Asal (58)..Terkini 10/7/2014 - 54kg

Saturday, 19 October 2013

Wawa Zainal Masih Tunangan Orang Ketika Bernikah


Satu demi satu cerita yang dibongkarkan oleh media mengenai Wawa Zainal dan Aeril Zafrel. Walaupun telah selamat bernikah dan dikurniakan seorang anak, masih banyak perkara yang rupa-rupanya disembunyikan oleh mereka. Salah satu daripadanya ialah Wawa Zainal adalah tunang orang ketika bernikah dengan Aeril Zafrel.

Tunangnya yang bernama Abdul Rashid telah membuat pendedahan ekslusif menerusi BiPop semalam. Abang Nara respek dengan si Rashid ini kerana nampak tenang dan redha dengan berita perkahwinan tunangnya. Menurut Rashid, dia bertunang dengan Wawa atas desakan keluarga Wawa pada Jun 2010, iaitu selepas beberapa bulan Wawa diterima sebagai artis MiG, bagaimanapun ketika itu dia belum terbabit dengan mana-mana projek filem. Majlis pertunangan berlangsung antara keluarga saja di Lahad Datu, manakala mereka berdua berada di Kuala Lumpur.

wawa zainal

Berkenalan sejak tingkatan 5, Abdul Rashid telah pun menghantar keluarganya untuk memutuskan pertunangan mereka secara rasmi pada hari Jumaat lalu. Baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca pendedahan yang dilakukan oleh Abdul Rashid mengenai hubungannya dengan Wawa Zainal.


Belum pun reda isu pernikahan rahsia dan melahirkan anak yang menghimpit pelakon Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, kini timbul cerita baru yang mendakwa Wawa sudah bertunang sebelum bergelar pelakon popular.

Wawa, 21, didakwa bertunang dengan seorang jejaka yang berasal dari Lahad Datu, Sabah iaitu Abdul Rashid @ Johari Hambali, 39, pada Jun, 2010 selepas beberapa bulan menandatangani kontrak sebagai artis MiG Talent. Bagaimanapun, pertunangan mereka hanya diketahui ahli keluarga Wawa dan Abdul Rashid saja.

Bagaimanapun kisah pertunangan Wawa dan Abdul Rashid mula tersebar di internet dipercayai disebarkan anggota keluarga mereka apabila cerita Wawa dan Aeril bernikah dan mempunyai anak yang didedahkan Bpop pada minggu lalu menjadi semakin panas dan mendapat perhatian meluas dalam media massa.

Bpop mendapat maklumat mengenai jejaka yang kini bergelar seorang guru di sebuah sekolah rendah di Tawau, Sabah, baru-baru ini. Dengan bantuan seorang teman, jejaka berkenaan dapat dihubungi, biarpun pada awalnya beliau enggan membuka mulut bercerita soal peribadinya bersama Wawa sebelum ini.

“Saya sebenarnya hanya mengetahui berita Wawa dan Aeril berkahwin pada selasa lalu selepas diberitahu seseorang, tapi saya tidak menghiraukannya. Bagaimanapun, saya terkejut apabila Wawa menghubungi saya pada pagi Rabu lalu,”

“Sebenarnya tujuan Wawa menghubungi saya kerana mahu meminta saya memberitahu adik perempuan saya supaya menghentikan menyebarkan cerita yang pernah berlaku antara kami di internet. Wawa menangis ketika itu. Wawa pernah menumpang di rumah adik saya di Cheras ketika mula menjejak kaki di Kuala Lumpur,”

“Saya tanya dia, adakah betul sudah berkahwin dan mempunyai anak? Dia cakap betul…. Jadi betullah cerita yang terbongkar itu. Dia cakap mahu saman beberapa pihak yang mendedahkan cerita peribadinya itu. Saya cakap kenapa nak saman jika cerita pernikahan dan mempunyai anak itu adalah perkara betul. Bukan kenyataan fitnah!”

“Jujurnya, saya tersentak dan sebak sebenarnya apabila Wawa mengakui dirinya sudah berkahwin dan mempunyai anak, sedangkan pertunangan kami belum diputuskan. Saya tanya kenapa tidak berterus terang mahu berkahwin, saya tidak kisah untuk melepaskannya. Saya sudah agak dari awal lagi inilah risiko bertunang dengan seorang artis,”

“Tapi, Wawa ketika itu terus menangis. Dia tidak mahu saya membocorkan cerita pertunangan kami. Saya tahu Wawa cukup sengsara dengan apa yang dihadapinya. Saya sebolehnya tidak mahu Wawa terseksa, apatah lagi dalam keadaan sekarang. Bagaimanapun, saya tidak mampu menutup mulut orang terutama kaum keluarga yang mengetahui kami masih mempunyai ikatan pertunangan,”

“Saya terkejut bagaimana wartawan dapat menghidu cerita kami, malah boleh menghubungi saya. Soalnya, saya pula terpaksa bersoal jawab dengan wartawan,”

“Saya sebolehnya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Saya sempat bertanya kepada Wawa, siapakah lelaki yang dinikahi. Dia beritahu suaminya adalah lelaki yang tidak disukai dulu. Dia adalah pelakon yang membintangi drama Klik bersamanya dulu. Jadi, saya tahulah lelaki yang dimaksudkan adalah Aeril,”

“Saya tanya lagi kenapa berkahwin dengan lelaki yang pernah dibenci, dia hanya menangis saja. bapa Wawa juga ada menghubungi saya pada Rabu lalu, dia mohon maaf kepada saya. Saya tanya kenapa tidak beritahu Wawa sudah berkahwin, dia sebaliknya mempertikaikan kenapa tidak diberi nafkah bulanan. Menjadi budaya di sini, lelaki kena memberi nafkah kepada tunangnya setiap bulan,”

“Saya jelaskan padanya sebelum ini saya tidak berduit, duit simpanan bekerja habis digunakan ketika datang ke Kuala Lumpur membawa Wawa pada penghujung 2009 untuk mencari penghidupan baru,” katanya.

Abdul Rashid berkata, dia bertunang dengan Wawa atas desakan keluarga Wawa pada Jun 2010, iaitu selepas beberapa bulan Wawa diterima sebagai artis MiG, bagaimanapun ketika itu dia belum terbabit dengan mana-mana projek filem. Majlis pertunangan berlangsung antara keluarga saja di Lahad Datu, manakala mereka berdua berada di Kuala Lumpur.

“Majlis pertunangan kami diatur keluarga, selepas bapa Wawa mendesak saya dan Wawa bertunang. Saya faham orang tua Wawa tentunya bimbang apabila Wawa bersama saya di Kuala Lumpur. Sekurang-kurangnya kami mempunyai ikatan pertunangan,”

“Keluarga saya menghantar cincin dan wang hantaran. Tidak perlulah saya beritahu berpa jumlah diberikan. Jadi, pada ketika itu, kami sudah rasmi sebagai tunangan. Bagaimanapun, selepas gambar saya dan Wawa tersiar dalam satu blog hiburan, kami mula takut,”

“MiG tidak membenarkan mana-mana artisnya bercinta dan berumahtangga. Saya ambil keputusan melepaskan Wawa selepas MiG menyediakan rumah untuknya sebagai tempat berteduh. Saya lihat Wawa ketika itu solat 5 waktu tidak pernah tinggal. Saya tidak mahu kehadiran saya sebagai tunangan Wawa diketahui orang, ini kerana saya memikirkan Wawa baru saja nak menapak sebagai pelakon,”

“Sebelum ini jika orang bertanya mengenai saya, Wawa akan mengatakan kami mempunyai tali persaudaraan. Malah, berita kami bersaudara pernah disiarkan dalam beberapa blog bersama gambar kami. Tapi, hakikatnya, saya adalah tunangan Wawa,”

“Saya pulang ke Lahad Datu pada pertengahan 2012, sebelum mendapat kerja mengajar di sebuah sekoalh rendah di Tawau sehingga hari ini,” katanya yang mengakui masih bujang sehingga kini.

Abdul Rashid @ Johari Hambali yang mengakui dirinya adalah tunangan Wawa turut menjelaskan, dia adalah insan yang bertanggungjawab membawa Wawa ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki.

“Sebelum ini, saya bekerja di sebuah agensi kerajaan selama 16 tahun di Lahad Datu. Tapi, apabila saya berkawan dengan Wawa, ada teman yang iri hati menyebabkan kerjaya terjejas dan saya hampir ditukarkan ke tempat lain. Jadi, saya terpaksa berkorban, saya ambil keputusan berhenti kerja pada November 2009. Selepas itu, saya dan Wawa nekad berhijrah ke Kuala Lumpur untuk penghidupan baru,”

“Sebenarnya, saya tidak terfikir mahu menjadikan Wawa sebagai pelakon tapi apabila terpandang iklan Pertandingan Ratu Cantik Amcorp Mall, saya menyuruh Wawa mencubanya. Dia bernasib baik kerana mendapat tempat kedua tapi kami ditipu. Sejak itu, saya mula mengusung Wawa ke sana sini untuk menjalani ujibakat. Banyak agensi yang dicuba,”

“Saya menghantar profil Wawa ke MiG Pictures dan KRU Studios, tapi hanya MiG memberi respon. Saya masih ingat, saya jugalah yang menghantar Wawa untuk ujibakat di pejabat MiG di Subang Jaya. Saya menunggunya di bawah pejabat MiG,”
“Pada hari ujibakat itu jugalah Wawa menandatangani kontrak sebagai artis MiG,” katanya.

Abdul Rashid berkata, dia meminta keluarganya ke rumah keluarga Wawa untuk memutuskan pertunangan antara mereka pada Jumaat lalu.

“Keluarga saya datang melamarnya dengan cara adat jadi biarlah kami putus dengan cara baik. Saya dan keluarga saya hanya minta Wawa memulangkan cincin yang diberi dan wang hantaran sekali. Itu saja….”

“Saya tidak kesal dengan apa yang berlaku, semuanya sudah tertulis buat saya. Tidak guna melayan kekecewaan kerana nasi sudah menjadi bubur. Selepas ini, saya mahu menutup buku cerita antara saya dan Wawa. Saya tidak akan menanggungnya. Dan itupun yang saya lakukan selama hari ini,”

“Selepas Wawa menandatangani kontrak selama 5 tahun dengan MiG, kami tahu tidak boleh berkahwin selagi kontrak belum tamat. Jadi, saya sanggup menunggunya. Saya berpegang pada janji, tapi nampaknya Wawa tidak ingat dengan janji-janjinya,”

“Kami pernah berjanji mahu berkahwin selepas habis kontrak. Saya setia dan tidak mungkir janji. Bagaimanapun, ketika saya pulang ke Sabah, hati saya sudah mula terdetik, jika selepas 5 tahun, hubungan kami masih OK, maknanya itulah jodoh kami, jika sebaliknya, saya redha,”

“Tapi, saya dapat merasai Wawa berubah hati selepas saya pulang ke Sabah. Dia hanya menghubungi saya sekali, itupun kerana timbul masalah dengan adik saya. 

Sejak itu, jika saya menghubungi atau menghantar SMS kepadanya, dia tidak pernah menjawab atau membalas,”

“Kali terakhir bertemu apabila Wawa datang berhari raya di rumah saya pada 2012, iaitu selepas saya pulang semula ke Sabah. Sejak itu, dia tidak pernah memberitahu saya jika dia pulang ke Lahad Datu. Wawa mengakui dia kini berada dirumah orang tuanya di Lahad Datu,” katanya yang mendakwa mengenali Wawa sejak pelakon itu bersekolah dalam tingkatan 5.

Sumber : Beautifulnara.com



Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

3 comments:

NURSHAKIRA ABDUL HALIM said...

Hmmm macam2 kan :(

miazara ina said...

@NURSHAKIRA ABDUL HALIM

mendoakan yg baik-baik untuk pasangan ini..moga bahgia..benda dh lps usah dikenang kan

ibh_sue said...

Semakin disembunyikan semakin terbongkar macam2. Mereka dah nikah pun. Kita doakan kebahagiaan mereka. :)

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute