Asal (58)..Terkini 10/7/2014 - 54kg

Monday, 17 June 2013

Episod 5 Novel Maya Mia "Kerana Dia Untuk ku"


Bintang masih lagi berkerlipan nun di langit biru. Merenung jauh indahnya malam hari bagaikan dilamun asmara lalu. Hatiku? Sanubariku? Entah apa yang merona membuta dalam kerlipan pertanyaan yang bergeligar di ruang benak penuh berselirat ini.
Aku dirundun rasa bersalah. Amarah pada diri. Untuk apa aku tangisi kenangan cinta lalu. Seketika........namun membuah rasa antara aku dan dia. 

Antara aku,kau dan dia?  Watak mana yang harus aku pentaskan agar ia menjadi satu mahligai realiti. 

Oh Tuhan, tolong daku.  Aku sayangkan dia.....Aku kasihkan dia........dan aku cintakan dia. 

Aku cuba menenangkan rasa hati ini..........teringat akan sepotong sms dari Ustaz Rijaluddin kala aku mengatakan si dia hadir kembali..............


" Mia, jika diberi pilihan.........mia lah selayaknya membuat pilihan. Hidup sebenar mia adalah di tangan, Mia. Tentang cinta & kisah lama, pada saya ...tak salah jika mia nk bersahabat dengan dia...dan saya percaya mia tahu hati mia untuk siapa,kan," 

Benarkah itu kata-kata lelaki yang sentiasa berlagak tenang setiap kali aku mengadu damba masalah.  

Aku cemburu dengan cara bersahajanya....dan keistimewaan itu tiada pada aku mahupun cinta lama aku....dan aku tidak mengerti kenapa aku menangis saat ini....

Adakah aku menangis kerana mendengar kata-kata sedih cinta layangan emel is kepada ku yang aku terima malam ini? atau,

Adakah aku menangis kerana dirundung rasa bersalah mengenangkan keikhlasan lelaki di bumi gersang itu?

Segalanya penuh berbaur...bersarang seakan ingin aku melaungkan kepada mereka agar mengerti apa yg aku rasa.


Ya...lelaki itu bertanya. Hati aku untuk siapa? 
Hatimu untuk siapa,Mia? jawablah...

Monolog sepi itu aku lagukan di kala bintang kian suram ditutupi kelam malam.

Dalam mimpi malam menutup mataku ini, 

aku lihat satu tangan menggapai aku...............dan satu lagi menghilang.............
Di tangannya ada tasbih cinta .........tasbih cinta mekar petunjuk illahi....

Apakah itu satu petanda??
Segera aku menuju ke bilik air mengambil wudhuk dan solat untuk menenangkan rasa gundah hati. Itulah sumber ketenangan hati dalam menghadapi segala mehnah.

Di akhir sujud, aku damai sedamainya.....ada satu suara yang aku ingat lagi muncul dalam mimpiku dan berkata.........


" Sujudlah pada Yg Maha Esa,Mia.....dengan sujud selalu kepadanya di malam hari, hatimu akan dekat dengan-Nya....mintalah petunjuk dari-Nya. Jika hadiah pertemuan itu datang dari-Nya, maka perpisahan dan tautan itu juga adalah dari-Nya jua,"

Syahdu terasa........
Keyakinan itu aku perolehi sesungguhnya hanya kerana aku mengenali suara itu....suara yang selalu memimpin aku....selalu mengingatkan aku tentang solat dan menuju mardhatillah...dan suara yang penuh ikhlas memimpin tangan aku dalam gelap gelita........Ya, aku pasti Dia. 

Akhirnya, aku tersenyum dalam makna. Bertambah makna apabila aku teringat 6 bulan sebelum detik-detik dugaan dan dia kembali ke Malaysia,ada satu kiriman sms meniti di 1 hari yang ceria kala lelaki itu di bumi anbiya'...


" Mia, maafkan saya. Dah 4 hari tak sms. Jangan merajuk ye. Nak tahu tak, saya kat mana? Saya di Bukit Tursina...tempat Nabi Musa bermunajat pd Allah SWT tau. Saya rasa tenang sungguh. Mia nak tahu tak, pe saya doakan sepanjang berada di sini? Saya doakan untuk kesejahteraan ibubapa saya dan plg utama ikatan kte agar sampai ke akhirnya,"

Bila aku teringatkan potongan sms itu.....aku jadi bertambah sayang pada lelaki yang berkata itu.  

Tak pernah lagi dalam beberapa lelaki yg hadir secara maya di hadapanku menutur kata sedemikian. Sesungguhnya hatiku dipagut pilu lagi terharu.


Ya Rabbi, permudahkanlah jalan ikatan ini ............

.............................................................................................................


Diari kepiluan semalam kulemparkan jauh dari sasarnya. Aku ingin mengorak langkah kerana namanya sentiasa ada di hatiku. Namun, aku tetap memahat ingatan pada sahabat lamaku Syuhada kala di akhir aku dalam kemelut tragis cinta pertama :-


"Mia, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan 2 perkara yang sentiasa akan berlaku dalam hidup kita.Kita takkan dapat lari dari kedua-duanya...sebab itu kita kena hargai setiap detik dan masa yang ada. Kalau tak ada perpisahan takkan ada pertemuan...kita hanya akan sedar sesuatu itu amat berharga setelah kita kehilangannya...Hikmah di sebalik perpisahan. Untuk menerima sesuatu perpisahan terlalu perit..namun kena lalui dan hadapi kerana setiap dari kita ada kehidupan masing-masing...Pertemuan dan perpisahan bergilir-gilir datang dalam hidup kita...dan kitalah yang harus memainkan peranan samada menjadikan ia kenangan yang pahit atau manis apabila sampai masa berlakunya perpisahan......,"

"Jom balik, Mia. Aku dah jumpa buku yang aku nak beli tu. Yes..Yes...," 

Suara Norlina, salah seorang teman kerjaku  membunuh imbauanku. Aku jadi terkesip-kesip. Memandang batang tubuh teman di hadapan, menoleh ke kiri dan ke kanan. Mereka kini di Badan Book Store,Plaza Angsana. Isghtifar. Jauh sungguh fikirannya menerawang. 

"Mia, kau kenapa...tak sihat ke? Lain macam je aku tengok. Tapi, aku tahu kau tetap suka Ustaz Rijaluddin kan....aku tengok muka kau pun aku tahu....Kan, mia...kan?," Sementara Norlina memasukkan buku ke dalam beg, sempat lagi dia mengusik. 

" Apa nya...aku cakap camtu ke?," Saje aku mendongak melihat reaksi Norlina. 

"Ala, kalau ko tak cakap pun aku tahu la.....Tapi,kan...kalau ko tak nak, ko leh bagi aku.............," 

"amboi........, ko nak kena nie," Tamparan manja hampir melekat di bahu gadis manis sebelahku ini yang tidak habis menyakat aku dari tadi.

"Ha..kan...kan...betul. Ala, cakap jela...kau suka dia. Kan senang cite...hal yg lepas, biarkan berlalu, mia...tak guna kau nk ingatkan cinta lama lagi. Yang baru ni lagi menusuk kalbu kau.....," Makin kuat mengusik si Norlina ni..

"Adoi....," Norlina menyeringai mengaduh dlm menjerit kala aku mencubit manja. Geram dengan cindannya yang tak semena.

Aku hanya membisu namun tersenyum sesaat dan ada nada ketawa kecil pada suara Norlina. 

Realitinya, hati ini, jiwa ini memang miliknya.... tetapi aku tidak lupa bahawa..... dalam kami menyulam cinta ini, kasih illahi tetap paksi utama kami.

...............................................................................................................

Seretan minda kualihkan pada pertemuan pertama kami.........10.1.2009.   Saat indah itu hanya kami yang mengerti. Jika insan lain menyulam kasih dengan berjumpa ....keluar bersama, namun hasrat itu tidak kami lakukan. 

Begitu ramai rakan yang mengajukan pertanyaan....
Kenapa ia terjadi dan mengapa tidak hingga ke situ setelah pertemuan pertama??? Pasti kalian ingin mengetahui,bukan??

Ada aura rasa malu menimpa diri...antara kami. Sememangnya ramai sahabat pelik dengan cara kami.....bercinta selama 5 tahun kini, namun tidak bertemu. Apa yg menghubungkan kami hanyalah setelah si dia balik ke Malaysia, kami hanya ber sms dan bertalian telefon 2 minggu sekali kecuali hal penting. 

Jauh di sudut hati, ramai sahabat yg cuba mempengaruhi akan kepercayaan bercinta jarak jauh ini..........

Namun, secara ikhlasnya ingin kukatakan......aku punya pengalaman bercinta.  Apa yang membuatkan aku tenang adalah bersama lelaki ini...kepercayaan ini terungkap kerana aku telah membuat penantian selama 4 tahun ketika dia diluar negara & rasa sangsi jua cemburu hanya sedikit cuma. 

Pada kami, kepercayaan dan ikatan ini harus dihubungkan pd rasa tanggungjawab terutamanya pada ayah dan ibu terlebih dahulu..........

Kerana itulah...........aku sayang pada insan bernama Rijaluddin ini. Baginya, ayah dan ibu tempat teratas............dan kemudian barulah soal hati. Ya, kerana pada aku juga....restu ibubapa amat penting...........Jika tidak,apalah gunanya. 
Teringat lagi kata lelaki ini padaku satu ketika di talian....

" Mia, jika ditanya saya sayang dan kasih siapa saat ini... saya akan meletakkan awak di tempat keempat," Tegas sekali bunyi lelaki itu?

Oh God...kenapa aku di tempat ke-4??.. Ada insan lain ke di hatinya?hm,

Ya...itu sudah pasti. Dengan ikhlasnya dia menutur bait kalam..

"Pertama...Allah SWT, Kedua ibu saya, Ketiga...Abah saya, Keempat....insan yang saya cintai di hati,Mia," Jelas kedengaran di cuping telingaku.

Syukur, alhamdulillah...memang itulah jawapan yg aku tunggu selama ini....selain mengharapkan kekasih...aku perlukan seseorang yg menunjuk aku jalan ke arah illahi...Tanpa pegangan illahi, diri mudah alpa dan kekhilafan bisa menyerongkan diri.

Sakitku ini? 
Apakah si dia menerimanya ya??? Ramai juga sahabat yg masih diulet gesaan mengharapkan jawapan setelah mengetahui aku sakit sejak 9 tahun ini. 

Seorang ustazah telah menyatakan nasihatnya kepadaku di suatu lewat petang setelah aku menangis merintih apa yg aku lalui ini. 

Menerjah bait-bait bualan antara aku dan Ustazah Faizah .........

" Ustazah, mia cuba menerima ujian yang Allah berikan ini. Cuma, terkadang mia jatuh tersungkur sendirian. Mia takut dia tak dapat terima keadaan mia ni," Rintih lirihku hanyalah kepada Ustazah Faizah, kenalan ku tika mengenali di suatu program agama universiti. 

" Kalau dia anggap sakit mia ini ujian dan cubaan dari Allah SWT, ustazah yakin dia akan menerima mia seadanya," Bicara Ustazah Faizah ringkas dalam khusyuk mendengarkan masalahku.


"Tapi....ustazah, doktor kata Mia mungkin hadapi masalah masa akan datang. Ubat methotrexate (sejenis ubat utk sakit leukimia, kanser & sendi rawan) yang Mia ambil 6 biji seminggu sekali ni perlu dikawal...Mia tak boleh hidup tanpa ubat ni. Mia tak mintak untuk merintih jauh sebegini,ustazah....tapi Mia cuba menguatkan diri kala ubat ni habis...dan paling sengsara bile Mia dengar, doktor kata ...........," 

Tangisan aku sudah berlagu sehingga tak dapat meneruskan kata....

"sabar mia...sabar...doktor kata pe?," 

Usapan tangan Ustazah Faizah di bahuku kala ini cuba menenangkan emosi yang kupendam selama ini........



Dalam sendu mengalir air mata........aku meneruskan kata yang tersekat.


"Luluh saya rasa bila doktor kata saya boleh lumpuh jika tak dikawal & akan hadapi masalah kesakitan ketara ble pregnant nanti.....saya tak sekuat wanita lain,ustazah," 

Air mata aku bagaikan segugus jatuh berderai dalam pelukan Ustazah Faizah.


"Mia, Nabi pernah berpesan bahawa orang mukmin akan sentiasa diuji. Kecil atau besar ujian tetap akan datang selagi kita bergelar seorang yang beriman dengan Allah S.W.T. ," Ustazah Faizah berhujah sehemahnya seperti selalu.
Aku masih patuh mendengar dan dia tersenyum menyambung.Tangannya masih mengusap lembut tangan memujukku.



"Mia, nak tahu tak...kenapa kita mesti diuji? Banyaklah hikmahnya kenapa kita diuji dan yang pasti seperti Allah sebut dalam Surah Al-Mulk , ayat 2 yang bermaksud ” Dialah yang mencipta mati dan hidup untuk menguji siapa di antara kamu yang paling baik amalannya”

"Ketahuilah,Mia... bahawa jika kita tidak diuji maka kita akan sentiasa lalai, sombong, angkuh, lupa daratan , tak takut dosa, tak ingat Tuhan dan sebagainya sifat-sifat yang buruk akan muncul jika kita tidak diuji. Kerana sebagai manusia kita ada nafsu, Allah jadikan kita ni ada nafsu, so nafsu hanya boleh dipatahkan sedikit sebanyak dengan ujian-ujian yang kita terima. Mia...Allah tahu Mia kuat untuk hadapi semua ni," 

Bicara Ustazah Faizah sedikit sebanyak menyentuh ruang inci kalbuku yang sayu tika ini.

" Tapi....ustazah, mia seakan hipokrit jadi kuat...Bolehkah,mia ustazah?," hatiku membenakkan istifham itu kepada Ustazah Faizah.

"Mia, tidak ada seorang pun yang inginkan kesakitan (ujian dalam bentuk sakit). Apabila ditimpa sakit, seboleh-bolehnya akan dicari ubat berkesan dengan seberapa segera. Sebaliknya Allah suka kepada hamba-hambaNya yang sakit serta dapat pula mengambil peluang semasa sakitnya untuk lebih mendekatkan diri kepadaNya. Bukan terhad kepada dirinya sendiri sahaja, malah seluruh manusia yang berurusan dan berkaitan dengannya termasuklah kaum keluarga (yang dekat maupun yang jauh) jiran-jiran sehingga kepada ahli masyarakat yang lain." Ringkas kata-kata itu, namun aku fahami maksudnya. 

  "Dan....tentang lelaki itu...usahlah mia risau kerana apabila seseorang itu ditimpa sakit, maka seluruh manusia yang ada kaitan dengannya turut diuji oleh Allah," Ustazah faizah masih lagi mengutuhkan hujahnya dari mula.

Aku khusyuk mendengar. 


" Siapa, ustazah...?," Aku didorong rasa ingin tahu lagi.


"Pertama orang yang sakit itu sendiri, sekiranya sabar di samping mencari jalan agar penyakitnya sembuh akan mendapat pahala yang berganda-ganda. Kedua ahli keluarga yang menjaganya yang juga dituntut agar sabar melayani karenah anggotanya yang ditimpa musibah. Di sini kita dapat melihat kesabaran suami atau isteri serta anak-anak,"

Aku mengangguk faham...dan terus mendengar bait bicara Ustazah faizah yg terkenal kepetahan berbicara agama ini.


"Seterusnya Allah menguji anggota masyarakat bermula dengan jiran tetangga. Sejauh mana keprihatinan mereka kepada jiran yang sakit itu. Adakah mereka peka serta melakukan amalan ziarah menziarahi bagi meringankan sedikit beban yang dipikul pesakit ataupun sebaliknya. Begitu juga pengamal-pengamal perubatan (atau kita namakan doktor, jururawat, staf hospital dan sebagainya) yang didatangi pesakit. Adakah mereka benar-benar ikhlas di dalam membantu pesakit atau sebaliknya hanya mementingkan motif perniagaan semata-mata. Bahkan yang difikirkan terlebih dahulu adalah sumber pendapatan mereka yang sangat lumayan walaupun kadang-kadang terpaksa memberikan pesakit dos (ubat) yang tidak sesuai.,"  

Ustazah Faizah menepuk lengan tanganku menguatkan hatiku.
"Terima kasih, ustazah. Terima kasih kerana membantu menguatkan diri Mia untuk lebih kuat menghadapi dugaan ini dengan positif," Aku mengulit senyum di akhir bicara.
 
Hati berdetup mercup gembira. Gembira kerana masih ada insan yang sudi melebarkan ukhuwah dan dakwah demi menunjukiku ke lorong yang benar.
Dan .........lelaki itu? 
Syukur, ya Allah...Dia menerima aku seadanya.

Dari awal aku bersahabat lagi, jika ada insan yg suka berahsia tentang keadaan buruknya,tetapi bagi aku..........walaupun tangisan sentiasa berlagu, tetapi aku tabah utk mengatakan aku sakit kepada mana-mana lelaki yg berkawan.  

Dan ada sebab kenapa aku memilih dia dari insan-insan lain yg pernah menghuni hati nuraniku.....


Kerana...........
Kata-katanya saat awal mengetahui aku ditimpa sakit psoriasis & psoriatic arthritis ini. Meskipun diri dia tidak mengerti apa sebenarnya, aku pasti dialah orang yg tepat untuk aku pilih.......






Hadis yang dititipkan lelaki itu masih aku simpan hingga kini........
Itu azimat penerus kekuatan kala aku jatuh diulet rintihan derita....


" Mia, Rasulullah ada menyebut  "Sesungguhnya seorang mukmin itu jika ditimpa penyakit,kemudian disembuhkan oleh Allah daripadanya(penyakit tersebut),maka ia(penyakit itu) menjadi kaffarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu dan menjadi peringatan baginya untuk masa depannya. Sedang seorang munafik, apabila dia sakit lalu disembuhkan, maka dia seperti unta yang ditambat oleh pemiliknya, lalu mereka melepaskannya. Dia (orang munfik itu) tidak tahu mengapa dia ditambat dan dia tidak tahu mengapa dia dilepaskan".

"Mia, tabahkan hati....Jadi srikandi yang teguh untuk memperjuangkan kesakitan yg tak seberapa ni. Mari kita sama-sama berdoa ya..........semoga Mia disembuhkan-Nya. Di luar sana, Mia....masih ramai insan yang diuji & diulet pelbagai derita,"


Kata-kata lelaki itu bagaikan selari dengan apa yang dikatakan Ustazah Faizah...Jauh di teras hatiku, terselit rasa syukur. Ada yang sudi membantu. Alangkah mulianya hati kalian........

.............................................................................................................
Skaf ungu muda yang meliputi kepala aku tanggalkan. Rambutku yang mencecah pinggang kulepaskan bebas. Masih terasa panas, lalu aku regangkan sedikit jendela kaca kamar. Biar angin malam menerobos masuk. Namun, jaring-jaring halus di sisi jendela yang berfungsi memerangkap debu tidak kuusik.

Tertancap mataku pada kalendar 2009 di dinding. Bulatan pada tarikh 14.2.2009 terakam kemas di sudut ingatan maya mia kini dan pasti selamanya. Hm, tarikh yang memaknakan sesuatu antara kami. 

Terusik rasa senyum. Ceria menggugah jiwa....saat tak terduga....saat kelucuan yang muncul dan segalanya tidak kami rencanakan, tidak kami bicarakan. Semuanya kerana garis ketentuan Allah SWT.........
BERSAMBUNG EPISOD ENAM
Ilham Tinta Maya,
 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

0 comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute