aku yg semakin tembam (gambar membuktikan)
Apabila mengingatkan tentang perkataan "DIET",teringat segala perjuangan dahulu. Entah kenapa bagaikan ingin rasa menangis mengenangkan zaman dahulu boleh berdiet,kenapa sekarang asyik jatuh ja dari berdiet.
Mungkinkah aku tidak sekuat dahulu?
Realitinya...aku selalu kalah dgn hawa nafsu makan.. Bertambah berselera sejak dapat balik JB..tinggal dengan parent...ble mak masak..aduhai sedap saja...Kini dgn ada anak,anak terkadang ada juga waktu selera makan kurang...ibu nya..aduhai mengalahkan anak bertambah. Nasi boleh kata sehari 3 pinggan.
Saat ini diri terasa perlu bangkit memulakan...
Memang banyak sungguh ranjau dalam berdiet. Kadang kala ble nak berdiet sahaja mulalah berkeluh kesah
"lapar..lapar....nak jaga anak yg so aktif perlukan tenaga,"
Tah bermacam-macam alasan lagi.Terkadang cemburu juga tgk orang mengandung pn maintain je badan apatah lagi dah lps bersalin..bdn lagu tu juga..huhu..Aku?masih tak berubah...dr saiz M dah meningkat XL...
berat terkini : 58kg (overweight)
Sehinggakan...
Doktor pakar sendiri telah menasihatkan agar aku menurunkan berat sebanyak 10kg.Fuh..1 angka yg besar.
Doakan aku wahai sahabat.
Aku sedang bangkit semula untuk berjuang.
Melarik Tinta Maya,
0 comments: