My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Tuesday 12 June 2018

Mungkinkah Terjadi Lagi???




Salam sang suria pagi buat semua sahabat dan followers blog maya mia. Apa khabar kalian semua? Terima kasih buat yg sudi menapak ke sini setiap kali coretan baru di update.

Terkadang senyuman adalah air mata yang tak dapat dilihat, air mata adalah kekuatan terakhir yg kita miliki. Membilang hari terasa sedih kerana Ramadhan akan berlalu, akan hadirnya Raya Puasa buat umat Islam yang bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah kpd-Nya untuk meraikan kemenangan Syawal.  

Minggu akhir Ramadhan merupakan fasa mental yg paling banyak memberi cabaran buat Mia. Perlu bersiap siaga menahan nafsu dari menyentuh segala kolestrol dalam makanan dan terus mengamalkan minuman air kosong seboleh mungkin.

Bersendirian tanpa suami yang kini sedang menuntut pengajian kdc di IPGM Darul Aman....Mia perlu kuat. Sekurangnya saat ni Mia masih mengucapkan rasa syukur kerana dalam detik pe jua pun ada emak dan ayah yg sudi meminjamkan bahu dan keringat membantu anaknya ini. 




Memandang kaki kanan kini yg kembali seperti dahulu...hati diamuk risau

"mungkinkah episod berada di wad akan terjadi lagi?,"

Kegatalan makin meningkat di tapak kaki kanan meskipun telah cuba berpantang. Mungkin salah diri juga. Minggu lepas ketika sesi terakhir sekolah Mia makan kerepek bawang. Minggu ni ada juga merasa popia simpul serunding ikan. Namun di sebalik makann yg dibeli mungkin mengandungi rencah ikan bilis/rencah udang. Ubat tahan gatal yg diberi doktor seakan sudah tak lut dengan diri. Masih lagi mengambil Metrotrexate 3 biji setiap Selasa disusuli 1 biji folid acid setiap Jumaat. Risau sebenarnya dengan pe yg terjadi. Namun sebagai pesakit psoriasis,Mia harus belajar tidak tertekan dan bertenang meskipun segala rasa beraja di hati. 


Untuk anak mama....Zakiy dan Fateh,
Adakala Mia merasakan Mia tak mampu menjaga anak-anak Mia sebaik mungkin. Meskipun dapat melangkah dengan baik, namun gerak kaki bagaikan lumpuh sebelah kerana rasa ingin menangis tak dapat mengejar anak-anak. Ingin bermain sepak bola dengan anak, tapi tak terdaya menahan rengsa gatal dan khuatir sakit kembali. 

Hidup sebagai pesakit psoriasis ni adakala sukar difahami. Orang mengatakan kami bersifat mewah kerana kami perlu hidup dlm suasana econ suam kuku. tak boleh berpanasan terlampau. Pesakit pso bukan sengaja ingin menyendiri. Dia perlukan seseorang yg dekat utk cuba memahami dan membantu. Bukan menyalahkan takdir yg terjadi. Ubat bukan jalan penyelesainya, kami perlu menjaga diri dr merasa stress. 

Saat menjelang Hari Raya ini, Mia mengharapkan Mia dapat bertahan melangkah. Risau juga akan respon doktor pada temujanji 4 Julai nanti. Harap episod wad tak berulang lagi. Kasihan kepada insan-insan tersayang yg bakal menanggung tempiasnya.

Ya Allah...berikan aku kekuatan untuk bertahan dan menerima takdir-Mu sesuai dengan kesanggupan yg ada.





Palitan Rasa,
 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

0 comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute