My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Showing posts with label Diari Diet Mia. Show all posts
Showing posts with label Diari Diet Mia. Show all posts

Friday, 11 July 2014

Rutin Diet & Workout - Mia & Ramadhan 2014


Alhamdulillah memasuki fasa Ramadhan adalah saat yg ditunggu oleh semua umat Islam. Bagi Mia dalam berpuasa..ibadah tetap menjadi tunjang utama.Justeru amalan sunat dalam Ramadhan dikerjakan...Alquran tetap dibaca...lidah perlu dibasahkan dengan zikir saban waktu lapang dan banyak lagi yang meningkatkan pahala di bulan mulia ini.

Perjalanan weight loss mia masih diteruskan dalam Ramadhan. Bagi Mia, Mia cuba yg terbaik mengekalkan momentum pemakanan dan seiring dengan itu mencari masa untuk senaman.

Sememangnya dianjurkan senaman sebelum berbuka dgn sekadar light workout sahaja. Namun bagi Mia agak sukar krn mia perlu memasak time berbuka. Tahun ni xde istilah bazar ramadhan..Thats d best masak dr rumah..than beli di luar.Ble kte masak sendiri, kte lbh tau utk plan what to eat & how much quantity we need.


As ibu yg ada anak sorang x smpai 2 tahun age...mia terpaksa memilih selepas tarawikh utk workout...thn ni msh tarawikh di rumah dalam masa yg sama menjaga anak. Bagi mia yg penting i must do it rather than sitting & just feeling hope like Mat Jenin.

So wake up fren..
selamat menjaga kesihatan di bulan mulia. Tingkatkan amal ibadah ya.


p/s : info tentang tips diet Ramadhan (klik link http://cisdel.com/2013/07/16/20-tips-diet-di-bulan-ramadhan/)




RESULT TERKINI

end mei - 59kg
10/7/2014 - 54kg (normal weight)

Target - 49/48kg (ideal weight)







Palitan Tinta Maya,

 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Sunday, 25 May 2014

Antara Tuntutan Berdiet & Amal Ibadah???


Semalam telah berakhir sesi Minggu 1 diet yang saya mulakan. Orang kata "permulaan pasti menyakitkan?," .Ya,memang benar....sakit untuk kesihatan atas nasihat doktor mungkin sesuatu yang bakal mendatangkan manfaat akan datang.

Dalam saya berdiet....
Saya tetap merasa bersyukur atas keprihatinan insan-insan di sisi memberikan pelbagai nasihat dan sokongan. Sememangnya dalam kte berdiet..mungkin orang lihat kte beria-ia menjaga kesihatan tetapi adakah kte tidak beria-ia melakukan amal ibadah.

Bagi saya selaku muslimah..amal ibadah tetap dimanfaatkan jua waktunya. Jika senaman dalam seminggu ada waktunya, manakan mungkin untuk membaca 3-4 potong ayat sehari tidak boleh..betul tak? solat ..apatah lagi wajib ditunaikan.
 
Pendapat saya secara peribadi....
Dalam apa saja perkara melibatkan amal ibadah,saya tidak suke mengkhabarkan kpd org ramai..bkn bermksud x nak mengajak org ke arah Islam..tetapi saya lbh suke beramal secara diam tanpa menghebahkan kpd org.


Tetapi..
Ble saya berdiet..niat saya menulis di sini adalah utk sama-sama berkongsi. Saya suka akan pengisian ilmu di FB KDO Online dan Kelab Diet Atkins. Kedua-dua group ini saya ambil positif akan segala pengisian ilmu kesihatan dan diet.

Begitu juga dgn ibadah....walaupun FB diet nampak selalu di hati..tetapi menyertai group bersifat forum islamik menjadi suatu kemestian utk mengisi ruang jiwa yang terkadang masih lumpuh ilmu keagamaan. Saya akui saya bukan muslimah terbaik..tetapi saya sedang cuba menjadi yg terbaik.

Utk mengharapkan kesempurnaan dari diri saya yg hakiki secara total memang tidak betul..krn kte insan pasti ada kekurangannya.

Pada entri hari ini....saya bermuhasabah atas nasihat seseorang. Bukan saya tidak terima nasihat beliau tetapi sy sdg menyelak mungkin ada baik buruknya....



Tima kasih shbt atas nasihat..
insyaallah sy akan tetap meneruskan diet demi kesihatan dan sakit yg sdg sy alami....semua org tak tahu masalah yg dihadapi..terkdg kte mengharapkan pd masa yg sama insan di sisi memahami kenapa kte berdiet tetapi itulah yg sy boleh katakan...sokongan amat penting utk menjayakan suatu sesi kesihatan. 

Tanpa sokongan....muslimah seperti saya yg mengidap psoriathic arthritis ini mungkin boleh jatuh..sokongan manusia tidaklah ku harap sepenuhnya tetapi semoga Allah terus memberi sokongan dan kesihatan yg kuat utk aku terus berbakti pd semua.

Semoga Allah beri ketabahn buat saya untuk berdiet & dlm masa yg sama sentiasa ingat akan diri-Nya..sentiasa berlumba-lumba membuat ibadah seiring dgn amalan berdiet.




Melarik Tinta Maya,
 


 
Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Thursday, 22 May 2014

Bila Berdiet (Reality Vs Ambil Hati)


Sebut sahaja soal "DIET"...pastinya bukan semua orang akan memberi reaksi berbeza. Adat hidup..ada yg mengkeji..ada yg mencaci..ada yg memerli..ada yg menokongi..ada juga yang mengasihani.

Hm anda dalam golongan mana?
Saat saya sedang menapak memulakan sesi diet ini....reality tak seindah fantasi. Hari ini sudah masuk hari ketiga berdiet...terkadang ada rasa ingin patah hati. Namun benar kata orang diet yg tlh berjaya "jika x kental hati,masakan jaya dapat didaki".

Ble diri berdiet....ada omongan sering menusuk..versi ambil hati mula meracuni..Tipu la jika tak terasa,,hehe. Tapi mia pekak kan telinga ja. Macam mia as guru...sarapan sekarang ni mia tetap teruskan demi menghabiskan stok HL. HL ni mia selalu guna utk breakfast ja...mia ni jenis tak straight sangat nak ikut produk sejak zaman jadi ibu. Janji sekarang mia cuba kira kalori..



Sebagai guru, rehat di sekolah selalunya bermula jam 10.00 pagi..hm time ni la nak makan berat tau...susah juga terkadang dibuatnya..Jika tak turun kantin kang,dikatakan kte ni x bergaul dgn org. Ble sdg berdiet ni, cara kte amik pemakanan pn org suke perhati. Ada yg kata

"cikgu,kenapa amik nasi macam terpaksa ja..sikit tu..kenyang ka?,"

"aduhai, nak kira camne ni cikgu..amik nasi sikit ja?,"

Semua org salah faham..diaorang ingat saya diet nasi walhal dlm 1 hari sy akan pasti makan nasi lunch & dinner (setiap time ni - target 3 senduk besar pun jadi la / 1 senduk kecil). Sekarang dh boleh belajar TIDAK MENAMBAH NASI...Syukur 3 hari berdiet ni sudah boleh mengurangkan nasi. Kalau dahulu 3 pinggan sehari..kini itulah matlamat saya.

Lantaran itu..ble org rehat,saya bungkus ja makanan..klu lapar sangat..saya tgk la lauk sayur ka atau sup boleh diratah..hehe. Janji perut di isi.

Ble kita kurus orang memuji..ble kte gemuk org mengeji. Sape setuju kenyataan saya ni? hm..ni pun fenomena biasa...Masa kte gemuk..aduhai,dugaan org sekeliling ....tambah klu lps bersalin...ada je yg nk up kata2x kat kte..bkn nk membakar smgt...tp tanpa kata semua org jenis begini...kte x kan capai matlamat....tul tak?

Di saat ini, saya sdg menguatkan diri..alhamdulillah keluarga trs beri sokongan wp ada yg msh krg percaya 

"hi,betul ka mia nak diet ni..ka separuh jln?,"

"jangan hangat2 tahi ayam sudah !!,"


Ble dgr gini, boleh down..tp mental kena dikuatkan. Cabaran bsr saya adalah masakan sedap ibu dan persekitaran di rumah yg penuh makanan. Kalau tak kuat kawal nafsu makan..memang boleh terlajak.

Pepun sbg insan yg sdg mula nak berdiet...mari kte tetapkan hati....kuatkan diri...tolak ketepi rs ambil hati pd kata2x org. Kte mampu..mungkin berapa lama masa diambil untuk loss weight & inch mmg berbeza...kerna bdn kte x sama kan?

Tepuk dada & berfikir "hendak menuju puncak @ hendak jatuh tersungkur?,"


 “ukur badan kita bukan hanya melalui timbangan, tetapi ukurlah badan kita mengikut apa yang kita rasa, jika kita rasa selesa dengan badan kita itulah yang terbaik”. Jangan hanya berharap pada timbang semata- mata. Dan ingatlah jika kita kuatkan hati, disiplin.. insyaAllah semua akan berjalan dengan lancar. Percayalah.





Melarik Tinta Maya,
 




 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Tuesday, 20 May 2014

Diet Makin Tenggelam..Perlu Bangkit

 aku yg semakin tembam (gambar membuktikan)

Apabila mengingatkan tentang perkataan "DIET",teringat segala perjuangan dahulu. Entah kenapa bagaikan ingin rasa menangis mengenangkan zaman dahulu boleh berdiet,kenapa sekarang asyik jatuh ja dari berdiet.

Mungkinkah aku tidak sekuat dahulu?
Realitinya...aku selalu kalah dgn hawa nafsu makan.. Bertambah berselera sejak dapat balik JB..tinggal dengan parent...ble mak masak..aduhai sedap saja...Kini dgn ada anak,anak terkadang ada juga waktu selera makan kurang...ibu nya..aduhai mengalahkan anak bertambah. Nasi boleh kata sehari 3 pinggan.

Saat ini diri terasa perlu bangkit memulakan...
Memang banyak sungguh ranjau dalam berdiet. Kadang kala ble nak berdiet sahaja mulalah berkeluh kesah

"lapar..lapar....nak jaga anak yg so aktif perlukan tenaga,"

Tah bermacam-macam alasan lagi.Terkadang cemburu juga tgk orang mengandung pn maintain je badan apatah lagi dah lps bersalin..bdn lagu tu juga..huhu..Aku?masih tak berubah...dr saiz M dah meningkat XL...

 berat terkini : 58kg (overweight)


Sehinggakan...
Doktor pakar sendiri telah menasihatkan agar aku menurunkan berat sebanyak 10kg.Fuh..1 angka yg besar.

Doakan aku wahai sahabat.
Aku sedang bangkit semula untuk berjuang.




Melarik Tinta Maya,
 

 
Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Rahmat Di Sebalik Perpindahan


Salam buat rakan-rakan blog,

Sudah berbulan-bulan lamanya Mia tidak menulis sebarang coretan di blog. Tahun 2013 benar-benar memberikan suka duka pahit manis yang tak dapat Mia lupakan. Selama 7 tahun bernaung di sekolah lama...begitu banyak pengalaman ditimba.Alhamdulillah pengakhirannya begitu baik dan indah dirasakan.

Saat Mia sedang menaip ini..Mia telah berpindah bermula pertengahan Februari 2014 dari sebuah sekolah kurang murid di Batu Pahat ke Johor Bahru...SKTBK - nama baru sekolah tempat Mia bernaung sekarang meneruskan tugas guru pemulihan.

Memasuki alam baru di sekolah baru memberi versi baru dalam aspek pengurusan,kepimpinan dan sebagainya.

Harapan Mia selaku guru pemulihan. Mia mengharapkan perjalanan Mia walaupun baru menapak di sekolah baru ini, Mia dapat meneruskan kecemerlangan dengan jayanya.

Buat semua, doakan Mia ya.




Tinta Maya,


Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Wednesday, 23 October 2013

Diet Oh Diet "Berkongsi pun Salah Ka?"


Hi,frens...salam ukhuwah maya dari Mia.
Tidak kira baru masuk @ sekali sekala masuk @ selalu jengah sini...

Diharapkan semuanya sedang berusaha ke arah matlamat & pelan diet masing2x. Teringat entry saya semalam berkenaan25-oktober-misi-diet-ku-diubah-natural . Niat asal saya hanyalah untuk berkongsi.

Tapi...apakan daya. Ada pihak-pihak yang mungkin marah terutama bagi geng Diet Atkins....Mungkin silap saya juga pi jengah masuk FB KDA. Sepanjang saya berdiet...saya kawan dengan semua golongan dengan pelan diet masing-masing.Saya tak pernah pun kata di sini 

"korang wat diet itu ini salah...Bagi saya tidak kira apa jenis diet pun...guna produk ka..x guna produk ka.diet jenis itu ini ka..saya menyokong semua,"

Matlamat kte sama....
MENCAPAI ANGKA NORMAL WEIGHT & IDEAL WEIGHT.


Susah nak puaskan hati semua orang. Bila saya tak tulis bab diet...ada orang tanya

"kenapa senyap ja,"

Tentang Kevin Zahri tu & apa jua pandangan tentang diet...ia hanyalah sekadar rujukan yg saya share. 



Kepada Geng-geng Diet ATKINS,

"mohon maaf...jika ada kenyataan saya yang salah pada entri semalam...tapi secara asasnya saya tidak pernah condem pepun..malah saya tabik pada apa yg anda lakukan...cara pemakanan anda pun still saya ikut mana yg terbaik..entri saya semalam hanya sekadar plan & sharing only. Saya juga ada kawan yang diet atkins & berjaya buat..tapi kami still berkongsi pelan...tak pernah saya nak tarik kawan saya ke arah diet lain...yg penting,pada saya kami tetap menuju target kg idaman kami. Begitu juga penganjuran weight loss..saya tak pernah membezakan org tu diet itu x leh masuk..it's not fair...alangkah bagus klu kita sama-sama mengukuhkan kekuatan untuk capai matlamat diet dr bertekak itu ini,"



Dasarnya

"Buat la pe jua diet yang kte pegang....janji kte mencorakkan ke arah matlamat kte kehendaki...Bila kte plan...x smestinya yg kte rancang menjadi 100%..pasti ada compang campingnya. Ibarat kehidupan kte....x lari dari kesilapan...mana ada manusia 100% hebat...setiap hari kte dituntut menuntut ilmu dan ilmu perlu dikongsi..tak kira dari sumber mana-mana,"


Pilihannya :-

1) Terletak pada diri masing-masing akan cara diet yg mampu kte wat
2) Lain orang lain situasi hidupnya






Melarik Tinta Maya,
 


Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Tuesday, 22 October 2013

25 Oktober "Misi Diet Ku Diubah 'NATURAL' - NO PRODUK"


Salam terindah untuk semua...

Sekian lama menyepikan diri dari dunia maya...kesibukan Kejohanan Sukan, Ujian Linus dan gerak kerja Penilaian Prestasi 2013 serta terkini Peperiksaan Akhir Tahun...membuatkan saya kurang menulis bab diet diri. Namun blogwalking fren's blog & FB Group Diet wajib tiap hari ditatap.

Bagi pengikut blog saya sejak dari blog pertama diwujudkan..saya berdiet menggunakan produk HERBALIFE...dan kini saya campurkan dengan SUPREMIX biodex. Hajat untuk stop sikit-sikit dgn produk dh lama ada di hati..walaupun sayang juga dengan rasa coklat herbalife yg every time melekat di hati..hehe. 

Begitu juga teamix..maka selepas ini,saya bakal merancang 1 plan diari makanan secara natural....Dalam banyak-banyak pilihan dan jenis diet...saya memilih ingin mengikuti diet EN SUSUSEJAT.COM..

Bukan hati tak ingin melakukan diet ATKINS...yg makin popular kini..Tapi,saya tak mampu...saya ada sebab tersendiri....

"Dengan perjalanan jarak jauh dr rumah ke tempat kerja (1 jam setengah)....persediaan breakfast pun kdg2x kelibut saya buat seawal jam 5am.Nampak mudah,tapi bagi saya yg ada anak..segalanya perlu diatur....kerna semua kena urus sendiri tanpa suami yg jauh di sisi...even ada family pun,tanggungjawab dan keperluan anak..tetap saya kena susun..baik dr segi masakan,baju,pampers,susu,dll lagi..Dengar mcm mudah..tapi bukan bagi saya ya,"

Apa plan diet NATURAL saya ya?

Dari aspek pemakanan,saya bahagikan kategori kepada tiga :-


BREAKFAST (antara pilihan makanan yg saya senaraikan) :-
(7am setibanya di sekolah)

- Jus Carrot (resepi dr SUSUSEJAT ... resepi karot susu rendah lemak tinggi protein )

- 2 biji telur mata (resepi dr SUSUSEJAT..http://sususejat.com/telur-mata-ala-microwave/)

- Jus Betik+ oren (letak low fat milk ( resepi di http://www.myresipi.com/top/detail/18545

- Jus Epal (no ice,add low fat milk)


Sempat google search cadangan dari blogger lain about sarapan :-
 
Semangkuk oat dan nescafe
Sekeping roti canai dan kuah dal dan secawan teh o
2 keping roti mil penuh , 4 sudu tuna dangan timun dan salad serta air soya.
Semangkuk bijirin fiber dan secawan teh o
2 ketul popia basah dan segelas teh o
2 biji karipap kentang dan secawan nescafe 0
2 keping roti bakar serta jam dan segelas susu.
2 biji telur setengah masak dan secawan kopi.

*Kesimpulannya : Breakfast plg cepat saya plan adalah ANEKA JUS



 contoh segenggam nasi bagi Kevin Zahri (harus ikut contoh ni)


LUNCH (10.15 pagi - ikut jadual guru sekolah ya!)

- Jika ada buah,..aku akan mulakan dulu dengan buah. Cth 1 hiris tembikai
- 1 genggam nasi + lauk-puak (lebihkan ulam,sayur,hidangan kukus,rebus).
- Air suam (elak ais)


Sempat google search cadangan dari blogger lain about lunch(dipadankan dengan iar suam + sebelum makan minum air suam)

1/2 senduk nasi dan 1/2 senduk kacang buncis goreng dan seketul ikan tongkol masak kuah.
1/2 senduk nasi dan 1/2 ikan kembung bakar dan ulaman dan setengah sudu sambal belacan.
Setengah senduk mee hoon goreng
1 mangkuk kecil bubur ayam/ikan dan 1/4 telur masin
Kweyteow sup
1/2 cawan makaroni goreng
1/2 senduk nasi dan 1/2 ekor ikan masak halia (kukus) dan 1/2 senduk sayur campur.
1/2 senduk nasi dan seketul ayam dada masak sup
1/2 senduk nasi dan ayam dada masak paprik.
1 senduk nasi satu mangkuk besar kerang rebus dan cili sos.
1 senduk nasi,tauhu goreng dan satu senduk sayur campur.
1 mangkuk  mee wantan.
1/2 mangkuk pasta
1/2 senduk nasi putih, dan seekor ikan kerisi dan 1/2 senduk sayur kubis
1/2 nasi goreng kampung dan lai chee kang
1/2 nasi putih ,sambal tempe ikan bilis dan sup bayam.

 

SNEK ( 2.00 - 4.00 petang ) 
*wajib amik time aku nak drive balik dr sek (Rengit) ke JB....1 jam setengah..!!!

-1 bread GARDENIA wholemail grain (resepi dr SUSUSEJAT  ..http://sususejat.com/snek-ketika-di-pejabat/). Boleh gak letak tuna (beli yg in water...aku mmg x kan sesekali letak mayonis)

- kacang panggang almond ( http://semutsamba.blogspot.com/2012/06/snek-sihat-kacang-almond.html)
*smlm g pasaraya,mahal almond ni..tp klu nak sihat,ikut la ye..BAKAR

-buah-buahan (epal,anggur,tembikai,oren,pear dll)




DINNER ( 6.00 petang - 7.00 malam ) 
* NO RICE (Jika nak sangat, just 2-3 tablespoon only)

- Sup Ayam 
- Ikan Kukus
- Tomyam
- Sup Sayur 


Sempat google search cadangan dari blogger lain about dinner (dipadankan dengan iar suam + sebelum makan minum air suam)

2 ketul popia basah dan jus tembikai.
1 mangkuk rojak buah
Sanwich sardin dan segelas susu rendah lemak.
Sebiji buah naga
5 keping biskut dan secawan milo panas.
1 mangkuk salad buah.
Semangkuk tau fu fa
Satu biji jagung rebus.
Segelas jus tomato.
Seketul tahu sumbat dan segelas soya.
1 ketul pau kukus dan susu rendah lemak
1 cawan yogurt asli 




Ups..ble pulak waktu ko minum air Mia oii?hehehe.
Mestilah mia dah letak 1 bottle air besar (2 liter)...anggaran 4 botol mineral 500ml.



 KESIMPULANNYA

Cuba sesuaikan makanan dengan selera anda supaya anda tidak mudah jemu! Menu diet sihat ini anda boleh ubah tetapi mengikut kalori yang sama.


p/s: Mia sedang habiskan beberapa sachet Supremix. Herbalife dah selesai. LEGA !!!


NEXT ENTRY DIET coming...WAIT OK !!!

a) My Workout
b) Update My Latest Weight
 





Palitan Tinta Maya,
 

 
 






Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Saturday, 7 September 2013

Tragedi DIET ( Food& Drink Kursus Di Hotel)


Melihat pemandangan luar tingkap hotel saat hari pertama saya menginap untuk kursus selama 3 hari....perkara 1 dlm buah fikiran saya adalah :-

"how to control food & drink ble mana ada di hotel?,"

Kenapa saya risau?
Bagi yg berdiet....perkara ni memang merisaukan.

Sebab
Of course...kita akan tak semena jadi tamak ble tengok segala jenis hidangan mkn minum di hotel..sedap2x belaka,kan?

Banyak kejadian berlaku & mematangkan diri saya sepanjang sesi mkn minum di kursus ini ...selain menjejak ilmu2x yang diberi oleh pegawai.

Hari pertama kursus (4/9/2013)


Saya masih ingat lagi kala kali 1 makan petang ...hidangannya bihun goreng & kuih kasui ..

PILIHAN SAYA? 
No bihun goreng ...Juz 1 piring kecil (2 kuih kasui). Jika org lain memilih tea/coffee with sugar & creamy milk. Not for me..just 1 glass air suam.

Walaupun saya ambil 2 kuih kasui...aduhai,betapa tamaknya saya. Sempat ditegur rakan yg tak dikenali (1st time masuk kursus).

"eh,tak habis ke makan 1 kuih kasui ni?kenapa?," soalan yg pantas ditanya seorang guru muda langsing berkebaya merah yg turut hadir kursus.

Aduh,malunya saya!

Boleh pulak saya wat alasan

"manis sikit kuih tue...lagipun tetiba kenyang pulak,"

Saya lihat muka guru muda tue..mcm marah kat say7.Yela, salah saya juga membazir kan!

 antara set ulaman yg ada di hotel ini

Itu kejadian 1...malamnya berlaku 1 kejadian kala sesi dinner.

"eh,sikitnya cikgu amik nasi..diet ke?,"entah muncul suara seorang guru lelaki muda. Adik dr saya la....

"sikit2x ja...kang amik banyak,tak habis pulak," Itu jawapan saya setelah teringat kejadian petang tadi.

Di meja makan pula,sedang enak menikmati dinner bersama kawan2x...roomate sebilik Kak R pula bertanya 

"eh, kenapa awak makan sikit je," 

Sikit ka aku makan?
Segera muncul di kepala bab soalan ni !!! Macam ok je bagi saya


Dinner
Nasi (2 sudu besar) + 1 ayam kecil (kuah lemak langsung x amik) + sayur wantan + ulam-ulaman + 1 dadu betik + 1 hiris tembikai (kecik je kat hotel) + 1 mangkuk sup + 1 gelas air suam

Actually byk menu..tapi saya memilih...ketika saya ingin mengambil sup pun ada se1 guru laki tua menegur..pelik agaknya

"eh sikitnya sup,"

"cukuplah tu..kang tak habis,"senang aja jawapn saya.

Soalan kak R tadi sempat aku jawab

"diet kak," Time ni aku sengaja buat roomate lebih jelas..agar dia tahu aku nye berat bdn asal dgn sekarang.


Alhamdulillah masuk hari kedua hingga ketiga (akhir kursus)....segalanya berjalan lancar wp makan 1 hari 6 kali hotel sedia ...apa aku buat :

1) Set mind time sarapan 
Contoh menu breakfast
- bubur nasi (alahai mangkuk kecil sangat mcm dok minum air teh tu.lega aku!) +
1 dadu betik + 1 roti wholemail grain (org lain siap ltk mentega,kaya..i said no to      my breakfast) + 1 gelas air suam (elak minum teh@coffee)

2) Time lunch,dinner,kudapan pagi (10.30am) & minum petang,supper...semua aku amik dlm portion piring kecil...wp dijamu koew teow goreng,aku set kan minda untuk amik 1 garfu besar saja kautnya..so hidangan tak setamak org lain..hahaha

3) Aku set kan juga minda sepanjang 3 hari kursus,hanya dibenarkan aku minum air teh (2x saja dlm kuantiti sederhan + less sugar)...
p/s : ble pi hotel,mau juga merasa...rugi lak x amik langsung kan!!! hehe


Sebenarnya perkara paling best aku rasa sepanjang ada di hotel..bab air suam memang wajib disediakan pihak hotel...baik di bilik kursus,bilik penginapan serta ruang makan....so,aku x kantoi langsung minum air ais. Org lain aku tengok berebut2x kejar air ais...not me !!!!

Kerisauan aku mula menapak...ble fikir tentang workout.....

Namun aku dh set kan jadual minggu ni siap2x sebab aku tahu aku akan mkn bertubi2x di hotel dlm 1 hari...



SELASA 3/9/2013 (SEBELUM DAFTAR KURSUS RABU 4/9/2013)
DONE - 30 minutes warm up + aerobic dance 

 4 - 5 SEPT 2013 (DI HOTEL)
DONE - 5x sit up  2 hari ini

6 SEPT 2013 (checkout from hotel)...petang nya
DONE - 40 minutes workout warm up + aerobic dance

7 sept 2013 
DONE - 20 minutes warm up + jogging setempat +5x sit up



SEMUA INI AKU BUAT UNTUK TERUS KEKAL MAINTAIN NORMAL WEIGHT & SIHAT DIRI.
PADA AKU WP APAPUN SUPLEMEN PRODUK KTE GUNA PUN,JIKA XDE DISIPLIN DIRI DLM BERDIET..MATLAMAT SUKAR DICAPAI.

'mungkin ramai orang amalkan diet no rice ..tapi pd aku...rice 1 hari 1 genggam wajib...aku memang jenis tak leh diet tanpa nasi..itu menu wajib aku....biar la orang kata berat aku mungkin x kan turun 3kg seminggu seperti ada org diet tanpa nasi..kurangkan karbo..sebab jurulatih kesihatan yg pernah guide aku said...penurunan berat sebulan wp 1 kg diiringi penurunan inchi bdn pun sudah memadai...jgn seksa diri & bdn ...takut 1 hari nanti ble mana kte berada di kelompok org ramai..kte still kena menikmati mkn minum yg disediakan..bak kata kevin zahri & encik susu sejat...pengiraan kalori,cara masakan & pilihan menu ..jumlah ambilan menu perlu dihitung....air suam wajib jadi keutamaan...begitu juga buah & sayur untuk kesihatan kulit,"

1 lagi yg aku nak katakan 

"ramai orang menilai kte gemuk dengan berpakaian..tak perlu la saya menunjuk kat orang dgn pakaian ramping di pinggang....baru org nak kata saya dh kurus...namun x salah jika kte buat perubahan kan? as me..yg suka pakai baju kurung longgar,ramai kata saya gemuk..realitinya hanya kte saja tahu inchi bdn kte turun @ tidak..pedulikan apa org kata..janji terus maintain normal weight..tak perlu sampai underweight pulak k,"

Itu prinsip aku...prinsip korang yg berdiet pasti berbeza kan???

Tak kira wat diet atkins ka..diet ala artis ke...diet no rice ke..diet with supplemen ka...semuanya need DISIPLIN & SEMANGAT.

Ayuh,berjuang wahai rakan-rakan..
Berjuang untuk kesihatan diri....maintain our normal weight to ideal weight.






Melarik Tinta Maya,
 






Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Tuesday, 3 September 2013

"Awak Bersalin Normal..patut la sng turun berat?YE KE???


Salam seindah suria untuk para pengunjung setia blog,

Melihat tajuk saja...sudah pasti anda terkejut bukan?

Namun,tidak bagi saya...ada sedikit senyuman di bibir mungil saya. Ups,bukan nak ketawa pada yg bertanya tapi sedikit tercuit dengan soalan tersebut.

Hari ini saya didatangi seorang ibu bertanyakan 1 soalan :-

"puan bersalin normal ke bedah raya tahun lepas ya?," Soalan pertama ini kedengaran saat saya sedang menikmati makanan.

"alhamdulillah Allah permudahkan dengan jalan normal,makcik," tersenyum saya menjawab.

"oo..patut la puan nampak tak gemuk," tanya makcik N yang asyik je memandang aku.

Ha,nampak tak gemuk????
hahaha...saya mcm nak ketawa ja! Tapi tetap menjaga hati orang yg lebih tua pada saya..saya anggap dia mcm ibu saya sendiri.

"makcik lupa ye..saya kan gempal masa beranak ..tambah lepas naik keja habis pantang..semua orang cakap..kenapa?makcik nampak saya kurus ke sekarang?," terpaksa aku bertanya ..pelik ble makcik N kata aku dah tak gemuk.

"Ye tak ye jugak," akur Makcik N memandang aku.

"Tapi...puan ok la lahir anak normal..patut la boleh kurus cepat...anak makcik lahir bedah....lepas tu kena makan pil itu ini..tu yg naik badan bagai dipam-pam lepas bersalin sulung dekat dengan puan aritu?,"

Saya masih tersenyum. Perlukah saya menjelaskan jawapan sebenar.

Di akhirnya...makcik N membuat kesimpulan sendiri bila dia nampak saya mengambil makanan dlm kadar mangkuk kecil semata untuk hidangan lunch.

"la..patutlah puan kurus...lunch je makan 1 mangkuk kecil tu je," 

Makcik N menoktahkan sendiri jawapannya.



REALITINYA.....

1) Makcik N tak tahu 1 masa dulu aku overweight 71kg (ogos 2012)..Saat Ogos 2013 baru dia lihat aku dgn 54.4kg (normal weight).

2) Makcik N tak tahu yang aku turun berat sekarang berdikit2x..bukan sekaligus seperti disangkanya.

3) Makcik N hanya tahu yg aku hanya jaga makan je...tapi aku stil makan nasi dlm menu sehari...Makcik N tak tahu aku still kena workout 2-3x seminggu.

4) Makcik N tak tahu yg aku sedang membuat kiraan kalori saat aku perlu jamah sebarang makanan & minuman.

5) Makcik N tak tahu betapa letihnya aku menerima hina nista dr orang2x di sekeliling tentang kegemukan aku suatu masa dulu.

6) Makcik N juga tak tahu yg baru sekarang aku dapat menyarung semula baju kurung size M aku..itu pun sikit demi sedikit perubahan aku lakukan.


KEPADA MAKCIK N,
sempat aku titipkan pesanan di akhir pertemuan kami

"makcik..jangan risau ye psl anak makcik tu...suruh dia jaga makan,senaman ...nanti ok la tu...saya pun sakit ..kena mkn pil juga....tapi insyaallah dengan ada usaha,pasti kte sama-sama dpt jaga kesihatan.Betul tak makcik?,"

Ternyata makcik N tersenyum ..Puas hati dengan jawapan aku.. :-)


TARGET AKU MENUJU 49.5KG (IDEAL BMI)
MASIH BELUM TERCAPAI...
MASIH PENUH RANJAU PERLU DIHARUNGI.

 MARI GENG2X DIET SEMUA
KITA IKRAR UNTUK BERJUANG BERSAMA-SAMA




Melarik Tinta Maya,
 



Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute