Asal (58)..Terkini 10/7/2014 - 54kg

Sunday, 19 May 2013

Blog? Permulaan...Pertengahan....@ Suatu Pengakhiran ???


Hendak dikatakan aku tidak ada blog...TIDAK BENAR !
Hendak dikatakan aku tidak pernah menulis blog....LAGI TIDAK BENAR!
Hendak dikatakan aku tidak pernah menulis ....hm, sama sekali TIDAK BENAR.

Entah bagaimana aku ingin mula menulis setelah kian lama tidak menulis di maya ini. Ia seakan ingin mengimbas semula sejarah pembikinan blog yang aku tubuhkan.


Permulaan
Blog pertama (Istana Cinta Adin-Mia).....menggunakan 'Blogspot'. Minat aku untuk menulis ketika ini berkobar-kobar. Semuanya kerana destinasi dietku bersama Herbalife bermula Disember 2008. Beratku ketika itu 60kg (overweight) dgn ketinggianku 152cm. Akhirnya perkongsian demi perkongsian plan diet, menu diet sehinggalah kepada aku mendapat ramai kawan berkaitan diet. Raya 2009,target berat menjadi normal kepada 45kg. Syukur...langkahan pena blog diteruskan lagi dengan arena penulisan novel pertamaku iaitu 'Kerana Dia Untuk ku'. Dari episod 1 - 28,berjaya aku siapkan..namun masih terhenti seketika momentum ini. Jendela pertunangan & perkahwinan menambah rancak kalam penulisan maya. Malah saat-saat aku mengandung setelah setahun berkahwin menjadi saksi maya.




Pertengahan
Kala diri memasuki alam pantang selepas selamat melahirkan anak sulungku.....,maka penulisan maya bagaikan terhenti seketika...Entah kenapa..aku cuba mencari masa kerana minat menulis begitu menebal di jiwa...tak boleh aku hapus minat & hobi utama ini. Namun, aku terpaksa mengalihkan blog lama kepada blog baru menggunakan blogspot juga (Diari Cinta Adin Mia)....Hm, nampaknya ia tak kekal lama...mungkin kerana pada saat ini kesibukan demi kesibukan menghantui hidup sehingga aku diulit tekanan....keletihan...dan aku berkorban jiwa & raga demi menjaga buah hatiku yang satu....penemanku saat berjauhan dengan zauj tercinta. 


Pengakhiran
Tika dan saat ini...setelah bergelar seorang isteri & ibu,aku cuba bangkit melawan kesibukan demi menyudahkan penulisan novel yang kugarap....cuba untuk mengembalikan semangat baru dengan versi blog baru..nafas baru.....

Pepun aku berharap semoga ia bukan satu pengakhiran...........tetapi sesuatu permulaan yang akan berterusan untuk aku terus menulis & menulis. Amin



Curahan Lensa Pena,






 
Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

2 comments:

Iffat Altamis said...

Teruskan mengungkap bait-bait pena tinta pelangi mia zara ina . Mudah2an dengan perkongsian yang sedikit ini dapat memberi genta rasa si pencinta ilmu kerana disetiap barisan dan tulisan terdapat 1001 makna yang tidak dapat dipungkiri tulisan untuk mampu merubah segalanya, kerana semua berasal dari tulisan ....


Adik kembar kamu sentiasa berada dibelakang untuk beri sokongan dan dorongan . Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang iaitu Transfer Ilmu dan Tatap Akhlak ..... huhuhu. Gud Luck Sis .. :-)

Shazlina Saad said...

Salam...lama tak nampak akak on9..dah buat blog baru ye..cayok2..bina semangat baru.. ^_^

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute