Asal (58)..Terkini 10/7/2014 - 54kg

Sunday, 4 August 2013

Plan Diet Hari Raya Mia - Ups, Boleh Berjaya Ka?hmmm....


Ketika bulan Ramadhan, kadar metabolisma seseorang adalah rendah berbanding hari-hari biasa, dan situasi ini berterusan sehinggalah tanggal 1 Syawal. Sekiranya makan secara tidak terkawal ketika Hari Raya, pasti akan menyebabkan kegemukan kerana kadar metabolisma yang rendah itu. Namun soalnya, wajarkah kita berdiet ketika 1 Syawal ini?.

Pada pendapat aku, 1 Syawal merupakan ‘hadiah’ berharga buat seluruh umat Islam setelah mengharungi puasa selama sebulan, dan sewajarnya ia bukanlah hari yang sesuai untuk mengamalkan diet atau ‘kurang makan’. It’s a self reward day. 

Berkunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai adalah suatu kemestian, manakala merasai kesemua juadah yang dihidangkan pula menunjukkan rasa hormat dan penghargaan kepada tuan rumah yang telah bersusah-payah menyediakan makanan buat tetamunya.

Ha, dah nak balik raya ni..pe plan korang untuk diet Hari Raya??Mai la kongsi dengan mia...hehe.

Ni plan je ya..
(dlm hati, harap2x menjadi la plan aku ni..!!! risau juga takut x bertahan)



Mai kte review what is my plan untuk diet Hari Raya nanti :-

1) Minum air 0 (elak minuman manis/sejuk/gula)

Yg ni,aku pernah wat masa edisi marhaban Raya sekolah..berjaya wp malu gak dgn tuan rumah..asyik minta air 0 & terpaksa menolak air sejuk/air manis tuan rumah beri.Tapi aku tolak dengan sopan la..kang kecik hati lak tuan rumah.

Kalau tuan rumah tu hidangkan anda dengan minuman ‘exotic‘ seperti manggo lassi, banana cream shake, atau air jus buah-buahan sebenar, itu barulah unik dan lain daripada yang lain, dan tak salah jika nak merasa.

Kesimpulannya, usah membazirkan kuota kalori yang ada dengan air-air ‘manis biasa’ yang boleh kita rasa di luar hari raya. Pilihlah air putih, sky juice, air kosong, atau apa saja yang korang panggil

Kuota kalori yang berjaya diselamatkan untuk satu rumah = 65kcal Katakan anda berkunjung dalam 10 buah rumah hari itu, maka kuota kalori yang berjaya diselamatkan ialah = 650kcal!


2) Berjalan Kaki

Ha, kalau rumah / kediaman yang nak dituju tu dekat ja..x yah la naik motor..cuba try berjalan ja ya. Rasionalnya? Anda akan menggunakan lebih kalori dengan berjalan kaki ke lokasi berkenaan. Disamping itu, anda juga mempunyai lebih peluang untuk beramah mesra dan bertukar-tukar duit raya dengan orang yang diselisih ketika berjalan.
Rasionalnya? Anda akan menggunakan lebih kalori dengan berjalan kaki ke lokasi berkenaan. Disamping itu, anda juga mempunyai lebih peluang untuk beramah mesra dan bertukar-tukar duit raya dengan orang yang diselisih ketika berjalan.

Kuota kalori yang berjaya ditambah untuk satu rumah = 14kcal (5 minit berjalan) Katakan anda berkunjung dalam 10 buah rumah hari itu, maka kuota kalori yang berjaya ditambah ialah = 140kcal!


3) Busy kan diri layan tetamu

Perlukah kita berkunjung sakan kerumah famili/rakan-rakan/jiran tetangga untuk beraya sepanjang hari? Jawapannya tentulah tidak bukan? Anda juga perlu melayan tetamu yang hadir untuk beraya di rumah, dari menyediakan minuman, membasuh dulang-dulang dan pinggan-pinggan kotor, mengelap meja; semua itu menggunakan kalori. Lebih ramai tetamu yang hadir, maka lebih sibuklah anda pada hari itu, maka lebih banyak anda menggunakan kalori! Ya, tetamu itu adalah nikmat… 

Pengalaman : ni wajib bagi saya di rumah mentua bagi raya pertama melayan tetamu x berenti..best gak buang kalori..hehe

Kuota kalori yang berjaya ditambah untuk sekumpulan tetamu 
= 28kcal (15 minit satu sesi)

Katakan 10 kumpulan tetamu telah berkunjung ke rumah anda, maka kuota kalori yang berjaya ditambah ialah = 280kcal!



4) Hindari perut kosong

Jangan sesekali meninggalkan perut anda dalam keadaan kosong sebelum pergi beraya kerana ini akan menggalakkan anda makan secara berlebihan. Dicadangkan agar minum segelas susu rendah lemak atau segelas minuman coklat panas sebelum meninggalkan rumah. 

"hm, mujuq saya dh standby air kotak low fat milk ..senang nk travel bg saya mum dgn anak ni...,"

Kenapa mesti susu atau minuman coklat? 
Jawapannya mudah. Segelas susu atau minuman coklat panas sebelum menikmati juadah makan berpotensi untuk mengurangkan selera makan anda.




5) Niat "Nak merasa ja"

Tidak bererti anda perlu melantak kesemua hidangan yang tersedia sehingga kenyang. Andaikan diri anda sebagai ‘pengkritik makanan’ yang cuma perlu menentukan sama ada makanan tersebut sedap atau tidak. 
Satu cucuk sate sudah memadai, seketul kuih juga sudah memadai. Ingat, ‘merasa makanan’ itu perkara yang mulia, namun ‘makan kesemuanya’ adalah sesuatu yang cela!


6) Amik tahu kalori makanan Hari Raya

Sebelum ‘bertemu’ seseorang, adalah lebih baik jika anda kaji dahulu latar belakang individu tersebut agar pertemuan anda dengan individu tersebut berjalan lancar. Konsep ini juga sama dengan makanan. Sekiranya anda tahu berapa nilai kalori sesebuah makanan dalam sukatan tertentu, anda akan lebih berhati-hati dalam menentukan berapa banyak yang harus dimakan. 

Sebagai contoh, sebiji biskut Almond Landon (AL) mengandungi kira-kira 40kcal, bergantung kepada resepinya. Dengan mengetahui nilai kalori biskut AL, anda pastinya tidak akan makan melebihi 10 biji (10 biji bererti 400kcal) untuk setiap rumah. Sekali lagi, setkan niat hanya untuk merasa

Di bawah ni panduan ....so, bagi yang tgh Ramadhan, dok rajin sampai melantak Raya..tu chances nak gemuk balik la tu..jaga-jaga..takut dok diet sakan..kang habis naik balik berat..ingat tue...
  1. Tart nenas/ strawberi/ epal = 70 kkal .
  2. Almond London = 110 kkal
  3. Biskut cornflakes = 80 kkal
  4. Biskut Arab (suji) / makmur = 50 kkal
  5. Biskut kacang/badam = 90 kkal
  6. Biskut suji = 40 kkal
  7. Kuih Semperit = 40 kkal
  8. Biskut kelapa = 60 kkal
  9. Bahulu = 60 kkal
  10. Dodol = 70 kkal
  11. Kek buah = 130 kkal
  12. Kek lapis Sarawak = 160 kkal
  13. Muruku = 120 kkal
  14. Agar agar buah = 30 kkal
  15. Kerepek pisang = 40 kkal
  16. Rempeyek = 70 kkal
  17. Wajik = 50 kkal
Makanan Saiz Hidangan Kalori
Ketupat 1 Biji (80g) 88
Ketupat Palas 1 Biji (80g) 124
Lemang 1 Potong (Sederhana) 82
Lontong with sayur 1 Mangkuk 350
Soto Ayam 1 Mangkuk 403
Laksa 1 Mangkuk 550
Serunding, Beef (Daging) 55g (1 genggam kecil) 200
Serunding, Ayam 55g 180 55g (1 genggam kecil) 180
Rendang, Ayam 1 ketul dgn kuah 148
Rendang, Daging 2 potongan daging sederhana dan kuah sikit 112
Nasi Putih 1 Genggam Tangan 150
Nasi Briyani 1 Pinggan (2 genggam) 487
Nasi Himpit 5 Potong 150
Mee-hun Goreng 1 Pinggan kecil 295
Teh Tarik 1 Gelas 90
Nescafe Tarik 1 Gelas 100
Kopi O Kosong 1 Gelas 2
Soft Drink 1 Gelas 85
Air Kosong 11 Gelas 0
Air Sirap 1 Gelas 85
Kui Tart Nanas 1 Tart Kecil 50
Biskut Raya (secara am) 1 Biskut 25
Dodol 1 Biji 71
Kuih Lapis 1 Potong 132
Tapai Pulut 1 Biji 134
Ice Cream 1 Scoop Biasa 95
Kurma 1 Biji (Besar) 60
Cheese Cake 1Potong Sederhana 240
Kek Koklat (Fudge) 1Potong Sederhana 250
Kek Koklat (Sponge) 1 Potong Sederhana 180


Ingat:
Kalori di sini berdasarkan 1biji/1potong/1keping dan ini hanyalah sebagai panduan. Jumlah kalori sebenar bergantung kepada saiz dan cara penyediaan biskut.
Kesemua yang tersenarai ini ialah sebahagian daripada biskut kuih raya yang popular pada hari raya. Bila anda sudah tahu jumlah kalori yang terkandung dalam biskut raya kegemaran anda, mungkin lebih mudah anda merancang diet hari raya anda, bukan? Janganlah tak merasa langsung, kempunan pula nanti.


7) Fokus pada protein,kurang karbohidrat

Ini bukan bermaksud nak menggalakkan anda semua untuk berdiet ala-ala Atkins atau High-protein diet. Namun, rasionalnya disini terletak pada konsep dimana kehadiran protein akan membuatkan sesebuah hidangan itu lambat untuk dihadam dan memerlukan lebih tenaga untuk mencernakannya, sekaligus meningkatkan kadar metabolisma
Selain itu, protein juga lebih lambat ditukar kepada glukosa berbanding karbohidrat, sekaligus risiko ia untuk ditukar kepada lemak badan rendah. Untuk memastikan ini, pastikan juadah yang anda ambil itu ada kandungan protein. 

Jika juadah tersebut tiada kandungan protein, sila kurangkan pengambilannya (hadkan untuk merasa sahaja). Contoh hidangan berprotein adalah rendang atau kari ayam/daging (tanpa kulit, boleh dimakan bersama rendang dan ketupat), laksa utara, sate, lontong (banyakkan mengambil tauhu didalamnya, udang), ayam percik, dan serunding.



8) Makan perlahan-lahan

Sedangkan Nabi sendiri pernah berpesan agar kunyah makanan dalam 40 kali terlebih dahulu sebelum telan, untuk memastikan makanan tersebut betul-betul hancur dan sebati dengan amilase liur (air liur). Ini akan membawa kepada proses pencernaan yang lebih teratur. Malah, otak juga mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mentafsir sama ada anda sudah kenyang atau pun sebaliknya. Maka dengan itu, makanlah secara perlahan dan teratur. Ingat, sekiranya anda menghabiskan 1 hidangan makanan kurang dari 10 minit, itu bererti anda seorang yang gelojoh.

9) Pandai2x la tolak tawaran
  
Pernah mengalami situasi dimana tuan rumah suruh anda tambah dan tambah lagi makanan? Dalam konteks ini anda kena pandai ‘menawar’ agar apa yang anda kata (menolak pelawaan) tidak akan mengecilkan hati si tuan rumah. 

Berikan alasan yang anda sudah kenyang, atau jika ditanya mengapa tidak minum minuman manis yang terhidang, beritahulah beliau bahawa anda ingin mengelak daripada mendapat penyakit kencing manis (kencing manis adalah contoh yang terbaik kerana ia penyakit yang common, semua rakyat Malaysia, walaupun yang duduk di ceruk kampung mana sekalipun pasti tahu). 

Lakukannya dengan cara baik, namun jangan sesekali memberi alasan diet kerana kebiasaannya, alasan itu tidak boleh dipakai sama sekali, malah anda akan dipaksa untuk makan dan minum dengan lebih lagi. Ok?

10) Puasa Enam + Puasa Ganti 
  
Ni strategi yang baik..pepun niatkan yg 1 di minda untuk berpuasa..ibadah jangan tinggal pula ya..seeloknya as me..saya akan raya hari 1 & 2 ja tahun ni..raya ketiga dah leh start puasa ganti....selain dapat pahala, saya turut menjaga pemakanan cover balik raya 1 & 2.

11) Workout (at least 1 week=2x)
  
Ni cite orang balik kampung..mesti susah kan nak workout. tambah mcm mia yang dok rumah mentua ni..tahun ni mia target mesti buat juga...insyaallah raya ke-3 mia akan mula..Caranya :-
-sit up (wajib setiap hari sebelum tidur)
-warm up + joging (20 minit)
Cukup la ni dr tak buat langsung...susah juga nak buat di rumah orang ni..tapi pandai2x la kte cover k..demi menuju misi diet yg baik di Hari Raya...

12) Segenggam nasi
  
Hidangan saya nanti saya akan hadkan segenggam nasi/1 senduk kecil nasi ja. Ayam?saya akan pilih ayam dada. Sebab bahagian ayam inilah paling banyak protein dan juga paling kurang lemak. Kuah lodeh pula saya mengambilnya banyak sayur dan mengurangkan pengambilan kuahnya kerana kuah itu terdiri daripada santan yang kita tahu santan merupakan lemak dalam pemakanan. Ni contoh yang saya akan try lakukan
Ha, ni plan saya..anda yg berdiet juga mesti ada plan sendiri kan demi menuju puncak..So, tepuk dada set minda untuk berani mengatakan "AKU BOLEH MELAKUKANNYA".






Melarik Tinta Maya,
 















Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

4 comments:

nabilah said...

tq kak mia.. Tips yg sgt berguna :)

nabilah said...

tq kak mia.. Tips yg sgt berguna :)

miazara ina said...

@nabilah

tips ni mmg berguna & untuk ingatan semua geng diet :-)

atiqahsyuib syuibatiqah said...

Rase bersemangat teros berdiet ala kak mia...useful info

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute