67.1kg (start diet 14.1.2017)--)time to run now until 50kg

Tuesday, 28 February 2017

CHAPTER 5 : Menggapai Mimpi Bahagia


Khamis 9 Februari 2017

Saat selesai menjaga anak Md Zakiy di wad...keadaan aku agak lemah. Menjaga pesakit di wad sememangnya perlu kekuatan. Ditambah pula dengan keadaan aku yang mula sakit sendi di lutut dan segalanya. Bila aku kurang rest,bahagian sendi aku mudah sakit. Namun aku kena kuat demi anak di wad.

Pemanduan pagi itu masih berjalan lancar meskipun bahagian belakang badan diasak sakit untuk bersandar akibat kulit yg menipis di belakang. Pagi itu juga sebaik saja suami masuk shift utk jaga anak....aku segera menuju ke Klinik Dr Faizah,Kangar. 


Memang aku dah buat appointment complete blood taken test dan temujanji with Doktor Faizah. Aku perlu segera buat untuk ketahui tahap kesihatan aku.

Kenapa Dr Faizah?
hm...doktor ini juga punya penyakit yang sama dengan aku. Ingin aku ketahui rahsia ubatnya.

"Puan, saya mohon maaf darah puan tak nak out la..tangan puan sejuk ni..agaknya puan kurang rehat kot," kata Dr Faizah. Ketika itu jarum sudah menapak di tangan.

Sambil mengusap tanganku, Dr Faizah rasa bersalah. 

"Takpe doktor..mungkin kte wat next appointment,"balasku.

"Saya rasa elok awak jumpa Dr Wahab..beliau ok sikit bab amik darah ni berbanding saya.Ok tak?," cadang Dr Faizah kepadaku.

"ok je..janji saya dapat segerakan blood test ni?,"

"saya tengok keadaan kulit puan semakin teruk...dah lama ke sakit ni? tanya Dr Faizah

"15 tahun...saya dengar doktor pun ada sakit yang sama kan?," bersahaja aku berbual dengannya. Aku suka perwatakan Dr Faizah.mesra melayani pesakit.Buat aku sejuk dan tenang.

"Ya, saya ada sakit macam awk..pernah berubat sampai ke KL jumpa doktor pakar.Doktor pakar pun x bagi saya guna ubatan moden. Lantas mencadangkan manna dan thoiyibat sebagai ubatan asli. tapi,saya guna juga dermovate cream..dah ok sekarang. Boleh saya tahu kenapa puan nak buat blood taken ni?,"

"Tujuan saya nak check tahap kesihatan saya dan saya perlu berubat secara asli,"

Perbualan kami sampai di situ.



Isnin,13 Februari 2017

Masih aku ingat lagi tarikh dimana Datuk Tajuddin Jab, Timbalan KPM (Operasi Pendidikan) datang ke sekolahku. Saat ini aku menggalas jawatan sebagai Pen Setiausaha yang memerlukan aku untuk hadir ke mesyuarat dan lawatan Datuk ke 3 buah sekolah. Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil dari JPN, PPD Kubang Pasu dan para pegawai SISC + dan jawatankuasa 3 buah sekolah transformasi. Untuk makluman,sekolahku merupakan "Sekolah Prestasi/Transformasi". Ia bagaikan konsep sekolah amanah. 

Saat yang paling aku tak boleh lupakan bila mana Datuk minta setiap ahli dalam bilik mesyuarat memperkenalkan diri.

Hm,aku jadi rasa rendah diri....Aku cuba menutup topeng muka yang menampakkan kulit aku yang teruk. Pagi sebelum mesyuarat sudah ada rakan yang perasan dan menegur

"Alergik ke muka,Mia?," 

"Eh, ada kulit kat muka,Mia,"

Masa ni,aku sudah pantas ke bilik air membasuh muka. Tetapi pada saat mesyuarat sudah bermula dengan aircond yg sudah mengeringkan ruang muka..aku bertabah untuk kenalkan diri. Namun rasa hati begitu down.

Malam itu, entah kenapa aku rasa seolah tak ingin ke sekolah. Semangat aku jadi lemah kala suami berkata

"susah juga abang nak pi surau malam ni kalau Mia berkeadaan gini," Ketika itu suami sedang menangguk Md Zakiy (11 bulan) di buaian dan anak sulungku sedang bermain di bilik. Suami pun dalam keadaan penat seharian tak rehat. Aku faham.

Aku?
Dalam keadaan berkemban tidak tahan menanggung kesakitan sambil berzikir. Saat malam ku rasa menyeksakan diri. Air mata aku jatuh. Aku sudah banyak menyusah dan menyulitkan aktiviti suami.

Aku tak minta semua ni,ya Allah....

Bila suami selalu pesan

"Banyakkan sabar mia..ingat Allah..semua ni ujian dari Allah..mia kena banyak berzikir,"

Mungkin aku semakin menangis kerana aku tak nak org sekeliling dibebani disebabkan aku. kepada suami,aku katakan

"Abang...mia nak abang terbalikkan ayat nasihat tu pada diri abang....mia nak abg bykkan sabar..bukan mia minta semua ni berlaku...bertahan la setahun dua ni. Mia mohon kte cari tempat untuk mia berubat....tapi,kalau abang dah tak bertahan lagi...mia tak paksa..mia tahu abang ada kuasa lelaki...siapalah Mia ni nak menghalang,"

Air mata semakin banyak mengalir. Bantal sudah basah dengan air mata. Penuh kumat kamit aku berzikir mohon Allah memberi keringanan malam ini. Memandang muka anak-anak,aku diusap sayu. 

"Fateh...Zakiy....mama kuat...mama akan kuat demi kalian.....Kalian kan kekuatan mama,"



Selasa,14 Februari 2017

Tiba di sekolah jam 7.30 pagi ke bilik guru,disapa Cikgu N

"hai,kenapa dengan mata..nampak bengkak..sakit ke?,"

"oh ye ke...takde pe pe la kak..mia ok,"aku cuba menutupi segalanya.

Pagi ni 9.00 pagi aku telah membuat appointment blood taken bersama Dr Wahab. Dan ia telah berjalan lancar. Aku berdoa semoga Allah kuatkan semangatku untuk melihat hasil result minggu hadapan.


Sabtu,18 Februari 2017

Kami kejarkan Zakiy ke kecemasan akibat demam. Tidak kusangka Zakiy akan sakit sampai tarik di farmasi sehingga menyebabkan anakku masuk wad malam itu. Dalam keadaan sakit bertahan,aku tabahkan hati menyapu olive oil di badan. Kegatalan masih menampakkan even di ruang awam. 

"Ya Allah, kuatkan semangatku demi Zakiy.Kau sebaik-baik penyembuh," hatiku berdoa mohon diringankan kesulitan.


Ahad,20 Februari & Isnin, 21 Februari 2017

Syukur,Allah sentiasa mempermudahkan keadaan ku di wad bersama Zakiy. Namun peristiwa pagi Ahad itu masih segar di ingatan. Saat makcik F cleaner di wad pediatrik 2 sedang menyapu..beliau bertanya kpd ku

"Maaf makcik nak tanya....habuk ke ni?,"

Allahuakbar....Allah menunjukkan sesuatu kepada Makcik F.
Apa lagi habuk habuk kulitku jatuh berderai akibat kes menggaru saban waktu di ruang katil wad anakku. 

"Makcik..saya mohon maaf..maafkan saya menyusahkan makcik," Aku memegang tangan Makcik F dalam keadaan sendu.

"Eh takpe..makcik tanya je...penyakit ye?,"

"Ya,makcik...kat rumah dah biasa saya menyapu saban waktu dengan keadaan kulit gini. Suami,ibu pun dah lali," terus terangku kepada makcik F.

"Bersabarlah...makcik doakan awak temui penawarnya. Allah sebaik baik penyembuhkan?,"

Aku tersenyum. Memandang langit di luar celahan tingkap hospital bagaikan segunung harapan. Berdoa.




BERSAMBUNG......!!!




Palitan Tinta Maya,









Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

1 comments:

ibh_sue said...

Assalamualaikum..ya Allah mia. Lamanya akak tak jenjalan sini. Tadi try la klik link blog Mia yg selama ni akak dah save Kat sidebar blog akak..tapi ntah blog apa yg keluar. Nasib mia ada bg link kat komen. Akak tak aktif sgt kat blog dgn fb tu yg jarang tau khabar kwn2 . Akak doakan mia terus kuat dan tabah menghadapi semua dugaan.

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute