit penuh muhasabah bermakna.

p/s : Ups..nantikan story fitness pulak...sabaq sat na ! Tgh nak sembuhkan diri ni.hehe. Give me time.







Coretan Hati,



 








Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

0 comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute