Asal (58)..Terkini 10/7/2014 - 54kg

Sunday, 6 October 2013

Episod 17 "Kerana Dia Untuk ku"

"Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati,"
 
adangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi…”
 
Jauh ku renung sehingga celahan sisi tingkap bagaikan aku melihat sosok bayangnya. Namun, tak berjaya kugapai. kemanakah hilangnya seri cinta semalam, wahai kasih..wahai sayang....
 
Nyatanya...aku duduk terpaku berhamparkan sejadah mengadu pada Yang Maha Esa. Terkadang cuba memujuk hati yg luka. benar kata orang 'luka wanita sesekali ble disentuh, boleh jadi nanah jika dipendam jauh sasar ke jiwa"
 
Malam ini entah kenapa ada sesuatu yang memanggil hati untuk mencoret sesuatu kepada lelaki bumi anbiya' itu. Telah sekian kali kufikirkan. Bagaikan sedar, aku teringat kursus perkahwinan yang telah aku lalui baru-baru ini. Cuma.....Adin? Ya, lelaki itu sahaja yang masih menangguhkan hasrat tersebut meski itu yang dicanangkannya.Mungkin sibuk!
Tinta surat itu telah siap aku karangi lewat jam 12.30 malam....Ada sesuatu penjelasan yang perlu aku kirimkan kepada insan yg sudah sekian lama bertakhta di hati. 
 
Kemunculan Sarah Hadeeja saat segalanya sudah terpateri begitu menusuk ruang hatiku.....Aku cuba menjadi wanita setabah Zulaikha..namun siapalah aku untuk menahan air mata ini....
 
Biarlah.....biarlah Dia yang menentukannya andai benar lelaki itu jodohku.
" Jika Sarah Hadeeja cinta hati pertama bisa mengalahkan aku....dan jika seorang lagi wanita yang dinobatkan untuk menjadi suri hati lelaki itu kan menjadi pendamping lelaki itu............Ya, aku tidak akan merubah keputusan akhir lelaki itu,"
 
Cinta? Ya, apa ada pada cinta jika seandainya tarikh telah digariskan. Namun hati masih belum bersatu...usah dikata..segalanya bakal punah andai rencana tidak semena.
****************************
Denting jam dan masa bagaikan bermain denganku....sebulan lagi majlis kan bermula....segala persiapan majlis sudah direncana. Gempita rasa gembira bagaikan tertulis secara rasminya. Debar hati gelojak rasa melanda pasangan bakal pengantin....
 
Suatu ketika....senada seirama....kuterima sebuah panggilan. Kesibukan persiapan terkadang membuatkan aku lupa pada tunang...Mungkin mengusir segala duka luka yg bernanah. 
 
Ah, kenapa tidak bisa ku hilang semua ini? Kenapa mesti Sarah Hadeeja bercatur dlm hati ini sedangkan dia sudah tidak wujud di mata? Ya Allah, kuatkan rasa hati saat-saat semakin dekat menjelang waktu.
 
"Assalamualaikum, Mia.....," Suara itu kedengaran tidak asing bagiku. Tunang tersayang sudah muncul di angin maya....realiti tidak kami cecah selalu.
 
"wassalam......hm," Aduh, secara tetiba tidak berani untuk aku bersuara meski persiapan rancak terlaksana. 
 
Apakah....Apakah lelaki itu akan menunda perkahwinan ini kerana Sarah Hadeeja itu??? Ya Allah kuatkan hati aku ini.....mohon ketabahan dr mu.
 
"kenapa secara tetiba Mia kirimkan surat sepanjang begitu? Mia tak percayakan saya ke selama ni?," terjahan kata itu bagaikan buat aku tersangkut jawapan.
 
Terdiam seketika. Mengambil masa mengucapkan penjelasan.
 
" Maafkan Mia. Terlalu byk onak yg perlu Mia ambil untuk lalui bahtera yg sah nanti. berterus terang dengan semua perkara termasuk hal sakit Mia perlu Mia lakukan. Mia dah bersedia jika keputusan itu tidak memihak pada diri Mia," Tulus sungguh jawapanku pada lelaki itu. 
 
Sengaja aku tidak timbulkan isu 'Sarah Hadeeja' yg diam-diam mengirimkan surat 3 bulan lalu. Sesak sungguh mendengar nama itu...
 
" jawapan apa yg Mia nak saya katakan lagi.....segala keputusan sudah kita paterikan. ye tak? yakinlah mia dengan saya. Kita pernah bertemu tanpa realiti....kita pernah melalui pelbagai cabaran sehingga sampai ke detik tarikh ini...Mia masih tak yakin lagi?," 
 
Aku ingin berterus terang. namun, sudahnya hasrat mati tanpa hal sebenar.
 
" sekurang-kurangnya orang yg bakal menjadi suami Mia nanti bisa faham hakikat sebenar natijah 'sakit' Mia. Bukan apa...Mia takut ada sesalan di masa akan datang," Entah kenapa...air mata bagaikan mengalir menuruni pipi.
 
"Mia ..tau tak..bukan saya je yg baca surat Mia tue...ibu saya juga maklum hal ini meski dia juga sedang berjuang melawan sakit kanser tika ini. InsyaAllah doakan saya serta seisi keluarga saya juga bisa berada di sisi Mia menghadapi semua situasi pedih Mia,"
 
Lega sesaat mendengar omongan lelaki yg bakal bergelar suami ku dalam masa sebulan dr tarikh ini. 
 
Ingin saja aku tanyakan tentang 'sarah Hadeeja'...........Akan tetapi lidah kelu bagaikan menyembunyi hal itu.
 
Yg aku tahu & pasti...........
 
Mungkin Yg Maha Esa telah menetapkan dia untukku. Sanubari aku di akhir perjalanan telah menetapkan 'semoga matahari indah kan hadir menyinari menenggelamkan episod duka lama,'
 
"Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.” 


Makna Kalam Ilham Maya,
 

 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

0 comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute