My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Friday 1 June 2018

Why Herbalife,Mia???




Salam Jumaat di pagi yang indah damai ini. 16 Ramadhan menginjak tiba. Apa khabar sahabat semua? Diharapkan ketika ini diberi kekuatan sihat walafiat dan dapat meneruskan ibadah di bulan Ramadhan dengan jayanya.

Kenapa Mia pilih shake herbalife?
Apa yang ada pada segelasShake Herbalife?Nutrition Shake Mix atau yang biasa disebut Shake dibuat dari protein soya dan campuran bahan-bahan alami lainnya.Segelas Shake Herbalife mengandung 23 vitamin dan mineral, karbohidrat, protein, serat, rendah lemak, dan rendah kalori. Nilai nutrisinya yang tinggi dan seimbang membuat Shake Herbalife dapat dijadikan pengganti sarapan.



Mudah ka nak buat shake Herbalife ni?
Mudah je...boleh blend@shake je....Mia cuma letak low fat milk/air 0/ketul ais batu/2F1+1F3. Taraa..dah siap. Jika nak lebih kenyang, boleh tambah hirisan buah. Kalau yg jenis kalut nak gi kerja..urus anak..shake herbalife adalah pilihan yg pantas. Kte selalu lupe nak bersarapan kan? Perlu diingatkan bahawa sarapan membekal tenaga mula dan membantu meal plan yg kte target seharian. Jika kita berjalan pun mudah juga sebab asas untuk wat shake hanyalah 2F1+1F3+air-goncang shake-boleh minum. 

Pilih herbalife sebab nak turun berat badan ka?
Hm..ramai yang blame sebab Mia pilih Herbalife. Tapi Mia ada plan Mia sendiri. Meski orang cakap mahal tetapi berharga utk kesihatan dan mahal lagi jika mengudap makanan tinggi kalori. Sejak shake Herbalife ni, Mia berasa bertenaga,sihat. Dulu Mia bukan jenis org yg bersarapan. Tapi bila ada herbalife sbg pengganti sarapan, ia byk membantu Mia memulakan kerja dan lebih fokus. Mia berubah ke arah seseorang yang perlu memilih makanan dan minuman yang perlu bagi keperluan seharian. Mia mula banyak minum air 0 berbanding minum yg manis. Mia mula menjadi org yg suka bawa bekal dan masak sendiri.

Memang org cop mia nak kurus dengan produk. Terpulang pe org nak kata...realitynya Mia dah cuba sebulan Mac - awal Mei tanpa produk yg menggabungkan senaman dan jaga makan, terbukti turun berat sebanyak 5kg. Now masih maintain.


Di atas ni adalah meal plan untuk di bulan Ramadhan. InsyaAllah jika diikuti dengan baik, target weight loss pasti tercapai. Untuk makluman, herbalife ni bukan sahaja untuk turun berat badan, bagi yg nak naikkan berat badan/maintainkan weight pun sesuai mengambilnya. Ada jadual dan panduan dr coach. Anda perlu melantik coach bagi memandu perjalanan diet anda dengan jayanya.


F1 ni mia suka sebab Mia dapat merasai kenikmatan coklat (menggantikan milo), cappucino (gantikan nescafe), cookies&cream(ganti rasa mgidam biskut). 3 perasa ni memang menjadi pilihan Mia. 

Dasarnya...ble kte berhasrat nak diet...kte tak boleh cakap sahaja. Kena ada tindakan. Selalunya org ingat dengan ambil produk terus boleh kurus. Ia perlukan usaha. Jaga makan dan senaman tu wajib dibuat seminggu 2-3 kali. Jangan malas bersenam. Jadikan rutin dan habit. Saat ni ble seminggu lebih tak senam, Mia rasa lain macam. Tapi mengenangkan di bulan Ramadhan,menguatkan semangat diri jaga makan.


Teamix dalam herbalife banyak membantu. Sebelum bersenam,Mia suka minum suam teamix ni sepertimana plan. Banyak membantu pembakaran kalori. Perisa pilihan Mia peach. Terasa macam minum teh no sugar bau peach. Herbalife ada 2 perisa teamix. Masa awal Mia melibatkan diri dengan herbalife, Mia minum teamix with hibiscus. 

Aloe vera? Mia mula terjebak dengan  aloe vera ni sejak mak mula tanya ada tak produk aloe vera yg boleh digantikan dengan produk NR Vera yg kami beli di Johor. Masa tu outlet tutup. Jadi Mia merasakan saat ni better my mum try herbal aloe ni...banyak kebaikan. Dan kini Mia juga telah menikmati khasiat Herbal Aloe. Sekarang ni ada perisa mango dan mandarin. Mia pilih mango. Mia pilih produk ni sebab mia perlu untuk pemulihan kulit,melegakan perut dan tingkatkan penghadaman.

Tengah dok banyak cerita ..lupe tajuk ye?hihihi

Kenyang ke nak puasa dengan Shake je sahur?

Jawapan: Belum cuba belum tau kak. Sahur dengan shake memang kuantiti nampak sikit compared to nasi. Tapi kualitinya MasyaAllah. Kenyang, bertenaga, rasa macam tak puasa kadang-kadang. Lebih bertenaga berbanding kalau sahur dengan nasi! Alhamdulillah. Kalau tak percaya, cubala dulu.

Kenapa berbuka puasa pun shake herbalife?

Jawapan: Time bukak puasalah segala kerakusan yang tidak digalakkan Islam akan berlaku. Time tu kita lapar. Segala benda kita nak bantai. Jadi, elokla bukak puasa tu minum je Shake dulu. Pastu solat Maghrib. Lepas solat baru makan normal meal nasi dan lauk yang seimbang. InsyaAllah sihat dan lose weight healthily sepanjang Ramadhan, dan during Raya nanti badan kita dan seimbang dengan nutrisi. Kalau badan kita seimbang, weight gain during Raya pun dapat dielakkan!! :)

Tapi....ble tengok menu plan Mia hari hari, mesti ramai tertanya....macam-macam versi. Tu kena belajar dengan coach,tau tujuan dan niat kte guna produk, target kte dan sebagainya. Dari semasa ke semasa kena belajar juga ilmu tentang diet dan kesihatan ni. Macam mia, mia ada juga coach tersendiri. Coach banyak membantu untuk mengatur menu plan, memeriksa berat dan memantau perkembangan diet kte seharian. Bile ada team group diet,kte akan lebih bersemangat untuk menuju matlamat.

So...selamat mencuba.

Wassup Mia 0197257960 untuk lebih mengetahui tentang herbalife ye





Palitan Tinta Maya,
 





Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

0 comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute