My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Tuesday, 22 October 2013

Korang Update Blog by Smartphone @ Labtop?


Hi,kawan-kawan...

Apa khabar? Mia mengharapkan semuanya keadaan baik-baik ja.

Rata-rata kini sudah memiliki smartphone.Ye tak?Tak kurang jua yang masih kekal menggunakan handphone...Labtop juga adalah suatu kemestian yg mesti ada terutama dalam membantu tugasan.

Dengan teknologi terkini....
Ada juga penulis blog/blogger yg tiada masa/bz lebih gemar update blog guna smartphone. Bila dirisik-risik..aplikasi pe yg mereka guna. Ada yg menggunakan Blogger/Wordpress/Bloggeroid.



Hm..anda bagaimana?

Tertarik juga untuk melihat tutorial oleh http://blogr.my/fr/8435/update-blog-guna-samsung-galaxy-note.html Beliau memilih update blog guna smartphone.

Pemilik blog ini pula menggunakan aplikasi Blogger..http://ceritayna.blogspot.com/2013/03/blogging-dengan-mudah.html


Sempat juga aku tengok tutorial oleh Kak http://www.mialiana.com/2013/05/cara-cara-update-blog-secara-mobile.html tentang update guna Bloggeroid..Mcm susah ja..Dah la aku tak pandai berkod-kod nie..huhu 

Ada juga yg update blog by email..


SO...ANDA KATEGORI MANA SATU & PERSOALANNYA KENAPA ANDA PILIH CARA TU?





Melarik Tinta Maya,
 
 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Monday, 21 October 2013

Perut Buncit? Aduhai.....aduhai...


Kajian perubatan mendapati, jumlah lemak yang banyak di dalam badan boleh menyumbang kepada pembentukan kanser, penyakit diabetes, masalah kolesterol tinggi dan masalah jantung. Lebih teruk lagi, ia boleh menyebabkan seseorang itu berisiko tinggi untuk menderita dengan pelbagai penyakit sepanjang hidup mereka berbanding mereka yang tidak banyak  mempunyai lemak di bahagian perut walaupun mempunyai BMI yang sama.
 
Di artikel ini dikongsikan beberapa tips yang anda boleh diamalkan untuk mengelakkan lemak-lemak berlebihan di sekitar perut anda.




Pertama sekali, ‘liposuction’, pil diet, diet secara ekstrim dan yang sewaktu dengannya sangatlah perlu dielakkan kerana ia adalah untuk kesan sementara sahaja dan ia juga boleh memberi kesan sampingan kepada diri anda. 

"Sebagai contoh, ‘liposuction’ atau ‘sedut lemak’ ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman, manakala pil diet pula akan memberi kesan kepada sistem saraf dan ia juga mungkin dihasilkan daripada bahan-bahan yang telah di ‘ban’ atau secara tidak sah.,"

ini hidangan contoh diambil dari seripayaku.blogspot (menarik,kan?)


Anda disyorkan menambah pengambilan makanan seperti oat yang mana ia rendah lemak, rendah karbohidrat yang tidak baik, dan rendah kalori tetapi tinggi nilai nutrisinya. Oat lebih elok dimakan kosong tanpa gula atau garam sekiranya anda ingin membuang lemak di perut dengan cepat. Walaubagaimanapun, jika anda tidak suka rasa yang kosong dan tawar, anda bolehlah menambah madu atau buah-buahan ke dalam hidangan oat anda.
 Makanan serat atau bijirin penuh, buah-buahan segar, brokoli, lobak, dan tomato adalah antara yang paling baik untuk menghilangkan lemak di perut. Makanan ini tidak mempunyai kalori yang tinggi tetapi mempunyai banyak serat fiber, mineral dan vitamin di dalamnya.




Selain itu, untuk mengurangkan lemak di bahagian perut, anda perlulah makan dalam jumlah yang kecil (4 – 6 hidangan) berbanding mengambil 1 – 3 hidangan yang banyak dalam sehari. Dengan berbuat demikian, kadar metabolisma anda akan meningkat kerana metabolisma tidak perlu memecahkan makanan sesukar yang dihadapi sekiranya anda makan makanan dengan jumlah yang banyak. Selain itu, dengan meminum teh atau kopi juga boleh meningkatkan metabolisma anda tetapi haruslah mengawal pengambilan minuman jenis ini.






Salah satu langkah yang paling penting untuk membantu menghapuskan lemak di bahagian perut adalah dengan melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 – 4 kali setiap minggu. Latihan senaman ini hendaklah digabungkan dengan diet harian yang sihat, iaitu 50% latihan dan 50% diet untuk penurunan berat badan yang ideal !
Semasa bersenam, anda disyorkan untuk bersenam sambil mendengar lagu atau apa jua jenis muzik kegemaran anda untuk membantu anda fokus semasa bersenam. Muzik dikatakan salah satu langkah untuk membantu anda kekal bertenaga dan sentiasa meningkatkan keseronokan terhadap jadual latihan senaman anda. Ia juga dapat mengelakkan anda dari berasa bosan semasa bersenam.





Sebagai tambahan kepada tips-tips di atas, anda disyorkan untuk membuat pelan latihan dan diet harian dan mematuhi pelan tersebut setiap hari. Tulis target anda, impian anda, berat badan ideal anda, dan tindakan yang anda boleh ambil untuk mencapai target untuk menghilangkan lemak di bahagian perut anda. Menetapkan target adalah cara yang baik untuk membantu anda sentiasa berada di atas ‘trek’ yang betul bukan hanya untuk menghilangkan perut buncit, malah untuk kesejahteraan hidup anda sepanjang hayat. 

"Seperti kata pepatah, ‘Mereka yang gagal merancang adalah mereka yang merancang untuk gagal’. Dan saya pasti anda semua tidak mahu menjadi seorang yang gagal,"
Akhir sekali, memakan makanan seperti pisang, buah anggur, telur putih, kekacang, minyak zaitun, dan buah zaitun serta 100% serat boleh membantu menyumbangkan ke arah penurunan jumlah lemak di perut anda !










Sharing is Caring,


Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Episod 20 "Kerana Dia Untuk Ku"


Melodi lagu bagaikan menari-nari di cuping telingaku kala Subuh menjejak desa kayangan pagi ini. Ku ingin ketawa ria bagaikan rama-rama yang terbang bebas di singgahsana jendela kamar. Ku ingin berlari bersamamu mengejar saat bahagia dan ku ingin kau ada selalu kerana kau sememangnya untukku.

Cuba mengusir resah pada tragedi semalam yang entah tiada khabar lagi. Namun hilang seketika meski mendapat secalit sms cuma dari lelaki bernama suami itu.

"Mia, kami semua ok....nanti abang cite lagi ya,jangan risau tau,"

Menghitung waktu bagaikan mengharapkan handphone Nokia ku itu bakal berdering. 

Sarapan pagi itu bagai tiada selera adanya.

"Mia, apa cerita semalam?," suara emak berkumandang memecah suasana kala sepi di ruang tamu sisir rumah.

"tak tau la,mak..mia try call abang tadi...tapi tak berangkat pulak,"

"takde pe-pe kot..dia ada sms mia kan semalam?," tanya emak lagi.

"ada,diaorang ok," kataku menyedapkan hati.

"jangan risau la....insyaallah ok semuanya emak doakan. dah siap hantaran untuk bawa ke rumah lelaki ahad ni?," dari belakang ayah pula menerjah ruang bual kami.

"apa yang ada je la ayah...semua dah set. ke ada perlu tambah?," saje bertanya pada yang lebih tua. Mereka lebih mengerti daripada aku bab-bab ini

"ayah tengok takde sirih junjung pun. takkan yang nak bawa kat depan, tak pegang sirih junjung...mungkin mia perlu tambah buah dlm 1 bakul lagi. takkan nak bagi sama jumlah lak," cadang ayah kepada ku.

Aku sekadar mengangguk. Bersyukur juga kerana masih punya sepupu yang sudi membantu saat kekalutan ini timbul. 



Kring.....Kring...
telefon ku berbunyi. Jelas kedengaran dari bilik pengantin. Segera berlari kerna tahu & pasti nada dering itu khas panggilan dari suami.

"waqalaikumusslam abang....," Gembira rasa mendengar suara lelaki itu setelah kian lama menunggu berita.

'Mia sayang ...pekabar?," 
Aduhai, sepatutnya aku yang bertanya khabar. Lelaki ini pula yang sebaliknya. 

Ini lah yang buat aku sayang kan lelaki ini. Jika dulu tika cinta ala maya bagai nak tak nak je melayan aku. Kini bila masuk fasa kahwin, bagaikan dilayan bak puteri pulak....syukur pd Allah diberi kenikmatan awal ini.

"Mia...dengar tak ni?," 

" ya abang...mia dengar," tersentak dalam lamunan sebentar.

"amboi sempat berangan isteri abang ya....ingatkan sape tu?," Mula sudah lelaki itu hendak bergurau.

"ingat orang jauh lepas kenduri sini je..laju dah nak balik sana esoknya," sengaja pulangkan paku rajuk manja pada lelaki itu.

" ooo....tu maknanya rindu..sabar..sabar," 

Kata-kata lelaki itu buatkan aku gelak sakan.

"Mia, mujur tak jadi apa-apa semalam...kena kat belakang kereta abang dekat tayar...tapi kereta kat depan nasib tak dilanggar teruk perempuan cina yang bawa kereta vios tu. Tapi, mak kat sebelah dah jerit sakan. Mak trauma sebab hal tu jadi tiba-tiba. Kebetulan Mia dok cakap dengan abang kat phone lak," tiba-tiba suara suami bertukar serius menceritakan kejadian.

"abang, sori  sangat.mia tak sangka jadi macam tue....lepas ni, mia tak cakap lagi ye bila abang tengah memandu. Mia rasa bersalah lak..takut gak jadi pe-pe semalam. yela mia yang call abang,kan," kataku sedih & kesal dengan perkara itu.

"tak pe la Mia...semua dah nak jadi. tapi....kereta abang masuk bengkel la...nanti kenduri kte tukar plan lain la ye....abang kat baling ..rumah tok lagi ni," 

"abang, jangan lupa bagitau emak jumlah kedatangan pihak kami & jam berapa nak amik..kan ada 2 pengantin nanti..kesian kat mak abang lak nak handle..ayah tengah tanya tu..ble nak datang bincang. lagi 2 hari tau nak kenduri rumah abang ni," Nada risau berlagu di hati lantaran melihat suami ku yang selalu ambil endah tak endah bab ini. Sibuk mungkin juga. Sekadar mengingatkan. Khuatir dia lupa.

'yela sayang...," katanya sebelum mengakhiri perbualan kami tika waktu tengahari kan mendatang.

Kuntuman senyum mekar mewangi dalam haruman nada berita yang ria menjernihkan emosiku semula. Semoga majlis yang direncanakan merafak sempurna hendaknya.


********************************************************************

Putaran masa menginjak denting jejak rencana yang diatur kini. Majlis kenduri sebelah pihak lelaki yang bakal diadakan di Chuping,Perlis akan dimeterai esok. Persiapan kian rancak meniti suasana di kediaman rumahku di Perlis. 

Lewat petang itu, sempat lagi aku mengajak Adik Fiza, Adik Ida dan sepupu ku yang lain membeli barang yang masih diperlukan. Sudah terbit di minda kami untuk menghias sirih junjung & jambangan coklat & jeli yang bakal di rias indah sebelum kenduri berlangsung esok. Meskipun ia majlis kedua buatku, entah kenapa debaran meningkat setapak.

Dup dap dup dap kencang sanubari...
Sseakan baru nak bertemu suami semula setelah seminggu ditinggalkan kala kenduri pertama di rumahku. 

Kata ayah :-

"alahai, awal-awal suami dah tinggal pengantin baru...sabar je la," 

Bukan ayah je mengusik....di gamat lagi dengan suasana adik-adik sepupu yang riuh memecah suasana di kediaman perlis itu.

Dalam hati, masih penuh mekar taman berbunga. Pengantin baru la katakan....Ups, dialog macam pernah aku dengar je ..hehehe !!!

"Hi, kak mia....dah jauh kemana tue...bintang bulan..orang cakap pun dah tak dengar," tersentak lagi dek libasan tangan Adik Ida di muka ku.

"Ha, tu dok ingat cik abang la tu...hang jangan tak tau Ida oi...," Adik Fiza tak kering dengan idea mengusik aku kala kami sedang menjamu selera koew teow ladna di gerai tepian jalan. 

"takde la...suka mengusik ye korang ni," Malu & merah muka ku tiap kali diusik sedemikian rupa.

Adik Iqa & Zifah tersenyum seakan nak gelak. 

Jahat tau, sempat usik kak mia ye....nanti korang kawin, kak mia usik korang pulak!!! hehe....senyum sungguh ble ingat gelagat korang semua yang so happening :-)

Usai sahaja makan di gerai, kami lantas pulang.Ketika makan tadi, sempat menerima sms suami akan kedatangannya untuk berbincang dengan ayah mak sebentar di rumah. 

Aku?
Akur sahaja apabila suami sibuk dengan persiapan di rumah nya. Hanya malam ini sahaja yang dia free. Layan je la.....sekejap je pun,kan ! Esok dah majlis.

Tapi, Adik Ida & Adik Fiza dah semakin rancak mengusik bila tahu suami hendak datang rumah...Apa taknya...sehari sebelum majlis sebelah lelaki.

Aduhai......!!!

Nak tau pe yang diusik???

"Habisla pengantin baru malam ni?," 

Sempat menampar manja dalam keriuhan gelak ketawa memecah hilai ketika pemanduan kereta oleh Adik Ida. As usual,  cepat-cepat aku menafikan bahawa suami akan balik cepat-sibuk dengan urusan di rumahnya. 

eei, malas la....semua asyik mengusik je...malu..malu....
Realitinya...berdebar...seakan dah lama tak berjumpa suami sendiri. Bercinta selepas kahwin....ini lah noktahnya....

Tiba sahaja di rumah, aku lihat sebuah kereta sudah parking bersebelahan kereta ayah. Sudah pasti lelaki itu. Kami turun dari kereta membawa barang untuk menata rias hantaran. Sempat menyalami suami dengan malu-malu, bertanya khabar sekelumit cuma. Hendak pandang muka suami, bagaikan tidak boleh bertentang mata. Tak dapat diungkap. Mungkin kerana masih tidak kenal suami realiti dan riak malu ketara lagi.

Aduhai, Mia...apa dah jadi...dalam telefon bukan main bercinta....bila real, lain pula jadinya !!!! Hati oh Hati..ada kata 'pergilah tegur suami'..ada kata 'nak malu pe, kan suami sendiri tue,".....emosi bermain pelbagai rasa. Tuhan sahaja yang tahu. Kalau boleh hendak lari dari lelaki itu dan tak nak pandang dia lama-lama walhal itu yang diinginkan sejak lelaki itu tiada5 hari ini....huhuhu

"ehem ehem.....tekun nampak kak mia tolong kami," Adik ida mula nak memecah usik lagi...cepat-cepat aku cubit peha kanan dia.\

"ouch,ketam dah naik Fiza oii," Adik ida membalas merenung Fiza.

"Awat Mia macam nak tak nak je tegur suami tu..kesian kat dia...mia ni..suami datang ...buat tak layan pulak...esok dah la nak kenduri...pi la cakap dengan dia jap," Makin riuh usik Kak Imah pula yang sibuk menyusun coklat dan jeli untuk digubah.

Aduhai, diaorang buat dah !!!! huhu..
Makin merah muka aku..makin diam ..tak tau nak balas pe...

Dalam kesibukan aku membantu melipat daun sirih, sempat mengerling melihat suami sedang minum air kopi buatan emak sambil bersembang dengan ayah. 



Bila suami pandang je, cepat-cepat aku tundukkan muka. Tak tahu drama apakah yang menimpa kami tika ini....Ya Allah, usirkanlah perasaan yang entah ape-ape ni....(bisik hatiku)

"Alamak, belum solat isyak lagi ni....?," lagu hati ku setelah melihat adik-adik sepupu sedang sibuk menyiapkan jambangan bakul coklat & sirih junjung itu.

Suami? Yang ku tahu masih tidak balik lagi. Kelibat suami yang masuk ke kamar pengantinku sekali imbas kulihat tadi usai ayah dan mak rancak bersembang di ruang tamu itu.

Secara tiba-tiba, ayah & emak sudah memanggil ku di dapur. Terpaksa meninggalkan adik-adik sepupu di ruang tamu tengah dengan kerja itu.

"Mia, tengok suami Mia tu penat semacam je...Yela dia kan anak yang diharapkan ibunya membantu banyak hal-hal dapur untuk kenduri ni....mak dengar dia sempat lagi menjemput rakan-rakan terdekat petang tadi......macam-macam la dia cite. Yang penting semua hal berkaitan esok dah dibincangkan....hi, yang mia ni diam sokmo sampai tak mencelah sembang tadi kenapa...malu la pulak," ibu sudah bersuara sambil memandang aku. Pandangan ibu pun ala nak mengusik...

huhu...nape semua suka usik aku ni 

"pergi la masuk bilik tue....mia tunggu pe kat situ...ish budak ni," Ayah dah mula berleter.

Seboleh mungkin, aku cuba melarikan diri dari lelaki itu. Ya Allah, apa yang berlaku pada aku ni?? Bertubi-tubi aku mengurangkan rasa debar. 

Teringat pesanan Ustaz Ramlan ketika menghadiri kuliah kursus perkahwinan lewat Julai yang lalu :-

"seorang isteri harus melayani suami sebaik mungkin. Berdosa jika membelakangkan suami...namun pahala bagi isteri yang memenuhi tuntutan rumahtangga,"

Aduh, rasa berdosa pulak tak tegur suami sedemikian rupa....cepat-cepat berisghtifar di hati.

Ketika hendak melalui Kamar Pengantin yang masih asal rias tika kenduri di rumahku itu, sempat mendengar usikan Adik Fiza 

"hi, kang dah masuk...kak mia tak keluar-keluar pe!," 

Adik Ida dah senyum sokmo. Aku mencebik bibir. Geram diusik bertubi-tubi walhal muka dah merah semacam. Di luar pintu, masih terdengar pecah ketawa mereka.


*********************************************************

Melangkah ke kamar pengantin yang disinari cahaya lampu dinding ala samar itu menerbitkan suasana romantisme kala kaki menjejak ke bilik yang diubah suai oleh sepupu-sepupu ku itu. Pilihan dan idea mereka tepat dengan apa yang aku kehendaki. 

Melihat lelaki itu terbaring di tilam empuk kamar pengantin. Merenung mukanya bagai keletihan yang sukar aku hitung. Simpati menjenguk jiwa. Bagai ingin menyentuh wajah lelaki itu. Namun mematikan perasaan.

Masih teringat yang aku belum menunaikan solat Isyak lagi. Sempat membersihkan diri, mengambil wudhuk. 

"Mia, nanti kejutkan abang sebelum 12.30 malam ye..abang kena balik la. esok kan kenduri,"

Suara lelaki itu jelas terbit di cuping telingaku kala aku baru ingin memulakan solat Isyak.Nada keletihan jelas sekali.

Tika merafakkan tasbih dalam doa, baru tersedar yang lelaki itu terpisat-pisat mengusap mukanya dalam pembaringan...merenung aku. Dalam doa yang kudus itu , sempat aku memohon kepada Yang Maha Esa dilimpahkan kebahgiaan dalam rumahtangga yang baru dibina ini. 

Lelaki itu masih terbaring di katil memandangku dalam mata yang antara pejam tidak itu. Petanda kepenatan ketara di pelupuk matanya. Namun matanya seakan tidak henti-henti merenung aku hingga aku jadi tidak tidak betah membetul-betulkan lipatan telekung solat lalu menuju ke almari. 

Menilik di ruang dalam almari, di asak rasa malu. Namun harus menukar pakaian tidur. Ups, di depan suami pulak tu...aduhai 

"Ya Allah, bantu lah aku....," Hati aku berulang kali mengucap kata-kata itu.Tak tahu kenapa....huhu

"Mia sayang.....nak kemana lak tue?," kata suami tersenyum melihat aku gelabah semacam je direnung lama. Sememangnya aku nak lari dari lelaki itu. Semakin lama, semakin lelaki itu ingin mengusik & menguji aku.Saje je !

Namun secepatnya tanganku ditarik suami duduk di sisinya.

"kata rindu kat abang....cian kat abang...dah la penat....mia urutkan belakang abang jap...lenguh dah tolong org rewang kenduri tadi tau," 
 
Tangan aku sudah dibawa ke bahunya. Sememangnya simpati juga kerana dari tadi emak memberitahu suami ku ada mengadu penat urus kenduri.

Dalam mengurut suami, sempat membaca doa yang dititipkan ustazah bagi melembutkan hati suami dan penawar kebahgiaan. Hal yang baik perlu dibuat untuk pemula rentak keharmonian rumahtangga.




Lelaki bernama suami itu kulihat tidur lena meski urutan aku hanya seketika, Ingin membangunkannya lantaran permintaan sebentar tadi. Serba salah aku dibuatnya. Lantas aku baring di sebelah. Mata masih belum kantuk. Jam di dinding hampir menjengah 12.40 malam.

"aduh, nak kejut ke tak ni?," Sungguh hati rasa simpati. Kepenatan lelaki itu jelas sekali hingga sudah tidak sedar aku di sebelahnya. Aduhai,suami 

Yang aku tahu, di luar sana.....suara-suara sepupu telah hilang kerana mereka sudah pulang untuk istirehat. Ayah?Pasti dah kunci pintu. 

Pesanan suami minta dikejutkan masih lagi di ingatan.

"abang.........bangun la...abang...," ku urut jemari kaki suami membangunkannya. Risau. apa kata lelaki itu jika tak mengejutkannya.

"erm.....," Hanya itu yang kedengaran dari bibir suamiku. Sempat dia menarikku dekat di sisinya. 

"abang.....jangan cakap mia tak kejut ye....," tangan mula nak menggeletek pinggang suami. Geram. Lelaki itu masih tidak membuka matanya.

"ouch.....sayang,ok...ok...jangan .........kang abang......," Akhirnya mata lelaki itu yang terkatup bersinar kerana cuba mengelak tangan aku yang melekat di pinggangnya. Geli.

Aku ketawa kecil berjaya membangunkan suami dari lena yang panjang. Suka :-)

"Mia....kalau......," Bagai tersekat kata lelaki itu. Matanya seakan kuyu. Seakan mengharap sesuatu dalam rona pandangan yang membawa makna.  

Aku? tunduk malu. Pengalaman kali pertama realiti 'dating berdua' di kamar indah, menyentak naluri dalam debaran irama yang berombak.

"kalau apa..........," mata aku mendongak memandang mata suami di sebelahku.

"kalau abang tak nak balik....tapi.............nak..." Lelaki itu sengaja tidak menghabiskan ayatnya. Semakin lama semakin mendekat pada aku.

Dan.........
Sedarnya aku sudah ditarik dalam pelukan manja lelaki bernama suami itu. Malam yang suram dahulunya...kini menjadi bintang yang indah dalam kehangatan menghirup manisnya madu cinta yang halal di sisi tercinta.





Serangkap kalimah
Seutas tasbih yang dikirai
sehelai sejadah yang di hampar
lambang agung sebuah cinta
dari hamba kepada Pencipta

Dari mata turun ke hati
dari jiwa ke nurani
sebuah kisah cinta bersemi
antara bidadara dan bidadari

Kuselimutkan wajah indahnya
pada semilir angin yang menyapa
agar bisa ku nikmati indah pelangi
yang bersemayam di sudut taman hati

Ku lakarkan madah
ku hamparkan sebuah kisah
cinta yang suci lagi indah
agar bisa aku megah
dalam pelukan kasih yang terindah

Lewat bisikan bayu nan lembut
ku sampaikan salam dari jauh
bisakah dikau menyambut
perasaan tulus yang ku simpuh
lewat kicauan unggas yang mula riuh

Ku naikkan sauh duka
ku layarkan bahtera cinta
buat tatapan mereka-mereka
yang terpenjara dalam siksa
 moga masih ada sinar
di destinasi yang masih samar

Sambutlah wahai manusia
Sebuah cerita indah dari alam maya
ku lakarkan di sini buat santapan hati anda
semoga nantikalian akan bisa 
berbahagia sentiasa
bersama indahnya cinta kurniaan-Nya

Senyumlah wahai teman..
Senyumlah seindah pelangi yang tercipta...(^_^)
Melarik Tinta Maya, 


Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Saturday, 19 October 2013

Wawa Zainal Masih Tunangan Orang Ketika Bernikah


Satu demi satu cerita yang dibongkarkan oleh media mengenai Wawa Zainal dan Aeril Zafrel. Walaupun telah selamat bernikah dan dikurniakan seorang anak, masih banyak perkara yang rupa-rupanya disembunyikan oleh mereka. Salah satu daripadanya ialah Wawa Zainal adalah tunang orang ketika bernikah dengan Aeril Zafrel.

Tunangnya yang bernama Abdul Rashid telah membuat pendedahan ekslusif menerusi BiPop semalam. Abang Nara respek dengan si Rashid ini kerana nampak tenang dan redha dengan berita perkahwinan tunangnya. Menurut Rashid, dia bertunang dengan Wawa atas desakan keluarga Wawa pada Jun 2010, iaitu selepas beberapa bulan Wawa diterima sebagai artis MiG, bagaimanapun ketika itu dia belum terbabit dengan mana-mana projek filem. Majlis pertunangan berlangsung antara keluarga saja di Lahad Datu, manakala mereka berdua berada di Kuala Lumpur.

wawa zainal

Berkenalan sejak tingkatan 5, Abdul Rashid telah pun menghantar keluarganya untuk memutuskan pertunangan mereka secara rasmi pada hari Jumaat lalu. Baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca pendedahan yang dilakukan oleh Abdul Rashid mengenai hubungannya dengan Wawa Zainal.


Belum pun reda isu pernikahan rahsia dan melahirkan anak yang menghimpit pelakon Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, kini timbul cerita baru yang mendakwa Wawa sudah bertunang sebelum bergelar pelakon popular.

Wawa, 21, didakwa bertunang dengan seorang jejaka yang berasal dari Lahad Datu, Sabah iaitu Abdul Rashid @ Johari Hambali, 39, pada Jun, 2010 selepas beberapa bulan menandatangani kontrak sebagai artis MiG Talent. Bagaimanapun, pertunangan mereka hanya diketahui ahli keluarga Wawa dan Abdul Rashid saja.

Bagaimanapun kisah pertunangan Wawa dan Abdul Rashid mula tersebar di internet dipercayai disebarkan anggota keluarga mereka apabila cerita Wawa dan Aeril bernikah dan mempunyai anak yang didedahkan Bpop pada minggu lalu menjadi semakin panas dan mendapat perhatian meluas dalam media massa.

Bpop mendapat maklumat mengenai jejaka yang kini bergelar seorang guru di sebuah sekolah rendah di Tawau, Sabah, baru-baru ini. Dengan bantuan seorang teman, jejaka berkenaan dapat dihubungi, biarpun pada awalnya beliau enggan membuka mulut bercerita soal peribadinya bersama Wawa sebelum ini.

“Saya sebenarnya hanya mengetahui berita Wawa dan Aeril berkahwin pada selasa lalu selepas diberitahu seseorang, tapi saya tidak menghiraukannya. Bagaimanapun, saya terkejut apabila Wawa menghubungi saya pada pagi Rabu lalu,”

“Sebenarnya tujuan Wawa menghubungi saya kerana mahu meminta saya memberitahu adik perempuan saya supaya menghentikan menyebarkan cerita yang pernah berlaku antara kami di internet. Wawa menangis ketika itu. Wawa pernah menumpang di rumah adik saya di Cheras ketika mula menjejak kaki di Kuala Lumpur,”

“Saya tanya dia, adakah betul sudah berkahwin dan mempunyai anak? Dia cakap betul…. Jadi betullah cerita yang terbongkar itu. Dia cakap mahu saman beberapa pihak yang mendedahkan cerita peribadinya itu. Saya cakap kenapa nak saman jika cerita pernikahan dan mempunyai anak itu adalah perkara betul. Bukan kenyataan fitnah!”

“Jujurnya, saya tersentak dan sebak sebenarnya apabila Wawa mengakui dirinya sudah berkahwin dan mempunyai anak, sedangkan pertunangan kami belum diputuskan. Saya tanya kenapa tidak berterus terang mahu berkahwin, saya tidak kisah untuk melepaskannya. Saya sudah agak dari awal lagi inilah risiko bertunang dengan seorang artis,”

“Tapi, Wawa ketika itu terus menangis. Dia tidak mahu saya membocorkan cerita pertunangan kami. Saya tahu Wawa cukup sengsara dengan apa yang dihadapinya. Saya sebolehnya tidak mahu Wawa terseksa, apatah lagi dalam keadaan sekarang. Bagaimanapun, saya tidak mampu menutup mulut orang terutama kaum keluarga yang mengetahui kami masih mempunyai ikatan pertunangan,”

“Saya terkejut bagaimana wartawan dapat menghidu cerita kami, malah boleh menghubungi saya. Soalnya, saya pula terpaksa bersoal jawab dengan wartawan,”

“Saya sebolehnya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Saya sempat bertanya kepada Wawa, siapakah lelaki yang dinikahi. Dia beritahu suaminya adalah lelaki yang tidak disukai dulu. Dia adalah pelakon yang membintangi drama Klik bersamanya dulu. Jadi, saya tahulah lelaki yang dimaksudkan adalah Aeril,”

“Saya tanya lagi kenapa berkahwin dengan lelaki yang pernah dibenci, dia hanya menangis saja. bapa Wawa juga ada menghubungi saya pada Rabu lalu, dia mohon maaf kepada saya. Saya tanya kenapa tidak beritahu Wawa sudah berkahwin, dia sebaliknya mempertikaikan kenapa tidak diberi nafkah bulanan. Menjadi budaya di sini, lelaki kena memberi nafkah kepada tunangnya setiap bulan,”

“Saya jelaskan padanya sebelum ini saya tidak berduit, duit simpanan bekerja habis digunakan ketika datang ke Kuala Lumpur membawa Wawa pada penghujung 2009 untuk mencari penghidupan baru,” katanya.

Abdul Rashid berkata, dia bertunang dengan Wawa atas desakan keluarga Wawa pada Jun 2010, iaitu selepas beberapa bulan Wawa diterima sebagai artis MiG, bagaimanapun ketika itu dia belum terbabit dengan mana-mana projek filem. Majlis pertunangan berlangsung antara keluarga saja di Lahad Datu, manakala mereka berdua berada di Kuala Lumpur.

“Majlis pertunangan kami diatur keluarga, selepas bapa Wawa mendesak saya dan Wawa bertunang. Saya faham orang tua Wawa tentunya bimbang apabila Wawa bersama saya di Kuala Lumpur. Sekurang-kurangnya kami mempunyai ikatan pertunangan,”

“Keluarga saya menghantar cincin dan wang hantaran. Tidak perlulah saya beritahu berpa jumlah diberikan. Jadi, pada ketika itu, kami sudah rasmi sebagai tunangan. Bagaimanapun, selepas gambar saya dan Wawa tersiar dalam satu blog hiburan, kami mula takut,”

“MiG tidak membenarkan mana-mana artisnya bercinta dan berumahtangga. Saya ambil keputusan melepaskan Wawa selepas MiG menyediakan rumah untuknya sebagai tempat berteduh. Saya lihat Wawa ketika itu solat 5 waktu tidak pernah tinggal. Saya tidak mahu kehadiran saya sebagai tunangan Wawa diketahui orang, ini kerana saya memikirkan Wawa baru saja nak menapak sebagai pelakon,”

“Sebelum ini jika orang bertanya mengenai saya, Wawa akan mengatakan kami mempunyai tali persaudaraan. Malah, berita kami bersaudara pernah disiarkan dalam beberapa blog bersama gambar kami. Tapi, hakikatnya, saya adalah tunangan Wawa,”

“Saya pulang ke Lahad Datu pada pertengahan 2012, sebelum mendapat kerja mengajar di sebuah sekoalh rendah di Tawau sehingga hari ini,” katanya yang mengakui masih bujang sehingga kini.

Abdul Rashid @ Johari Hambali yang mengakui dirinya adalah tunangan Wawa turut menjelaskan, dia adalah insan yang bertanggungjawab membawa Wawa ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki.

“Sebelum ini, saya bekerja di sebuah agensi kerajaan selama 16 tahun di Lahad Datu. Tapi, apabila saya berkawan dengan Wawa, ada teman yang iri hati menyebabkan kerjaya terjejas dan saya hampir ditukarkan ke tempat lain. Jadi, saya terpaksa berkorban, saya ambil keputusan berhenti kerja pada November 2009. Selepas itu, saya dan Wawa nekad berhijrah ke Kuala Lumpur untuk penghidupan baru,”

“Sebenarnya, saya tidak terfikir mahu menjadikan Wawa sebagai pelakon tapi apabila terpandang iklan Pertandingan Ratu Cantik Amcorp Mall, saya menyuruh Wawa mencubanya. Dia bernasib baik kerana mendapat tempat kedua tapi kami ditipu. Sejak itu, saya mula mengusung Wawa ke sana sini untuk menjalani ujibakat. Banyak agensi yang dicuba,”

“Saya menghantar profil Wawa ke MiG Pictures dan KRU Studios, tapi hanya MiG memberi respon. Saya masih ingat, saya jugalah yang menghantar Wawa untuk ujibakat di pejabat MiG di Subang Jaya. Saya menunggunya di bawah pejabat MiG,”
“Pada hari ujibakat itu jugalah Wawa menandatangani kontrak sebagai artis MiG,” katanya.

Abdul Rashid berkata, dia meminta keluarganya ke rumah keluarga Wawa untuk memutuskan pertunangan antara mereka pada Jumaat lalu.

“Keluarga saya datang melamarnya dengan cara adat jadi biarlah kami putus dengan cara baik. Saya dan keluarga saya hanya minta Wawa memulangkan cincin yang diberi dan wang hantaran sekali. Itu saja….”

“Saya tidak kesal dengan apa yang berlaku, semuanya sudah tertulis buat saya. Tidak guna melayan kekecewaan kerana nasi sudah menjadi bubur. Selepas ini, saya mahu menutup buku cerita antara saya dan Wawa. Saya tidak akan menanggungnya. Dan itupun yang saya lakukan selama hari ini,”

“Selepas Wawa menandatangani kontrak selama 5 tahun dengan MiG, kami tahu tidak boleh berkahwin selagi kontrak belum tamat. Jadi, saya sanggup menunggunya. Saya berpegang pada janji, tapi nampaknya Wawa tidak ingat dengan janji-janjinya,”

“Kami pernah berjanji mahu berkahwin selepas habis kontrak. Saya setia dan tidak mungkir janji. Bagaimanapun, ketika saya pulang ke Sabah, hati saya sudah mula terdetik, jika selepas 5 tahun, hubungan kami masih OK, maknanya itulah jodoh kami, jika sebaliknya, saya redha,”

“Tapi, saya dapat merasai Wawa berubah hati selepas saya pulang ke Sabah. Dia hanya menghubungi saya sekali, itupun kerana timbul masalah dengan adik saya. 

Sejak itu, jika saya menghubungi atau menghantar SMS kepadanya, dia tidak pernah menjawab atau membalas,”

“Kali terakhir bertemu apabila Wawa datang berhari raya di rumah saya pada 2012, iaitu selepas saya pulang semula ke Sabah. Sejak itu, dia tidak pernah memberitahu saya jika dia pulang ke Lahad Datu. Wawa mengakui dia kini berada dirumah orang tuanya di Lahad Datu,” katanya yang mendakwa mengenali Wawa sejak pelakon itu bersekolah dalam tingkatan 5.

Sumber : Beautifulnara.com



Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Berkatkah Rezeki Kerja/Pendapatan Kita???


KEBERKATAN rezeki adalah antara perkara utama yang mesti dititikberatkan dalam hidup. Rezeki bukan sekadar wang, harta, makanan dan minuman. Sebaliknya jodoh, anak, pangkat, nama baik, kedudukan dan sebagainya juga boleh disebut sebagai rezeki. Namun dalam artikel kali ini saya merujuk rezeki kepada pendapatan yang kita perolehi sama ada dengan bekerja sendiri, mengambil upah atau makan gaji. 

Rezeki yang dicari dan diusahakan itu pula dibawa pulang ke rumah untuk diberi makan anak isteri. Ada orang memandang ringan akan isu keberkatan rezeki ini. Pada mereka ia hanya isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan. 

"Mereka ini tidak sedar wujudnya kaitan langsung antara keberkatan rezeki dengan nasib, kualiti perhubungan, kejayaan anak-anak, dan segala aspek kehidupan,"



Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan rezeki tidak berkat. Pertama, kerana ia jelas datang dari sumber pendapatan yang haram seperti berjudi, rasuah, mencuri, menipu, nombor ekor, pelaburan haram dan seumpamanya. 

Namun, ada yang tidak menyedari bahawa secara halus:

" rezeki itu boleh hilang keberkatan apabila kita yang dibayar upah atau digajikan untuk melakukan sesuatu pekerjaan, atau memikul sesuatu tugasan tetapi tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh,"

Sebaliknya apa yang berlaku ialah pelbagai masalah di tempat kerja seperti curi tulang, datang lewat, malas, kerja tidak mencapai kualiti, melakukan kerja lain sewaktu dalam masa bekerja, main-main, dengki, irihati dan seumpamanya.

Oleh itu eloklah dalam artikel kali ini kita lihat apakah antara tanda-tanda keberkatan rezeki bagi membolehkan kita sama-sama melakukan audit diri atau muhasabah.
Hati semakin dekat dengan Allah dan Jiwa Tenang



Tanda-tanda yang pertama bahawa rezeki itu berkat ialah 

a) Hati semakin dekat dengan Allah. Kita bukan sahaja menjaga solat lima waktu sebaliknya ditambah dengan amalan-amalan sunat. Mulut juga sentiasa berzikir dan suka pula membaca dan menelaah al-Quran.

b)Pemurah
Kita mudah untuk memberi sedekah dan menunaikan zakat.Jauh daripada kejahatan manusia dan bala  Kalau kita datang lambat, malas, kerja tidak bersungguh-sungguh, hasil kerja tidak berkualiti dan sebagainya, majikan akan menegur, menasihati dan mungkin mengambil tindakan. Namun, gaji penuh tetap diberikan. Majikan tidak pernah mengaudit gaji kita. 

"Misalnya, katalah gaji kita ialah RM1500 sebulan. Disebabkan kita malas maka majikan bayar RM1200 sahaja. Sebabnya, RM300 ringgit itu dipotong atas sikap malas kita itu. Sebaliknya, apabila kita malas, majikan tidak pernah memotong gaji bulanan kita,"

Namun, kita lupa bahawa Allah menjalankan auditnya. Maka Allah tarik sebahagian rezeki itu dengan pelbagai ujian dan masalah dalam hidup yang datang bertimpa-timpa seolah-olah kita memang bernasib malang. 

Bulan ini telefon bimbit hilang, bulan depan kereta pula dipecah orang. Kalau begitulah keadaannya maka eloklah kita audit gaji yang diterima setiap bulan sebab bimbang kalau-kalau itulah punca kepada segala masalah tersebut.

Renung-renungkan.




Sharing is Caring,
 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute ♥