My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Monday 3 April 2017

CHAPTER 9 : Tidak Semudah ABC

Ahad,2 April di Majlis Mesyuarat Agung PIBG 2017


Menghirup nafas pagi hari ini sesungguhnya menjadikan aku insan yang kerdil kerna Allah masih menganugerahkan aku kehidupan untuk diteruskan. Memandang cermin di sudut ruang rumah,aku ingin menangis melihat segala peta di seluruh anggota badan. Terkesan juga bila ada yg bertanya

"Tak sakit ke?...kami yang menengok pun dah rasa macam pedih?," 

Soalan itu acapkali kedengaran dari ibu tercinta dan rakan wanita terdekat.

Tipu lah jika aku katakan tak sakit. Teringat jam 6.50 malam Ahad 2/4/2017,kala memandu pulang dari rumah parentku untuk balik ke rumah Arau....aku cuba memandu dalam keadaan yang normal,namun...pemanduan kian jadi agak rumit kerana kebiasaan masuk sesi petang hingga malam je,aktiviti rengsa menggaru mula menyelimuti diri. Entah la,terkadang aku rasa bagaikan ada gegata di seluruh tubuh. Ia memang menganggu keadaan diri. 

"Ujian Allah untuk ina...banyakkan selawat...banyakkan sabar," kata-kata itu sering kedengaran dari suami kala aku mengeluh.

Aku mengeluh ka?
Hm,entah la....bila aku selalu sahaja sebut "Pedih"..."Pedih"...orang sekeliling akan cakap aku mengeluh. Dalam aku mengeluh,aku sering berzikir dalam hati. Allah je yang tahu saat aku berseorangan bertahan. 

Bukan mudah untuk aku lalui semua ini tanpa sokongan tulus dr suami dan parent yg sering bersama denganku.

Sejak akhir-akhir ini,aku begitu cemburu sekali bila melihat suamiku dapat tidur lena....sedangkan aku masih dengan aktiviti menggaru. Ujian dari Allah. Allah tarik tidurku yang penuh lena. Terkadang aku lelah untuk menggaru. Pernah suami kata

"Cuba jangan garu...,"

"Memang aku tak nak garu kepingan kulit ni..tetapi ia ibarat gegata...," 

Bila hendak kemana-mana,memang agak sukar buat aku yang perlu mengambil masa memakai minyak olive oil di seluruh tubuh badanku,muka,kaki...Aku terpaksa memakai olive oil sekurangnya 30 minit sebelum berpakaian. Saat olive oil sampai di tubuh badan,aku gelisah menahan pedih. terpaksa mencari kipas menyejukkan seketika sebelum berpakaian.



Nampak macam mudah?
Air mata aku kerap mengalir bilamana ada yg mengatakan

"Lembapnya..."

"Mandikanlah anak-anak dulu,baru letak minyak tue,"

Bercakap memang mudah. Tetapi bukan semudah abc. Semua yg terjadi saat ini memerlukan masa dan pengertian insan-insan tersayang yang bergelumang hidup denganku.

Saat ini, aku berdoa moga aku bertahan dalam layaran bahtera ini. Bukan aku meletakkan kesalahan pada suami...Tetapi,aku terbeban kerana seringkali tidak dapat menjadi wanita normal seperti dahulu.

Terima kasih mak ayah yang sudi jaga anak-anakku ....selalu memberi masa buat diri untuk memakai ubat. 

Terima kasih buat mak yang selalu bersabar menyapu kulit-kulitku yang bertaburan. Seringkali aku menangis di sanubari kerana emak sanggup bersabar dengan anaknya. Betul la disebutkan dalam Aquran....seorang ibu akan lebih memahami rasa senang dan susah anaknya berbanding insan lain. 

Terima kasih juga ayah yg banyak membantu menggalas tanggugjawab aku kala lalai mendidik anak-anak.

Untuk suamiku,
"Abang tak pernah salah apa-apa. Allah bagi ujian kat abang untuk berdepan dengan isteri yang macam nie....Terlalu banyak dosa ku sebagai isteri. Terlalu banyak kelemahan yang ada pada ku yg sedang berjuang melawan dugaan melanda,"



April yang datang........
Bukan seindah yang dikhabarkan. Jika teman-teman sedang enak untuk bersiap sedia untuk latihan rumah sukan & sukantara demi Kejohanan Balapan dan Padang yang akan berlangsung 27 April ini....pada aku? Ia bagaikan mimpi yang tak sudah....momen ini bukan untuk aku.....Ya,ia bukan untuk aku....aku memang tidak mampu lagi menipu diri di hadapan teman-teman. Adakala aku bisa jadi insan kuat...tetapi di belakang aku lemah...tapi aku cuba bangkit seboleh mungkin. Jika 15 tahun lalu,aku bisa berdiri teguh...kenapa tidak sekarang? Hidup aku harus dimotivasikan selalu.

Ya Allah, sesungguhnya aku insan istimewa pilihan Allah yang sedang diuji,bantu aku untuk memujuk hatiku andai dugaan yang mendatang ini seakan menghimpit diriku. Aku tahu bukan Allah tidak peduli. Bukan Allah hendak menyeksa diriku,bukan Allah sudah tidak melihat usaha dan doa-doaku, bukan Dia tidak kisah air mataku. Dia cuma hendak aku tahu bahawa Dia menyayangiku. Sangat menyayangiku. Masakan tidak, dari berbillion manusia di muka bumi ini, aku pilihannya. Dia memilihku kerana Dia ingin aku kembali padaNya. Mungkin selama ini, aku lalai dari mengingatiNya dengan sebenar-benarnya, mungkin selama ini aku kurang bersyukur dengan apa yang telah Dia berikan padaku.
Limpahan nikmat yang aku perolehi jarang sekali aku syukuri. Bahkan aku banyak mengeluh.
Mahasuci Allah yang menguasai segala kerajaan, Dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun.”- (Al-Mulk: 1-2)
PerancanganNya sungguh berseni dan sungguh sempurna. Dia tahu aku merancang itu dan ini, Dia tahu aku mahu itu dan ini, namun yang terjadi adalah sebaliknya. Aku perlu ingat dan pasakkan dalam jiwa, Dialah sebaik-baik perancang.

Wahai sekalian sahabatku yang sama-sama sedang memperbaiki diri dan memperbaiki iman. Hidup ini dilingkari seluruhnya dengan limpahan kasih sayang Allah.
  • Dia beri kte nikmat sepasang mata, kerana kte pilihanNya untuk ada nikmat itu. Pernahkah kte terfikir andai selepas ini Dia mengambil nikmat itu?
  • Dia beri kte nikmat sepasang kaki, kerana kte pilihanNya untuk merasa nikmat itu. Pernahkah kte terfikir andai kaki kte patah dan kte disahkan tidak boleh berjalan lagi?
  • Dia beri kte nikmat sihat, kerana kte pilihanNya untuk merasa nikmat itu. Pernahkah kte terfikir betapa banyak manusia yang sakit di hospital amat menginginkan untuk kembali sihat?
Bahkan, Dia juga beri kte nikmat ada duit, kerja, makanan, rumah, pakaian, nikmat belajar dan bermacam-macam lagi.
Tapi sayangnya, kte selalu lupa untuk mengamalkan sifat Qanaah yakni merasa cukup dengan pemberianNya.
Maka, refleksilah diri kita selalu andai kita tidak termasuk dalam golongan yang rugi dikemudian hari iaitu diakhirat sana.

Sesungguhnya aku percaya, Jalan yang Allah beri tidak akan mengecewakan diri ini.Allah tidak akan mensia-siakan orang yang melakukan kebaikan termasuk usahaku untuk bersabar dan redha dengan setiap dugaan dariNya.

Jika bukan didunia, mungkin ganjaranku disyurga sana. Tidak dapat dinafikan ada ketika aku bertarung dengan perasaan sendiri, rasanya sakit sangat. Apatah lagi pada masa itu orang sekelilingku seakan tidak memahami diri.
Tidak mengapa duhai hatiku, sabarlah dan solatlah. Allah sendiri berpesan dalam Al-Quran:
Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.”- (Al-Baqarah: 153)

Aku sedang melihat kehidupan ini dengan teliti, Allah mahu aku belajar..

Allah mahu aku pandang sesuatu yang terjadi itu dengan positif dan professional serta cuba belajar dari setiap yang aku perhati. Mungkin dari situ aku dapat ingat Dia. Ujian yang hadir ini ialah sebagai turning point kpd ku agar kembali kepadaNya.
Allah beri tempoh yang tertentu untuk aku lalui ujian ini. Pelbagai cara yang aku usahakan dalam melalui ujian itu dan bermacam-macam jenis orang yang akujumpa.
Mungkin ada masa aku terduduk seketika, mencari ketenangan dariNya, mungkin ada masa aku mengumpul segala kekuatan untuk kembali bangkit dari rasa keputus asaanku.
Ada masa aku mampu bertahan, namun ada masa aku rebah, tidak tertahan dan airmataku pun tumpah membasahi pipi. Aku menangis semahuku, aku berdialog semahuku.
Dan Dia adalah saksi segala saksi atas segala yang aku lakukan termasuk yang terlintas dihatiku semasa mendepani ujiannya ini. Dan sampai satu saat, semuanya berakhir, ujian ini Allah izinkan berlalu pergi.

Dan ada ujian yang lain menanti pula.

Beruntunglah orang yang mendapat ujian daripada Allah,kan kawan-kawan??
“Bukan beratnya ujian yang membuat kita lemah, tapi ringannya hubungan kita dengan Allah yang menyebabkan kita seakan tidak dapat menanggungnya.”– (Afdholul Rahman, LangitIllahi.com)


Genta rasa hati, 


Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

1 comments:

Maria Firdz said...

Allah.. sedih baca... Moga cepat sembuh ya.. kuatkan semangat... Bersangka baik dgn Allah. Sypula ada asma sejak kecil.. sy pernah kena hina dengan org sbb sakit sy sbb saki sy buatkan sykena pantang macam2... Tapi sy yakin dgn perancangan Allah... Moga puan juga kuat smgt... Teruskan USAHA untuk menyembuhkanya dan selebihnya bertawakal kepada Dia .. kerana Dia yang b kitaait DN Pasti Dia juga y menyembuhkanya.

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute