My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts

Friday, 19 July 2013

Cara Nak Pisahkan Anak Dari Tidur Sebilik Dengan Ibu Bapa



Bila ya kte perlu pisahkan anak dari tempat tidur???

Firman Allah SWT dalam Surah an-Nur: 58 yang bermaksud 

"Wahai orang yang beriman, hendaklah hamba kamu dan orang yang belum baligh dari kalangan kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang Subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya..."). 

Ayat ini menunjukkan bahawa Islam menyediakan garis panduan kepada ibu bapa dalam mendidik anak dengan akhlak mulia seperti menghormati ibu bapa dan batas serta adab pergaulan antara anak dan ibu bapa sejak kecil. Pada masa sama, Islam membimbing ibu bapa supaya menjaga batas aurat terhadap anak supaya mereka tidak melihat sesuatu yang tidak baik daripada ibu bapa mereka.

Rasulullah SAW menganjurkan ibu bapa supaya mengasingkan tempat tidur antara anak lelaki dan perempuan. Ia dapat dilihat daripada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 


"Perintah anak kamu bersembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun, jika mereka tidak melakukannya sampai umur 10 tahun, pukul mereka, juga pisahkan di antara mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur." (Riwayat al-Hakim dan Abu Daud).

Hadis ini menjelaskan selain itu Rasulullah SAW memberi garis panduan mengenai pemisahan tempat tidur anak lelaki dan perempuan apabila mereka mencapai umur 10 tahun. Walaupun hadis ini mengenai pemisahan antara anak lelaki dan perempuan, namun ibu bapa perlu menghindari anak daripada tidur sebilik dengan mereka. Perkara ini menjelaskan bahawa kanak-kanak perlu dididik dengan pendidikan akidah, syarak dan akhlak sejak kecil supaya mereka tidak terpesong daripada ajaran Islam.

Antara tujuan Rasulullah SAW menganjurkan perintah itu untuk menjaga keharmonian dan maruah ahli keluarga. Di samping ia bertujuan mendidik anak dengan akhlak dan batas pergaulan antara ahli keluarga supaya tidak berlaku perkara negatif seperti sumbang mahram. Tambahan pula dengan kemudahan teknologi yang ada pada hari. Oleh itu, wajarlah mereka dipisahkan dari tidur bersama ibu bapa atau adik-beradik lelaki dan perempuan lebih awal daripada usia 10 tahun.




Antara tips yang mungkin boleh dilakukan :-


1. Sediakan bilik yang selesa untuk si manja anda. Ini tidak bermakna anda perlu hias biliknya dengan perabot mewah dan sebagainya. Sebaliknya memadai jika bilik tersebut bersih dan kemas. 

 2. Berikan masa kepada anak untuk membuat persediaan mental dan emosi. Terangkan kepadanya bahawa dia sudah besar dan perlu belajar tidur sendiri. Pastikan tidak ada sesiapa yang cuba takut-takutkan dia apabila tidur sendiri nanti. 

3. Persediaan mental dan emosi. Sama seperti orang dewasa, kanak-kanak juga mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan sesuatu yang baru. Jadi, sebaik-baiknya beritahu pada anak-anak anda bahawa mereka perlu tidur sendirian lebih awal dari jangka masa yang anda sasarkan. 



 4. Anda boleh melatih si kecil untuk tidur di biliknya pada siang hari. Temankan dia terlebih dulu dan bacakan buku cerita yang memberi manfaat kepada si kecil. Lakukan sekerap mungkin dan cara ini pasti dapat membantu membiasakan anak anda.

5. Ajak si kecil anda menghias bilik tidurnya. Pasti dia teruja apabila benda yang disukainya menghiasi ruang privasinya. Sebagai contoh, jika si hero sukakan kereta, terapkan elemen permotoran dalam bilik tidurnya. Begitulah sebaliknya.

6. Pastikan ada ruang bermain dalam bilik anak-anak dan pastikan hiasan bilik tidak terlalu sarat. Elakkan meletak barang-barang kaca yang mudah pecah. Ia berbahaya.

7. Bagi anda yang mempunyai lebih daripada seorang anak dan sama jantina, katil dua tingkat mungkin pilihan yang tepat untuk jangka masa panjang, terutama bagi kediaman yang mempunyai bilik yang terhad.

8. Andai katil bayinya dahulu boleh diubahsuai menjadi katil kanak-kanak, ini menandakan anda berhadapan dengan satu proses yang agak mudah. Anda boleh menunjukkan kepada si manja bahawa dirinya tidak ‘diusir’ daripada tempatnya yang lama.

9. Sejurus si manja anda berpindah ke biliknya sendiri, kekalkan rutin tidurnya dan biasakan si manja buang air kecil dahulu sebelum tidur. Anda tidak perlu mengubah waktu tidurnya kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan kepada si manja nanti. Masalah lain yang mungkin timbul, anak anda mungkin boleh berasa terlalu ‘bersemangat’ sehingga dia sukar tidur.

10. Anda boleh melayani kerenah si manja yang pada awalnya mungkin akan terus bermain, keluar masuk bilik meminta segelas air, meminta anda membacakan buku untuknya, berulang alik ke tandas, minta ditemani. 

11. Cuba selidiki kenapa si manja anda suka tidur dengan anda? Mungkin si manja takut dengan kegelapan? Atau wujudnya rasa cemburu dalam diri mereka apabila si adik masih boleh lagi tidur dengan anda sedangkan dia tidak? 


12. Berikan mereka benda yang boleh membuatkan si manja rasa selamat dengannya. Contohnya sebuah patung besar yang boleh membuatkan si manja rasa ‘berteman’ apabila tidur.

13. Sediakan pencahayaan yang bersesuaian untuk si manja. Kebanyakan kanak-kanak memang takut dengan kegelapan. Jadi belilah lampu-lampu ‘fancy’ khusus untuk si manja.

14. Latih anak-anak untuk mengemas bilik mereka sendiri. Walaupun lipatan selimut mereka tidak begitu kemas, biarkan dan beri mereka peluang untuk memperbaikinya.

15. Bersabar adalah kunci paling utama. Memang tidak mudah untuk mengajar si manja tidur sendirian di biliknya. Dan ia mungkin tidak akan berhasil hanya dengan satu malam. 







16. Amalkan membaca doa sebelum tidur dan Surah 3 Qul. Latih anak-anak untuk turut membaca doa ini setiap kali sebelum masuk tidur. Insya-Allah doa ini akan meningkatkan keyakinan kita sendiri serta anak-anak bahawa Allah akan sentiasa melindungi mereka.

17. Jadi, pada peringkat awal peralihan ini ibu bapa memerlukan tahap kesabaran ekstra. Pimpin si manja ke bilik semula setiap kali dia keluar dari bilik tidurnya.

18. Dan yang terakhir, anda boleh menerapkan sistem ‘reward.’ Seperti beli ‘sticker’ atau pelekat bergambar dan lekatkan di papan khusus untuk menunjukkan berapa kali si manja tidur tepat pada waktunya dalam satu minggu.

Perkongsian dari, 

 


Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Tuesday, 18 June 2013

Bilakah Seorang Anak Perlu Di disiplinkan??

Bila menyebut tentang ‘disiplin’, sesetengah ibubapa menyangka ia bermakna ‘memukul’, ‘mengugut’ atau mengambil tindakan kasar supaya si anak berubah kelakuan kepada yang lebih baik. Pada pandangan saya, ‘disiplin’ lebih sesuai ditakrifkan sebagai ‘menetapkan dan menguatkuasakan hadnya’ (to set and enforce limits)
 
Disiplin Mengikut Umur
Disiplin boleh ditetapkan berdasarkan umur. Ini kerana, kanak-kanak yang berbeza umurnya sudah tentu berbeza dari segi kematangan dan kebolehan memahami tindak-tanduk ibubapa. Umpamanya, seorang anak berusia tiga tahun sudah tentu berbeza caranya untuk mendisiplin berbanding anak yang sudah berusia sepuluh tahun.

Secara amnya, dari segi umur dan disiplin, kanak-kanak boleh dikategorikan seperti berikut:
  1. Bayi baru lahir – 1.5 tahun: Tidak perlu didisiplin. Anak yang masih bayi hanya mampu menangis jika ada sesuatu yang tidak kena. Ia menangis bila kurang sihat. Menangis bila lapar. Menangis bila tidak selesa. Jadi formula untuk anak yang masih kecil seperti ini ialah BERTINDAK SECARA RESPONSIF iaitu berikan perhatian sewajarnya. Malah, kajian membuktikan, bayi yang ibu-bapanya sentiasa responsif (cepat memberi respons dan tidak membiarkan anak berlarutan menangis) menjadi anak yang lebih tinggi keyakinan dirinya apabila meningkat remaja.
  2. 1.5 tahun – 2 tahun: YA dan TIDAK. Maksudnya, untuk anak dalam lingkungan umur ini, kita hanya perlu memperkenalkan disiplin secara lembut, umpamanya dengan diperingatkan berkali-kali. Contohnya apabila anak cuba memasukkan jari ke dalam soket elektrik, kita larang dan katakan, “Ini soket elektrik. Boleh terbakar tangan jika disentuh.”
  3. 2 tahun – 5 tahun. Inilah peringkat umur yang benar-benar memerlukan ibubapa untuk memperkenalkan kaedah disiplin berkesan untuk jangka panjang. Inilah objektif disiplin kita; iaitu seorang anak sudah elok perangainya apabila mencapai lingkungan kira-kira 5 tahun. Bermakna, dalam tempoh tiga tahun, seseorang anak boleh diharapkan secara realistik untuk dididik berkelakuan baik, contohnya tidak memecahkan barang atau sudah pandai mengambil hati kawan.



Peka Dengan Perkembangan Anak
Pun begitu, kategori umur di atas hanyalah sebagai garis panduan kasar sahaja. Perlu diingat bahawa setiap kanak-kanak mengalami proses kematangan yang unik dan berbeza dari kanak-kanak yang lain. Sesetengah anak menjadi matang lebih cepat dan awal berbanding anak-anak yang lain. Manakala sesetengah yang lain pula lebih lambat dan memerlukan jauh lebih banyak kesabaran dan ketabahan, umpamanya anak yang lambat pembesaran (‘slow development’). 

Oleh itu,kita perlu peka untuk mengubah-suai kategori di atas mengikut kematangan anak kita sendiri.

Beberapa Kaedah Disiplin
Tentunya tiada sekolah di mana kita boleh belajar cara-cara untuk mendisiplin anak. Rata-rata ibubapa cenderung untuk mendidik anak mengikut apa sahaja gaya didikan yang diterima mereka sendiri.  Biasanya ini ialah stail ibubapa mereka sendiri atau datuk atau nenek atau sesiapa sahaja yang berperanan membesarkan mereka semasa kecil. Oleh itu, jika mereka dibesarkan secara lembut, kemungkinan besar inilah stail yang bakal digunakan untuk mengasuh anak sendiri. Begitu juga sebaliknya; jika dibesarkan oleh ibubapa yang garang dan panas baran, sebagai ibu atau bapa inilah cara yang secara automatik akan digunakannya. Dalam erti kata lain, gaya mengasuh anak biasanya dipelajari turun-temurun.

Beberapa kaedah disiplin yang biasa digunakan termasuk:
  1. AGRESIF: Kasar melampaui batas umpamanya sering memukul dan memaki-hamun anak.
  2. PASIF: Terlalu memanjakan anak dan membiarkannya membuat apa sahaja yang diingini.
  3. MANIPULATIF: Menyalahgunakan autoriti sebagai ibubapa dengan memainkan emosi negatif anak. Contohnya suka membanding-bandingkan seorang anak dengan anak yang lain terutama di hadapan anak yang kurang digemari. Contohnya dari segi kepintaran dan pencapaian.
  4. ASERTIF: Tegas bila perlu dan kena pada tempatnya.
Selain itu terdapat cara-cara lain yang kurang berkesan seperti tabiat suka berleter. Anak yang sudah terbiasa dileter akan ‘switch off’ secara automatik sebaik sahaja mendengar ibu atau bapa mula berleter.  Jadi apa yang diperolehi oleh ibubapa yang suka berleter hanyalah tekanan darah yang semakin tinggi!

Fikirkan : Adakah Cara Yang Lebih Baik
Saya berani mengatakan, tiada seorang ibu atau bapa pun yang boleh dikatakan mendidik anak cukup sempurna di dunia ini termasuk diri saya sendiri. Ini kerana yang sempurna itu hanya Allah Maha Kuasa dan kesempurnaan itu hak Allah semata-mata. Selagi kita bergelar insan, usaha mendidik anak ini adalah suatu usaha yang berterusan; kita perlu berusaha menuju kesempurnaan. Ibu bapa yang prihatin akan sentiasa menyoal diri dan mengimbas kembali usahanya setiap hari sama ada dia sudah melakukan yang terbaik untuk anaknya ataupun tidak. Kebanyakan kita menggunakan gabungan keempat-empat kaedah yang disenaraikan di atas. Tetapi semakin banyak kaedah ASERTIF yang kita gunakan, bertambah baiklah disiplin dan akhlak anak kita.


Pilih Kaedah Asertif – Kaedah Disiplin Terbaik
Apakah bezanya kaedah ASERTIF dengan kaedah-kaedah lain? Paling penting, ibu bapa yang ASERTIF bersikap tegas apabila perlu tetapi lembut di waktu-waktu lain. Bila difikirkan, untuk anak yang umurnya setahun setengah ke atas, situasi yang memerlukan ketegasan lazimnya hanya berlaku beberapa kali sehari sahaja.

Yang saya maksudkan dengan ungkapan ‘bersikap tegas’ di sini ialah contohnya bercakap dengan nada yang tegas tanpa meninggikan suara sehingga menggerunkan anak tesebut. Umpamanya dengan anak yang sudah berusia hampir lima tahun, memadai dahi berkerut dan nada sedikit kurang senang untuk mengingatkannya supaya mandi sebelum waktu magrib.
  • Contoh: Anak yang baru berusia setahun setengah tertumpah air secara tidak sengaja di atas meja.
  • Respons yang sesuai: Ambilkan kain lap, letakkan tangan anda di atas tangannya dan sama-sama lapkan air yang tumpah. Ibubapa yang bijak akan menggunakan peluang ini untuk mengajar anaknya dengan berkata, “Bila air tumpah, kita lap. Kalau tidak, lantai jadi licin, nanti adik jatuh!” Dengan ini, bukan sahaja anak diajar untuk tidak panik bila sesuatu yang kurang diingini berlaku, perbendaharaan katanya juga meningkat berkembang!
  • Respons yang TIDAK sesuai: Memukul tangannya atau menampar atau menengking.
Juga salah satu ciri kaedah ASERTIF ialah, anak diberi ruang untuk belajar daripada akibat perbuatannya sendiri. Prinsipnya mudah: Perbuatan yang baik menghasikan akibat yang baik. Manakala perbuatan yang buruk pula menghasilkan akibat yang buruk. Dengan ini, setiap anak belajar untuk bertanggungjawab di atas setiap keputusan yang dibuatnya.

Jika ibu bapa bersikap konsisten iaitu peraturannya tidak berubah-ubah tidak tentu hala setiap hari, seseorang anak itu akan jelas tentang peraturan-peraturan yang perlu dipatuhinya. Hasilnya, dalam masa tiga tahun yang singkat ini (antara 2 – 5 tahun), secara beransur-ansur anak itu dengan sendirinya mudah dilentur dan seluruh keluarga akan lebih harmoni, Insya’Allah. WallahuA’ lam. 



SHARING ARTICEL BY :

Jamilah Samian is the author of COOL MUM SUPER DAD, COOL BOYS SUPER SONS, and THE GROOVY GUIDE TO PARENTING GEN Y & Z. Jamilah is a Professional Trainer certified by The Malaysian Institute of Management. She is a Neuro-Linguistic Programming Practitioner registered with the American Board of NLP. Jamilah is also part of the team of parenting experts at ParenThots (The Star).
Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute