My Journey to get Normal Weight

LilySlim Weight loss tickers

Welcome to my Blog


Friday, 11 July 2014

Hidup Bukan Mudah Tetapi Hidup Ini Indah


Salam maya buat semua...

Menghirup angin pagi sebaik sahaja selesai sahur tanggal 13 Ramadhan menjadikan aku hamba yang bersyukur.. Menadah tangan sesungguhnya pada Yg Maha Esa. Kian lama tidak mencoret di sini..mia rindu akan penulisan di blog. Namun kesibukan tugas di sekolah waima menjaga anakanda tercinta membuatkan momen kalam di sini tinggal sepi.

2 hari semalam tlh berakhir appointmen bersama doktor pakar. Rasa sayu dan sebak ble doctor said

"pn mia...byk improvemen dr sakit yg puan alami ni...pn dah x sakit sendi mcm dulu ka?," kata doktor tersebut.

Dalam hati nada syukur dilafazkan..mujur doktor India..klu doktor muslim nak je ku kata "alhamdulillah".

"yup..tu yg saya rasa...sakit kulit saya pn msh under pkr..tapi going well,"


Doktor lelaki india terus memandang ke arah diri..seakan ada sesuatu ingin dibicarakan

"eh aritu puan overweight kan..tahniah now u have normal weight..wah,diet ka puan?,"

hm..aku tersenyum..malas nak jawab. Dalam hati, lega kerana dapat buktikan pada doktor ada juga penurunan hasil diet & workout ku selama ini.


Merintis hari demi hari..
Aku kian menarik nafas lega meneruskan kerjaya guru pemulihan di sekolah baru Jb ini. Sedar tak sedar sudah 6 bulan berkhidmat. walaupun jauh dr sisi suami (perlis-johor)....aku pasti ada hikmah tak terhingga Allah berikan buat aku..Ya... Allah ingin mengajar aku terus berdikari bersama anak lelaki ku Al Fateh. Selaku isteri memang hati mengharap dia di sisi..namun kita ini milik Allah...harus bertahan dgn segala mehnah cbrn...

Dalam suasana Ramadhan ini aku tersenyum kerana di saat melihat derita orang lain di luar sana..sekurang-kurangnya aku masih mampu bersama ayah dan ibu.


p/s : dalam usaha menyambung penulisan novel "Kerana Dia Untuk Ku".





Melarik Tinta Maya,



Terima Kasih Sudi Baca story Tinta Pelangi Mia Zara Ina

0 comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute