Asal (58)..Terkini 10/7/2014 - 54kg

Monday, 27 May 2013

EPISOD 2 NOVEL MAYA MIA 'KERANA DIA UNTUK KU'

 

Langit itu sememangnya tidak akan selalu cerah seindah pelangi menerangi seisi alam. Terkadang, didatangkan petir gelita menguji ketabahan 2 insan. Laksana cerita Maya Mia & si Dia di bumi gersang ....jejak para anbiya'.

Pedih hati...menusuk zulmat kalbu mendengar inci bicara lelaki yang aku sudah mula sayangi itu melafazkan kata sedemikian rupa dlm chatting kami yg tidak smpai 15 minit itu....Kalimat " Dilema," benar-benar meruntuhkan isi hatiku selaku wanita. Tergamak Dia!!!


" Mia....plz, jangan sedih & nangis k. Saya tak kata pun akan pilih my 1st love. Tapi.........," Lelaki itu masih dengan kalimat yg bakal menikam seluruh pelusuk hatiku.


Pasrah! Kukuatkan semangat meneruskan chatting dalam talian maya Mesir-Malaysia itu seadanya agar setiap inci masalah bisa diselesaikan secepatnya. 


Hati aku meronta. Hati aku menangis. Namun, adakah Dia tahu??? huhuhu...

"Tapi apa,awak.....," Entah dari mana aku terus mencelah.



" hm....tapi, saya cuma dilema. Entah kenapa saya jadi begini,Mia. Plz, jangan prasangka pada saya dulu. Saya hargai, saya sayangkan Mia. Saya tahu Mia dah banyak menanti & berkorban seadanya. Jawab 1 soalan saya, Mia," 

Ada nada serius pada bunyi ayat yang bakal ditaip lelaki yang aku sayangi itu.


Dup..dap jua hati menanti...

 
" Mia, dah bersedia nak kahwin ke?," Spontan ayat itu menyusul di depan skrin labtop ku ini...


Terpisat mataku membaca kalam itu...Serius benar bunyi lelaki ini. 


Aduh, apa nk jawab ni...huhuhu..bersedia ke aku ni? Dalam sayu, boleh nak gelak dgr soalan lelaki ni.

Benak spontan menjelma dengan jawapan.


" Yup...dah 4 tahun menanti," Ups, apa yg aku dah tulis ni. 


Biar benar! Terketar jemariku kala ini. Kau bermain ke serius ni,Mia....Monolog diri mula bertanya jiwa. 


Aku cuba nak menyambung ayat lagi, namun sepontan tertancap pada balasan ayat lelaki itu..


" Terima kasih, saya dah ada jawapannya. Janganlah mia risaukan ya. Saya yakin pe yg Mia dah sebutkan tue," 

Bersahaja sungguh lelaki ini. Namun, aku masih tak dpt menangkap maksud lelaki itu & istifham aku masih lagi runsing...

Apakah aku @ 1st love dia? 
Wahai lelaki, janganlah bermain sirat sebegini..Katakanlah yg sebenar...

Runsing....namun, hati berpura-pura ria dan terus melayani lelaki itu.
" Mia...mia okey?," 

Mamat ni nk menguji aku apa? 
Aku....Mia, berhati cekal tau...haha, padahal pd saat tu aku menangis sbnrnya...Dalam chat, boleh la nk cover kan..Chewah!


" Okey...saya doakan awak bahgia," 

Entah kenapa, aku sedih sebenarnya...& jika boleh nak je aku kata...


"Awak...cakaplah...awak pilih saya," huhuhu...........aku menitis air mata bagaikan mencurah di depan skrin labtop.


Chatting kami kala itu diakhiri kerana Asar di bumi anbiya' itu sudah berkumandang & aku telah faham lelaki ini, seringkali menjaga waktu solatnya....Cuma, aku masih ingat 1 pesanan terakhir dr nya sebelum mengakhiri chat kami itu...


Bg aku, seakan ini saat akhir kami bertalian............huhuhu.


"Mia, raya tahun ni (2008), ada masa jemputlah ke rumah saya ya. Adik saya pun awk kenal kan....boleh la jumpa...boleh jumpa mak ayah saya sekali wp saya jauh dr Mia. itupun, jika mia sudi datang ke teratak buruk saya di Perlis nun di sana," 

Kepala aku berselirat dengan penuh persoalan lantaran tak memahami kenapa lelaki ini berbuat demikian. Wahai lelaki, alangkah bagus jika kau berterus terang sahaja...& pd saat itu sebeanarnya hati wanita aku meruntun pertanyaan


" Apa yg akan berlaku pd hubungan kami ni..terputus ke?,"

& apa yg aku tahu...aku sempat berkata pd hati


"kalau ada jodoh, x kemana. saya redha klu awk memilih Dia berbanding Saya yang takde pe2x ni....wp dah 4 tahun sy mencurahkan penantian & berkorban,"

Berteleku aku dalam munajat di kala maghrib mendatang dengan doa itu. Sememangnya pd saat itu, aku jd insan yg mula hendak jatuh tersungkur...Namun, aku ubati jiwa dengan membaca ayat suci al-quran & sentiasa berdoa agar aku tabah dengan semua ini.



Korang nak tahu pe terjadi selepas itu???

Sebulan........secara tetiba kami tidak bersuara dr talian jauh & berchatting. 
Bagi aku, mungkin inilah perpisahan yg aku anggap titik muktamad & hati aku menangis penuh lagu....
" Jika awk bahgia dengan pilihan yg 1 tue, saya pun bahgia. saya rela lepaskan awak,"
Benarkah aku bahgia? aku gelak dlm hati dengan penipuan yg aku buat.
Segera aku melayang pd nasihat & ingatan rakan-rakan baik

" Mia, kan aku dah kata.......kau sanggup sgt menempuh penantian yg bg aku lama tu..4 tahun...memang aku ckp ko gila...Gila? tau kenapa,Mia...jarang aku tgk kes mcm ko ni.....apa nk jd dah ni? mana mamat yg kau puja sangat tu,ha!,

Ya Allah, semoga aku tabah....semoga aku kuat dengan pe jua yg dikatakan. 


Sebulan selepas kejadian (aku & dia masih lg tidak berhubung....)



Kala Hari Raya Aidilfitri 2008 menjelma, aku teringin untuk menitipkan sms raya buat lelaki itu wp dia berada jauh di perantauan. Tapi, jemari aku tidak terdaya. Sebak. 

Pada ibu bapa yg bertanya khabar dia...aku buat2x biasa, seolah2x tiada pe yg berlaku padahal jiwa aku merintih...Ada 1 tika  ibu aku sempat menegur...

"Hai, sikit je makan..Mcm org tengah frusrated je mak tengok. Nape nie??," Ibu mula menerjah rasa hatinya. Hati ibu memang kuat untuk anak,kan!


" Eh,xde pe2la mak. Mia ok je..steady," Suara aku masih penuh hipokrit dlm syahdu menguis nasi di pinggan mengadap makan malam dengan keluarga.


Hari raya aidilfitri pertama, aku pulang ke kampung halaman (Perlis Indera Kayangan)...Tuhan tu Maha Berkuasa...


korang nk tahu tak???
Mamat yg aku chatting (pelajar malaysia di Mesir) tu rupa2nya senegri dgn aku. & yg aku tak sangka rumah dia dengan aku dlm hmpir 40 minit je gitu....
Dunia ni memang kecik,kan? 
Dari dunia chatting mesir-malaysia....aku bertemu insan 1 negeri (kampung tempat lahir & tempat tok nenek aku di desa kayangan ini)...Inilah 1 lg keajaiban yg aku tak pernah tercetus dalam minda aku...dan ramai sahabat yg kata

"Mia, aku heran dgn ko...setiap kali chat, ko mesti dpt chat dgn mamat oversea kan...ari2 kenalan dr korea, kenalan dr indonesia dan mcm2 lagi. Yg best tu, ko chat dgn orang2 yg bkn sebarangan lak2..aduhai, bertuahnya ko!...Tp,plg best dgn mamat ni.........dia senegri dgn kau. Yahoo...kecik dunia..,"riang sungguh suara sahabatku ini.


Ewah, dia pulak yg gembira menjerit. Aku? dalam hati memakna perasaan.


Kepulangan aku ke kampung saat itu, wp msh diruntun sayu...menjadi ria dlm pertanyaan lagi........& semuanya berhenti, tika sms bipp bertalu berbunyi.

Kalimah sms cukup buat aku merona gembira


"Mia sayang, selamat hari raya dr perantauan bumi anbiya'. Mohon ampun & maaf ats segala salah & silap saya selama ini. Jemput singgah rumah saya tau, lawat mak ayah saya jika sudi....tak kisah,kan wp kte ditakdirkan tak berjumpa lg selama 4 tahun ni?,"


Ayat itu sesungguhnya amat aku mengerti siapa pilihan lelaki di bumi gersang itu. Adakah benar....aku? 

MISI HARI RAYA PERTAMA ( IBARAT PERIGI MENCARI TIMBA )

Oh ya,lupe nak ku ceritakan....sebenarnya dlm aku berchatting dgn lelaki itu, aku sempat juga berkenalan secara maya dengan adik perempuannya (anak ke-4) sepanjang kami kenal. Lelaki itu (anak ke-3) sebenarnya mempunyai 10 beradik. Pergh, jumlah yg byk2..hehe

Apa yg istimewanya lagi. Jika aku anak sulung (4 beradik). Aku punya adik laki & perempuan kembar x seiras...& lelaki itu punya adik perempuan kembar seiras.. 


waduh, waduh...........aku suke bab ni..haha...Mesti korang dah tahu kenapakan....aku nak anak kembar....so feeling if that... 
Ya allah,Mia...ko ni suke berangan tau!

"Assalamualaikum, Dikni ada kat rumah?," Kuberi salam kali pertama melangkah ke ruamah lelaki itu. 

& korang mesti tak percaya kan???
Bagaimana Mia boleh menjejakkan kaki dgn beraninya ke rumah lelaki...padahal 4 tahun x berjumpa langsung dgn lelaki itu..

Ops,,,no..no...aku dtg beradat....sori, NO dating....
bawa keluarga aku lagi....hehehe...Tak sangka parent aku akan ikut sekali...Tapi, aku rs lega dlm berdebar nk jumpa ayah mak lelaki yg aku sayangi ini...

Apakah..........?? 
hm, korang mesti faham segala persoalan aku bile tiba 1st time di rumah lelaki ini.hehe. (Aduhai, aku dh mula control ayu.....yela,mana ada ppuan pergi cari timba pegi umah laki dulu & aku buat benda2..semata-mata tujuan asal ...agar ibunya membuka hati melihat gadis yg anak dia sedang berkawan erat ini & tahu bahawa Maya Mia ini adalah realiti, bukan chating fantasy.

Korang nk tahu pe jadi di rumah ibubapa lelaki ini?? 

Sebenarnya ketika aku hadir ke rumah itu...aku memang tak tahu, bahawa adik ppuannya petang itu akan ada org nk dtg merisik...ups, mcm mana aku boleh plan ari2 datang. Gasak jela, dh dtg...malu ke tak malu...aku redah juga....(dalam hati, penuh terkujat. Nak ckp pun mcm terkehel-kehel....Yela, ms tu aku gemuk tau....60kg..korang bayangkan...tgk gmbr aku pun korang tahu...huhu!)

" Mia, makcik ingat mia tak sudi datang rumah ni. Anak makcik selalu cite tentang Mia ni....ingatkn mia ni wujud kat chatting je..rupanya ada ye....tak sangka Mia satu negeri, kampung dekat sini je," Mak lelaki itu mula berbicara memandang aku. Cuba menerbitkan suasana sepi sesaat antara kami.
 
huhu....Malunya masa tue. Apa dia cite psl aku kat mak dia nie? 

" ooo....ye ke, makcik. Dia pun ada cerita mak dia ni rajin & pandai buat nasi lemak tau...makcik masak sedap," Berbasa basi aku mengayat masa tu. Konon2x nk cover malu la tue...

Adik dia yg sememangnya baru kali pertama jua bersua muka dgn aku jua sudah mula mesra dengan aku & siap mencubit giat aku lagi....Ewah!

Soalan Niena yg pertama telah terjawab...bahawa....
saat pertama yg melihat wajah & rupa aku...............adalah ibu, bapa & adik lelaki yg aku kasihi itu. & aku masih lagi tidak bersua wajah & mengenali insan sbenar yg bertakhta di hati. 

" Eh, kalau tak silap...dekat kampung ni ada satu perusahaan Mahsa Cake kan?," Mak aku pula mengemudikan suasana perbualan mengisi ruang rumah batu bercorak kampung itu.

"aaa....," Ayah aku sempat mula membalas.

Ups...apa ni? 
Aku & adiknya termangu-mangu tidak memahami lintas maksud ibubapaku berbual dengan ibubapa lelaki itu.

Kata-kata ibu lelaki itu menyedarkan aku 1 episod baru....

" Ha...Makcik Mahsa tu kwn baik kak juga. Dia mmg buat kek & biskut..Kenapa, ada kait pe2 ke?,"sampuk ibu lelaki itu dalam perbualan dengan ibubapaku.

Pada saat itulah ............
baru aku tahu bahawa Makcik Mahsa yg merupakan sahabat baik ibu lelaki ini adalah sedara dengan tok aku....

Ya Allah, betapa keciknya dunia sekali lagi. 
Apa yang aku tak sangka, Allah pertunjukkan saat ini. Terima kasih, ya rabbi.

Hati gembira bagaikan berlagu ria menarikan rentak lagu. Ibarat melodi sedang berkumandang...Itulah aku pd tika itu. 

Sms tanda terima kasih dr insan tersayang tanda kedatangan & apa yg berlaku di rumah lelaki itu, bertalu di sms tel bimbitku.....aku tersenyum penuh makna kerana dia kata 

"Mia, saya kagum sebab awk ..sbg wanita berani berdepan dgn ibubapa saya wp tanpa saya ada depan mata. Tandanya awk ikhlas betul2 dgn saya,"

 
Tanggal Disember 2008, kala aku sedang enak beradu di kamar tidurku, 
aku dikejutkan 1 deringan bunyi tel bimbitku..........

"Ups, 4.45 pagi, sape call pulak ni? Takde nama lak2?," Terpisat aku mengangkat.Mata masih kental dengan kantuk. Monolog lagi bercanda dalam hati.

" Assalamualaikum.....Mia," satu suara agak asing kedengaran dari bumi yang jauh dr Malaysia.
 
Aduh, aku bermimpi ke apa ni? wake up, mia...wake up...sape pulak laki ni? ups!

" Waqalaikumussalam.....sape ye?," Hanya itu yang terbit dari mulutku kala tersedar dari lena yang panjang dalam dingin pagi menginjak subuh.

Hati aku sudah meneka. Apakah lelaki di bumi anbiya' itu...? 
Aku belum bersedia...takutnya...betul ke ni?

" Saya....dari bumi gersang, cik Mia. pertama kali mendengar suara awk tengah terpisat bangun dr tido,kan?," Ada nada suara lucu kedengaran di hujung talian.

huhu..malunya aku...Malu sungguh dlm debaran. 
Bayangkan korang....setelah 4 tahun, pertengahan Disember baru dpt bersuara penuh. 

Perbualan kami walaupun hanya sekejap cuma, tapi seolah-olah antara 2 jiwa melepaskan rasa rindu yg terbeban setelah 4 tahun cinta di awangan maya. Nyatanya, tembok pemisah wajah masih belum kami dpt teroka.Itu uniknya antara kami....pertemuan yg masih lagi belum ada.

Cuma, di bait akhir bicara, ada sekelumit kejutan..........

"Mia, saya dah nak balik ke bumi Malaysia.Nantikan kepulangan saya end of Disember ni ye?. Kalau ada aral dan pertemuan dr illahi, pasti kte akan bertemu wp Mia di Johor, saya di utara,"

Ha....dia dah nak balik ke? Kenapa aku terkejut ni? 
Aku tak gembira ke @ aku dah piki macam2x jika terjadi pertemuan pertama. Bukan ke itu yg aku tunggukan selama ni

Nak melihat wajah sebenar orang yg bersuara & menyentuh jiwa aku setelah 4 tahun ni(takkan nk tengok gmbr semata-mata kan...krn gmbr hanya gmbr semata-mata...bukan real....huhu,dup dap...dup dap sgt!..

Ya Rabbi, kenapa aku rasa lain nie?
kenapa aku rasa takut...berdebar jiwa kala ini......Kuatkan detik hati ini,ya allah....

Aku gembira kerana penantian ini akan menerbitkan 1 ukhuwah............Namun, bila ye? Jauhnya kami utara-selatan(mia & family di JB hg kini)...Dia di utara setelah kembali...........
 
Pertanyaan Niena tentang bila kami dating? 
Dating ke? Ia lebih kpd mengungkap pertemuan pertama setelah 4 tahun menyulam cinta maya................
 
 
 
BERSAMBUNG EPISOD KE-3
 
 
Ilham maya,
 
 
 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

0 comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute