My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Showing posts with label Produk Herbalife. Show all posts
Showing posts with label Produk Herbalife. Show all posts

Monday, 25 June 2018

My Face "hm...pe dah jadi?,"



 Opss...dah shake ke belum...????

Salam maya buat semua follower setia Mia. Semoga hari-hari anda dihiasi dengan keindahan. Hari ni masih nak bercerita tentang produk Herbalife. Setelah 2 bulan menggunakan Herbalife,banyak perubahan yang Mia rasakan.

Antara produk Herbalife yang saya rasa instant effect kat Mia.... Sayalah. Lain org maybe lain. 😄

Produk Herbalife di Malaysia yang menjadi kegemaran saya :

❤️ F1 Nutritious Meal SHAKE - Yang ada balance nutrients untuk kegunaan tubuh setiap hari. Memang Best sangat sarapan pagi shake Herbalife ni!
❤️ Herbal Aloe Concentrate - Yang kite akan ceritakan dalam entri ni
❤️Teamix Lemon Hibiscus - Yang sangat awesome untuk increase metabolisma, bantu pencernaan, bantu eliminate toxins, dan bagi tenaga pada badan.
❤️ F3 Whey Protein - Rahsia badan cantik, PROTEIN yang sangat awesome ni.
 
Aloe ni daripada pokok Aloe Vera, yang mmg well known dengan kesannya untuk sedapkan perut, lancarkan pencernaan, sihatkan usus. Bukan "cuci usus" ok.
 
 
Sekarang cuba kita fikir, selalu kita rasa normal untuk rasa letih dan kurang segar selepas makan. Kita rasa itu normal. Bila rasa kurang segar, kita cari minuman bergula untuk tenaga. 

Sedangkan gaya hidup stress, makanan kurang fiber, makanan tak seimbang dan tak sihat, makanan bergula tinggi, berlemak tinggi, makanan dengan transfat, makanan proses - ini semua membebankan usus! 

Instead of badan kita dapat zat nutrisi daripada makanan yang kita makan, badan kita jadi terbeban pulak dengan makanan tu. Instead of badan boleh guna nutrients dalam makanan untuk lancarkan pencernaan, badan kita tak boleh guna sebab tak cukup organic nutrients dan natural enzymes. 

KESANNYA? Badan jadi letih lepas makan! Sebab sisten pencernaan kita kena BEKERJA SANGAT KERAS untuk mencernakan makanan-makanan kita. Sebab tula lepas makan jadi letih. dan benda tu bukannya sesuatu yang normal seperti yang anda fikirkan. Dan anda tak perlu minuman bergula untuk boost tenaga selepas makan. 


FUNGSI ALOE VERA HERBALIFE

🌸 support sistem pencernaan yang terbeban dengan gaya hidup stress, kurg fiber, makanan tak sihat, banyak gula, lemak, transfat, processed foods - ni semua membebankan usus. Aloe Herbalife membantu sistem pencernaan kita untuk lebih lancar regardless of gaya hidup zaman kini yang membebankan usus seperti diatas.
🌸 mengandungi organic nutrients, natural enzymes, vitamins, minerals, amino acids, & aloe vera. 
🌸 mengandungi chamomile & antioxidants untuk melawan kesan negative toxins & penuaan. 
🌸 Tingkatkan penyerapan nutrients, jadi kita akan dapat the most daripada makanan yg kita ambil. 

Siapa yang dan minum Herbalife SHAKE kat sini, bila consume Aloe sekali, penyerapan nutrisi dari F1 Shake tu akan jauh lebih optimum!! Sebab Aloe membantu tingkatkan penyerapan nutrisi, kesan F1 tu sendiri akan lebih power. 
 
 

KESANNYA PADA MIA :
🌟 Badan lebih segar!
🌟 Relieve masalah berkaitan pencernaan (occasional indigestion) 
🌟 Kulit senang sangat improve Alhamdulillah. mia pula memang no make up. Just sapu lipstick marykay je
🌟 Lepas lunch minum Aloe & Teamix, confirm segar tak ngantuk, mood happy, boleh focus kerja. 
🌟 Increase hydration. So sesuai kalau tengah letih, workout, etc. Badan kita akan letih bila dehydrated. 
🌟 Kalau travel lagilaaaaa wajib bawak Aloe ni. Time travel lah digestive system kite nak bad mood, immune drop, kurg nutrisi, etc. Aloe + Teamix time travel is my healthy and energy pills!! 



So banyak-banya produk Herbalife memang kebanyakan mia guna, tapi priority yang memang TAKKAN TINGGAL, 
 
F1 SHAKE, ALOE, TEAMIX, WHEY PROTEIN
 


Untuk pesakit kulit dan sendi macam Mia ni, doktor ada suggest untuk ambil fish oil (omega) dan Mia mengamalkannya hingga kini. Untuk makluman, herbalife juga ada produk fish oil.

Oh ya..sampai di sini je coretan Mia...diet masih diteruskan lagi. Boleh ikuti Mia di facebook ok. Bagi yang berminat mendapatkan produk herbalife, boleh contact/wassup je mia 019-7257960




Coretan Kata,


 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Saturday, 9 June 2018

Perlu ka ambil F3 Herbalife dalam pakej belian?


 


Hari ni tergerak hati Mia nak bercerita tentang Herbalife Formula 3 (F3).

Ada  orang yang baru nak mula diet dengan Herbalife yang keliru dan bertanya sama ada mereka perlu ambil F3 ni atau tidak. Banyak juga rumours yg mengatakan klu tak ambil F3,berat akan lambat turun..Biaq betui???

Sebenarnya,masa mula korang start plan nak berdiet dengan Herbalife ni, korang kena fikir apa target sebenar pengurusan berat badan korang.

Anda target untuk turun kg cepat?

atau

Anda Target untuk turun inchi cepat

atau

Anda nak kedua-dua pakej ni

Hm..tu kena tanya diri dan budget yg ditarget ok.

Bercerita tentang F3 ni...kte kena faham fungsi sebenar F3 ni. Herbalife Formula 3 diperbuat 100% dari protein tumbuh-tumbahan tanpa lemak haiwan. Oleh sebab itu, kalori dalam F3 ini lebih rendah berbanding dengan suplemen protein yang lain dalam pasaran. 



Satu scoop F3 mengandungi 5g protein. Cara makan Herbalife F3 ini ialah, kita boleh campurkan 1 ke 2 scoop ke dalam shake F1 untuk hasil yang lebih berkesan dan rasa shake lebih pekat. Biasanya mia letak 1 scoop je bersama 2F1 




Oleh kerana F3 membantu menambahkan otot, ramai yang risau berat mereka lambat turun. Tapi sebenarnya, bila otot kita meningkat lebih cepatlah pembakaran lemak, dan berat susah naik bila dah turun.


Bila kita tambahkan F3 ke dalam shake Herbalife kita setiap hari, badan kita akan nampak lebih cepat fit dan langsing. 



Jadi Herbalife Formula 3 penting untuk kita kurus. Lagipun, bila berat badan kita turun, tiada siapa yang akan tahu. Tapi bila badan nampak lebih langsing, pasti ramai yang akan perasan dengan perubahan kita!




F3 sangat berguna untuk wanita berumur 30 tahun ke atas, terutama yang pernah melahirkan anak. Ini kerana kulit wanita selepas umur 30 tahun semakin mengendur akibat pengurangan otot. Oleh itu F3 sangat bagus untuk membantu kengekalkan keanjalan kulit. Semestinya protein memang bagus untuk kulit, rambut dan kuku kita.



Protein juga membantu mengelakkan kulit kita mengendur dan menggeleber akibat oenurunan berat badan yang banyak. Sebab tu lah bila dah kurus dengan Herbalife tiada masalah kulit menggeleber ni.





Selain itu, bagi ibu yang sedang menyusukan anak terutama secara sepenuhnya, dinasihatkan untuk mengambil F3 bersama dengan shake F1 bagi memastikan bekalan susu berterusan dan juga dari pengalaman saya sendiri, mampu memekarkatkan susu badan.



Jadi, jangan teragak-agak untuk mengambil Herbalife Formula 3 bersama dengan shake anda. Ada banyak kebaikan yang tubuh anda akan dapat daripada protein dalm F3 ini.



Ini sahaja yang nak Mia kongsikan untuk kali ini. Jika ada sebarang soalan berkaitan F3 ini atau produk Herbalife yang lain, boleh tanya Mia di ruang komen




"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."







Melarik Tinta Maya, 

Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Friday, 1 June 2018

Why Herbalife,Mia???




Salam Jumaat di pagi yang indah damai ini. 16 Ramadhan menginjak tiba. Apa khabar sahabat semua? Diharapkan ketika ini diberi kekuatan sihat walafiat dan dapat meneruskan ibadah di bulan Ramadhan dengan jayanya.

Kenapa Mia pilih shake herbalife?
Apa yang ada pada segelasShake Herbalife?Nutrition Shake Mix atau yang biasa disebut Shake dibuat dari protein soya dan campuran bahan-bahan alami lainnya.Segelas Shake Herbalife mengandung 23 vitamin dan mineral, karbohidrat, protein, serat, rendah lemak, dan rendah kalori. Nilai nutrisinya yang tinggi dan seimbang membuat Shake Herbalife dapat dijadikan pengganti sarapan.



Mudah ka nak buat shake Herbalife ni?
Mudah je...boleh blend@shake je....Mia cuma letak low fat milk/air 0/ketul ais batu/2F1+1F3. Taraa..dah siap. Jika nak lebih kenyang, boleh tambah hirisan buah. Kalau yg jenis kalut nak gi kerja..urus anak..shake herbalife adalah pilihan yg pantas. Kte selalu lupe nak bersarapan kan? Perlu diingatkan bahawa sarapan membekal tenaga mula dan membantu meal plan yg kte target seharian. Jika kita berjalan pun mudah juga sebab asas untuk wat shake hanyalah 2F1+1F3+air-goncang shake-boleh minum. 

Pilih herbalife sebab nak turun berat badan ka?
Hm..ramai yang blame sebab Mia pilih Herbalife. Tapi Mia ada plan Mia sendiri. Meski orang cakap mahal tetapi berharga utk kesihatan dan mahal lagi jika mengudap makanan tinggi kalori. Sejak shake Herbalife ni, Mia berasa bertenaga,sihat. Dulu Mia bukan jenis org yg bersarapan. Tapi bila ada herbalife sbg pengganti sarapan, ia byk membantu Mia memulakan kerja dan lebih fokus. Mia berubah ke arah seseorang yang perlu memilih makanan dan minuman yang perlu bagi keperluan seharian. Mia mula banyak minum air 0 berbanding minum yg manis. Mia mula menjadi org yg suka bawa bekal dan masak sendiri.

Memang org cop mia nak kurus dengan produk. Terpulang pe org nak kata...realitynya Mia dah cuba sebulan Mac - awal Mei tanpa produk yg menggabungkan senaman dan jaga makan, terbukti turun berat sebanyak 5kg. Now masih maintain.


Di atas ni adalah meal plan untuk di bulan Ramadhan. InsyaAllah jika diikuti dengan baik, target weight loss pasti tercapai. Untuk makluman, herbalife ni bukan sahaja untuk turun berat badan, bagi yg nak naikkan berat badan/maintainkan weight pun sesuai mengambilnya. Ada jadual dan panduan dr coach. Anda perlu melantik coach bagi memandu perjalanan diet anda dengan jayanya.


F1 ni mia suka sebab Mia dapat merasai kenikmatan coklat (menggantikan milo), cappucino (gantikan nescafe), cookies&cream(ganti rasa mgidam biskut). 3 perasa ni memang menjadi pilihan Mia. 

Dasarnya...ble kte berhasrat nak diet...kte tak boleh cakap sahaja. Kena ada tindakan. Selalunya org ingat dengan ambil produk terus boleh kurus. Ia perlukan usaha. Jaga makan dan senaman tu wajib dibuat seminggu 2-3 kali. Jangan malas bersenam. Jadikan rutin dan habit. Saat ni ble seminggu lebih tak senam, Mia rasa lain macam. Tapi mengenangkan di bulan Ramadhan,menguatkan semangat diri jaga makan.


Teamix dalam herbalife banyak membantu. Sebelum bersenam,Mia suka minum suam teamix ni sepertimana plan. Banyak membantu pembakaran kalori. Perisa pilihan Mia peach. Terasa macam minum teh no sugar bau peach. Herbalife ada 2 perisa teamix. Masa awal Mia melibatkan diri dengan herbalife, Mia minum teamix with hibiscus. 

Aloe vera? Mia mula terjebak dengan  aloe vera ni sejak mak mula tanya ada tak produk aloe vera yg boleh digantikan dengan produk NR Vera yg kami beli di Johor. Masa tu outlet tutup. Jadi Mia merasakan saat ni better my mum try herbal aloe ni...banyak kebaikan. Dan kini Mia juga telah menikmati khasiat Herbal Aloe. Sekarang ni ada perisa mango dan mandarin. Mia pilih mango. Mia pilih produk ni sebab mia perlu untuk pemulihan kulit,melegakan perut dan tingkatkan penghadaman.

Tengah dok banyak cerita ..lupe tajuk ye?hihihi

Kenyang ke nak puasa dengan Shake je sahur?

Jawapan: Belum cuba belum tau kak. Sahur dengan shake memang kuantiti nampak sikit compared to nasi. Tapi kualitinya MasyaAllah. Kenyang, bertenaga, rasa macam tak puasa kadang-kadang. Lebih bertenaga berbanding kalau sahur dengan nasi! Alhamdulillah. Kalau tak percaya, cubala dulu.

Kenapa berbuka puasa pun shake herbalife?

Jawapan: Time bukak puasalah segala kerakusan yang tidak digalakkan Islam akan berlaku. Time tu kita lapar. Segala benda kita nak bantai. Jadi, elokla bukak puasa tu minum je Shake dulu. Pastu solat Maghrib. Lepas solat baru makan normal meal nasi dan lauk yang seimbang. InsyaAllah sihat dan lose weight healthily sepanjang Ramadhan, dan during Raya nanti badan kita dan seimbang dengan nutrisi. Kalau badan kita seimbang, weight gain during Raya pun dapat dielakkan!! :)

Tapi....ble tengok menu plan Mia hari hari, mesti ramai tertanya....macam-macam versi. Tu kena belajar dengan coach,tau tujuan dan niat kte guna produk, target kte dan sebagainya. Dari semasa ke semasa kena belajar juga ilmu tentang diet dan kesihatan ni. Macam mia, mia ada juga coach tersendiri. Coach banyak membantu untuk mengatur menu plan, memeriksa berat dan memantau perkembangan diet kte seharian. Bile ada team group diet,kte akan lebih bersemangat untuk menuju matlamat.

So...selamat mencuba.

Wassup Mia 0197257960 untuk lebih mengetahui tentang herbalife ye





Palitan Tinta Maya,
 





Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

Sunday, 6 May 2018

Kisah Aku dan HERBALIFE Aloe Vera Soothing Gel



Di setiap titis hujan yang aku sangka cuma membawa musibah dan kedukaan di hati,rupanya dalam aku sedar rupanya Allah mahu aku jadi lebih tabah. Kerana aku terpilih dalam genetik keluarga menghidap sakit kulit psoriasis. Aku yang paling terkesan menerima ketentuan ujian ini. Dia memilih ku kerana tahu aku mampu menghadapinya.

Sekian lama aku menghambakan diri pada dinding rumah,menyembunyi kisah duka. Setiap hari melangkah ke sekolah seluruh tubuh badan ku dr kepala hingga ke kaki berbau olive oil kulumur. Kulitku tak dapat bertahan pada cuaca panas dan cepat dilanda gatal. Akibatnya...aku hidup dengan sekeping kain batik tidak berbaju/berblouse cantik seperti surirumah lain di rumah. Aku terseksa untuk keluar pada waktu terik panas...terlalu banyak kekurangan sehingga ada hati yang terseksa.


24 April 2018 - Saat paling menduga setelah 18 tahun menghidap penyakit kulit ini. Aku dilanda demam 3 hari berturut akibat kuman telah menjangkiti ruang kulit kaki sehingga aku sakit untuk menapak. 3 bulan bertahan dengan selipar tanpa kasut sarung cantik...aku kuatkan semangat mendidik anak bangsa.


2 minggu di wad bukan episod mudah. Namun,berkat sokongan padu dari ibubapa, suami,keluarga mentua dan rakan-rakan jauh mahupun dekat / online...hati aku mula rasa kental. Terasa bagaikan kaki kanan lumpuh tidak memijak tanah.

4/5/2018 adalah pertemuan bersama Doktor Pakar Kulit Dr Hassanin .... aku telah diberi cuti sakit lanjutan sehingga betul-betul kembali sembuh.


3 hari dah pos ni tiba. Terima kasih buat rakan jauh dr Johor Ewa yang sudi menghadiahkan sample Herbalife Aloe Vera Soothing Gel untuk saya melakukan percubaan pada saat saya mula masuk wad.

Realitinya,aku tahu banyak kebaikan Aloe Vera yang bagus untuk kulit....Herbalife Aloe Vera Soothing Gel menjadi pilihan hati kerana :-



Antara kelebihan Herbal Aloe Everyday Soothing Gel adalah :

1. Ianya bagus dijadikan sebagai pelembap bagi mengatasi kulit kering.

Buat masa ni aku akan apply Aloe Soothing Gel ni melembapkan kulit...Nyaman terasa....InsyaAllah lepas ni pi kerja pun boleh pakai gel ni. Kulit kering dan berminyak dah takde lagi! Bila ada masalah kulit ni,aku memang jarang mekap. Tak boleh sebarangan mekap kena pada kulit. Tapi kalau yang jenis suka make up,nak pakai bedak compact pun bertambah yakin. Kalau dulu, confirm nampak comot , kulit kering dan nampak bedak tidak sekata pada muka. Ia juga boleh mengurangkan kesakitan dan bengkak jika terkena matahari. Aloe Soothing gel ni bertindak sebagai lapisan pelindung pada kulit dan membantu menambah kelembapan. Apabila kulit terhidrat, maka ia akan pulih lebih cepat daripada selaran matahari.
Untuk lelaki, boleh pakai sebelum bercukur, ia boleh merawat luka-luka kecil yang disebabkan oleh bercukur.


2. Bagus untuk merawat jerawat dan mengatasi kulit berminyak.

Ianya bersifat antimikrobial yang membunuh bakteria dan ciri-ciri anti-radang yang boleh mengurangkan keradangan kulit sekaligus membolehkan kulit untuk sembuh dengan cepat dan semula jadi dengan meminimumkan parut. Aloe soothing Gel adalah pelembab tetapi tidak memberi kulit rasa berminyak, jadi ia sesuai untuk sesiapa yang mempunyai kulit berminyak.

3. Lidah buaya membantu melawan masalah biasa penuaan kulit.


Vitamin C dan E hadir dalam Herbal Aloe Everyday Soothing Gel boleh memperbaiki kulit kita secara semulajadi dan menjaga kulit kita dari terhidrat.

4. Boleh mengurangkan tanda "stretch mark".


 Pengguna herbalife yang terkena soldering iron(besi pemanterian)


Pengguna herbalife yang terkena minyak panas.


So,nantikan perkembangan kulit mia ye.....mia juga menjadikan diri mia sebagai testimoni. Sudah 2 minggu lebih menggunakan gel aloe vera yang diberikan rakan. Saat ini sedang menguatkan semangat dalam proses rawatan untuk mula terapi berjalan dengan jayanya.




Testimoni produk adalah berbeza. Hasil individu mungkin berbeza.
INGIN DAPATKAN BOLEH CONTACT/SMS/WASSUP MIA (0197257960)



Pena Tinta Maya,








Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute