Walaupun badan anda memang memerlukan lemak di dalam badan untuk
berfungsi dengan baik, anda seharusnya mengelakkan dari pengambilan
lemak tepu yang banyak.
Lemak tepu berpunca dari makanan seperti lemak
pada daging, mentega, susu, keju, dan pelbagai lagi jenis makanan yang
lain. Walaupun sesetengah lemak tepu itu boleh dimakan, tetapi terlalu
banyak lemak tepu boleh meningkatkan kadar kolesterol yang mana akan
menyebabkan saluran darah tersumbat, strok, dan serangan jantung.
Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan pengambilan lemak tepu ke
dalam badan dan seterusnya membantu meningkatkan kesihatan anda dengan
lebih baik untuk jangkamasa yang panjang.
Kurangkan makan daging merah. Daging terutamanya bahagian berlemak seperti tulang rusuk dan bacon mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi. Gantikan daging, bacon dan sosej dengan ayam tanpa lemak. Berhati-hati dengan bahagian ayam yang anda makan. Daging ayam seperti di bahagian peha dan kepak adalah lebih banyak kandungan lemak berbanding dengan daging putih di bahagian dada ayam.
Gunakan lebih banyak minyak zaitun di dalam masakan. Minyak
zaitun mengandungi lemak tak tepu – polyunsaturated and
monounsaturated; yang mana boleh membantu menurunkan kadar kolesterol
serta boleh menggantikan lemak tepu dalam masakan anda.
Ketahui berapa jumlah lemak yang anda perlukan setiap hari.
Bagi mereka yang mengamalkan 2000 kalori diet, wanita tidak boleh
mengambil melebihi 18 gram lemak tepu manakala bagi lelaki tidak boleh
melebihi 20 gram lemak tepu. Anda digalakkan makan separuh dada ayam
tanpa kulit yang hanya menyumbang 2 gram lemak tepu ke dalam tubuh badan
anda.
Elakkan makanan beku. Kebanyakan makanan yang dibekukan ini mengandungi kandungan lemak tepu yang sangat tinggi.
Panggang daging yang anda ingin makan. Jika anda
menggoreng sepotong daging, daging itu akan digoreng dengan lemaknya
sendiri. Daging tersebut akan menyerap semula lemak dan minyak yang
digunakan untuk menggoreng. Sebaliknya, apabila anda memanggang daging,
lemak pada daging tersebut akan mengalir keluar dan tidak akan diserap
semula.
Tambahkan suplemen Omega-3 ke dalam diet harian anda.
Omega-3 adalah sejenis asid lemak yang baik untuk tubuh badan anda yang
membantu ‘melawan’ lemak tepu dan kolesterol yang ‘jahat’. Selain itu,
Omega-3 ini juga membantu mengawal keradangan di dalam badan, menguatkan
jantung, membantu penglihatan yang baik, serta boleh meningkatkan mood
anda. Omega-3 ini boleh didapatkan dari sumber beberapa jenis ikan
seperti salmon, ikan kembung, tuna, dan sardin. Anda juga boleh membeli
kapsul supplemen Omega-3 di pelbagai farmasi dan klinik.
Kurangkan pengambilan harian produk tenusu. Keju
mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi, sama seperti susu lemak
penuh. Apabila anda ingin menggunakan keju dalam makanan, pilih keju
yang berasaskan susu rendah lemak. Kepada penggemar air susu pula, cuba
beralih kepada susu tepung dari susu lemak penuh.
Nota: Jangan sekali-kali membuang semua lemak
dari pemakanan harian anda. Otak dan beberapa organ di dalam badan anda
memerlukan sejumlah lemak untuk berfungsi dengan baik.
2 comments:
tq for the info. gud sharing
waa..hana yg suka mkn keju ni ibarat mcm org tlena br tbagun dr tdur lpas bc info kak mia..
thanks kak mia:)