Hari ni tergerak hati Mia nak bercerita tentang Herbalife Formula 3 (F3).
Ada orang yang baru nak mula diet dengan Herbalife yang keliru dan bertanya sama ada mereka perlu ambil F3 ni atau tidak. Banyak juga rumours yg mengatakan klu tak ambil F3,berat akan lambat turun..Biaq betui???
Sebenarnya,masa mula korang start plan nak berdiet dengan Herbalife ni, korang kena fikir apa target sebenar pengurusan berat badan korang.
Anda target untuk turun kg cepat?
atau
Anda Target untuk turun inchi cepat
atau
Anda nak kedua-dua pakej ni
Hm..tu kena tanya diri dan budget yg ditarget ok.
Bercerita tentang F3 ni...kte kena faham fungsi sebenar F3 ni. Herbalife Formula 3 diperbuat 100% dari protein tumbuh-tumbahan tanpa lemak haiwan. Oleh sebab itu, kalori dalam F3 ini lebih rendah berbanding dengan suplemen protein yang lain dalam pasaran.
Satu scoop F3 mengandungi 5g protein. Cara makan Herbalife F3 ini ialah, kita boleh campurkan 1 ke 2 scoop ke dalam shake F1 untuk hasil yang lebih berkesan dan rasa shake lebih pekat. Biasanya mia letak 1 scoop je bersama 2F1
Oleh kerana F3 membantu menambahkan
otot, ramai yang risau berat mereka lambat turun. Tapi sebenarnya, bila
otot kita meningkat lebih cepatlah pembakaran lemak, dan berat susah
naik bila dah turun.
Bila kita tambahkan F3 ke dalam shake Herbalife kita setiap hari, badan kita akan nampak lebih cepat fit dan langsing.
Jadi Herbalife Formula 3 penting
untuk kita kurus. Lagipun, bila berat badan kita turun, tiada siapa
yang akan tahu. Tapi bila badan nampak lebih langsing, pasti ramai yang
akan perasan dengan perubahan kita!
F3 sangat berguna untuk wanita
berumur 30 tahun ke atas, terutama yang pernah melahirkan anak. Ini
kerana kulit wanita selepas umur 30 tahun semakin mengendur akibat
pengurangan otot. Oleh itu F3 sangat bagus untuk membantu kengekalkan
keanjalan kulit. Semestinya protein memang bagus untuk kulit, rambut dan
kuku kita.
Protein juga membantu mengelakkan
kulit kita mengendur dan menggeleber akibat oenurunan berat badan yang
banyak. Sebab tu lah bila dah kurus dengan Herbalife tiada masalah kulit menggeleber ni.
Selain itu, bagi ibu yang sedang
menyusukan anak terutama secara sepenuhnya, dinasihatkan untuk mengambil
F3 bersama dengan shake F1 bagi memastikan bekalan susu berterusan dan
juga dari pengalaman saya sendiri, mampu memekarkatkan susu badan.
Jadi, jangan teragak-agak untuk
mengambil Herbalife Formula 3 bersama dengan shake anda. Ada banyak
kebaikan yang tubuh anda akan dapat daripada protein dalm F3 ini.
Ini sahaja yang nak Mia kongsikan untuk
kali ini. Jika ada sebarang soalan berkaitan F3 ini atau produk
Herbalife yang lain, boleh tanya Mia di ruang komen
"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."
Melarik Tinta Maya,
0 comments: