My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Showing posts with label Novel Maya Mia 'Kerana Dia Untukku'. Show all posts
Showing posts with label Novel Maya Mia 'Kerana Dia Untukku'. Show all posts

Wednesday, 8 January 2014

Episod 22 "Kerana Dia Untuk Ku"


Kelip-kelip bintang bertaburan bagai jatuh dari angkasa. Hempasan batu bagai menghempap sebuah kehidupan. Destinasi bahtera ku dayungi kala 14 hari sudah segala walimah selesai terpatri. Cinta maya telah mencecah ruang realiti. Ia seakan kisah novel cinta yang sering aku tatapi. Namun akan kah pengakhirannya ada kebahagiaan yang akan meniti atau apakah derita bakal menyelit singgah teratak istana.

Ada suatu saat ketika aku bersendirian melewati pantai atau tempat-tempat indah, segala kenangan hinggap di dasar memori. Aku cuba melemparkan jauh-jauh kepahitan...menggamit sebuah kebahagian yang aku harap dari dasar hati.

"Ya Allah, kenapa saat indah ini tega jadi sebegini?," 


Cincin perkahwinan masih terselit kemas di jari manis ku. Aku ingin pegang sekuat mungkin agar ia tidak jatuh atau terlepas dari celahan jari. Kilasan utuh sebuah makna cincin memalit kini.


"Cantik kan awak cincin batu nie?," Lama aku merenung pada cincin permata putih yang indah ketika sesi memilih cincin. Ada senyuman penuh terukir kepuasan diraut wajahku.


Lelaki itu di sisiku tersenyum.

"hi, renung cincin lagi lama ni dari orang kat sebelah ni Mia," Mengusik lagi lelaki itu.
Seraya aku menjeling. 


hm, lelaki itu jeles la tu !!! :-)

Saat itu aku ditemani sedara membeli cincin perkahwinan. Mujur lelaki itu punya masa juga datang memilih bersama. Istilah berdua ketika ikatan pertunangan memang dicegah. Sebaiknya kami menjaga adab. Sentuh-jauh sekali. Aku ingin hadir dengan kesucian seorang wanita, bukan datang dengan palitan dosa buat seorang suami.
"Mia, cincin tue lambang kasih untuk Mia meski kita tak pernah jumpa realiti dulu," 

Titipan sms dari lelaki yang kukenali dari bumi gersang itu jelas saat seminggu lagi majlis pernikahan bakal berjalan.


Angin sepoi-sepoi bahasa menyapu liuk lentuk tudung kuning yang ku pakai petang saat bersendirian di laman taman tasik itu. Entah kenapa, petang itu aku ingin lari dari keadaan. Lari dari kejutan yang entah muncul lagi.

Ada tangisan kini saat memandang cincin putih itu. 

"Betul ke lelaki itu mencintai aku atau .............?," 
 

Ada suara di sisi yang menghembus kata :-

"Mia, ada dia kata sayang,cinta? ??,"

"Pernah ke dia lafazkan...Sedarlah,Mia.." 


Sedaya mungkin aku cuba usir ke laut pertanyaan sebegitu. Ingin menafikan. Tapi, ada kebenaran terselit.Bibir lelaki itu jauh sekali untuk ku dengar kata 'sayang' 'kasih' 'rindu'.....hm,...


Lubuk hati kian meronta-ronta kan jawapan. Kejadian itu telah berlaku meski inai masih tersisa di jemari ku pandang sepi. Sesepi kalbu yang cuba mengusir kedukaan ..namun kelopak mata jerih dengan kolam air mata yang menghuni sanubari.

*********************************************************

Gelisah di hati seakan Dia sahaja yang Maha Mengetahui. Sosok bayangnya entah kemana. Baru sebentar tadi aku seraya meminta diri cepat-cepat pulang sejurus Fahmi rakan baik ku meminta aku membantu sedikit gerak kerja. 
Entah kenapa, dari pagi tadi melewati ke rumah Fahmi, ada sesuatu yang datang seolah-olah bagaikan hal tidak baik bakal berlaku hari ini....

Seboleh mungkin, aku mencegah hal-hal buruk melewati ruang benak.

"Hm, fikiran je kot.....," desis hati.

Akhirnya tersenyum jua mengingati keletah manja Mia semalam saat aku mengajaknya jalan-jalan pusing di desa permai ini.

Ketawa bila mengenangkan saat mula Mia kekok duduk di belakangku menaiki motor. Sampai terpaksa aku yang menolongnya ikat kan tali helmet dan bawa tangannya memeluk aku. lawak..lawak dengan puan Mia, bidadari hati ku yang sorang ini.hehe

Namun syukur aku panjatkan kerana memiliki isteri yang tak pernah membonceng motor dengan lelaki bukan muhrim. Itu yang aku puji. Kerna sukar kini nak cari isteri yang jaga adab sedemikian.


Palitan senyum kian terlintas di wajah bila Mia mengatakan dengan gembira :-

"Abang, next time datang lagi tau tempat-tempat camni...Mia suke," 
 
Menjerit-jerit bagai ingin memeluk ku pun ada isteri ku ini.

Mengimbas gelagat isteri tercinta terkadang membingkis geli hati. Meski Mia anak sulung, tapi aku tahu dia sensitif dan suka nak bermanja. Mungkin benar kata kawan.

"Woi, ko jangan tak tau anak sulung ni ...nampak je tegas Adin oi....tapi, manja mengalahkan anak bongsu...tambah kalau dok jauh2x nie," kata sahabatku Amirul ketika itu aku masih bertunang dengan Mia.

"ye ke? tak caye la..setau aku anak bongsu yang selalu macam tue," 

"takpe..takpe..tengok aa nanti ko kahwin," Amirul rakan yang sudah berkahwin serta punya anak 1 itu seakan mencabar pulak.



Akhirnya, kami gelak sama-sama. Terkadang aku jadi tidak faham watak dan kelakukan seorang wanita. Bengong dibuatnya bila sesekali Mia asyik nak merajuk je. Bila Mia diam, aku tertanya pula walaupun terselit ego untuk buat-buat tak tahu je. hm, kalau dah wanita..wanita juga !!!

"Hi, Adin..kat sini rupanya..puas mak cari...ko buat pe pulak kat belakang ni?," 

Sergahan emak mengejutkan aku.

"Ha, takde la mak....saje Adin ambil angin," Aku bersuara menyedapkan hati. 

"eh, tadi Mia cakap nak keluar jap...dia ada bagitau Adin,kan?," kata-kata emak membuatkan aku berpaling. 

Kaget. Terkejut seketika.

"aaa...ada...ada hal sikit kot...," Sengaja mengelak dari emak bertanya lanjut. Namun hati tidak tahu kemana isteri ku itu menghilang.

"Adin masuk bilik dulu,mak....penat aaa," kata ku beransur ke kamar sederhana yang masih dikemas rapi.

"hm, mia ....oh mia....aku huru hara kan bilik, mujur dia rajin mengemas..nasib ada isteri....kalau tak.....," gesis hati tersenyum.

Duduk di hujung katil berdekatan almari solek mengingatkan aku pada Mia dan cermin bagai tidak boleh dipisah. 

"Kalau sehari tak tengok cermin lama-lama, x boleh ke?," kataku suatu ketika aku lihat Mia asyik memandang cermin lama-lama bagai tak sedar aku di kamar.

"kejap ye abang.....," Itu lah yang selalu keluar dari bibir Mia. 
Menyikat rambut bagai membelai di spa pula. ish..ish..!!!

Bagi aku sebagai lelaki...terkadang pelik dengan wanita ni. kalau bab berhias & cermin memang boleh bagi penghargaan kat mereka ni.

Aku? 
No la ....malas nak mencermin-cermin nie..

Secara tiba-tiba, aku teringat sesuatu di laci. Hadiah itu dah lama aku simpan untuk seseorang. Dah lama aku ingin serahkannya. Dah lama juga aku nak menyatakannya bila tiba masa. 
"harap Mia akan suka nanti," Berulang aku meyakinkan diri dalam gamitan hati.

"Ouch," Ada desis kesakitan hinggap di kaki. 
Seakan tersepak sesuatu di balik sisi bawah katil. Menyeringai raut wajah.

Kotak bersaiz peti A4 yang mengena kaki itu ku ambil dan buka. Seraya minda menapak jelas maksud. Fikiran sudah tercapai apa yang tersirat. Pasti ada sesuatu yang dah terjadi.

"Ya Allah,Mia.....aduh, habislah aku....," Tangan ku sudah menepuk dahi.

Kesal. Tapi, yang pasti sukar untuk berpatah balik lagi.

"Maafkan abang, sayang.....Mia kena dengar dulu apa abang nak cakap,"
Hanya itu sahaja suara hati yang jelas membingkis di ruang jiwa.
Segalanya sudah terlambat. Itu sudah pasti. Kejadian yang menjawab sebuah kehilangan dan pertanyaan tadi.

Yang pasti, aku tak ingin sebuah kehilangan terjadi lagi.....permata kasih yang aku tunggu-tunggu meski berat untuk aku lafazkannya. 

"Mia....tunggu abang ye,Mia....abang tak berniat. Mia tak pergi mana-mana kan sayang....Mia kena dengar dulu apa abang nak cakap,"

Hati kesal. Tapi, masihkah ada harapan. Saat indah hari-hari perkahwinan yang baru berputik terpalit pahit kerana aku.

Aku terlewat untuk menyatakannya. Aku takut untuk mengakuinya. Aku lupa dia selalu ada di sisi. Aku perlukan ruang waktu dan aku tidak minta ini semua terjadi saat ini. Dilema kisah istana cinta kita bukan sampai di sini sahaja, tetapi ada persoalan yang akan menjengah. Tuhan sahaja yang bakal menyatukan kejernihan di sebaliknya.

"Mia, abang cintakan Mia....abang sayangkan Mia...abang kasihkan Mia.....abang........................,"

Terlewatkah aku untuk segalanya???


Berjalan Melintasi waktu...
berharap waktu kan datang menemani...
kembalikan waktu yang dulu, penah datang dengan keindahan...
berganti dengan keinginan hati....
menutupi segala keinginan untuk dapat kembali
 
 
 
 
 
Mengggarap Tinta Ilham Maya,
 
 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Thursday, 19 December 2013

Episod 21 "Kerana Dia Untuk Ku"


Ada raut senyuman mekar di jiwa ku saat menatap matanya. Pagi mentari yang hadir kian membingkis jiwa. Hadirnya lelaki itu di sisiku saat mata terbuka melewati Subuh yang menginjak lalu.....sanubari mengusik gempita ria.

Perlahan-lahan menguis rambut lelaki itu seraya manja. Kucupan di pipi tanda kasih....menyorot pergerakan sedar. Enaknya lelaki itu tidur usai solat jemaah subuh & membaca Alquran bersama tadi.


"ooo...kejutkan abang ye,"

Seraya dia mengucup dua tanganku. Lali akan kebiasaan lelaki tersayang di jiwa. Mungkin itu tanda sayang yang tak pernah putus buat ku.

"hm...today is the day k......abang, emak & sedara kat rumah abang tak call ke tanya abang kat mana semalam?,"


Ada nada gelak pada lelaki itu yang memandang aku di sebelahnya.

"relaks la sayang. pandai2x la abang kelentong diaorang nanti.....tak sangka today majlis kenduri rumah abang ye.....macam tak percaya dah seminggu kita nikah ye,Mia..tp baru semalam jumpa berdua lama,"


"Tau pun abang.....tapi kan Mia tak akan henti ketawa...tak sabar nk tau apa abang nak kelentong diaorg kat sana..Mesti gempak pengantin lelaki hilang pagi ari kenduri...kena usik la nanti abang oii," Sempat aku menguis manja hidung lelaki itu.


Melabuhkan kepala di bahu lelaki itu membuatkan aku aman seketika. Hari ini detik hari pertama bakal aku di rumah mentua....melalui kenduri di rumah suamiku.Ada debar di jiwa mengenangkan apa yang bakal aku lalui. Namun minda sedar membisikkan kata-kata positif belaka.


Denting jam sememangnya cepat kurasakan kala lelaki itu melambai tangan pulang kala masa menunjukkan 7.10 pagi.


*******************************************************************

Destinasi ke Desa Kg Baru sesungguhnya begitu lama ku rasakan. Lantaran menanti juga 1 pasangan lagi yang bakal muncul seiringan dengan kami. Adik kepada suami juga turut diraikan dalam majlis 2 mempelai ini. 

Pegangan tangan suami sepanjang perjalanan di dalam kereta mengurangkan resah ku kala detik demi detik tiba di sisir jalan rumahnya.

Entah kenapa hari bahgia ini,aku suka melihat suami tersenyum segak. Mungkin acara di rumahnya begitu bermakna dan dia sudah tidak kekok lagi denganku. Itu yang menjadikan momen indah saat berjalan bersama.

"Oi,cepat..cepat..pimpin pengantin perempuan tue...dia nak pitam aa,"

Terdengar jeritan dari satu suara saat aku berdiri di sisi suami. Rupa-rupanya isteri kepada adik suami hampir jatuh pitam saat indah ini sedang terlaksana.

Namun, erat senyuman diteruskan dengan majlis bersama di rumah itu.

Penuhan lensa kamera menghuni suasana majlis kala permulaan melangkah ke rumah mentua ku itu. Majlis rancak berseri kala dihidangkan santapan majlis yang enak. 


Juadah gulai batang pisang & daging masak hitam khas dari Baling,Kedah begitu membuatkan aku selera. Namun sebagai pengantin, sewajarnya aku menjaga kesopanan diri untuk suami.

Kian tersenyum panjang kala diminta bergambar 2 mempelai ketika sesi memotong kek. 

Acara petang hingga ke pertengahan malam dipenuhi tetamu tidak henti-henti menjadikan aku begitu letih. Berpakaian baju blouse kedah dan kain batik saat malam pertama di rumah mentua membuatkan aku ibarat seorang gadis kampung.

Kata suami :-

"hm, bagus isteri abang boleh pakai kain batik. abang suka,"

Senyum hingga ke telinga bila diberi pujian begitu oleh suami kerana dia seakan tidak percaya aku berkemampuan sementelah berada di bandar JB. 

"hi,awal dah nak balik....mai pekena kopi lak?," 

Suara suami berbual-bual dengan rakan-rakan yang masih hadir jemputan kala malam menginjak terdengar di corong telingaku. Sejak tiba petang tadi,aku berusaha membantu gerak kerja di dapur. Ini lah yang ibu ku titik beratkan kala ada di rumah mentua.

Ada sendu bila teringat pesanan emak sebelum aku melangkah ke rumah mentua petang tadi :-

"Mia,jadi menantu yang baik,isteri yang solehah...duduk rumah mentua nanti,jaga akhlak elok-elok....rajin-rajin tolong mak mentua tau......,"

Itu yang ibu ajari aku. Tak sia-sia segala teguran emak. Ia seakan berlegar di ruang mindaku. Kesedihan tercalit jua di jiwa. Kerana kini aku di samping suami tanpa ibu & bapa lagi. Namun, ada gembira menyaksikan suasana & acara membuka hadiah-hadiah kahwin dipenuhi sanak saudara dan ahli keluarga suami.

Ia begitu meriah padaku yang punya keluarga 4 adik-beradik cuma jika dibanding dengan keluarga suami yang punya 10 beradik. Ia sesuatu pengalaman yang berbeza.


"Mia, menung pe tu sayang. tak tidur-tidur lagi ni..sayang tak penat ke?," Tersedar ada insan yang memeluk ku di belakang kala aku berdiri di sisi tingkap bilik pengantin yang dihias indah adik suami khas untuk pengantin.

"Abang...lain kali jangan kejutkan Mia camtu la...sakit jantung terkejut kang,"

Tersentak jua dengan tindakan suami secara tiba-tiba datang dari belakang.

"mai sini sikit nak rasa hati isteri abang ni?," Lelaki itu mula meletakkan kepala nya seakan ingin mendengar denyut jantungku.....

Ha, dia mula dah !!! Ada debaran menimpa jiwa.

"Hi, dup dap sakan ni Mia.....abang tak buat pepun,"

"Abang...." aku mula menjerit kecil...menampar manja lengan suami

Lelaki itu kalau bab mengusik no 1. Itu memang boleh diberi piala kemenangan. Berbanding aku yang sering menunduk malu kala dia cuba bertentang mata denganku.

"Mia, terima kasih terima abang ....suami Mia seadanya. Kita jaga hubungan ni baik-baik ye,sayang," 

Begitu luhur terpancar menusuk jiwa kala lelaki itu bertentang mata mengucap kata-kata itu dengan romantisnya.

"Terima kasih juga kerana abang pilih Mia sebagai suri hidup abang...malah abang tetap setia untuk jadikan Mia sebahagian dari kisah cinta kita...sama-sama lah kita suburkan istana cinta  ini sebaik mungkin meski saat-saat berjauhan akan muncul....kte akan hadapinya kan?," 

Setitis air mata mengalir menuruni liang pipi. Ada kalbu sendu mengusik jiwa raga mengenangkan ranjau ikatan yang cuba dibina sejak tahun-tahun lalu.

"eh, jangan la nangis sayang.....comot tau muka...dah tak seri,"

Gelak aku dengan usikan lelaki itu.

Sedarnya diriku ditarik dalam pelukan. Ada kucupan manja di dahi oleh suami tercinta.

Tersorot sebuah makna dalam mekar mencantum benih-benih cinta agar tersemai indah selalu. Seindah bunga-bunga yang segar menghiasai lautan taman firdausi......


"Waktu yang memisahkan kita...
waktu yang akan mempertemukan indahnya 2 jiwa.....
sebuah kenangan dalam sebuah kisah cinta
terukir dan tumbuh bersemi dalam taman hati bebunga...,"


BERSAMBUNG KE EPISOD 22



Arca Tinta Ilham Maya,
 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Monday, 21 October 2013

Episod 20 "Kerana Dia Untuk Ku"


Melodi lagu bagaikan menari-nari di cuping telingaku kala Subuh menjejak desa kayangan pagi ini. Ku ingin ketawa ria bagaikan rama-rama yang terbang bebas di singgahsana jendela kamar. Ku ingin berlari bersamamu mengejar saat bahagia dan ku ingin kau ada selalu kerana kau sememangnya untukku.

Cuba mengusir resah pada tragedi semalam yang entah tiada khabar lagi. Namun hilang seketika meski mendapat secalit sms cuma dari lelaki bernama suami itu.

"Mia, kami semua ok....nanti abang cite lagi ya,jangan risau tau,"

Menghitung waktu bagaikan mengharapkan handphone Nokia ku itu bakal berdering. 

Sarapan pagi itu bagai tiada selera adanya.

"Mia, apa cerita semalam?," suara emak berkumandang memecah suasana kala sepi di ruang tamu sisir rumah.

"tak tau la,mak..mia try call abang tadi...tapi tak berangkat pulak,"

"takde pe-pe kot..dia ada sms mia kan semalam?," tanya emak lagi.

"ada,diaorang ok," kataku menyedapkan hati.

"jangan risau la....insyaallah ok semuanya emak doakan. dah siap hantaran untuk bawa ke rumah lelaki ahad ni?," dari belakang ayah pula menerjah ruang bual kami.

"apa yang ada je la ayah...semua dah set. ke ada perlu tambah?," saje bertanya pada yang lebih tua. Mereka lebih mengerti daripada aku bab-bab ini

"ayah tengok takde sirih junjung pun. takkan yang nak bawa kat depan, tak pegang sirih junjung...mungkin mia perlu tambah buah dlm 1 bakul lagi. takkan nak bagi sama jumlah lak," cadang ayah kepada ku.

Aku sekadar mengangguk. Bersyukur juga kerana masih punya sepupu yang sudi membantu saat kekalutan ini timbul. 



Kring.....Kring...
telefon ku berbunyi. Jelas kedengaran dari bilik pengantin. Segera berlari kerna tahu & pasti nada dering itu khas panggilan dari suami.

"waqalaikumusslam abang....," Gembira rasa mendengar suara lelaki itu setelah kian lama menunggu berita.

'Mia sayang ...pekabar?," 
Aduhai, sepatutnya aku yang bertanya khabar. Lelaki ini pula yang sebaliknya. 

Ini lah yang buat aku sayang kan lelaki ini. Jika dulu tika cinta ala maya bagai nak tak nak je melayan aku. Kini bila masuk fasa kahwin, bagaikan dilayan bak puteri pulak....syukur pd Allah diberi kenikmatan awal ini.

"Mia...dengar tak ni?," 

" ya abang...mia dengar," tersentak dalam lamunan sebentar.

"amboi sempat berangan isteri abang ya....ingatkan sape tu?," Mula sudah lelaki itu hendak bergurau.

"ingat orang jauh lepas kenduri sini je..laju dah nak balik sana esoknya," sengaja pulangkan paku rajuk manja pada lelaki itu.

" ooo....tu maknanya rindu..sabar..sabar," 

Kata-kata lelaki itu buatkan aku gelak sakan.

"Mia, mujur tak jadi apa-apa semalam...kena kat belakang kereta abang dekat tayar...tapi kereta kat depan nasib tak dilanggar teruk perempuan cina yang bawa kereta vios tu. Tapi, mak kat sebelah dah jerit sakan. Mak trauma sebab hal tu jadi tiba-tiba. Kebetulan Mia dok cakap dengan abang kat phone lak," tiba-tiba suara suami bertukar serius menceritakan kejadian.

"abang, sori  sangat.mia tak sangka jadi macam tue....lepas ni, mia tak cakap lagi ye bila abang tengah memandu. Mia rasa bersalah lak..takut gak jadi pe-pe semalam. yela mia yang call abang,kan," kataku sedih & kesal dengan perkara itu.

"tak pe la Mia...semua dah nak jadi. tapi....kereta abang masuk bengkel la...nanti kenduri kte tukar plan lain la ye....abang kat baling ..rumah tok lagi ni," 

"abang, jangan lupa bagitau emak jumlah kedatangan pihak kami & jam berapa nak amik..kan ada 2 pengantin nanti..kesian kat mak abang lak nak handle..ayah tengah tanya tu..ble nak datang bincang. lagi 2 hari tau nak kenduri rumah abang ni," Nada risau berlagu di hati lantaran melihat suami ku yang selalu ambil endah tak endah bab ini. Sibuk mungkin juga. Sekadar mengingatkan. Khuatir dia lupa.

'yela sayang...," katanya sebelum mengakhiri perbualan kami tika waktu tengahari kan mendatang.

Kuntuman senyum mekar mewangi dalam haruman nada berita yang ria menjernihkan emosiku semula. Semoga majlis yang direncanakan merafak sempurna hendaknya.


********************************************************************

Putaran masa menginjak denting jejak rencana yang diatur kini. Majlis kenduri sebelah pihak lelaki yang bakal diadakan di Chuping,Perlis akan dimeterai esok. Persiapan kian rancak meniti suasana di kediaman rumahku di Perlis. 

Lewat petang itu, sempat lagi aku mengajak Adik Fiza, Adik Ida dan sepupu ku yang lain membeli barang yang masih diperlukan. Sudah terbit di minda kami untuk menghias sirih junjung & jambangan coklat & jeli yang bakal di rias indah sebelum kenduri berlangsung esok. Meskipun ia majlis kedua buatku, entah kenapa debaran meningkat setapak.

Dup dap dup dap kencang sanubari...
Sseakan baru nak bertemu suami semula setelah seminggu ditinggalkan kala kenduri pertama di rumahku. 

Kata ayah :-

"alahai, awal-awal suami dah tinggal pengantin baru...sabar je la," 

Bukan ayah je mengusik....di gamat lagi dengan suasana adik-adik sepupu yang riuh memecah suasana di kediaman perlis itu.

Dalam hati, masih penuh mekar taman berbunga. Pengantin baru la katakan....Ups, dialog macam pernah aku dengar je ..hehehe !!!

"Hi, kak mia....dah jauh kemana tue...bintang bulan..orang cakap pun dah tak dengar," tersentak lagi dek libasan tangan Adik Ida di muka ku.

"Ha, tu dok ingat cik abang la tu...hang jangan tak tau Ida oi...," Adik Fiza tak kering dengan idea mengusik aku kala kami sedang menjamu selera koew teow ladna di gerai tepian jalan. 

"takde la...suka mengusik ye korang ni," Malu & merah muka ku tiap kali diusik sedemikian rupa.

Adik Iqa & Zifah tersenyum seakan nak gelak. 

Jahat tau, sempat usik kak mia ye....nanti korang kawin, kak mia usik korang pulak!!! hehe....senyum sungguh ble ingat gelagat korang semua yang so happening :-)

Usai sahaja makan di gerai, kami lantas pulang.Ketika makan tadi, sempat menerima sms suami akan kedatangannya untuk berbincang dengan ayah mak sebentar di rumah. 

Aku?
Akur sahaja apabila suami sibuk dengan persiapan di rumah nya. Hanya malam ini sahaja yang dia free. Layan je la.....sekejap je pun,kan ! Esok dah majlis.

Tapi, Adik Ida & Adik Fiza dah semakin rancak mengusik bila tahu suami hendak datang rumah...Apa taknya...sehari sebelum majlis sebelah lelaki.

Aduhai......!!!

Nak tau pe yang diusik???

"Habisla pengantin baru malam ni?," 

Sempat menampar manja dalam keriuhan gelak ketawa memecah hilai ketika pemanduan kereta oleh Adik Ida. As usual,  cepat-cepat aku menafikan bahawa suami akan balik cepat-sibuk dengan urusan di rumahnya. 

eei, malas la....semua asyik mengusik je...malu..malu....
Realitinya...berdebar...seakan dah lama tak berjumpa suami sendiri. Bercinta selepas kahwin....ini lah noktahnya....

Tiba sahaja di rumah, aku lihat sebuah kereta sudah parking bersebelahan kereta ayah. Sudah pasti lelaki itu. Kami turun dari kereta membawa barang untuk menata rias hantaran. Sempat menyalami suami dengan malu-malu, bertanya khabar sekelumit cuma. Hendak pandang muka suami, bagaikan tidak boleh bertentang mata. Tak dapat diungkap. Mungkin kerana masih tidak kenal suami realiti dan riak malu ketara lagi.

Aduhai, Mia...apa dah jadi...dalam telefon bukan main bercinta....bila real, lain pula jadinya !!!! Hati oh Hati..ada kata 'pergilah tegur suami'..ada kata 'nak malu pe, kan suami sendiri tue,".....emosi bermain pelbagai rasa. Tuhan sahaja yang tahu. Kalau boleh hendak lari dari lelaki itu dan tak nak pandang dia lama-lama walhal itu yang diinginkan sejak lelaki itu tiada5 hari ini....huhuhu

"ehem ehem.....tekun nampak kak mia tolong kami," Adik ida mula nak memecah usik lagi...cepat-cepat aku cubit peha kanan dia.\

"ouch,ketam dah naik Fiza oii," Adik ida membalas merenung Fiza.

"Awat Mia macam nak tak nak je tegur suami tu..kesian kat dia...mia ni..suami datang ...buat tak layan pulak...esok dah la nak kenduri...pi la cakap dengan dia jap," Makin riuh usik Kak Imah pula yang sibuk menyusun coklat dan jeli untuk digubah.

Aduhai, diaorang buat dah !!!! huhu..
Makin merah muka aku..makin diam ..tak tau nak balas pe...

Dalam kesibukan aku membantu melipat daun sirih, sempat mengerling melihat suami sedang minum air kopi buatan emak sambil bersembang dengan ayah. 



Bila suami pandang je, cepat-cepat aku tundukkan muka. Tak tahu drama apakah yang menimpa kami tika ini....Ya Allah, usirkanlah perasaan yang entah ape-ape ni....(bisik hatiku)

"Alamak, belum solat isyak lagi ni....?," lagu hati ku setelah melihat adik-adik sepupu sedang sibuk menyiapkan jambangan bakul coklat & sirih junjung itu.

Suami? Yang ku tahu masih tidak balik lagi. Kelibat suami yang masuk ke kamar pengantinku sekali imbas kulihat tadi usai ayah dan mak rancak bersembang di ruang tamu itu.

Secara tiba-tiba, ayah & emak sudah memanggil ku di dapur. Terpaksa meninggalkan adik-adik sepupu di ruang tamu tengah dengan kerja itu.

"Mia, tengok suami Mia tu penat semacam je...Yela dia kan anak yang diharapkan ibunya membantu banyak hal-hal dapur untuk kenduri ni....mak dengar dia sempat lagi menjemput rakan-rakan terdekat petang tadi......macam-macam la dia cite. Yang penting semua hal berkaitan esok dah dibincangkan....hi, yang mia ni diam sokmo sampai tak mencelah sembang tadi kenapa...malu la pulak," ibu sudah bersuara sambil memandang aku. Pandangan ibu pun ala nak mengusik...

huhu...nape semua suka usik aku ni 

"pergi la masuk bilik tue....mia tunggu pe kat situ...ish budak ni," Ayah dah mula berleter.

Seboleh mungkin, aku cuba melarikan diri dari lelaki itu. Ya Allah, apa yang berlaku pada aku ni?? Bertubi-tubi aku mengurangkan rasa debar. 

Teringat pesanan Ustaz Ramlan ketika menghadiri kuliah kursus perkahwinan lewat Julai yang lalu :-

"seorang isteri harus melayani suami sebaik mungkin. Berdosa jika membelakangkan suami...namun pahala bagi isteri yang memenuhi tuntutan rumahtangga,"

Aduh, rasa berdosa pulak tak tegur suami sedemikian rupa....cepat-cepat berisghtifar di hati.

Ketika hendak melalui Kamar Pengantin yang masih asal rias tika kenduri di rumahku itu, sempat mendengar usikan Adik Fiza 

"hi, kang dah masuk...kak mia tak keluar-keluar pe!," 

Adik Ida dah senyum sokmo. Aku mencebik bibir. Geram diusik bertubi-tubi walhal muka dah merah semacam. Di luar pintu, masih terdengar pecah ketawa mereka.


*********************************************************

Melangkah ke kamar pengantin yang disinari cahaya lampu dinding ala samar itu menerbitkan suasana romantisme kala kaki menjejak ke bilik yang diubah suai oleh sepupu-sepupu ku itu. Pilihan dan idea mereka tepat dengan apa yang aku kehendaki. 

Melihat lelaki itu terbaring di tilam empuk kamar pengantin. Merenung mukanya bagai keletihan yang sukar aku hitung. Simpati menjenguk jiwa. Bagai ingin menyentuh wajah lelaki itu. Namun mematikan perasaan.

Masih teringat yang aku belum menunaikan solat Isyak lagi. Sempat membersihkan diri, mengambil wudhuk. 

"Mia, nanti kejutkan abang sebelum 12.30 malam ye..abang kena balik la. esok kan kenduri,"

Suara lelaki itu jelas terbit di cuping telingaku kala aku baru ingin memulakan solat Isyak.Nada keletihan jelas sekali.

Tika merafakkan tasbih dalam doa, baru tersedar yang lelaki itu terpisat-pisat mengusap mukanya dalam pembaringan...merenung aku. Dalam doa yang kudus itu , sempat aku memohon kepada Yang Maha Esa dilimpahkan kebahgiaan dalam rumahtangga yang baru dibina ini. 

Lelaki itu masih terbaring di katil memandangku dalam mata yang antara pejam tidak itu. Petanda kepenatan ketara di pelupuk matanya. Namun matanya seakan tidak henti-henti merenung aku hingga aku jadi tidak tidak betah membetul-betulkan lipatan telekung solat lalu menuju ke almari. 

Menilik di ruang dalam almari, di asak rasa malu. Namun harus menukar pakaian tidur. Ups, di depan suami pulak tu...aduhai 

"Ya Allah, bantu lah aku....," Hati aku berulang kali mengucap kata-kata itu.Tak tahu kenapa....huhu

"Mia sayang.....nak kemana lak tue?," kata suami tersenyum melihat aku gelabah semacam je direnung lama. Sememangnya aku nak lari dari lelaki itu. Semakin lama, semakin lelaki itu ingin mengusik & menguji aku.Saje je !

Namun secepatnya tanganku ditarik suami duduk di sisinya.

"kata rindu kat abang....cian kat abang...dah la penat....mia urutkan belakang abang jap...lenguh dah tolong org rewang kenduri tadi tau," 
 
Tangan aku sudah dibawa ke bahunya. Sememangnya simpati juga kerana dari tadi emak memberitahu suami ku ada mengadu penat urus kenduri.

Dalam mengurut suami, sempat membaca doa yang dititipkan ustazah bagi melembutkan hati suami dan penawar kebahgiaan. Hal yang baik perlu dibuat untuk pemula rentak keharmonian rumahtangga.




Lelaki bernama suami itu kulihat tidur lena meski urutan aku hanya seketika, Ingin membangunkannya lantaran permintaan sebentar tadi. Serba salah aku dibuatnya. Lantas aku baring di sebelah. Mata masih belum kantuk. Jam di dinding hampir menjengah 12.40 malam.

"aduh, nak kejut ke tak ni?," Sungguh hati rasa simpati. Kepenatan lelaki itu jelas sekali hingga sudah tidak sedar aku di sebelahnya. Aduhai,suami 

Yang aku tahu, di luar sana.....suara-suara sepupu telah hilang kerana mereka sudah pulang untuk istirehat. Ayah?Pasti dah kunci pintu. 

Pesanan suami minta dikejutkan masih lagi di ingatan.

"abang.........bangun la...abang...," ku urut jemari kaki suami membangunkannya. Risau. apa kata lelaki itu jika tak mengejutkannya.

"erm.....," Hanya itu yang kedengaran dari bibir suamiku. Sempat dia menarikku dekat di sisinya. 

"abang.....jangan cakap mia tak kejut ye....," tangan mula nak menggeletek pinggang suami. Geram. Lelaki itu masih tidak membuka matanya.

"ouch.....sayang,ok...ok...jangan .........kang abang......," Akhirnya mata lelaki itu yang terkatup bersinar kerana cuba mengelak tangan aku yang melekat di pinggangnya. Geli.

Aku ketawa kecil berjaya membangunkan suami dari lena yang panjang. Suka :-)

"Mia....kalau......," Bagai tersekat kata lelaki itu. Matanya seakan kuyu. Seakan mengharap sesuatu dalam rona pandangan yang membawa makna.  

Aku? tunduk malu. Pengalaman kali pertama realiti 'dating berdua' di kamar indah, menyentak naluri dalam debaran irama yang berombak.

"kalau apa..........," mata aku mendongak memandang mata suami di sebelahku.

"kalau abang tak nak balik....tapi.............nak..." Lelaki itu sengaja tidak menghabiskan ayatnya. Semakin lama semakin mendekat pada aku.

Dan.........
Sedarnya aku sudah ditarik dalam pelukan manja lelaki bernama suami itu. Malam yang suram dahulunya...kini menjadi bintang yang indah dalam kehangatan menghirup manisnya madu cinta yang halal di sisi tercinta.





Serangkap kalimah
Seutas tasbih yang dikirai
sehelai sejadah yang di hampar
lambang agung sebuah cinta
dari hamba kepada Pencipta

Dari mata turun ke hati
dari jiwa ke nurani
sebuah kisah cinta bersemi
antara bidadara dan bidadari

Kuselimutkan wajah indahnya
pada semilir angin yang menyapa
agar bisa ku nikmati indah pelangi
yang bersemayam di sudut taman hati

Ku lakarkan madah
ku hamparkan sebuah kisah
cinta yang suci lagi indah
agar bisa aku megah
dalam pelukan kasih yang terindah

Lewat bisikan bayu nan lembut
ku sampaikan salam dari jauh
bisakah dikau menyambut
perasaan tulus yang ku simpuh
lewat kicauan unggas yang mula riuh

Ku naikkan sauh duka
ku layarkan bahtera cinta
buat tatapan mereka-mereka
yang terpenjara dalam siksa
 moga masih ada sinar
di destinasi yang masih samar

Sambutlah wahai manusia
Sebuah cerita indah dari alam maya
ku lakarkan di sini buat santapan hati anda
semoga nantikalian akan bisa 
berbahagia sentiasa
bersama indahnya cinta kurniaan-Nya

Senyumlah wahai teman..
Senyumlah seindah pelangi yang tercipta...(^_^)
Melarik Tinta Maya, 


Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute