My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Thursday 23 May 2013

NOVEL MAYA MIA (EPISOD 1 'KERANA DIA UNTUKKU')


SAYA TELAH MENGUBAH & MENGGARAP SEMULA EPISOD 1 MENJADI SESUATU YG BERMAKNA. EDITING PENULISAN NOVEL AKAN BERMULA DI BLOG BARU INI...SELAMAT MENGIKUTI DAN MEMBACA NOVEL SULUNG SAYA INI..TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA SEMUA.


 **********************************************


Kala semalam aku menggarap sekelumit bicara " 'alaqah hati dalam makna kalam ", mentari pagi yang menyinari diri hari ini menyambutku dengan riangnya semekar harum bunga di taman. Hm, kenapa sejak akhir-akhir ni mood bunga-bunga cintaku mula menyerap nurani diri ye...Apakah petanda itu? Kutersenyum dalam rantaian bermaksud :-)

Melayang dalam lamunan mata melihat istifham dari Niena 



Diari Maya Mia kusingkap kembali kala Graduation Day-Degree 2004 berlalu pergi, aku terkesima pada bunyi sms bipp dari telefon bimbitku menjelang hari lahir istimewaku 11.10.2004. Bunyi ayat sms begitu menyentak kalbu & pada bila masa je aku bisa menangis...........


" Hubungan kte sampai di sini saja, Mia. Maaf kerana tak berhadapan dgn awak untuk cakap semua ni," 

Memang aku menangis saat itu kerana insan pertama yg aku rasa sayang, bukan cinta ....hubungan selama 9 bulan di sem akhir universiti, 1 fakulti berakhir hingga ke titik noktah ini.   

Cuba memikirkan sebab....cuba memintal kesalahan diri dan segalanya kala 2 hari sebelum sms meniti, my 1st love telah listkan semua keburukanku & di hujung talian....aku hanya terdiam dalam syahdu sendu. Aku ingat lagi,di saat akhir ayatku...

"Itu je ke yg awak nak cakap. Terima kasih,awak,"

Memang kawan-kawan aku bilang aku begitu bodoh. Tak balas apa-apa. Tapi, itulah aku. 

Apa yg pasti, aku berterima kasih pd seorang insan (sahabat baikku) Nurul yg sedang dlm mood honeymoon kini. Dia lah sumber penasihatku kala aku bermuram durja di Hari Lahirku 11.10.2004....

Aku hanya mengirimkan secebis sms pd my 1st love dengan ayat akhir

" Terima kasih awak untuk segalanya sepanjang persahabatan ini. Maaf jika ada salah & silap,"

Nasihat rakan baikku pd masa itu mmg 1 azimat kerana aku tidak langsung menghamburkan secebis kata hina @ menyenaraikan kesalahan pd my 1st love. Aku jd kuat menanggung semua ni...wp kami telah bersahabat lama sepanjang di universiti.

Setahun jua ku berdendam dalam diam wp hati aku ingin menangis akibat trauma putus di hari pertama besdayku (11.10.2004).Trauma. Namun, air mata tidak mengalir parah. Aku redha & azam aku....

"Mia, bangkit & dgr nasihat rakan baikmu itu. Teruskan hidup & buktikan pada 1st lovemu bahawa kau tak bersalah wp dia telah listkan semua kesalahan kau,"

Itu azam aku. Itu iktikad aku. 


Tanggal Disember 2004....aku mula mengenal dunia chatting...& dunia maya. Ia sesuatu yg asing pada aku kerana sebelum ini, aku insan yg tidak suka ke maya. Tidak aku sangka...hingga kini, aku masih menjadikan maya, rumah keduaku yg utama harus aku kunjungi. 

Saat itulah, aku mengenali seorang insan. Sememangnya pada masa itu, aku tidak ada niat langsung ingin bercinta dengan yg bernama lelaki. Sekadar mengelakkan kesedihan dengan pe yg terjadi.  
Namun, pertemuan dengan nickname "gersang4243" memang sesuatu yg melucukan & mengundang bibit rasa.

Memang aku hampir bertekak kerana nama inilah pd mula insan itu ingin berkenalan dengan aku. Aku mmg kata Dia gila & nasihat lembut dr insan lelaki ini masih aku ingat.....

" Mia, sebelum membuat tuduhan tanpa usul periksa. Bertanya dulu. Gersang itu bukan bermaksud xxx...saya tahu itu yg terlintas di fikiran mia,"

Aku terdiam...tetapi mmg aku pelik. Kerana pada saat ini, aku sedang ber chating dengan insan yg berada di bumi Mesir & aku di Malaysia. Camne ntah mamat ni leh mausk line chat aku...........Aduhai...(tapi,aku kono2 cover line la padahal hati dah dup dap...buat-buat mcm tak prasangka..haha)

Memang aku dh buat tekaan mcm2 psl nickname tu,hingga lah dia berkata............

"Mia, bukan awk sorang saje yg tanya. Tp,nk bgtau Mia....gersang tu adalah pasir yg gersang di bumi Mesir,ibarat padang pasir di tempat saya menimba ilmu ini. 4243 apa ye?.........Yg ni, saya rahsiakan dulu....hehehe, Mia...Mia...mcm2 la..nasib mia tak melatah,"

Apa yg pasti, aku terpana kerana di akhir chatting pertamaku ini bersama Dia, sepotong hadis yg dipetik dr ayat suci Alquran terbit dr bicara lelaki ini rentetan salah sangkaku yg didetect oleh lelaki ini. 

Aduh, kenapa aku terpana & malu sangat. huhu
Ternyata hangatnya perbualan kami pada hari-hari berikutnya bukan sekadar pada chatting biasa, tetapi lebih pada perdebatan agama & isu-isu umum. Wah, aku mmg tak sangka....bagaimana Maya Mia boleh berbicara bab mcm ni dengan lelaki ini. 

Aduhai,apa yg dah jd pada aku ini....setiap kata-kata pendapat lelaki ini memang tajam dia menjawab setiap yg aku tanya especially bab agama wp aku tahu dia pelajar jurusan syariah di Mesir, aku sengaja mengujinya.


Hm, mesti korang tertanya....Kenapa aku beria-ia menguji mamat sorang ni,kan? tul tak???hehehe....

Kadang-kadang aku ni mmg jahat sikit...suke menguji seorang bernama lelaki dengan soalan-soalan agama....Bukan pe, aku teringat kata ustaz aku kat sek dulu...


"Kalau nk cari suami, cari suami yg boleh mengajar awk & anak-anak awak...boleh bentuk keluarga awak dengan cara islam,"
Bile aku dengar kata ustaz aku ni,maka aku lagi giat la mencari lelaki sebegitu. 

Meskipun aku pelajar SMKA, aku mencari jodoh aku dengan mencari siapakah yg berjaya menjawab soalan cepu mas aku berbentuk agama wp ia agak ringkas....Yg nyata.....rakan aku lelaki di SMKA pun tak bisa jawab sebaik mungkin....Aku kagum dengan dua insan yg bertakhta di hati aku ...kerana merekalah membuka hati aku dgn menjawab soalan agamaku yg agak ringkas ini....dengan nada yg membuatkan aku terdiam... 


Untuk info, sebelum ni....kala lelaki berkawan dgn aku, banyak aku yg bersuara mengajar...wp aku x sebaik mana ilmu agama, aku berusaha membantu.Namun, aku berazam...biarlah klu aku kahwin, aku berkahwin dgn insan lelaki yg mengajar aku, bukan aku yg berceramah agama kat dia....bukankah lelaki adalah pemimpin keluarga.
Sesetengah kwn tempelak kata pe tau

"aduh,mia smpai ke situ ko piki...padahal ko baru je 25tahun...smpai ke anak ko piki ye...haha,"

Lelaki yang aku maksudkan tu adalah...........
insan yg chat dengan aku tadi & pastinya adik aku di Darul Quran. Adik aku juga sempat bertanya...

"kak, selain adik....ada tak sape2 yg jawab soalan ni mcm adik?,"  


Adik aku mula la nak mengusik cerita.haha..pelik kot tetiba aku soal soalan2 padahal aku tahu, saje buat-buat tak tahu nak uji diaorg...hahaha (jahat kan aku?tp jahat krn nk cari jodoh).

"Ramai kwn laki akak cuba jwb. tp, ada 1 je jwb mcm adik..," hehe...ringkas je aku jawab.


"kenapa,dik?," aku saje menempelak dgn persoalan pd adik aku.


" Klu dia dpt jwb dgn sebaiknya, mmg bgs la si dia itu...maknanya dia memang bukan saja belajar tapi telah aplikasi,"


Ups, ye ke ni..boleh caye ke ckp adik aku (bakal tahfiz ni)...adoi, caye la...hehe

Awal Feb 2005, saat si Dia melamar aku untuk jadi teman akrab di hatinya, aku perlu buat pilihan......... 

Kerana, pd saat itu ada telah muncul seorang jejaka datang dalam hidupku & si Dia mengetahuinya juga...Maka, terjadilah adegan kemuncak....sehingga aku beristikharah meminta petunjuk............hampir 2 minggu juga, br aku memilih si Dia tika 10/2/2005 menjelma. 
 

Takdir Tuhan siapa yang tahu kan? 


Tanggal September 2005, di hadapan Masjid Putrajaya, buat kali pertama aku menjejak kaki ke situ...........aku diketemukan semula my 1st love.

Begitu tragedi saat itu........

Aku menahan sedih dendam selama setahun wp pd saat itu aku telah couple dgn si Dia (lelaki Malaysia belajar di Mesir).
 
Mungkin kerana berkat aku niat untuk berikhtikaf di masjid tersebut, niat aku mula ikhlas utk maafkan 1st love.........dan tika itu aku juga baru tahu bahawa dia telah bertunang.& aku bersahaja tersenyum buat2 bertanya khabar wp terkejut. 

Tiada kata maaf pun pd saat itu. Kami bagaikan insan terpana krn dipertemukan tanpa diduga.



Saat bahgia melangit, aku menerima sepucuk surat .......
Oh God, from...................................my 1st love???

Mungkin inilah dikatakan Allah Maha Mendengar doaku, kesedihan & kelukaan yg aku tanggung satu tika dulu...................surat itu sampai saat 1st love ku putus tunang. & pd saat itu dia tahu bahawa kelukaan itu amat parah.


Tapi, kenapa aku yg diutusi surat itu????????

Allah Maha Besar...pada saat itulah dia melafazkan kata maaf akan pe yg telah dia sebutkan pd saat dia menelefonku dahulu..........dan mengatakn dia yg bersalah. & mengharap aku kembali ke pangkuannya..


Ternyata nasi sudah menjadi bubur. Cinta mia & maya si Dia Mesir begitu kuat sehingga aku yakin bahawa si Dia lah yg aku tunggu & wp pd saat itu aku hanya pernah melihat wajah kekasih hati pd gambar semata tanpa sepatah bersuara....Aku yakin, kerana aku telah beristikharah pd Yg Maha Esa.


dan kala aku menyatakan semua hal yg berlaku antara aku & 1st love,si Dia tenang & hanya melafazkan........


"Mia, yg lps biarkan lps..usah berdendam, Bersahabatlah seperti biasa...& pada saya. Utk apa kte berdendam..Mungkin ada hikmah apa yg terjd antara kalian," 


Bersahaja sungguh mamat mesir ni.(dalam hati aku..........biar betul, dia suruh aku bersahabar dgn ex 1st love ku............tapi, pd saat itu aku yakin Dia lah pilihan aku).


Soalan Niena masih tidak aku jawab,kan? :-)
Sememangnya ada jawapan untuk pertanyaan niena..Ramai rakan-rakan terdekat mengatakan begini.......


"Mia, ko mmg buat keja gila betul. Ko bercinta dengan mamat Malaysia kat Mesir ni yg ko tak nah jumpa & tak nah bersuara....yg ko kenal gambar dia je. Ko tak takut ke klu2 dia menipu ko ke...ish, x caye la aku dunia chat ni. Mana mungkin ko jumpa org mcm tue....pelik bin ajaib...yg aku pelik lg, ko boleh bertahan couple dr 10.2.2005 tu hingga hari ini (Ogos 2008).Kalau aku, aduhai....sori aaa," 

Ni antara luahan rakan-rakan baik pd saat itu. & aku tahu mereka tak yakin & kenapa ya aku yakin & percaya...wp berjauhan selama 4 tahun Malaysia-Mesir pd saat itu. kadang-kdang mmmg ada fikiran jahat muncul, tp aku begitu kuat percaya pd kesetiaan mamat sorang ni...heran aku! 
 

Tika Ogos 2008, rakanku memberi komen tersebut............dugaan besar telah muncul beberapa bulan sebelum itu.............. 


Lelaki yg aku kasihi (mamat malaysia di mesir) ini telah beberapa kali dilamar perempuan di Malaysia ini. Dan calon2xnya bukan sebarangan. Semuanya setaraf agama dia & lulusan oversea. 

Dan aku...........hanya sekadar insan wanita biasa.........huhuhu. 

Dan .........berita plg menghayat hati....dia juga akan dijodohkan dgn pupu jauhnya. 
Oh God, bayangkan apa yg aku tanggung..............dan muncul lg dugaan pd suatu hari september 2008.......sebulan sebelum raya 2008

Aku masih ingat lagi kata si Dia di ruang chat Malaysia-Mesir ....


"Mia, we need to talk. my 1st love yg sy suka dulu tu.....dtg melamar saya. Dia ada di Mesir & dia tahu hubungan kte. Dan saya dalam dilema........apakah awak @ dia??,"

Ada secebis rintihan kala 4 tahun aku menyulam kesabaran bersama si dia.Ya Allah, beratnya ujian ini..........apakah aku @ 1st love dia? Tidak penting ke aku pd mamat nie...huhuhu


Aku menangis..........dan nyata perjalanan cinta ini akan smpai ke penghujung @ ada lorong2x ujian yg harus aku tempuhi untuk memadam semua keperitan ini.


-- BERSAMBUNG 'EPISOD 2' --

 Dari Mata Pena,
 





Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

1 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum mia, boleh saya bertanya? apakah soalan itu? saya pun skrg mempunyai situasi yg sama... tp penah berjumpa sekali je... itu pun sempena besday saya... pastu, still berhubung melalui whatsapp...

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute