Ada raut senyuman mekar di jiwa ku saat menatap matanya. Pagi mentari yang hadir kian membingkis jiwa. Hadirnya lelaki itu di sisiku saat mata terbuka melewati Subuh yang menginjak lalu.....sanubari mengusik gempita ria.
Perlahan-lahan menguis rambut lelaki itu seraya manja. Kucupan di pipi tanda kasih....menyorot pergerakan sedar. Enaknya lelaki itu tidur usai solat jemaah subuh & membaca Alquran bersama tadi.
"ooo...kejutkan abang ye,"
Seraya dia mengucup dua tanganku. Lali akan kebiasaan lelaki tersayang di jiwa. Mungkin itu tanda sayang yang tak pernah putus buat ku.
"hm...today is the day k......abang, emak & sedara kat rumah abang tak call ke tanya abang kat mana semalam?,"
Ada nada gelak pada lelaki itu yang memandang aku di sebelahnya.
"relaks
la sayang. pandai2x la abang kelentong diaorang nanti.....tak sangka
today majlis kenduri rumah abang ye.....macam tak percaya dah seminggu
kita nikah ye,Mia..tp baru semalam jumpa berdua lama,"
"Tau pun abang.....tapi kan Mia tak akan henti ketawa...tak sabar nk tau apa abang nak kelentong diaorg kat sana..Mesti gempak pengantin lelaki hilang pagi ari kenduri...kena usik la nanti abang oii," Sempat aku menguis manja hidung lelaki itu.
Melabuhkan kepala di bahu lelaki itu membuatkan aku aman seketika. Hari ini detik hari pertama bakal aku di rumah mentua....melalui kenduri di rumah suamiku.Ada debar di jiwa mengenangkan apa yang bakal aku lalui. Namun minda sedar membisikkan kata-kata positif belaka.
Denting jam sememangnya cepat kurasakan kala lelaki itu melambai tangan pulang kala masa menunjukkan 7.10 pagi.
*******************************************************************
Destinasi
ke Desa Kg Baru sesungguhnya begitu lama ku rasakan. Lantaran menanti
juga 1 pasangan lagi yang bakal muncul seiringan dengan kami. Adik kepada suami juga turut diraikan dalam majlis 2 mempelai ini.
Pegangan
tangan suami sepanjang perjalanan di dalam kereta mengurangkan resah ku
kala detik demi detik tiba di sisir jalan rumahnya.
Entah
kenapa hari bahgia ini,aku suka melihat suami tersenyum segak. Mungkin
acara di rumahnya begitu bermakna dan dia sudah tidak kekok lagi
denganku. Itu yang menjadikan momen indah saat berjalan bersama.
"Oi,cepat..cepat..pimpin pengantin perempuan tue...dia nak pitam aa,"
Terdengar
jeritan dari satu suara saat aku berdiri di sisi suami. Rupa-rupanya
isteri kepada adik suami hampir jatuh pitam saat indah ini sedang
terlaksana.
Namun, erat senyuman diteruskan dengan majlis bersama di rumah itu.
Penuhan
lensa kamera menghuni suasana majlis kala permulaan melangkah ke rumah
mentua ku itu. Majlis rancak berseri kala dihidangkan santapan majlis
yang enak.
Juadah gulai batang pisang & daging masak hitam khas dari Baling,Kedah begitu membuatkan aku selera. Namun sebagai pengantin, sewajarnya aku menjaga kesopanan diri untuk suami.
Kian tersenyum panjang kala diminta bergambar 2 mempelai ketika sesi memotong kek.
Acara petang hingga ke pertengahan malam dipenuhi tetamu tidak henti-henti menjadikan aku begitu letih. Berpakaian baju blouse kedah dan kain batik saat malam pertama di rumah mentua membuatkan aku ibarat seorang gadis kampung.
Kata suami :-
"hm, bagus isteri abang boleh pakai kain batik. abang suka,"
Senyum
hingga ke telinga bila diberi pujian begitu oleh suami kerana dia
seakan tidak percaya aku berkemampuan sementelah berada di bandar JB.
"hi,awal dah nak balik....mai pekena kopi lak?,"
Suara
suami berbual-bual dengan rakan-rakan yang masih hadir jemputan kala
malam menginjak terdengar di corong telingaku. Sejak tiba petang
tadi,aku berusaha membantu gerak kerja di dapur. Ini lah yang ibu ku
titik beratkan kala ada di rumah mentua.
Ada sendu bila teringat pesanan emak sebelum aku melangkah ke rumah mentua petang tadi :-
"Mia,jadi
menantu yang baik,isteri yang solehah...duduk rumah mentua nanti,jaga
akhlak elok-elok....rajin-rajin tolong mak mentua tau......,"
Itu
yang ibu ajari aku. Tak sia-sia segala teguran emak. Ia seakan berlegar
di ruang mindaku. Kesedihan tercalit jua di jiwa. Kerana kini aku di
samping suami tanpa ibu & bapa lagi. Namun, ada gembira menyaksikan suasana & acara membuka hadiah-hadiah kahwin dipenuhi sanak saudara dan ahli keluarga suami.
Ia
begitu meriah padaku yang punya keluarga 4 adik-beradik cuma jika
dibanding dengan keluarga suami yang punya 10 beradik. Ia sesuatu
pengalaman yang berbeza.
"Mia, menung pe tu sayang. tak tidur-tidur lagi ni..sayang tak penat ke?," Tersedar
ada insan yang memeluk ku di belakang kala aku berdiri di sisi tingkap
bilik pengantin yang dihias indah adik suami khas untuk pengantin.
"Abang...lain kali jangan kejutkan Mia camtu la...sakit jantung terkejut kang,"
Tersentak jua dengan tindakan suami secara tiba-tiba datang dari belakang.
Tersentak jua dengan tindakan suami secara tiba-tiba datang dari belakang.
"mai sini sikit nak rasa hati isteri abang ni?," Lelaki itu mula meletakkan kepala nya seakan ingin mendengar denyut jantungku.....
Ha, dia mula dah !!! Ada debaran menimpa jiwa.
"Hi, dup dap sakan ni Mia.....abang tak buat pepun,"
"Abang...." aku mula menjerit kecil...menampar manja lengan suami
Lelaki
itu kalau bab mengusik no 1. Itu memang boleh diberi piala kemenangan.
Berbanding aku yang sering menunduk malu kala dia cuba bertentang mata
denganku.
"Mia, terima kasih terima abang ....suami Mia seadanya. Kita jaga hubungan ni baik-baik ye,sayang,"
Begitu luhur terpancar menusuk jiwa kala lelaki itu bertentang mata mengucap kata-kata itu dengan romantisnya.
"Terima
kasih juga kerana abang pilih Mia sebagai suri hidup abang...malah
abang tetap setia untuk jadikan Mia sebahagian dari kisah cinta
kita...sama-sama lah kita suburkan istana cinta ini sebaik mungkin
meski saat-saat berjauhan akan muncul....kte akan hadapinya kan?,"
Setitis
air mata mengalir menuruni liang pipi. Ada kalbu sendu mengusik jiwa
raga mengenangkan ranjau ikatan yang cuba dibina sejak tahun-tahun lalu.
"eh, jangan la nangis sayang.....comot tau muka...dah tak seri,"
Gelak aku dengan usikan lelaki itu.
Sedarnya diriku ditarik dalam pelukan. Ada kucupan manja di dahi oleh suami tercinta.
Tersorot
sebuah makna dalam mekar mencantum benih-benih cinta agar tersemai
indah selalu. Seindah bunga-bunga yang segar menghiasai lautan taman
firdausi......
"Waktu yang memisahkan kita...
waktu yang akan mempertemukan indahnya 2 jiwa.....
sebuah kenangan dalam sebuah kisah cinta
waktu yang akan mempertemukan indahnya 2 jiwa.....
sebuah kenangan dalam sebuah kisah cinta
terukir dan tumbuh bersemi dalam taman hati bebunga...,"
BERSAMBUNG KE EPISOD 22
BERSAMBUNG KE EPISOD 22
Arca Tinta Ilham Maya,
0 comments: