Asal (58)..Terkini 10/7/2014 - 54kg

Tuesday, 27 August 2013

Gaji Oh Gaji? -> Duit Tidak Cukup @ Duit Tidak Pernah Cukup

 
Sekiranya kita mengira setiap sen perbelanjaan kita setiap bulan, ia adalah lebih daripada jumlah pendapatan yang kita terima setiap bulan. Ini adalah cara Allah memberi rezeki kepada hambaNya. Dia adalah Maha Pemurah lagi Maha Pemberi Rezeki. Inilah kata-kata yang pernah saya tulis dalam Facebook saya. 
 
"Memang benar, perbelanjaan kita adalah sebenarnya adalah lebih daripada pendapatan kita. Persoalannya, ke manakah wang kita dibelanjakan?,"

Gaji kita akan meningkat daripada tahun ke tahun. Persoalannya, 
 
"mengapakah masalah kewangan tidak selesai walhal gaji kita naik saban tahun?,"
 
Puncanya ialah kita berbelanja selari dengan kenaikan gaji kita. Pendek kata, sekiranya gaji kita meningkat, perbelanjaan kita juga akan meningkat kerana kita mengubah gaya hidup kita. Sekiranya dahulu kita memandu kereta Wira, kita akan memandu kereta Volkswagen apabila syarikat mengumumkan penyelarasan gaji baru.

 
Punca masalah kewangan adalah bukan berpunca daripada pendapatan yang rendah. Thomas Stanley dan William Danko dalam bukunya The Millionaire Next Door, menceritakan kisah dua keluarga yang tinggal di rumah saiz yang sama, mendapat pendapatan yang sama banyak, tetapi kedua-duanya mempunyai keadaan kewangan yang jauh berbeza. 
 
Sebuah keluarga mempunyai wang simpanan yang cukup untuk belanja harian apabila ketua keluarga bersara, sementara sebuah lagi asyik kesempitan wang dan tidak mampu mebayar hutang kad kredit. Punca utama sebuah keluarga mempunyai kewangan yang teruk bukanlah pendapatan yang rendah. Tetapi disebabkan mereka tidak berdisiplin dan tidak mampu menahan nafsu berbelanja.

 
 
Menurut Cyril Northcote Parkinson, iaitu penulis buku Parkinson's Law, beliau menyatakan bahawa perbelanjaan harian kita bertambah bagi memenuhi bertambahnya pendapatan. Oleh sebab itu, mengharapkan bertambahnya gaji adalah bukan jalan penyelesaian membebaskan diri daripada masalah kewangan. Hukum Parkinson menyebabkan kita masih lagi menghadapi masalah kewangan walau pendapatan sudah meningkat.
 
Bagi menghadapi dan mematahkan Hukum Parkinson ini, cuba kita aplikasikan Prinsip Sendal Baji setiap kali kita menerima kenaikan gaji ataupun pendapatan. Sebaik sahaja kita menerima wang lebihan, kita menyimpan 50% kenaikan itu. 
 
"Contohnya, kita menerima kenaikan gaji sebanyak RM100 sebulan, kita menyimpan RM50 sebulan ke dalam akaun lain dan duit ini jangan sekali diusik. Baki kenaikan kita itu, kita gunakan untuk perkara-perkara lain,"
 
Apa yang kita lakukan ialah meletakkan sendal baji yang kuat ditengah-tengah tambahan penambahan kita. Ini dapat menahan diri daripada membelanjakan kesemua pendapatan kita setiap kali naik saban tahun demi masa depan kita.
Teruskan prinsip ini sepanjang hidup kita. 
 
"Menyimpan setiap bulan 10 hingga 20 peratus daripada pendapatan, ditambah pula dengan 50 peratus tambahan pendapatan, dapat menjadikan kita orang yang bebas daripada masalah kewangan,"
 
 Apa yang penting, kita kekalkan gaya hidup yang sederhana. Bak kata Tun Daim Zainuddin, 
 
" Tambahkan pendapatan dari tahun ke tahun, tetapi kekalkan gaya hidup lama.
 
 

Sumber:
1. No! Excuses! Jangan Berdalih lagi untuk Berjaya, Brian Tracy, 2011, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd..

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

1 comments:

Hana Farhana said...

takutnya jd mgsa 'duit'..:)

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute