My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Sunday 30 June 2013

LAST DAY DAFTAR 90 DAYS WLC WITH MIA ZARA INA


Hi,kawan-kawan...

Just a simple mesej from me ...

Today 30 Jun 2013..date akhir untuk sape-sape yg berminat nak join program diet yang dianjurkan ni...


So,diingatkan sekali lagi..

1) Letak details nama di FB Group Kumpulan Manusia Mahu Kurus (KMKK) yang mia created k

2) Post di wall KMKK (photo + timbangan terkini)..

Para peserta yg dh daftar..if you have blog...please add me to ur blog k..senang kte nak kongsi info...hehe...

Isnin ni..nantikan senarai peserta muktamad yg menyertai pertandingan ini k.

Stay cute.




Palitan Tinta Maya,




 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Agar Berpisah Tidak Gelisah

Sukar untuk saya menggambarkan rasa hati. Kerana itu, saya sering tersenyum, berfikir dan mencari makna tatkala keputusan EGTUKAR yang dinantikan sudah dijangka...GAGAL .

Berjauhan dengan suami bukanlah perkara baru bagi saya, kerana 2 bulan selepas ijab kabul, kami sudah terpisah utara-selatan mengharungi hidup masing-masing. Seorang di selatan (Johor)..seorang di utara (Perlis).

Sehinggakan..saya mengandung anak pertama pada ulang tahun 1 perkahwinan....saya sudah biasa mengharungi saat berjauhan ini..episod permulaan penuh rendaman air mata hinggakan baby dalam kandungan pun jd merajuk ble ibunya selalu sedih.

Namun, kini ...memasuki ke tahun 2013 dari tahun mula 2010 berjauhan...membuatkan saya lebih kuat, positif dan bersemangat..Meskipun EGTUKAR kali ini gagal..saya seakan merasa teguh...mungkin kerana cahaya mata sulung kami tetap di hadapan saya kini...meski saya terpaksa memandu 1 jam setengah setiap hari dr JB ( tempat tinggal ) ke sekolah di Rengit,Batu Pahat turun highway Simpang Renggam. Kehadiran keluarga di sisi meski ada di JB,bukan di rengit turut menguatkan fungsi jiwa saya kerana saya selalu berfikir

"alhamdulillah..Allah masih memberikan aku keluarga di sisi meski jauh dr suami,"

Malah, saya selalu memuhasabahkan diri saya tatkala mengenang rakan-rakan yg mungkin lebih derita episodnya dr saya.

Ada juga yg mengeluh kesah ble mendengar setiap hari saya ulang alik 1 jam setengah.

"Ya...memang penat...tapi demi anak..saya kuatkan hati mengharungi.bagi saya, saya memang tak boleh jauh dr anak..pepun yg terjadi...saya mesti lebih kuat ble lihat wajah anak....,"

Di sebalik itu..tuntutan sebagai anak tatkala melihat ibu sendiri menjaga anak bagai menatang minyak yang penuh...adakala membuatkan air mata saya tumpah sesekali. Apa tidaknya....demi perjuangan di sekolah...melengkapkan segala tugas & jwtn di sekolah...kelewatan saya tiba di rumah ..paling lewat jam 4/5 petang (jika mesyuarat)..pasti meresahkan seorang ibu...

Di sinilah saya memikirkan perlunya saya berusaha menjalankan tugas sbg anak yg solehah kpd ibunya. Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu tak terbalas oleh saya.
 
Untuk suami..... setiap kali berjauhan, perasaan rindu tidak juga memudar, malahan semakin menebal berbanding kali pertama dahulu. Mungkin benar, semakin lama hidup bersama, mengharungi susah dan senang sepanjang usia perkahwinan, membuatkan dua hati kian dekat, biarpun jarak tujuh lautan memisahkan.

Saya yakin, isteri mana yang hatinya tidak merindui suami yang jauh di mata. Namun, saya akui perpisahan sementara antara saya dan suami yang hanya sebulan, pasti tidak terbanding perpisahan pasangan suami isteri yang menempuh perhubungan jarak jauh ( PJJ ). Berpisah bukan sehari dua, tetapi memakan masa yang menjangkau bertahun lamanya. Paling kurang pun, suami dan isteri bertemu melepas rindu hanya di hujung-hujung minggu.

Persoalan berkait perhubungan jarak jauh ini pernah dihadapkan kepada saya. Ia bukan hubungan cinta bagi mereka yang belum bernikah, tetapi kepada pasangan yang telah pun melafaz akad sebagai suami isteri yang halal dan sah. Dan berpisah yang dimaksudkan bukanlah bercerai, tetapi hidup berjauhan antara suami isteri atas sebab-sebab kerjaya, menuntut ilmu dan seumpamanya.

Saya cuba memahami situasi hari ini dengan berbual dan meminta pandangan rakan-rakan yang lain. Kesimpulannya, keadaan ini bukanlah penghalang untuk suami isteri menjalinkan ikatan yang harmoni. Berjauhan atau tidak, ia bukan jaminan keutuhan sesebuah mahligai perkahwinan. Jarak sama sekali bukan penghalang bagi mencipta mawaddah, rahmah dan sakinah di dalam sesebuah rumahtangga. Asal saja kemahuan dan usaha membaja cinta dilakukan dengan saksama oleh suami dan isteri, ketiga-tiga elemen penyeri itu akan tetap subur mewangi.



YANG MANIS 

Saya juga sempat membaca pandangan mengenai ini daripada Pensyarah Jabatan Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Dr. Khaidzir Ismail menerusi kolum Pesona di Kosmo! Online.

Menurut beliau, hubungan jarak jauh ini sebenarnya, jika difikir dari sudut positif adalah lebih manis.

"Ia ibarat jauh di mata, dekat di hati. Pasangan yang terlibat akan semakin rindu antara satu sama lain kerana berjauhan rentetan timbul rasa kehilangan dan kekosongan.

Rasa kehilangan itu ditebus dengan berutus surat, menghantar e-mel, menelefon. Tetapi bahayanya perhubungan ini adalah, jika terlalu lama berjauhan dikhuatiri kasih sayang mula pudar," katanya.

Memang benar, andai dilihat dari sudut positif, perpisahan yang terjadi mampu menatijahkan kebaikan. Ketiadaan pasangan dirasakan bagai satu kehilangan. Perginya diiring doa, pulangnya ditunggu penuh setia. Saat jauh di mata, rasa rindu bertandang, menjadi tali kepada dua hati untuk saling mengenang. Menambah kasih, merimbun sayang.

Inilah manisnya perpisahan sementara.

Akan tetapi, jika lalai dan cuai dalam menanganinya, ia sangat berpotensi menjadikan jarak perhubungan sedia ada kian ketara jauhnya. Semakin sepi dan dingin. Cinta tidak menggebu. Rindu bukan lagi pengikat untuk bertemu.

Sudahlah jauh dari pandangan mata, jauh juga dari jiwa!



RENUNGAN : UJIAN DAN CABARAN

Jujurnya, saya cuba melihat persoalan hubungan jarak jauh ini dari sudut yang agak berbeza.

Sebagaimana pasangan suami isteri yang berdepan perselisihan, poligami dan perceraian, mereka yang mengalami perhubungan jarak jauh ini juga sebenarnya sedang berdepan dengan ujian. Ujian dalam kehidupan. Cabaran dalam memaknakan ikatan perkahwinan.

Dan ujian ini boleh menjadi berganda cabarannya jika jalan-jalan yang dilalui dalam mengisi dan memaknakannya lebih banyak membawa kepada perselisihan sehingga menatijahkan poligami atau perceraian. Keadaan ini tidak mustahil, dan banyak yang telah melaluinya lantaran kedua-dua pihak memandang ringan terhadap usaha-usaha ‘mengikat’ kemas ikatan yang telah mereka jalinkan atas nama Allah.

Saya melihat ini sebagai sesuatu yang besar, lantaran menurut penilaian saya, sebab utama yang menjadikan perhubungan jarak jauh ini sebagai ‘trend’ hidup masa kini adalah kerana desakan kewangan demi menstabilkan ekonomi keluarga, membayar hutang pinjaman pelajaran, untuk membantu ibu bapa dan adik beradik yang masih belajar dan sebab-sebab lain lagi sehingga ramai para isteri rela atau terpaksa berpisah daripada suami tercinta kerana perlu bekerja jauh.

Tambahan pula, bila mana isteri yang bekerja jauh ini sukar mendapat kelulusan pertukaran tempat berkhidmat, atau tidak sanggup bertukar kerana sayang dengan suasana kerja yang telah lama diperolehi, atau seumpamanya.

Pelbagai sebab dan punca menjadi pemisah dua jiwa, dan keadaan inilah yang sewajarnya dijadikan renungan bersama.

BENARKAH INI TAWAKAL?

Justeru itu, perkara utama dan pertama perlu diperhatikan, ialah keyakinan dan tawakal kepada Allah SWT. Ramai manusia yang lupa untuk memantapkan aspek ini di dalam kehidupan. Sebagai hamba Allah SWT yang berusaha meraih kesejahteraan hidup di dunia, manusia sering memohon untuk mendapatkan kejayaan, penghasilan dan kemewahan.

Dan itu bukanlah satu kesalahan, bahkan Allah SWT sendiri menganjurkan hamba-hamba-Nya untuk memohon apa-apa pun kebaikan kepada-Nya, beserta janji bahawa DIA akan memenuhi permohonan mereka.

Firman Allah SWT :

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ


Maksudnya : “Dan Tuhanmu berfirman: ""Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.” ( Surah Ghafir ayat 60 )


Malangnya, realiti yang melata, tindakan kebanyakan manusia selalu tidak selari dengan doa dan permohonan yang dipinta. Ramai lebih cenderung mencari harta yang sementara sehingga mengabaikan sesuatu yang lebih utama, antaranya memilih untuk tidak bersama ‘harta’ yang lebih bernilai iaitu keluarga, dengan hidup bersama walau serba sederhana.

Mereka lebih merasa selesa ketika beroleh penghasilan yang besar, baik melalui kerjaya atau tugasan lainnya, bukan karena merasa memiliki Allah yang Maha Pemberi Rezeki, sebaliknya lebih cenderung untuk yakin dan ‘berserah diri’ kepada pihak atasan yang dirasakan memberi imbuhan dan gaji. Malahan, ada yang menganggap merekalah yang menentukan nasib, merasakan mereka yang menentukan kenaikan pangkat, pendapatan, juga beranggapan merekalah yang memberikan sebarang posisi yang diinginkan.

Kehidupan bersama keluarga dikesampingkan dengan anggapan ia tidak memberi nilaian pangkat, wang dan harta yang menjanjikan kesenangan. Inilah gerak ‘rasa’ yang tersasar dan amat menguji.

Oleh itu, pasangan yang sanggup menempuh hidup berjauhan, terutama kepada para isteri yang bekerja jauh dari suami, semata-mata dengan tujuan mendapatkan wang yang lebih, perlu kembali menilai tahap tawakal mereka kepada-Nya. Jika merasakan hanya dengan kewangan yang utuh lebih menjamin masa depan yang lebih senang dan cemerlang, maka di sinilah bermula ‘salah’ penafsiran terhadap sifat tawakal dan redha yang sebenarnya kepada Tuhan.




TAWAKAL YANG BENAR 
 
Sewajarnya, niat bersulam tawakal yang benar ketika hidup berjauhan ini sentiasa disematkan iaitu dengan berusaha sebaiknya sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah. Menjaga halal haram dan menjauhi yang syubhah agar sebarang imbuhan yang diperolehi disinari barakah dari Allah, seterusnya dapat melangsaikan apa-apa tujuan yang menjadi penyebab mereka suami isteri hidup berpisah.

Jiwa seorang hamba Allah yang melafazkan tawakal yang benar, ialah yang mengetahui dan menyedari bahawa setinggi manapun pangkat, kedudukan atau jawatan dan sebanyak manapun imbuhan, gaji dan pendapatan, ia bukanlah satu persoalan yang besar dan mengusutkan fikiran, selama dia menyedari dan menginsafi bahawa dia masih memiliki kedudukan di sisi Allah ar Rahman. Pergantungannya yang sebenar hanya kepada DIA Yang Maha Pemberi Kurniaan.

Firman Allah SWT :

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًاوَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Maksudnya : “Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. “ ( Surah at Thalaq ayat 2 – 3 )
 
Justeru itu, pasangan yang mengerti dan memiliki kefahaman sebegini, mereka akan segera mencari jalan untuk kembali bernaung di bawah bumbung yang sama, setelah sebab-sebab yang menjarakkan hubungan mereka suami isteri berjaya diharungi atau dilunasi.

Mereka menginsafi, bahawa sunnatullah di dalam perkahwinan adalah suami melindungi isteri, manakala syari’at juga menekankan, tempat seorang isteri adalah untuk berada di sisi suami. Dua keadaan ini amat sukar dijayakan andai suami dan isteri tidak duduk sekali.



KISAH SAYYIDINA UMAR 
Saya teringat kepada suatu kisah di zaman Sayyidina Umar Al khattab.


Suatu ketika Umar, sebagai seorang Khalifah yang amanah dan bertanggungjawab, melakukan rutin rondaan malam. Ketika beliau melewati sebuah rumah, tiba-tiba terdengar dari dalamnya, suara seorang perempuan sedang bermadah. Nadanya merintih, membayangkan jiwanya yang sedih dan pedih:


“Sungguh malam ini sangat panjang, sekelilingnya penuh kelam. Situasi ini menjadikan aku tidak baik, kerana tidak ada kekasih yang bisa kuajak bermain. Demi Allah, seandainya aku tidak takut azab dan akibat, sungguh ranjang ini akan bergoncang hebat.”



Mendengar itu, Umar berusaha untuk menyelidiki kisah si perempuan dengan rintihannya yang lirih. Akhirnya diketahui, bahawa suaminya telah meninggalkan rumah sekian lama sebagai mujahid di medan jihad.


Umar kemudian menanyakan puterinya Hafsah, berapa lama seorang isteri mampu bersabar diri dari suami ? Jawab Hafsah: empat bulan. Waktu itulah Umar melaksanakan satu ketetapan dan peraturan, bahawa seorang suami tidak boleh meninggalkan isterinya lebih dari empat bulan.


Perlu diingat, objektif yang digariskan oleh syari’at melalui perkahwinan tidak mampu disempurnakan sebaiknya tanpa suami isteri hidup bersama. Bukan sekadar memenuhi tuntutan batin semata-semata, tetapi juga untuk mengisi naluri kemanusiaan yang selalu ingin dikasihi, diambil berat, dibelai dan dirawat.


ACUAN PERCAYA

Selanjutnya, perkara kedua yang tidak kurang pentingnya dalam perhubungan jarak jauh ini ialah kejujuran diri dan kepercayaan terhadap pasangan. Tanpa jujur dan percaya, ramai pasangan akan kecundang mempertahankan keindahan perkahwinan. Ia umpama baja yang menyuburkan cinta. Semekar mana pun cinta, ia akan layu tanpa dibajai kejujuran dan percaya.

Richard Templar ada menyentuh hal ini di dalam bukunya, The Rules Of Love. Templar menegaskan :

“Trust is an absolute essential between partners. It doesn’t matter whether you’re talking about being faithful, sticking to promises, keeping spending within what you can afford, or anything else. If you can’t trust your partner, you’ll never be happy.”

Walaubagaimanapun, di dalam Islam, kepercayaan setiap pasangan harus berteraskan acuan agama. Tanpa acuan agama, sebarang usaha kepercayaan yang dilaksanakan tidak mampu membuahkan 100% rasa percaya yang benar-benar diyakini. Tanpa sedikit pun sangsi, tiada lansung gerak naluri bahawa pasangan mahu menyelidiki atau mengintipi.

Justeru itu, seorang isteri yang jauh dari suami harus menghadirkan kepercayaan kepada suami dengan sentiasa menjaga maruah diri, berpakaian sopan, sempurna menutup aurat, tidak keluar tanpa tujuan dan hala serta selalu memastikan pergaulan dengan rakan sekerja lelaki hanya sebatas yang perlu sahaja. Bercakap, berurusan dan lain-lain kerana tugas dan tidak lebih dari itu. Sebarang tindakan yang boleh mengundang fitnah, sedaya mungkin disesah. Bimbang, andai ada mata dan mulut yang hasad menyampaikan sesuatu yang tidak benar sehingga mencetuskan perselisihan, sekaligus memudarkan kepercayaan.

Sementara kepada para suami pula, perkara-perkara berkaitan isteri hendaklah sentiasa ada ‘up-date’ terkini. Tidak lengah dan tangguh untuk menasihati gaya dan keterlanjuran isteri dalam berpakaian, penampilan dan pergaulan di samping mereka juga mesti menjaga batas hubungan dengan wanita lain terutama rakan sekerja.



BUKTIKAN UPAYA CINTA

Jika kejujuran dan kepercayaan terhadap pasangan hadir sepenuhnya, barulah kestabilan emosi sentiasa berada di tahap yang tinggi, walau yang disayangi tiada di sisi.

Setelah itu, barulah mempertingkatkan upaya dan ikhtiar berbentuk teknikal demi memastikan rasa cinta dan kasih terhadap suami atau isteri sentiasa mekar dan merimbun di dalam hati.

Ini termasuklah sering berhubung dan mengemaskini ‘laporan’ kehidupan masing-masing, sama ada melalui perbualan di telefon, sms, emel atau lain-lain medium perhubungan yang canggih dan terkini.

Selain itu, buktikan juga upaya cinta kepada pasangan dengan mempertingkatkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam menjayakan sesuatu perkahwinan. Contohnya, di pihak isteri memperbaiki kemahiran memasak dan menghias diri buat tatapan suami yang dikasihi, manakala di pihak suami pula melengkapkan ilmu dan maklumat untuk mendidik diri dan keluarga, juga usaha daripada kedua-duanya dengan kemahiran keibubapaan bagi melengkapkan pengetahuan sedia ada untuk menjadi ibu bapa yang berjaya.



AGAR BERPISAH TIDAK GELISAH
 
Akhirnya, saya meyakini, setiap pasangan yang berkahwin sentiasa ingin didampingi suami atau suri hatinya. Selalu mengimpikan mahligai indah yang dibina, dihiasi gelak tawa yang ceria. Menatap wajah insan yang dicintai, memegang jari-jemarinya yang halus berbudi.


Dekat di mata, lebih dekat di hati.

Justeru itu, perbincangan dan perancangan sebaiknya perlu ada agar perhubungan jarak jauh ini tidak melewati suatu tempoh yang lama. Gusar, jemu dan bosan akan hadir tanpa dipinta, selain ia juga tidak menepati kehendak sebenar agama.

Namun, dalam saat melewati hidup berjauhan, renung dan berusahalah untuk 3 perkara yang utama:

1) Tawakal yang benar
2) Acuan percaya
3) Buktikan upaya cinta

Agar berpisah tidak gelisah, kerana perpisahan tidak sesekali menghadirkan resah, perpisahan adalah penantian, menanti saat kembali bergandingan.

Saya kembali meneliti dan menghayati status saya di FB :

“Penantian satu ujian, penantian satu renungan, penantian satu kesyukuran, penantian bukti kecintaan.”

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Jumpa lagi, InsyaAllah.




Renungan muhasabah diri,
 


Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Monday 24 June 2013

Episod 7 "Kerana Dia Untuk ku" (ilham Mia Zara Ina)

Kenderaan yang lalu lalang singgah ke laman teratakku di Indera Kayangan saat indah ini menjelma sememangnya sudah kuduga. 

Kerana...inilah kali pertama rumahku melangsungkan majlis kenduri serba sederhana ini. Walaupun tanpa khemah serta pelamin tunang secantik karangan insan lain, hatiku tetap diulet bahagia dengan kehadiran para tetamu terutamanya sanak sedara yang sudah lama tidak kutemui rentetan kami berada nun jauh di Bumi Darul Takzim. 

Alangkah lapangnya hati kala hasrat ikatan dua hati sudah termeterai meskipun ijab kabul bakal dikecapi. Namun, bila ya? Ups, this is secret thing...hehehe

Masih tertancap di ruang benak minda, kala aku duduk bersimpuh di ruang tamu seusai majlis berakhir dan hadirin makin rancak menjamu selera, sempat lagi aku berbual dengan kakak ipar tunang, ibu tunang dan adik-adiknya yang berada di situ sejurus selesai makan. 

Tapi, wajah dan iras bayang insan yang aku tunggu, masih jua tak kelihatan. 

atau .......................

dia sebenarnya tidak hadir???....
Sebak rasanya hati, namun peluh sudah membasahi saat dinihari mendatang dan make up makin mencair...Geli hati dengan keadaan itu. Terasa tak sabar untuk menutup majlis hari ini..Namun, aku gagahi jua dengan senyuman..

 
Sememangnya episod fotografi jua tidak kurancang..sekadar buat kenangan diri semata-mata....Bagi aku ada sesuatu di minda bakal aku potretkan bagi koleksi majlis tunangku...............Orang lain menempah khas..............
 
Tapi tidak pada aku...bagaimana pula dengan engagement album photoku??? 

Pastinya aku akan persiapkan album khas majlis tunang kami cuti sek akhir 2010 ini dengan garapan kisah diari khas.............

 
 Untuk siapa tu? @ ada majlis khas?
Eh, kenapa cuti sek akhir 2010 ni ya? 
Ups..nantikan dulu ye sambungan kisah di penghujungnya ya!...hehehe
"Mia, cantik hantaran mia nie....minta maaf la ye...Mak bagi kat mia biasa-biasa je. tak sangka mia buat sampai macam ni," 
Suara ibu tunangku menerjah di sebelah saat aku bersimpuh. Mungkin dia rasa bersalah...Namun, aku tersenyum menjawab bersahaja.


" Ala, takde apa-apalah mak. Mia buat ala kadar je,"


Ups...rasa masih kelu lagi lidah saat nak sebut "mak" pada ibu tunangku. 
Kenapa aku rasa begitu ya? 
Sebab....
Selalunya aku bertanya rakan...diaorg kata..
 
"Mia, syahdunya dia dah bahasakan diri mak dengan ko, Mia..aku yg bertunang nipun masih panggil makcik...aduhai, bestnya kisah ko ni....terasa diterima lak. tapi, kelu aku rasa...," kata salah seorang sahabat satu ketika setelah bertunang dengan nada usikan yang tak habis-habis.


Yup...itu yang aku rasa. Yang peliknya, ibu dan ayah aku pula rasa lain.. 
 
Tapi, aku memang rasa gembira sangat-sangat. Bila ibu lelaki itu memanggil ku begitu, aku rasa dekat dengan keluarga mereka & saat manis itu, takkan aku lupa....sehingga kelu rasanya aku nk panggil "abah" kepada bapa lelaki itu....
 
 
Tertancap rasa ingin ketawa dalam hati...Namun, penuh rasa nian gembira.
 
"Mia, meh bergambar dengan hantaran nie..mak nak buat kenangan. Boleh,kan?," Ibu tunangku sudah memegang tanganku menarik aku ke tempat hantaran...
 
Aku tersenyum...Ups, peluh sudah merenik rasanya...
Oh, cepatlah berlalu majlis ni. Penat rasanya dengan persiapan semalam.
 
"Kak Mia, ada orang dah datang tue.........," Adik maria..adik tunangku memberitahuku senyum mengusik selepas sesi bergambar sesaat tadi.
 
Aduh, kenapa pipi aku merah ni? Apa jadi ni. Relaks...Relaks,mia....
Hati aku, dada aku berdetak kencang kerana malunya rasa nak berhadapan dengan lelaki yang dah sah jadi tunangan aku....huhu. 
 
Aku memang gila. Ni kata kwn aku..  Dah bertunang, malu pulak. Lps2 segan pulak nak jumpa.. 
 

Uiks, diaorg ingat senang ke jadi aku....cuba ditempat aku...kami ni br pertemuan kedua...mstila malu beb....dia tu ustaz, aku pulak konon2 minah ustazah yg pemalu ...haha....ye ke aku pemalu? aduhai, mia...mia!!!
 
Saat kedatangan tunang dan rakan baiknya, aku tunduk malu. Sebenarnya dari awal lagi, ramai sedara mara sudah giat bertanya
 
"Mia, yang mana satu tunang hang nie? ," Aduh, pakat dah tanya. Janganlah dia buat spoilt datang dengan tak semena. 
 
Wajah itu.....bentuk tubuh itu....jelas sekali tunang aku. karisma Ustaz Rijaluddin jelas sekali dengan pandangannya bersahaja. Aku tahu dia cuba hendak memandang aku. Auranya, kami bersahaja...seakan tiada rasa, namun hati gembira....kerana niat sudah terlaksana....Aku lihat dan terdengar usikan rakan di sebelahnya walaupun aku hampir dekat dengan ruang makan mereka.
 
"Pergilah jumpa tunang ko tue....Cian kat dia. Tak nak amik gambar ke?," kawan ustaz rijaluddin sudah giat menyuruh tunangku mampir kepadaku.
Aku yang mendengar saat itu pura-pura sibuk beramah mesra dengan neneknya. Padahal saat itu, aku juga punya panaroma malu teramat untuk bersuara. 
 
Dan................sudah pastinya,
kami antara pasangan unik................hahaha.Nak tau kenapa????
 
Tiada 1 gambar pun antara kami berdua di saat pertunangan berlangsung.... 
 
Aku sempat dengar bicara lelaki itu kepada rakannya. Ups, jahatkan aku...hahaha
 
"ish...malu aku. Nanti, tunggu ijabkabul...dah sah..ikut islam. baru bergambar...kan dah jd suami isteri masa tu," Tegas dalam malu nada kata Ustaz Rijaluddin. 
 
Rakannya mencubit geram. Pelik dengan tindakan tunangku itu.
hehe...memang pelik pun. Sehingga rakan dan sepupuku pun mengusik aku. 
 
"Mia, heran dengan korang....pi la jumpa. Malu pulak..ngade2x sungguh. aku sekeh ko kang..baru ko tau," Perli sepupuku yang ada di situ. Agaknya geram melihat kami seakan ustaz & ustazah yang baru pertama kali berjumpa....
 
ups...sabar jela...
Yang pasti, aku ingat lagi................saat tangan bersalam-salaman tanda mereka semua ingin pulang, lelaki itu ada di sebelahku. 
 
Kaku sesaat. Segan melanda diri. Yang aku tahu, aku begitu rendah di sisinya. Dan dia berdiri tegak sasa di sebelahku....
Oh,God....nak cakap pe ni?huhuhu..Tolong aku, ya Allah.

" Mia...," Desit suara jelas menampan pendengaranku. Benarkah dia yang bersuara??

"hm....," Entah kenapa, itu saja yang aku jawab dalam pandang tak pandang di sebelah lelaki yang sudah bergelar tunangku.


"Nak bertolak balik JB,ble ya?," Aku tahu dia memberanikan diri berlagak seakan ingin bersuara denganku. 

Kala mata dia tertancap pandanganku...aku pantas menunduk malu. 
 
"Aduhai, apa jadi dengan aku ni...memang gila. Dengan dia je aku jadi mcm ni...dengan lelaki lain, boleh lak aku berbicara," Sempat lagi aku memaki perasaan yang hilang tak tentu arah kala itu.
 
"Malam ni. Adik awak nak ikut sekali kan.....nanti ayah kata boleh hantar ke Poli PG sekali alang-alang balik Jb...," jawabku tanpa ragu-ragu.
 
" Awalnya. tak penat ke?," 

"Terpaksa la awak...dah nak sekolah kan," 
 
"malam ni, saya datang rumah mia ya...hantar adik balik dengan keluarga mia ke Jb. Balik dulu ye," 

Lelaki itu sempat memandangku senyum dalam pantas sebelum berlalu ke kereta bersama rakan baiknya mengakhiri wakil-wakil pihak lelaki yang sudah berlabuh pergi meninggalkan teratak maya mia di perlis. 

"Ehem...ehem....," Nada suara berdehem di belakang kami jelas kedengaran. mesti adik-adik sepupuku tue la....ish..ish...sempat lagi diaorg ni.Jelingan mataku membuatkan suasana ketawa geli hati di belakang menerjah di telingaku.

Lambaian tangan mengakhiri penutup majlis pertunangan yang telah termeterai. 
Dan.....saat itu perutku sudah meminta sesuap nasi.Mataku mula sudah mula diulet rasa kepenatan....

Oh, ciannya my dad ...my mum....malam ni kami harus juga bertolak ke JB....Itulah gawatnya  bertunang dalam saat cuti sekolah tak sampai seminggu ini. Kelam menusuk jiwa namun hati lega dapat melabuhkan badan di perbaringan kamar pertunangan...

"Mia, selamat bermimpi indah dengan cincin di jari manismu agar ia manis & mekar menguntum selalu,"

Monolog berderu dengan senyuman di bibir bermain-main walaupun di luar sana, suasana persiapan setelah selesai majlis giat dibantu sedara mara....

...........................................................................................................

Aura seri wajah jelas terpancar di sebalik pantulan cermin di kamar pertunangan yang baru sahaja selesai kukemasi. Di dapur juga, kulihat periuk, pinggan dan segala peralatan dibersihkan dengan sebaik mungkin. Nafas kelegaan mengusap sudah saat jam berdenting menunjukkan 8.00malam. 
 
Aku sudah siap berblous putih berbunga hitam dipadankan dengan seluar slack hitam. Jaket merah sudah siap kusertakan bersama di beg untuk di bawa pulang ke JB. 

Kulihat adik, ibu dan ayah jua masing-masing sibuk menguruskan hal-hal akhir sebelum kami berangkat. Ada riak kepenatan terutama jelas pada wajah ayah. Mujur ada ibu saudaraku yg banyak membantu melancarkan perjalanan majlis di kampung.

Dan aku...........adalah pemandu pada malam itu sementara ayah mengambil tempat berehat di sebelah tempat duduk pemandu. Ups, pada awalnya ayahku yang memandu, kemudian silih berganti dengan aku.

Selepas selesai sahaja azan isyak berkumandang, kedengaran sebuah kereta menderu berlabuh masuk ke ruang halaman rumahku.

Tak syak lagi..........tunangku, abang sulungnya dan adik shamsiah yang bakal bersama kami ke JB.

" Assalamualaikum," Suara Abang Hasyim ..abang sulung tunang memberi salam jelas kedengaran.

"Wa'alaikumussalam...mai masuk dulu," kata mak aku yang sememangnya sudah bersedia di ruang tamu. 

"takpe makcik, duduk kat anjung ni jela...ambil angin..," Tunang aku menjawab seraya tersenyum.

Aku pula baru selesai solat dan bersiap memakai tudung. Cepatnya masa berlalu, bagaikan sedetik masa untuk kami melangkah balik ke JB.

Entah kenapa, hati bagaikan tak henti berdoa agar masa seperti ini dilewatkan...
Beg-beg yang sudah siap sedia untuk dibawa pulang, aku masukkan ke bonet. Aku lihat tunangku datang dengan simplenya malam ni. Tau tak, dia pakai pe??
haha...aku nak gelak sebenarnya. Tak pernah aku ketemu lelaki yg stail bersahaja macam ni..same as abang sulung dia........kemeja & kain pelekat je.. Sempoi,kan! 
Kalau aku, rasa malu lak......tp, aku suka org laki yg tak malu & hipokrit mcm ni..dia ni ada stail like my father..........kat JB pun ayah aku smpai dah terbiasa ke majlis nak pakai kain pelekat dan baju melayu. Tapi, suasana di kampung berbeza..di bandar, selayaknya kena berpakaian ikut kesesuaian...


 
"Mia, ni saya letak kat bonet ye....mak abah bagi 1 guni mempelam suruh bawa balik Jb," Tunangku sudah mampir di sebelah menolong aku memasukkan barang ke dalam bonet kereta. 

Terharu pula dia menolong...ups!
" Best ni ....dah lama nk makan mempelam...tima kasih la ye .susah payah bagi kat kami...lepas ni leh borong mempelam lagi la kalau pi umah awak kat Chuping,kan...," saja aku mengusik tunang aku. 

Namun, malu masih tertancap antara kami....
Saat mata dia memandang aku, aku suka stail dia yang penuh bersahaja tu.,...
Kelu lidah seketika,tetapi .....banyak yang nak diperkatakan. Hanya hati je yang tahu....huhuhu.

"Awak...balik dulu ye," Inilah saat syahdu kerana aku sempat lalu melintasi abang sulungnya dan dia tersenyum je dalam malu melihat aku yang sedang melangkah masuk ke perut kereta.

Lambaian terakhir....lambaian sukma mengakhiri perjalanan kami ke bumi darul takzim sehinggalah menghantar adik shamsiah (adik tunang) ke Poli PG. Di saat pemanduan berlagu di malam hari, aku menumpukan sepenuhnya pada jalan raya....Di sebelah, ayah telah tertidur pulas. Mak dan adik wani juga begitu...Tinggal shamsiah mungkin melayan lagu yang aku putarkan............

Dan aku..........
Melayari pemanduan dan berharap esok biarlah seindah bintang yang germercap di langit....Memintal dengan penuh doa agar ikatan ini mengharum dalam indah destinasi ke pelamin penyatuan azali.
......................................................................................................

 Segala-galanya bagaikan mimpi. Hadir kembali ke bumi JB lalu ke Batu Pahat, dimana tempat aku mengajar, mencurahkan kasih didik untuk amanah perguruan...dan setelah sebulan berlalu pertunangan itu, cincin kasih ini masih tersemat di jari. Nadi tetap berlagu nama itu. Setia tetap terpateri. Janji kekal diingati walaupun si dia jua saat ni telah menabur keringat menjadi guru agama sementara di sek agama Desa Perlis. 

Jauhnya jarak kami.......
Dahulu....Malaysia-Mesir,
Kini....utara-selatan Malaysia.
kata orang tua "Jauh di mata, dekat lagi di hati," 
Erm, benar tak kawan-kawan....hehe..
Kalau sedang tersenyum tue, betul la....:-)

Jemari kusentuh....cincin itu kuusap mesra....Semesra talian perbualan kami setelah sebulan mengikat tali pertunangan............di suatu malam.

" Tak sangka kan, Mia dah jadi tunang awak kan? Jauh juga penantian hmpir 5 tahun ni(2005-2009," kataku dengan nada ria . 

"Ye, awak dah jadi tunang saya sejak dulu lagi....sejak saya di Mesir pun bile orang tanya saya ....siapa kekasih saya..saya jwb saya dah bertunang tau," 
Itu jawapan tunangku...Betul ke tue???

"ish....tak percayalah," kataku sahaja berdolak-dalik.
"tak caye sudah...itulah yg sebenarnya," Masih lagi bersahaja seakan nak mengusik aku je lelaki ni.

" Awak tipu dosa tau," Aku giat mengugut manja di hujung talian.
Dia ketawa mengekek di hujung talian. Namun, aku percaya. Ada peristiwa yang membenarkan kata-kata lelaki ini.

"Mia, sori sangat-sangat pasal kek tunang tempoh hari ye....tak sangka smpai jadi mcm2...patutnya cantik sangat-sangat mcm abg tengah saya tempah....makan tak?," Tunangku dengan rasa bersalah lagi bersuara.




Simpati pulak aku mendengar walaupun dalam hati geram juga.
"rasa sikit..manis. Hm, dah takdir kot..takpela awak. bagi saya yang penting kan....cincin tunang ni...jangan cincin yg hilang dah la....dan plg ptg, orangnya datang....,"
Sampai ayat akhir, dia pulak tergelak...
Nape2????

"Eh, kenapa gelak ni?Ha, mesti ada wat salah kan?," Dugaku.

"Eh, takdela....Mia, tak sangka kte tak bergambar kan?," 

Soalan itu akhirnya telah ditanyakan lelaki itu. Ia seakan sama dengan nada soalan yg ingin aku ajukan.

"Tula...tapi, awak rasa ok ke?," saje aku menduga lagi lelaki yang penuh watak simple ini.
 
"Takpe.......saya pun malu masa tue. Kalau ikut segan nak datang. tapi, abah pesan mai lepas habis majlis...mujur kawan saya teman, so ok la sikit," 
"haha...malu? awak malu?," aku gelak...gelak sakan. Jahat aku.Padahal aku pun sama..saje cover seh!

" Amboi, nak kenakan saya ke,Mia....nanti gmbr kawin, kte amik bebetul...sebab pd saya bile dah ijab & kabul pengertian tu yg penting...tunang ni hanya meterai janji sementara...........ble dah akad...bermakna saya menerima awak sbg isteri. Saya rasa itu penantian yg terbaik kan utk segalanya. Kalau kita kasih, kte sayang, kte cinta....mesti ada pengorbanan..............dan sesampai saatnya, Allah pastikan makbulkan," 
Terpana aku......panjang lagi jelas lelaki itu menokok bicara. Sememangnya aku sudah cukup mengenali watak Ustaz Rijaluddin ini yg gemar memberi ceramah agama malah pantas berhujah jika ditanya........
aku?? 

hm, sekadar merendah diri dengan ilmu yang masih perlu dituntut. 
Dan lelaki itu, diharap menjadi payung utama tempatku berteduh menadah ilmu agama serta memanduku ke jalan mardhatillah.

 
Hanya 1 kata-kata dalam perbualan, bisa menggamat hatiku....huhu
Teringat kata tunangku walaupun dalam nada bergurau....

" Mia, ari2 masa kte jumpa mula-mula...tengok mia same as gambar...balik bertunang ari2...mia ada diet ke...?," Ups...tetiba je lelaki ini bertanya soal pengurusan berat badanku..aduhai..

" takdela...biasa je...," Jawabku bersahaja. 

"ye ke....takpe...bagi saya, yg penting mia sihat... Nak kurus boleh, tapi utk sihat k...Jangan kurus sampai membebankan diri k," 
Hm, dia dah mula menasihatkan aku bab ni...
Dan aku..kenapa seakan nak berahsia...ada apa-apa ke yang tak kena ke???

Hati berlagu sedih. Misi itu terlalu jauh untuk aku kejari.....
Adakah aku mampu? huhuhu.........




Garapan kalam setitis idea,

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute