Asal (58)..Terkini 10/7/2014 - 54kg

Tuesday, 21 May 2013

Cerpen "Sebening Air Mata Cikgu"


Angin di luar kelas bagaikan mendesir lalu meniup lentuk tudung putih yang ku pakai saat ini. Di luar sana, riuh rendah suara para pelajar sedang menikmati rehat di kantin.Bahang sungguh terasa ketika saat aku berada di Kelas Kaunseling bersama Cikgu Hamimah. Entah kenapa lidah kelu seakan ingin berbicara saat berhadapan dengan Cikgu Hamimah.

Beberapa hari lalu, aku mendapat satu memo yang dikirimkan Guru Kelas ku Pn Husna.

"Ina...Cikgu Hamimah kirimkan memo ni.Dia nak kamu hadir sesi kaunseling Jumaat ni ya. Jangan lupa tue," sempat lagi Puan Husna berpesan dengan bersungguh-sungguh.

Ha, kaunseling?
Mendengar perkataan kaunseling saja, sudah menimbulkan rasa kemalasan di jiwa.

"Ya Allah, kenapa pulak ni Cikgu Hamimah nak jumpa aku.Aku ada buat salah apa-apa ka?," hatiku berdesis getar.

Segala perasaan sudah bersarang di hati..

Menanti hari Jumaat saja bagaikan mengheret aku di lembah ketakutan.Seakan aku menjadi pesalah tanpa sebab hukuman.Berselisih dengan Cikgu Hamimah saja seakan perkara yang memang tak boleh aku elakkan lagi. 

Kerana ......
Dia lah guru Matematik Tingkatan 5 di kelas aku ketika itu. Sebut sahaja Matematik sudah mengundang keserabutan dalam minda besar ku ketika ini. Bukan bibir aku ingin menutur kata 'tak minat matematik'. 

Tetapi..entah kenapa, bila sahaja masuk pelajaran matematik, ada saja yang menjadikan aku lemah. Hendak kata aku tak belajar, aku belajar ja....hm, salah aku kah ????

Pelik tetapi benar. Aku suka sangat masuk kelas Puan Arfah Cikgu Bahasa Melayu dan Puan Latifah Guru sejarah ku....

"Ina...jeleous aku tau..Cikgu Arfah ..Cikgu Latifah asyik puji kau ja..Mentang-mentang karangan ayat jiwang....karangan sejarah pun kau dapat A1 kan peperiksaan baru ni..terror la kau...," Ruhailah rakan sekelas ku gemar sekali memuji aku atas kepintaran aku dalam 2 subjek ini.

Namun,telinga aku tak kan dapat menahan sakit bila sesetangah kawan mula memperkatakan kelemahan aku dalam matematik.

"Aku kan ina..hairan satu je dengan ko...dalam banyak subjek...BM, sejarah, agama...ko mesti top nya..tapi kenapa Matematik kau teruk aaa....kau tak faham ka apa Cikgu Hamimah ajar,"

Berdesing juga jiwa raga aku bila ditegur rakan bab ini. Masih aku ingat bila setiap kali Puan Hamimah masuk ke kelas Matematik Tingkatan 5 Harmoni.

"Ha, ina...cuba awak sebutkan pada saya apa formula bagi isipadu kuboid?," Selalunya aku la insan pertama akan ditegur Cikgu Hamimah.

"ha....erm..........erm...," Menggaru kepala aku menjawab. 

Kawan-kawan sudah mentertawakan aku. Malu..malu...

"la...lupa lagi..tak kan hari-hari lupa kot ina..baru 2 hari lepas cikgu ajar formula ni,"

Aku tertunduk malu. Pasrah.

****************************************

Jumaat yang ditunggu hadir bagaikan  hari kelam kurasakan. Matahari yang bersinar di luar sana seakan tidak memberi satu keriangan dalam diri. Namun aku gagahi jua melangkah masuk ke Kamar Kaunseling.

"masuk ina.....," tegur Pn Hamimah tatkala melihat kelibat aku di hadapan pintu Bilik Kaunseling.

Pn Hamimah bukan sahaja Guru Matematik di kelas aku bahkan beliau adalah guru kaunseling bukan sepenuh masa dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah ke atas hal-hal berkaitan kaunseling.

"Ina....apa khabar? ," Cikgu Hamimah memulakan sesi dengan baik sekali. 

"Baik,cikgu," Begitu bersahaja aku menjawab.Emosi dikawal sebaik mungkin.

"Cikgu ucapkan terima kasih sebab ina sudi berjumpa dengan Cikgu. Cikgu tahu ina agak keberatan kan nak berjumpa dengan muka cikgu lagi," kata Cikgu Hamimah membuka sesi.

"hi, cikgu hamimah ni macam tahu-tahu ja aku tak nak jumpa dia,"Sempat lagi aku bermonolog sendirian dalam hati.

"Ina.....cikgu panggil kamu hari ni atas sebab-sebab tertentu,"

"Sebab apa ya cikgu nak jumpa ina,"pantas aku mencelah sebelum Cikgu Hamimah bersuara lanjut.

"Hari ini cikgu jumpa ina atas dasar kawan...ina anggap cikgu macam kawan ina sendiri ya. Cikgu tahu ina tak selesa dengan cikgu,kan.Cikgu dapat rasakan bila setiap kali cikgu masuk kelas matematik kelas kamu. Cikgu sebenarnya rasa sedih sangat melihat prestasi ina baru-baru ni dalam peperiksaan. SPM pun tinggal beberapa bulan ja lagi ina...ikhlas cikgu nak tanya ....ina suka tak subjek matematik ni?," Cikgu Hamimah memandang aku sayu.

Jiwa aku terusik juga dengan kata-kata Cikgu Hamimah.

"Bukan tak minat cikgu...tetapi entahlah saya dah cuba cikgu....dapatkan rujukan dari kawan-kawan yang pandai matematik,cuba tumpukan perhatian bila cikgu mengajar....tapi saya masih lemah lagi..mungkin juga saya tak faham konsep cikgu ajar," jawabku.

"Kenapa ina tak jumpa cikgu dan bertanya," 

"ina malu cikgu...ina rasa nak tanya cikgu tapi ina takut," jujur aku membalas soalan Pn Hamimah.

"Malu?hm...kan cikgu selalu cakap..jangan malu bertanya, nanti sesat jalan..cikgu tak pernah makan orang kan ina...,"

Aku tersenyum...memahami maksud cikgu Hamimah.

"Ina...cikgu sayangkan ina...walaupun cikgu lihat prestasi ina sedikit menurun dalam subjek ini berbanding subjek lain....cikgu berusaha untuk bantu ina. Cikgu harap ina selalu la jumpa cikgu...kan cikgu suruh ina anggap cikgu macam kawan ina...cikgu merayu pada ina....kuatkan semangat...apapun subjek yang ina rasa teruk buat ina,itu semua ujian dari Allah..ina harus bangkit buktikan ina mampu lulus dalam subjek ini dengan baik. Bukan untuk cikgu..buat lah kerana Allah.Ina ni dah macam anak cikgu tau....cikgu hanya mampu bagi ina nasihat,selebihnya ina yang menentukan masa hadapan ina,"


Ya Allah, aku sebak dengan kata-kata Cikgu Hamimah.Sayu berlagu sendu dengan harapan seorang cikgu. 

"InsyaAllah cikgu..saya minta maaf kerana menjadi salah seorang anak murid cikgu yang lemah matematik..tapi saya minta cikgu bantu saya ya," Itu harapan besar aku.

Ada air mata menuruni pipi saat itu. Cikgu Hamimah memeluk aku. Aku rasa bangga mempunyai cikgu sebaik Puan Hamimah. Aku berjanji pada diri aku akan buktikan yang terbaik untuk SPM ini.

Kring....................Kring.....................

"Cikgu.....Cikgu......assalamualaikum," ketukan di pintu Bilik Pemulihan mengejutkan aku dari lamunan panjang.

"Waqalaikumussalam..........Hafiz..masuklah....dah rehat ya?," kata ku kepada anak murid pemulihan ku yang telah 4 tahun aku didik itu.

"loceng dah bunyi...tanda rehat la cikgu....," selamba saja Hafiz menjawab.

"Cikgu......nah," kata Hafiz seakan menyorok bungkusan beg hadiah.

"Hafiz bawa apa tu? nak bagi cikgu ka nak sembunyi kat meja tu,"

"aaa...hadiah cikgu..nah," katanya sebelum menuju kembali ke pintu Bilik Pemulihan.

"Hadiah apa ni?,"sengaja aku buat-buat tak tahu menguji anak murid ku itu.

"Selamat hari guru,cikgu," 

Tersenyum malu dia mengucapkan ucapan itu untuk aku. Hafiz berlalu dengan gembira meninggalakan kelas...namun sempat lagi dia berkata

"cikgu menangis ya.....hadiah tu untuk cikgu tau....,"

Keletah Hafiz benar-benar mengingatkan aku pada zaman kanak-kanak ku di sekolah dulu.


Air mata yang menuruni pipi hari ini...adalah air mata kasih & cinta aku ...kepada cikgu seperti Pn Hamimah. Kerana dorongan,sokongan dan motivasi semua guru buat aku, kini.........'aku jua cikgu'.

Sirna awan yang mendung dahulu kini bertukar menjadi episod indah buat diriku.Seindah momen .....seceria lembayung hati hanya kerana kata-kata seorang guru yang membingkis makna demi kejayaan anak didiknya.



Ilham cerpen sempena Hari Guru 2013,






Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

4 comments:

IshtiyaQ_Solehah said...

MasyaAllah hebatnya tulisan akak, Selamat Hari Guru juga dari sy..Moga sentiasa dalam pelukan rahmat dan rahim Allah..:)

Iffat Altamis said...

Sirna indah seorang guru dalam meratapi disetiap liku2 perjuangan dan pengorbanan sebagai seorang pendidik . Hari ini kita merasai moment indah seorang guru. Hari ini juga kita disebalik momen indah itu . Hari ini juga kita rasa jerih payah seorang pendidik . Tiada kata ungkapan yang boleh diungkap jika hari ini juga kita menyelusuri hari bahagia dan moment indah ini .


Kaulah Guruku yang sentiasa memberi dan membimbing aku .....
Kaulah Guruku dikala susah dan senangku...
Siapalah aku pada hari ini....


Siapalah aku ....
Hari ini aku mengapai

KEJAYAAN .......
KESEDIHAN...........
KEBAHAGIAAN ........
KETABAHAN ............

Kaulah Guruku......
Kau ibarat Genta Rasa pembakar semangat ku.......

Aku sayangi Guruku yang mendidik ku........
Sehinggalah aku menjadi diriku.........
Siapalah aku jika bukan kerana Guruku ........


Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada Guruku Sis Fazlina Binti Rosli .
Kakak dan Guruku semasa kecil ..... Puisi khas dibuat oleh adikmu Iffat Altamis.
..... :-)

Nieza Ishak said...

Assalam Ina,

selamat hari guru .. ;)
kak ina singgah rumah Ina ... ;)

noradzlina.kamdani said...

assalam..ina
akhirnya akk bertamu kt sini
lama gak akk menyepi, almaklumlah,,ina pun pasti sama
kite sibuk menguruskan ank
mcm mana dgn kereta ina? dh ok?
ina masih berulang jb-sri merlong ke?
bawak bersabar ye

selamat hari guru ina
akk suka dan tersentuh bile membaca cerpen ina tu.
guru mcm pn hamimah tu adlah guru yg berjaya mendorong pelajarnya utk mengubah nasib hidup dgn suntikan kata-kata pujian sert asemangat.
semoha ina, akk dan juga kawan2 pendidik yg lain turut memiliki sifat mulia sebegitu bila mendidik ank bangsa amin.

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute