67.1kg (start diet 14.1.2017)--)time to run now until 50kg

Wednesday, 22 February 2017

CHAPTER 1 - Permulaan cerita ku "Psoriatic Arthritis"


Gambar terkini : Rabu (22.2.2017) jam 1.44 petang

Bukan mudah untuk aku mengungkap semua ini. Namun mungkin ini adalah titik mula untuk aku abadikan di ruang maya ini sebagai 1 pengalaman hasil daripada ujian yang Allah berikan buat diri.



Tahun 1999, tatkala aku bergelar pelajar Tingkatan 5, aku sudah mula mengalami masalah bermula di kepala. Ada kawan yang menegur mengatakn yang aku mengalami kelemumur. Ini kerana keluar kuping putih. Ya, oleh kerana hari demi hari bila menggaru je keluar kuping kuping putih,maka aku juga beranggapan aku cuma bermasalah kelemumur. Ya itu agakan ku pada ketika itu.

Masalah ini berlarutan sehingga aku menjejak kaki ke alam universiti. Ketika di universiti, tiada rakan yang mengetahui masalah ini kerana aku akui masalah ini hanya kecil cuma buat aku. sekadar kulit kepala. Habis sangat,aku akan menggaru dan menggaru bila gatal. 


Entah la telahan aku mungkinkah kerana aku tak cuci rambut. Hm, nak kata tak cuci rambut..cuci je..tapi kulit kuping tu tetap ada. Yang aku boleh buat masa tu syampu seminggu sekali. 

Tahun 2005 bermula la detik aku mula merasakan gejala kegatalan ku ini semakin pelik. Aku semakin kerap menggaru. Sehingga ahli keluarga juga perasan yang aku rajin garu dan mengeluarkan kulit. Ada yang mula marah sebab aku la rajin buat sampah kulit.

Ayah mak nasihatkan aku ke pakar kulit. Maka di situlah bermula langkah pertama aku ke Wisma Maria,Klinik Pakar Kulit. Doktor Lee merupakan pakar kulit di situ ketika menerima kes aku ini memberitahu

"Awak ni sebenarnya terpilih dalam keluarga mengidap psoriasis" 



Aku bengong seketika "Apa tu psoriasis,doktor?"

"Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang,"

Entah la aku terdiam.Tapi banyak sungguh yang nak aku tanya di minda

"Hm, adakah disebabkan genetik,doktor dan apa penyebabnya?,"tanya aku sambil kusyuk mendengar.

"Penyebab utama Psoriasis masih belum diketahui. Pakar percaya bahawa penyakit ini merupakan penyakit turunan. Patien dengan riwayat Psoriasis dalam keluarga memiliki risiko lebih tinggi secara bermakna untuk terkena penyakit tersebut. Penelitian telah membuktikan bahwa seorang anak dengan parent yang menderita Psoriasis memiliki kecenderungan sehingga 50 persen untuk terkena penyakit tersebut
Akan tetapi, belum dapat ditentukan apakah faktor genetik adalah satu-satunya yang menyebabkan munculnya Psoriasis. Para doktor lebih percaya bahwa Psoriasis disebabkan oleh sistem kekebalan tubuh yang terlalu aktif sehingga menghasilkan kulit baru yang berkembang lebih cepat dari biasanya. Ini kerana lapisan kulit yang lama membuatkan lebih banyak waktu untuk terkelupas, munculnya kulit baru ini menyebabkan penebalan pada kulit.
Faktor lain yang menyebabkan Psoriasis adalah cedera pada kulit, paparan langsung sinar matahari, HIV, obat-obatan tertentu seperti beta-blocker, dan infeksi streptokokus. Selain itu, kondisi ini juga disebabkan oleh perubahan hormon, alkohol, merokok, dan stres emosional,"
Begitu panjang lebar,penerangannya. Masa tu aku pasrah.
"Doktor, adakah sebarang komplikasi akan berlaku bagi pesakit seperti saya ni?," Saat ini,aku mula sedih,tapi dikuatkan juga semangat.

"Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai psoriatic arthritis. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:
- Sendi hujung pada jari tangan atau kaki 
- Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki,"
"Doktor, boleh ke sakit saya ni diubati dan apa ubatnya setakat nie," Masa itu perkara ini penting buat aku. Soalan yang wajib aku tanyakan.
"Rawatan bergantung kepada lokasi dan keterukan kulit yang awak hadapi. Saya akan bagi krim dan ubatan yang boleh melegakan dan pelembap. Pelembap ni penting untuk menjaga kulit supaya lembap sepanjang masa. Awak boleh menggunakan pengganti sabun contohnya krim akueus atau salap pelembap ,gunakan sarung tangan , dan potong pendek kuku jari tangan dan kaki untuk mengelakkan daripada menggaru supaya kulit awak tidak rosak. Untuk pengetahuan awak, doktor juga akan memberi ubatan krim yang berasaskan coal tar ( arang), kortison dan lain-lain jenis pelembap,Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine and Calcipatriol,Cahaya ultraviolet dan fototerapi PUVA jika perlu lihat pada keadaan perkembangan sakit awak,"
"Doktor, macam saya ni..saya sakit psoriasis jenis apa?,"
Sumber : google image
"Jangan risau,awak hanya mengidap psoriasis di kulit kepala @ lebih dikenali scalp psoriasis"
Lega aku mendengar penerangan lebar doktor swasta pakar kulit tu. Berbaloi membayar rm400 termasuk ubatan diberi. 
Namun di akhir sesi rundingan kami, doktor telah memberi surat rujukan untuk aku ke hospital pakar kulit lantaran aku ketika itu guru kerajaan. Jimat kewangan.

BERSAMBUNG...............!!!! CHAPTER 2

Palitan Tinta Maya,


Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

0 comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute