Asal (58)..Terkini 10/7/2014 - 54kg

Wednesday, 9 October 2013

Episod 18 "Kerana Dia Untuk Ku"

 Cinta tak lain sebuah prasasti
Yang terbangun di pinggir pantai prahara
Satu hal yang membuatnya kukuh berdiri
Ialah keteguhan hati untuk selalu setia

Pena semalam tetap ku garap semula meski ada sisa terpendam di jiwa...Lara yang lalu ku biar menyapu pergi.....seri di hati melabuh laksana kini....


Gerimis angin hinggap meniup lentok lirikan tudung bawal yang ku kenakan di petang hari nan indah ini. Acapkali membilang di jari antara ingin berjumpa 'Sarah Hadeeja" atau terus berpura tiada apa yang berlaku antara saat seminggu lagi pernikahan bakal di catu.

Nada gembira pasangan yang berbual di taman menyinggah bahgia di hati kala anak kecil beramah mesra dengan ayah dan bondanya. Alangkah manis melayani perasaan sebegitu meski istana cinta belum terpateri.


Hari ini ku harap ia jadi penamat yang membelenggu seluruh perasaan selaku bakal isteri kepada lelaki bumi gersang itu.

"Mia...." Tepukan bersahaja di bahu mengejutkan aku dari sentakan peristiwa di minda.


"Warda...," Hanya pelukan tanda persahabatan yang bisa memaknakan betapa rindunya aku pada sahabat di bumi gersang yang merupakan kawan baik tunangku itu.

Pelukan dilepaskan. Namun, senyuman masih meniti di bibir kami sehingga duduk di bangku taman.


""amboi berserinya bakal pengantin nie...Ustaz Adin pun sama kot," Usikan Wardatul Sakinah sudah menapak mula.

"macam tok nujum lak ko ni Warda...Ustaz Salman datang sama tak?," Mata ku melilau mencari suami sahabat.

"ish...mengacau agenda aku nak jumpa lama dengan ko la...dia ada urusan sikit. kami sampai di Malaysia dah 2 hari," Nada bahgia jelas kelihatan pada air muka Warda.

"Mia, amacam dengan persiapan.....Ustaz Adin tu buat lengah lagi tak hal persiapan semakin nak dekat ni," Sengaja Warda membuak cerita lagi.


"macam biasa la...aku dengan hal persiapan belah aku..Ustaz Adin dengan persiapan belah dia...life go on Warda," Entah kenapa, menguatkan semangat bercerita dengan Warda. Seboleh mungkin mengelak cerita.

"Hi, lain macam je kawan aku sorang ni....ke ada pe-pe yang aku tak tahu ni.Mia," Warda ibarat kawan akrabku yang setia menilik masalah aku selalu. Sudah aku duga.

Lama membisu sambil memandang jauh ruang laman taman bunga seenaknya meski ada lara tersisa.

"sarah hadeeja,..........," spontan aku menyebut nama itu.

"Siapa ko sebut tadi...aku silap dengar ke ni?," Cuak riak yang terpampar di wajah Warda. Berbeza dari tadi.

"Tak mungkin aku menyebut nama yang salah,Warda," Bersahaja aku menahan rasa sambil mengeluarkan isi warkah. 

Bukti kiriman itu ku unjurkan agar dibaca Wardatul Sakinah, satu-satunya sahabat seperjuangan yang sudah lama aku kongsikan cerita sepanjang episod perkenalan cinta jauh ini.

"Tak sangka Sarah sampai tahap ini....mungkin dia sekadar menguji kau je,Mia," Genggaman tangan Warda kala remang petang itu menguatkan jiwa meski titis air mata bagai menuruni liang hati.

"Ustaz Adin tahu tak tentang ni?," soal Warda.

"Tak....malas aku nak lanjutkan...aku yakin dia setia...mungkin jiwa aku je Warda perlu dipulihkan....," Keyakinan itu tetap bersarang di kalbu ku kala hari bahgia makin mendekat.

"Kenapa ko tak citekan masalah ni kat aku aritu....," Warda menumpahkan rasa simpati amat. 
Ya, pastinya dia sahaja memahami episod ranjau yang perlu aku tempuh sepanjang perkenalan cinta maya ini.
"Warda....aku takut....," Entah kenapa, sampai ke tahap akhir.rintihan tangisan jatuh di sisi.
"Relaks,Mia...aku kan ada..apa2x jadi aku akan pertahankan ko....aku kenal Sarah, aku kenal bakal suami ko....jangan risau...aku pasti Sarah tak sepantas itu....yg penting saat ini majlis pernikahan sabtu ini. Ko akan jadi isteri sah nya....senyumlah Mia...hal lepas, biar kan lah...aku pasti Ustaz Adin menerima ko seadanya ...kalau tidak, tak mungkin dia serius semalam call suami aku semalam dengan gembiranya bercerita hal persiapan kawin," 

Pujukan Warda sedikit sebanyak mengurangkan resah kemelut hati. Pelukan di bahu penuh erat....

"Benar kata Warda....aku harus teruskan dengan kekuatan demi sesuatu yang sah. miliki secara hakiki...cinta itu kan pasti datang jika ia sememangnya milikku,"

Senja yang berlabuh merangkak pergi.....Pergi menyisir kedukaan lepas, menghadirkan rona-rona ceria demi sebuah ikatan.


************************************************************

Aku ingin terbang jauh ....
Namun pelabuhan ini ku ingin tempuhi
Penyatuan jadi saksi bukti tulusnya hati

"Mia, hari ini hari yang kita tunggu setelah sekian lama......," Sms itu kukirim kan di awal pagi sebelum upacara pernikahan buat bakal zaujah yang kan menghuni hidup sebentar lagi.

"Aduhai, orang yang nak kahwin tak siap-siap lagi ka?," Bebelan ibu sudah kedengaran di luar pintu bilik.

"Cepatlah Adin....semua orang dok sibuk siapkan apa nak bawa ke rumah Mia. Dia buat lambat lak...nak kahwin ke tak nak ni?," Aduh, mak membebebl lagi !!!

Baju melayu kuning pilihan gadis manis Mia itu cepat-cepat ku sarungkan. Tinggal 1 jam lagi hendak ke rumah Mia...Majlis akad nikah yang direncanakan petang hari di teratak Utan Aji itu destinasi yang diplih bakal isteriku sendiri.

"Ya Allah, permudahkanlah majlis ijab kabul ini....semoga debaran hati berkurangan hendaknya," Hanya itu yang aku pinta. Dari pagi tadi diusik sedara membuatkan sanubari keluh kesah. Mungkin gugup agaknya !

"ehem.ehem..dah lawa pengantin lelaki ni...," Rosman,sahabat baik ku sudah meniti di bilik.

"Mai sini sikit aku nak rasa jantung ko," Terjah Rosman cuba memegang jantung ku. Kononya nak uji debaran la tue...huh! 

"woi, jangan aaa...habis baju kang!," Sengaja mengelak

"Apa rasa nak jumpa bakal isteri....hi, dengarnya lama x jumpa ..sembang pun tak pernah...pelik sungguh cinta korang ni....pepun, kami je yang tau kan....," gelak ketawa makin keruh kedengaran di bilik. Kali ini Khuzaimi, sahabat seperjuangan sek agama datang jua mengiringi.

Jam di dinding yang sudah menunjukkan tanda 2pm. Destinasi rombongan sudah memecut pacuan kenderaan ke teratak bakal isteriku di desa Indera Kayangan. Dalam diam, hati tetap menginjak syukur majlis di negeri yang sama. Mungkin inilah takdir ketentuannya. Tidak ku sangka akan berjumpa isteri senegeri meski bicara realiti masih belum terpateri berdua saat ini.

"senyum sokmo nampak...tue dh smpai rumah Mia," kata Rosman yang menjadi tukang pemandu utama kala kenderaan rombongan kami tiba & disambut warga keluarga Mia.

Nyatanya...duduk di ruang tamu teratak indah keluarga Mia di perlis kala ini buat kan aku seram sejuk walhal Rosman di sebelah kepanasan sahaja. hehe...

Kadi yang dijanjikan sudah di hadapan....dan kala wajah itu muncul, aku terpana.


"Mia....," bagaikan tak percaya melihat rupa Mia berubah disolek biasa. Buat pertama kalinya aku menyaksikan kejutan dari Mia yang memakai tudung awning. Kalau dulu, selalu lihat Mia dengan tudung bawal je tika pertemuan di rumah ibu bapanya.

Peluh merecik meski kipas di ruang tamu berjalan laju.....

"Aku terima nikahnya .................................," 


Akhirnya ...............lafaz ijab kabul berjaya jua dengan sekali lafaz sahaja. Di sebalik renungan mata, aku lihat Mia tertunduk menahan syahdu. 6 tahun lebih menyaksikan cinta maya antara kami yang penuh episod menduga, kini segalanya sudah terpateri. 

Kini....dia zaujah ku....dan aku zauj nya............
Layar bahtera cinta merakamkan saksi istana cinta.....
Kalungan rantai tangan dan cincin ku sarung penuh getar hingga tersedar pengapit di sebelah menahan gelakan. Mia ...kulihat bersahaja. 

"Aduhai, kenapa pulak aku yang bergetar buat kali pertama ni....sungguh memalukan kala upacara itu dijalankan. Namun, kulihat senyuman penuh di bibir isteri kala majlis membatalkan air sembahayang dipermudahkan Allah,"

"Abang.....terima kasih jadikan Mia milik abang sepenuhnya,"

Lirihan kata kedengaran di liang cuping telingaku kala yang tercinta menyalami ku penuh syahdu. Genggaman tangan antara kami mengikat janji untuk selamanya.

Puncak cinta realiti menginjak permulaan kini.............

 Entah suka datang menghiasi hari
Atau duka yang menghampiri
Cinta adalah berbagi
Karena sungguh !
Meski disemayamkan dalam dua raga
Sepasang kekasih hanya punya satu hati


"Jika kau mengerti seperti apa cinta yang tulus,cintailah aku seperti itu...Jangan lebih kerana hanya cinta seperti itu kuharapkan...Jika kamu mengerti seperti apa kasih suci itu, kasihilah diriku seputih kasih itu kerana hanya putih kasihmu ku mahu.....Jika memang benar kau dan aku ditakdirkan bersatu, maka takkan ada satupun yang bisa memisahkan kita,"



Melarik Tinta Makna Kalam Bahagia,
 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

0 comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute