Satu demi satu cerita yang dibongkarkan oleh media mengenai Wawa
Zainal dan Aeril Zafrel. Walaupun telah selamat bernikah dan dikurniakan
seorang anak, masih banyak perkara yang rupa-rupanya disembunyikan oleh
mereka. Salah satu daripadanya ialah Wawa Zainal adalah tunang orang
ketika bernikah dengan Aeril Zafrel.
Tunangnya yang bernama Abdul Rashid telah membuat pendedahan ekslusif
menerusi BiPop semalam. Abang Nara respek dengan si Rashid ini kerana
nampak tenang dan redha dengan berita perkahwinan tunangnya. Menurut
Rashid, dia bertunang dengan Wawa atas desakan keluarga Wawa pada Jun
2010, iaitu selepas beberapa bulan Wawa diterima sebagai artis MiG,
bagaimanapun ketika itu dia belum terbabit dengan mana-mana projek
filem. Majlis pertunangan berlangsung antara keluarga saja di Lahad
Datu, manakala mereka berdua berada di Kuala Lumpur.
Berkenalan sejak tingkatan 5, Abdul Rashid telah pun menghantar
keluarganya untuk memutuskan pertunangan mereka secara rasmi pada hari
Jumaat lalu. Baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca pendedahan yang
dilakukan oleh Abdul Rashid mengenai hubungannya dengan Wawa Zainal.
Belum pun reda isu pernikahan rahsia dan melahirkan anak yang
menghimpit pelakon Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, kini timbul cerita baru
yang mendakwa Wawa sudah bertunang sebelum bergelar pelakon popular.
Wawa, 21, didakwa bertunang dengan seorang jejaka yang berasal dari
Lahad Datu, Sabah iaitu Abdul Rashid @ Johari Hambali, 39, pada Jun,
2010 selepas beberapa bulan menandatangani kontrak sebagai artis MiG
Talent. Bagaimanapun, pertunangan mereka hanya diketahui ahli keluarga
Wawa dan Abdul Rashid saja.
Bagaimanapun kisah pertunangan Wawa dan Abdul Rashid mula tersebar di
internet dipercayai disebarkan anggota keluarga mereka apabila cerita
Wawa dan Aeril bernikah dan mempunyai anak yang didedahkan Bpop pada
minggu lalu menjadi semakin panas dan mendapat perhatian meluas dalam
media massa.
Bpop mendapat maklumat mengenai jejaka yang kini bergelar seorang
guru di sebuah sekolah rendah di Tawau, Sabah, baru-baru ini. Dengan
bantuan seorang teman, jejaka berkenaan dapat dihubungi, biarpun pada
awalnya beliau enggan membuka mulut bercerita soal peribadinya bersama
Wawa sebelum ini.
“Saya sebenarnya hanya mengetahui berita Wawa dan Aeril berkahwin
pada selasa lalu selepas diberitahu seseorang, tapi saya tidak
menghiraukannya. Bagaimanapun, saya terkejut apabila Wawa menghubungi
saya pada pagi Rabu lalu,”
“Sebenarnya tujuan Wawa menghubungi saya kerana mahu meminta saya
memberitahu adik perempuan saya supaya menghentikan menyebarkan cerita
yang pernah berlaku antara kami di internet. Wawa menangis ketika itu.
Wawa pernah menumpang di rumah adik saya di Cheras ketika mula menjejak
kaki di Kuala Lumpur,”
“Saya tanya dia, adakah betul sudah berkahwin dan mempunyai anak? Dia
cakap betul…. Jadi betullah cerita yang terbongkar itu. Dia cakap mahu
saman beberapa pihak yang mendedahkan cerita peribadinya itu. Saya cakap
kenapa nak saman jika cerita pernikahan dan mempunyai anak itu adalah
perkara betul. Bukan kenyataan fitnah!”
“Jujurnya, saya tersentak dan sebak sebenarnya apabila Wawa mengakui
dirinya sudah berkahwin dan mempunyai anak, sedangkan pertunangan kami
belum diputuskan. Saya tanya kenapa tidak berterus terang mahu
berkahwin, saya tidak kisah untuk melepaskannya. Saya sudah agak dari
awal lagi inilah risiko bertunang dengan seorang artis,”
“Tapi, Wawa ketika itu terus menangis. Dia tidak mahu saya
membocorkan cerita pertunangan kami. Saya tahu Wawa cukup sengsara
dengan apa yang dihadapinya. Saya sebolehnya tidak mahu Wawa terseksa,
apatah lagi dalam keadaan sekarang. Bagaimanapun, saya tidak mampu
menutup mulut orang terutama kaum keluarga yang mengetahui kami masih
mempunyai ikatan pertunangan,”
“Saya terkejut bagaimana wartawan dapat menghidu cerita kami, malah
boleh menghubungi saya. Soalnya, saya pula terpaksa bersoal jawab dengan
wartawan,”
“Saya sebolehnya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Saya sempat
bertanya kepada Wawa, siapakah lelaki yang dinikahi. Dia beritahu
suaminya adalah lelaki yang tidak disukai dulu. Dia adalah pelakon yang
membintangi drama Klik bersamanya dulu. Jadi, saya tahulah lelaki yang
dimaksudkan adalah Aeril,”
“Saya tanya lagi kenapa berkahwin dengan lelaki yang pernah dibenci,
dia hanya menangis saja. bapa Wawa juga ada menghubungi saya pada Rabu
lalu, dia mohon maaf kepada saya. Saya tanya kenapa tidak beritahu Wawa
sudah berkahwin, dia sebaliknya mempertikaikan kenapa tidak diberi
nafkah bulanan. Menjadi budaya di sini, lelaki kena memberi nafkah
kepada tunangnya setiap bulan,”
“Saya jelaskan padanya sebelum ini saya tidak berduit, duit simpanan
bekerja habis digunakan ketika datang ke Kuala Lumpur membawa Wawa pada
penghujung 2009 untuk mencari penghidupan baru,” katanya.
Abdul Rashid berkata, dia bertunang dengan Wawa atas desakan keluarga
Wawa pada Jun 2010, iaitu selepas beberapa bulan Wawa diterima sebagai
artis MiG, bagaimanapun ketika itu dia belum terbabit dengan mana-mana
projek filem. Majlis pertunangan berlangsung antara keluarga saja di
Lahad Datu, manakala mereka berdua berada di Kuala Lumpur.
“Majlis pertunangan kami diatur keluarga, selepas bapa Wawa mendesak
saya dan Wawa bertunang. Saya faham orang tua Wawa tentunya bimbang
apabila Wawa bersama saya di Kuala Lumpur. Sekurang-kurangnya kami
mempunyai ikatan pertunangan,”
“Keluarga saya menghantar cincin dan wang hantaran. Tidak perlulah
saya beritahu berpa jumlah diberikan. Jadi, pada ketika itu, kami sudah
rasmi sebagai tunangan. Bagaimanapun, selepas gambar saya dan Wawa
tersiar dalam satu blog hiburan, kami mula takut,”
“MiG tidak membenarkan mana-mana artisnya bercinta dan berumahtangga.
Saya ambil keputusan melepaskan Wawa selepas MiG menyediakan rumah
untuknya sebagai tempat berteduh. Saya lihat Wawa ketika itu solat 5
waktu tidak pernah tinggal. Saya tidak mahu kehadiran saya sebagai
tunangan Wawa diketahui orang, ini kerana saya memikirkan Wawa baru saja
nak menapak sebagai pelakon,”
“Sebelum ini jika orang bertanya mengenai saya, Wawa akan mengatakan
kami mempunyai tali persaudaraan. Malah, berita kami bersaudara pernah
disiarkan dalam beberapa blog bersama gambar kami. Tapi, hakikatnya,
saya adalah tunangan Wawa,”
“Saya pulang ke Lahad Datu pada pertengahan 2012, sebelum mendapat
kerja mengajar di sebuah sekoalh rendah di Tawau sehingga hari ini,”
katanya yang mengakui masih bujang sehingga kini.
Abdul Rashid @ Johari Hambali yang mengakui dirinya adalah tunangan
Wawa turut menjelaskan, dia adalah insan yang bertanggungjawab membawa
Wawa ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki.
“Sebelum ini, saya bekerja di sebuah agensi kerajaan selama 16 tahun
di Lahad Datu. Tapi, apabila saya berkawan dengan Wawa, ada teman yang
iri hati menyebabkan kerjaya terjejas dan saya hampir ditukarkan ke
tempat lain. Jadi, saya terpaksa berkorban, saya ambil keputusan
berhenti kerja pada November 2009. Selepas itu, saya dan Wawa nekad
berhijrah ke Kuala Lumpur untuk penghidupan baru,”
“Sebenarnya, saya tidak terfikir mahu menjadikan Wawa sebagai pelakon
tapi apabila terpandang iklan Pertandingan Ratu Cantik Amcorp Mall,
saya menyuruh Wawa mencubanya. Dia bernasib baik kerana mendapat tempat
kedua tapi kami ditipu. Sejak itu, saya mula mengusung Wawa ke sana sini
untuk menjalani ujibakat. Banyak agensi yang dicuba,”
“Saya menghantar profil Wawa ke MiG Pictures dan KRU Studios, tapi
hanya MiG memberi respon. Saya masih ingat, saya jugalah yang menghantar
Wawa untuk ujibakat di pejabat MiG di Subang Jaya. Saya menunggunya di
bawah pejabat MiG,”
“Pada hari ujibakat itu jugalah Wawa menandatangani kontrak sebagai artis MiG,” katanya.
Abdul Rashid berkata, dia meminta keluarganya ke rumah keluarga Wawa
untuk memutuskan pertunangan antara mereka pada Jumaat lalu.
“Keluarga saya datang melamarnya dengan cara adat jadi biarlah kami
putus dengan cara baik. Saya dan keluarga saya hanya minta Wawa
memulangkan cincin yang diberi dan wang hantaran sekali. Itu saja….”
“Saya tidak kesal dengan apa yang berlaku, semuanya sudah tertulis
buat saya. Tidak guna melayan kekecewaan kerana nasi sudah menjadi
bubur. Selepas ini, saya mahu menutup buku cerita antara saya dan Wawa.
Saya tidak akan menanggungnya. Dan itupun yang saya lakukan selama hari
ini,”
“Selepas Wawa menandatangani kontrak selama 5 tahun dengan MiG, kami
tahu tidak boleh berkahwin selagi kontrak belum tamat. Jadi, saya
sanggup menunggunya. Saya berpegang pada janji, tapi nampaknya Wawa
tidak ingat dengan janji-janjinya,”
“Kami pernah berjanji mahu berkahwin selepas habis kontrak. Saya
setia dan tidak mungkir janji. Bagaimanapun, ketika saya pulang ke
Sabah, hati saya sudah mula terdetik, jika selepas 5 tahun, hubungan
kami masih OK, maknanya itulah jodoh kami, jika sebaliknya, saya redha,”
“Tapi, saya dapat merasai Wawa berubah hati selepas saya pulang ke
Sabah. Dia hanya menghubungi saya sekali, itupun kerana timbul masalah
dengan adik saya.
Sejak itu, jika saya menghubungi atau menghantar SMS
kepadanya, dia tidak pernah menjawab atau membalas,”
“Kali terakhir bertemu apabila Wawa datang berhari raya di rumah saya
pada 2012, iaitu selepas saya pulang semula ke Sabah. Sejak itu, dia
tidak pernah memberitahu saya jika dia pulang ke Lahad Datu. Wawa
mengakui dia kini berada dirumah orang tuanya di Lahad Datu,” katanya
yang mendakwa mengenali Wawa sejak pelakon itu bersekolah dalam
tingkatan 5.
Sumber : Beautifulnara.com
3 comments:
Hmmm macam2 kan :(
@NURSHAKIRA ABDUL HALIM
mendoakan yg baik-baik untuk pasangan ini..moga bahgia..benda dh lps usah dikenang kan
Semakin disembunyikan semakin terbongkar macam2. Mereka dah nikah pun. Kita doakan kebahagiaan mereka. :)